Memaparkan catatan dengan label j0rji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label j0rji. Papar semua catatan
16

Van Persie Hattrick, Manchester United Menang... dan berita tak penting lain.

Jorji Isnin, September 03, 2012 ,
Perlawanan pertama, Arsenal, pasukan yang belum menjaringkan gol selepas 2 perlawanan akhirnya membenam Liverpool dengan 2 gol. Nampak? 2 game pertama tak dapat nak buat gol, lawan je Liverpool terus masukkan 2 gol. Nampak tak Bangang Abadi tu macamana?

Perlawanan kedua, Manchester United main gaya biasa. Masuk minit ke 75 baru nak mula main bola. Penalti Van Persie berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang Southampton, jem timeline twitter orang nak mengutuk, lepas tu dia buat hattrick dan seluruh umat manusia orgasm. ahh.. itulah silap pembenci Manchester United ni. Macam tak pernah tengok Manchester United main! Selagi wisel belum ditiupkan, simpan korang punya kutukan tu dulu. Sekarang dah kantoi korang cepat klimaks, siapa nak menjawap?

Kita layan berita bergambar pula.

 Kau ingat senang nak buat muka sedih seposen dengan gigi macam ni? kau suruh Ronaldinho buat kalau dia terer sangat. Kakakakakaka. 


 Ini la player baru yang heboh di perkatakan tu? Dari Pasar Real Madrid sampai la ke Unkle jual ikan di Pasar Taman Tun bercerita. Kononnya bila beliau membawa bola, Lembu yang sedang meragut rumput pun akan berlari peluk tiang sementara burung yang terbang pun akan turun melihat?

Nuri Sahin? 
Ptuihh!


 Agger ni khabarnya pemain paling berkualiti Liverpool. Kalau nak jual, The Kop sanggup berjuang mempertahankannya. Skrtel hebat juga back-passing dan Gerrard.. kau tau la Gerrard, tengah cari kamera la tu!


 Sementara Liverpool kalah di sambutan ke 99 hari lahir Shankly, Pak Alex hanya menitikkan setitis peluh di perlawanan ke 1000 beliau membimbing United. Nampakkkkkkkkkkkkkkk???


 Aku dulu tak nampak "he scores when he wants" chanting untuk Van Persie ni camna. Sekarang aku dah nampak. Memang betul,tepat dan sesuai. Pendek kata, power la!


 Gaya RVP mendada bola dan tenang melepaskan rembatan kaki kiri beliau membuatkan ramai peminat fanatik Arsenal terbangun secara automatik dari tempat duduk mereka. haaa.... kannnn...


Lu memang power! pandai betul RVP mainkan perasaan pembenci United. Ada ka patut sengaja tak masukkan tendangan penalti sebab nak buat hattrick? Kalau kalah, kau tau la semburan Pak Alex camno. 


ahhhh... dah lama tak rasa saspen dan orgasm menyokong Manchester United. Bijak betul Pak Alex, Rooney cedera, dia ada RVP! 

Dengar-dengar Brenden Rodgers dah ada yang kata "kami akan berada di belakang Brenden Rodgers"  betul ke? kahkahkah! baru 3 game, manager dah mengelabah minta support! 

Vila Boas rilek je.


10

EPL Masters 2012. - Lagenda bolasepak sebenar.

Jorji Khamis, April 19, 2012 ,

Lagenda EPL datang lagi!

EPL Masters 2012 akan berlangsung ahad ini, 22hb April 2012 di Stadium Malawati Shah Alam bermula jam 5.30 petang. SokernetMedia sekali lagi diberi penghormatan untuk bersama-sama di dalam edisi ke 4 ini bersama FootballFocus Asia selaku penganjur utama.

Lagenda dari pasukan Manchester United, Liverpool, EPL All Stars dan Malaysia akan berentap untuk merebut kejuaraan kali ini. Untuk rekod, edisi 2011 dimenangi oleh EPL All Stars. Memang mengujakan edisi tahun lepas, sila baca post Sokernet tahun 2011 EPL Masters untuk mengetahui kehebatan kejohanan ini. (google la)

Seperti edisi lepas, Sokernet sekali lagi membuka peluang kepada 3 pembaca untuk memenangi 2 tiket setiap seorang ke EPL Masters ini. Syarat-syaratnya mudah iaitu;

1.Lengkapkan cogankata berikut; "Saya sayangkan Liverpool kerana ........... (tidak lebih 20 patah perkataan)

2. Warganegara Malaysia yang menjunjung tinggi Perlembagaan.

3. Keutamaan diberi kepada penyokong Liverpool yang kenal dengan lagenda mereka. Kalau sebut John Barnes tak rasa apa-apa, maknanya peraduan ini bukan untuk kamu bindippers!

4. Pembaca Sokernet blogspot sahaja. Kalau anda pembaca blog bola lain, pergi masuk peraduan sana. Blog lain peraduan hado??

5. Menjelaskan hutang PTPTN. (kami ada rekod)

6. Sila nyatakan nama, no. telefon dan cara tiket ini anda mahu terima.

7. Cogankata paling berilmiah dikira pemenang. Keputusan Sokernet...kau faham-faham aje la.

Penyertaan hendaklah di email ke sokernet.media@gmail.com
Peraduan ditutup hari Jumaat jam 12.00 pm. Pemenang akan dihubungi melalui telefon/sms.

Siapa pemain lagenda yang akan datang?

List pemain ini hanya sah diwaktu siaran sahaja. Kemungkinan ada perubahan kecil belum dipastikan. John Barnes sewaktu sidang akhbar mengatakan Jay Jay Okocha mungkin akan turut beraksi. Beliau juga mengatakan, "diatas kertas Liverpool memang hebat dan bakal juara, kalaulah semua perlawanan dilangsungkan diatas kertas!" Lucu juga John Barnes ni.

Tu diaa orang kuat Stanchart bergambar bersama John Barnes, Zainal Abidin Hassan dan Paul Parker. Inilah piala EPL Masters yang menjadi harapan terakhir umat Liverpool.

Ini gambar edisi 2011. Nampak merah saga lautan The Kops tu? Mereka part menyokong dan menyanyi memang wajar dipuji. Boleh meremang bulu tengkuk mendengarnya. Tapi sayang pasukan mereka selalu mengecewakan. Eh? Macam ultras dan Harimau Malaya la...sama!

Semua peminat bolasepak sebenar dijemput hadir menyaksikan lagenda ini bermain. Tiket masih boleh didapati di;

RedTix Outlets (Ticketing Hotline: 603 – 8775 4666) at: Victoria Music Centre (Sg Wang: 603-2148 7208, Amcorp Mall: 603 7956 0592, Tropicana City Mall: 603 7722 2955, Bangsar Shopping Centre: 603-209 31093).

Rock Corner (1 Utama: 603-7725 5667, Subang Parade: 603-5636 9520, MidValleyMegamall: 603-2284 1423, Ampang Point: 603-4251 0116, KLCC: 603-2161 9417)

Aku dengar pemain kebangsaan kita sedang giat berlatih sekarang ni. Mereka selalu berkumpul di Lagenda17, kedai makan Abg Zainal kita di ss13 Shah Alam. Susun strategi la tu. Minta Abg Zainal Abidin Hassan perhatikan mereka, jangan ada yang terlepas ke tangan bookie. Ala gurau je! :p

Sokonglah pasukan kebangsaan kita kerana bolasepak kita,wajah kito!

p/s : Peminat Manchester City, Arsenal dan Chelsea korunk datang la juga. Pasukan korunk belum ada pemain lagenda lagi, camno nak panggil?

Jumpa disana!

37

Some divers are bigger than others

Jorji Rabu, April 18, 2012 , , ,
Diving dalam bolasepak adalah satu perkara biasa. Malah ianya dilatih secara tak sengaja didalam pembangunan bolasepak sesuatu pasukan. Ramai pemain bolasepak diajar teknik ini ketika di awal karier mereka. Ada yang mempraktikkannya dan ada yang tidak. Kata lain, dive adalah sebahagian dari seni dalam bolasepak dan diterima ramai.

Hampir keseluruhan liga didunia ini ada pemain yang melakukan aksi dive. Yang membezakannya ialah sejauh mana 'tipunya' dive tersebut dan lebih menyakitkan, bagaimana dive tersebut mengubah keputusan perlawanan. Ada banyak contoh dive dan divers yang kontroversi dan aksi mereka mengubah keputusan perlawanan. David N'gog ketika Liverpool ketinggalan 2-1 ketika menentang Birmingham atau Eduardo didalam satu perlawanan piala eropah.

Aksi Young dari pasukan terhebat England, Manchester United baru-baru ini dan komen-komen selari dari 'haters' terutama di tweeter memaksa aku memendekkan cuti sabbatikal dari Sokernet. Aku kaji semula kenapa isu diving ini begitu sensasi musim ini dan apakah punca sebenar kekeliruan itu bermula.

Sebelum itu, untuk rekod, dive,terbang,kung fu kick atau main nenek, tidak mengubah sebarang keputusan untuk Manchester United. Mereka tetap juara dan juara dan juara setiap musim kerana aksi didalam atau diluar padang bukan penentu sepenuhnya. Apa yang ada pada Manchester United dan tiada pada mana-mana pasukan didalam dunia ini adalah;

BELIEVE.


Satu perkataan yang cukup mudah tetapi sangat luarbiasa powernya.

Baik, kita kembali kepada aksi dive dan mari kita kaji melalui gambar-gambar dibawah ini.


Teknik menjerit, angkat tangan untuk menarik perhatian pengadil adalah paling biasa. Namun mampu menghasilkan 'we won it 5 times in istanbul'.

Pemain dari pasukan ini memang patut malu. Semua gila dive.

Diving selembut sutera eduardo berjaya mengubah keputusan perlawanan. Inilah art. Nampak betapa lembutnya kaki kanan beliau? tu yang patah lepas tu.

Antara divers yang kuat komplen bila pengadil tidak menyebelahi beliau. Tetapi ini C.Ronaldo bang, super hebat!

Gaya Drogba saling tak tumpah dengan Zainal Abidin Hassan. Malaysia juga ada divers yang legend.

Bila aksi dan gaya sama diulang-ulang, pengadil mula sangsi dan akan mula memberi perhatian kepada pemain tersebut. Come on Gerard, try harder!

Bukti diving dalam sukan bolasepak wujud dan bukan perkara luarbiasa.

Ada pemain memilih untuk dive walau mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Andy Carrol contoh terbaik semasa lawan Newcastle. oi! bindippers! Aksi ini masuk dalam Hall of Fame divers.

Nampak?

Bolasepak adalah satu permainan suci, sehinggalah muncul divers bernama Suarez yang keji. Permainan bolasepak mula tercemar dan pengadil menjadi keliru. Apakah ini dive? apakah wajar dikenakan kad? Penaltikah ini? Apa saja keputusan pengadil menjadi salah manakala diving tidak lagi dianggap sebagai seni dalam permainan bolasepak. Nampak?


Hanya ada seorang divers dalam dunia ini yang tak akan bersalah sampai kiamat.
Leong Mun Yee, kau terlalu suci.


Jadi tuan-tuan, jika anda bermain atau sukakan bolasepak, terimalah hakikat bahawa diving itu sah. Kad merah itu sah. Penalti itu sah. Berlaku sentuhan dan Ashley Young dive. Tetapi jika pasukan anda bangang abadi, dive la selama 90 minit masa permainan pun, pasukan anda tetap tak jadi juara.

ok. aku akan kembali bila Manchester United juara.
29

Adakah Suarez dive?



Arsenal menang ke atas Liverpool bukan hal penting. (Arsenal menang 8 gol pun tidak memberi apa-apa erti dalam bolasepak inggeris) tetapi kemenangan Arsenal malam ini lebih bermakna kepada manusia sejagat dalam menentang pencinta racism.

Adakah pencinta racism melakukan dive?
Jawapannya YA!
Adakah berlaku sentuhan diantara penjaga gol dan pencinta racism?
Jawapan YA!

Dimanakah ILMIAHnya persoalan tadi?

Susah juga nak cari jawapannya, tapi pencinta racism telah terlalu banyak melakukan dive, play acting dan iklan gigi di atas padang. Secara IlMIAHnya, kaki pencinta racism harus dipotong!

Apa bana ilmiahnya yang boleh dicari dalam entry Sokernet?

Bincangkan!


40

The Magical World Of EuroDisney

Jorji Selasa, Februari 28, 2012 , ,


Bila legend main bola, ini la jadinya!

Orgasm memuncak, tumbukan padu ke udara dan semestinya bolasepak sebenar!
Dah lama aku tak hilang akal bila lihat jaringan Giggsy. Walau aku pasti kemenangan dalam 'Fergie's Time' itu memang dah lama ada dalam DNA Manchester United, terutama Scholsy dan Giggsy, tapi sebagai penggemar bolasepak sebenar, aku teruja.

Giggsy, tearing you apart since 1991!



Makin tua makin menjadi. Tapi celebrate biasa-biasa je



Aku juga turut gembira dengan dengan kemenangan Liverpool dalam Carling Cup.

Aku gembira bila Pakkordi gembira. Bila Zin Molby, pjoe, Jar, Farwalis, KhairilAnuar, Zanbassist..sapa lagi? Aku kurang ingat sikit nama-nama boring ni. kui kui kui. Tapi aku suka mereka akhirnya mengecap nikmat kemenangan dan mereka deserved it.

Poit! Lamo gila tak raso monang cup, walau Mickey Cup, tapi ianya masih satu piala.

Khabarnya, mereka di Anfield tidak perlu menyusun semula kabinet piala, mereka letak piala mickey ni dalam mangkuk Piala Eropah mereka aje. Mungkin sebab piala ni kecik, jadi tak payah la nak ejas-ejas kedudukan piala dalam kabinet. Tu pun nasib baik jumpa kunci kabinet! Last sekali bukak bilik piala ni tahun 2005!

Cuba teka Piala Mickey dalam Cup mana satu?Istanbul laaa poit!

Atau malu la tu.. tapi, 8 kali jadi juara Disney memang magic!

Aku kadang-kadang lucu juga dengan beberapa fakta Disney yang dibuat oleh The Kops ni. Ramai dari mereka sebenarnya supporter tipu-tipu aje. Asal bola, mereka support Liverpool. Asal Liverpool, mereka kata YNWA! This is Anfield. Lain mereka tak tau.

Ok, We won it 5 times! - satu lagi ayat yang mereka hafal.

Ini aku nak tambah beberapa ayat power dan fakta untuk hafalan supporter Liverpool ni. Bacalah, walau membaca itu memang kemalasan anda.

Tahukah anda,

1. Mickey Mouse Cup di cipta dan dipopularkan oleh LFC sendiri keatas Everton - google.!

2. Charlie Adam pecah rekod NASA, menghantar bola ke Bulan dan beliau lakukannya seorang diri! (Fucccckkkkk!! NASA upah 5 ribu perkerja tau takkkk!!!)

3. Untuk perlawanan akhir Carling Cup lepas, History Channel dilucutkan hak penyiaran kerana Disney Channel membida lebih dan mereka juga sponsor utama.

4. Walaubagaimanapun, History Channel dapat semula hak untuk ulangan sampai 2039!

5. Kesemua supporter Liverpool di Wembley sebenarnya sesat dan keliru beberapa jam sebelum permainan. Mereka tak tahu Wembley sebenarnya dah baru! "kali terakhir kami datang, Wembley bukan macam ni" sigh.

6. Decibel check di Wembley mendapati supporter Cardiff lebih tinggi dan power. Supporter Liverpool sibuk ambil gambar dolls..

7. "Saya racist, saya ok" - Suarez.

8. "Suarez racist, saya ok" - King Kenny.

9. "If you cant kick racism out of football, just kick Liverpool" - Mandela.

10. "before the cup, the camera!" - Gerrard.


Tapi yang paling power dan banyak aku jumpa ialah:

"We won it 19 times! Now we are level"

Tolong la.....

Nway, sebenarnya aku suka Liverpool menang dan komen-komen bangang sebab aku memang perlukan inspirasi dan semangat untuk terus mengeji.

23

Hey Miki!

Jorji Sabtu, Februari 25, 2012 ,

Perlawanan terpenting abad ini diantara Malaysia dan Liverpool akan berlangsung di Wembley.
Pasukan yang berjaya memenangi perlawanan tersebut diberi hak eksklusif untuk merayakan kemenangan tersebut...bagaikan J U A R A !.

Champions of EuroDisney!

Di beritakan King Kenny telah menyenaraikan barisan pemain terhebat mereka ahad ini dalam memastikan piala Mickey Mouse kembali semula ke Anfield. Rata-rata penyokong tegar mereka juga berdebar-debar ya amat dan excited menunggu hujung minggu ini.

Yelah, mana tahan tengok lebih 60 pasukan telah bermain di Wembley, Liverpool tak merasa lagi.

Rakyat yang menyokong gagasan 1Malaysia berdiri teguh dibelakang Cardiff, demi hak sama rata sesama kaum tanpa mengira batasan agama dan warna kulit, Hadhari wasattiyah Ultras Malaya.

Semoga Cardiff menang dan Mickey Mouse diselamatkan!
63

Umat Manusia Diselamatkan, Racisme dikuburkan!

Jorji Ahad, Februari 12, 2012 ,



Amboi, besarnya gelak Pakcik Mandela!

Salam.

Sapa tak sambut salam, dia Suarez.

Umat manusia seluruh dunia sedang meraikan kemenangan ke atas perbezaan warna kulit. Terima kasih kepada Wayne 'The Rudeboy' Rooney dan 'O Captain! My Captain! Patrice Evra. Sebelum itu mari aku tunjukkan skil copy paste aku, sama-sama kita lihat apa ulasan umat manusia terhadap kemenangan manusia sejagat.

"He's a disgrace to Liverpool Football Club. Some players should not be allowed to play for Liverpool again.- Sir Alex Ferguson.

"We don't want racism, but the passion and the tackling — we want that in the game." -- Gary Neville.

"I have just today realised Suarez is a total wasteman Clown."-- Frimpong, Arsenal player

"As a liverpool fan, it is with a heavy heart that i am coming to conclusion that luis suarez is a bit of a cock" -- Tom Chivers.

"If i was playing, if Incey was playing, if Sparky was playing, Suarez ends the game wishing he'd shaken hands" --- Roy Keane. (Keano, kami semua tau apa akan jadi kalau Keano ada atas padang!)


"Akhirnya racism benar-benar dikuburkan. Terima kasih Rooney" -- Nelson Mandela.

"Ini budaya pembangkang Uruguay!" -- Najib.

Dalglish was then interrupted as the reporter attempted to focus on the handshake, to which the Liverpool boss kept asking: "How many bookings were there? How many bookings were there? How many bookings were there?" (inilah masalah sebenar Liverpool dan penyokongnya.. nampak? nampak? )


Penyelamat umat manusia mahu terbang.


Aku akan memulakan kempen 'Kick Football out of Liverpool' selepas ini. Bolasepak tidak boleh lagi dipermainkan di Liverpool. Biarlah Liverpool hanya dikenali sebagai bandar pelabuhan. Tapi Titanic pun tenggelam..hmmm. Apa pun tak boleh lah Liverpool ni.

Teruskan bergembira dan raikanlah kemenangan ini.


26

Harapan Terakhir Umat Manusia

Jorji Sabtu, Februari 11, 2012 ,

Perjuangan menentang kekejaman perbezaan warna kulit kini menjadi tanggungjawab Wayne 'The Rudeboy' Rooney selepas Nelson Mandela menyangka beliau berjaya melakukannya kira-kira 20 tahun yang lalu.

Dunia tidak lagi mempunyai pilihan. Umat manusia tidak mahu lagi melihat tubuh lemah Nelson Mandela merengkok di penjara hanya untuk persamaan hak tanpa mengira warna kulit.

Warna darah tetap merah walau bahasa berlainan.

Umat manusia hanya ada 90 minit dan tugas berat ini walau sesukar mana pun akan digalas dengan hati dan semangat yang jitu oleh The Red Devils bimbingan Sir Alex Ferguson. Perjuangan menentang kebangkitan racism harus dilakukan dan harus dimusnahkan sekarang juga.

Musnahkan racisme! Pertahankan Equality!

Pergilah kau berjuang demi keamanan manusia sejagat




27 tahun aku di penjara......
13

Kick Liverpool Out Of Football

Jorji Khamis, Februari 09, 2012 ,
Tahukah anda, sebab sebenar kenapa Sokernet blogspot yang original ini di tutup selama beberapa hari?

a. Adakah kerana Arsenal menang 7-1 tetapi tak siapa peduli lalu Pipi marah dan tutup blog?

b. Adakah kerana kalah vote dalam Social Media Awards 2012 lalu merajuk?

c. Adakah kerana 2 assist Howard Webb kepada Rooney menyebabkan Lucius emo lalu tutup blog?

d. Adakah kerana cuti Thaipusam?

e. Atau adakah kerana gejala rasuah bolasepak Malaysia yang tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila?

Aku tertanya-tanya juga lalu melakukan siasatan. Setelah menyiasat dan berbincang dari hati ke hati dengan Pipi di Demajew, maka aku pun mendapat jawapan sebenar.

Sokernet ditutup kerana kembalinya Racism kedalam bolasepak sejagat!

Sokernet secara rasmi menolak racism dalam bolasepak, justeru sebagai tanda protes terhadap kembalinya Racism kedalam bolasepak dunia, Pipi menutup Sokernet dimalam pasukan yang mencintai racism bermain. Terpuji betul langkah ko Pipi. Aku ingat kau marah sebab Arsenal menang besar tapi orang tak ambik pot. Aku silap!

Apa kau buat ni setannnnnn?


PTUIIHHH!!!

34

True Devils!

Jorji Selasa, Januari 31, 2012 ,
Awek ni aku bagi markah penuh! True Red Devils berhati kental. Sesiapa kenal awek ni, bak datang no dia. Aku nak bagi jersi Manchester United Adidas 1989 kaler putih. Apa ada hal! Tengok gambar ni semakin menaik darah 'Roy Keane' aku dan aku akan pastikan satu post terbaik untuk awek ini bila Manchester United 'orgasm sebenar' Mei nanti.

Tapi dimana aku biasa nampak aksi macam lelaki-lelaki ni buat eh?

8

Musuhnya Habis Binasa

Jorji Khamis, Januari 26, 2012 ,
Jang nak kasi ingat pada penyokong dan pemain pasukan Jang, kito datang dari negeri beradat, jago tingkah laku dan kelakuan. Jangan buek perangai tak ketontuan bonar. Kito kono kekalkan imej kito sebagai penyokong paling terbaik dikalangan yang terpilih.

Tapi kalau ado yang menjual, buek handa kek lopak kito, kogheh bonar kepalo eh tu, ingat tangan dio yo boleh menghayun, boots bola dio yo ado paku.... ramai-ramai kito gogar bas mereko, kito hantar mereka sampai tol Senawang!



Ingat poit! Bondo ni bukan hal Abang kawasan atau top-top perang. Bukan sobab Isa pendek, makcik Felda, Owana atau Hamsani.

Jangan kasi malu Abang Poe kito! itu kito kono jago.


kredit : N9futbol.com dan tuan punyo video.
20

Hari ini

Jorji Isnin, Januari 23, 2012 ,
21

Tumbukan Padu Ke Udara!

Jorji Isnin, Januari 09, 2012 , ,
Jang ghaso tengok gambar pun dah boleh buek ekau sumo orgasm kan? Osah handal boto pasukan Jangs. Tak sio-sio Jang jadi penyokong pasukan negeri. Musuhnya Habis Binaso!


Biso bonarrrrr biso bonar..biso bonar biso bonarrrrr!


Topok dado tanyo selero! Osah handa eh kau jang!
Muko angkuh tu yang Jang gomar tu!

Perkara yang sama berlaku di Manchester United....

Rudeboy! Power betul tandukan beliau sampai insaf Mancini dibuatnya!

Badge kissing dan Evra sedang merenung Suarez.

Ramai yang fikir Manchester United akan kalah pada City. Yang paling kuat mengharap ialah The Kops. Memang susah jadi penyokong Manchester United ni. Ramai sangat yang benci dan buat musuh. Tapi takpa, biar susah asal jangan jadi macam penyokong Arsenal; Menang tak di peduli, kalah tak bawa erti.

Besar harapan Manchester United untuk bertemu Liverpool dipusingan seterusnya dan doa Pak Alex dah dimakbulkan. Manchester United akan ke Anfield untuk perlawanan pusingan ke 4 FA Cup hujung bulan nanti. Harap Suarez dah boleh main masa tu. Dapat la Liverpool main pada malam minggu atau Super Sunday!! Ini asyik kene main pukul 4 pagi hari Jumaat. Semua pasal sponsor/pengiklan mahu pasukan ternama sahaja main pada hari minggu. Pasukan yang tak boleh jual, takda nilai komersil dan bangang kene main samada Jumaat atau Isnin.

Takpalah.

Jangs semuo, Selasa ni kito ke STAR of Paroi. Gergasi Merah Kuning mintak kito ajar mereka cara main bola. Harap Jangs tak jontik telingo atau tolo Gergasi Merah Kuning sangat. Bagi muko sikit la kek mereka.

Majulah Sukan Bolasepak Untuk Jangs dan Manchester United.
20

BOLASEPAK KITA, WAJAH KITO!

Jorji Khamis, Januari 05, 2012 ,
Yeahhhh!! Bolasepak liga tempatan bakal bermula tidak lama lagi!

Bolasepak tempatan la baru true brader. Baru dekat di hati, baru dapat diselami,dijiwai dan berwajah kekitaan. Kalau kita sendiri tak menyokong takkan nak harap orang Uruguay pulok? tak gitu?
OK Jangs! sabtu ni kito ponuhkan hiway somban kelumpo dengan warna kuning. Kito ponuhkan Stadium Bukit Jalil dengan warih-warih kito. Kito gogar stadium dengan laungan Hobin Jang Hobin! Kita kasi ingat dengan musuh-musuh kito, Jang datang bukan nak kalah, Jang datang bukan nak jadi juara semato-mato, tapi Jang datang nak kasi ingat pada semuo pasukan yang ado di Malaya dan Singapora, Jangs Ultra Jangs adalah Juara segalo juaro.

Tapi, bukan kito poie Bukit Jalil tiap tahun apo?? Bukan bondo ni biaso apo? semuo dah tau apo nak buek kan? Jadi tak porlu Jang panjangkan cito.

Pasukan Jang berwajah baru musim ni. Banyak pemain dah keluar, kono boli. Tu semuo sebab power bona la tu. Itu tando pasukan kito hebat, pemain kito hebat. Kalau tak kono boli makno eh pasukan tu tak hebat la...macam Pahang dan Melako. kuikuikui.

Tapi ado satu bondo Jang donga tak sodap. Pasal penjualan tiket dan pembahagian tiket nanti. Macam biaso la, FAM, KAFA dan PBNS masing-masing ado peruntukan jumlah tiket sendiri. Tapi masih terdapat 'lobang-lobang' yang mengakibatkan peruntukan tiket menjadi berat sebolah. Tiap tahun Jangs tengok kek staidum tu, kehadiran penonton begitu ketara jurangnya.

Contoh mudah eh, penyokong Kelantan masuk dokek 75 ribu, sementara pasukan Jangs dapek 15 ribu je masuk. Kes tiket 30 ribu keping di N9 habih dalam maso sejam. Tak masuk akal kan?
Jang tak salahkan sesapo atau penyokong Kelantan, kok ado tiket, masuk la. Mungkin salah PBNS atau Man Tomyam? Mungkin salah FAM atau mungkin Tan Sri Annuar Musa bijok skit.
Mungkin.

Tapi warih semuo, itu nombor 20. Yang ponting, buek macam biaso, gogar Bukit Jalil dan kasi diam itu Red Warriors! Poie boli tiket copek!!!!!! Kawal perasaan, kawal diri dan sempadan, kito penyokong beradat, kito juaro Pialo Malaysia. Jangan buek perangai. Biar kalah di padang tapi perangai mau A. Ultra Jangs ado untuk bawak semuo penyokong menyokong dengan baik.

Sudah-sudahla bergaduh pasal bola. Itu perangai Liverpool. Bondo luar yang tak elok, jangan diikut!

Majulah sukan bolasepak Malaysia.


Hobin Jang Hobin!!
30

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Jorji Ahad, Januari 01, 2012 ,


Kemenangan Black-Burn-Rovers malam tadi membuktikan Manchester United adalah sebuah kelab yang tidak rasis. Mengamalkan ekualiti dan menentang amalan memecat pengurus ketika pasukan tidak beraksi baik.

Begitulah mulianya hati Pak Alex. Selamat hari jadi Pak Alex!

Sementara itu, aku tercari-cari juga perlawanan kelab rasis Liverpool tapi tak jumpa! Aku check siaran 811 takda! 812,813,814,815,816,817 dan siaran HD juga tiada. Kelab rasis tiada perlawanan kah hujung minggu ini?

Aku ke siaran HISTORY CHANNEL, juga tiada! Aku buka Animal Planets pun takda! adalah cerita babboons dan Siamang boleh bergaul sesama mereka walau berlainan bulu,negara dan muka. Itu cerita lain.

Tidak berpuashati aku hubungi Top-top perang Liverpool, mereka bagitau Liverpool dah main semalam jam 4 pagi. Hari Jumaat? 4 pagi? sapa nak tengok? apa agenda sebenar mereka ini?
AKu laporkan nanti.

Moral cerita ini ialah, walau musim berganti dan tahun bertukar, aku tetap 'sukakan' Liverpool!

Selamat Tahun Baru 2012 semua!!
52

Panglima nak ludah muka Evra

Kepala bana semua nak pakai baju racist 'the diver' rabbit sebelum game Wigan semalam. Konon sebagai tanda solidaritas, tapi salah tempat. Kalau mereka pakai baju 'Kick Racism out of football' apa salahnya?

"jangan sampai aku jumpa,aku ludah muka Evra..berani dia kurang ajar dengan kami ya"


"ini semua panglima-panglima racist tau!"

"Ini semua panglima-panglima rabbit tau!"

"ptuihh!"

Aku dah cuba sebaik mungkin untuk bersangka baik dengan pasukan Liverpool ni, tapi kita tengoklah sendiri.. mereka ini bukan saja bangang, tetapi terlalu mudah diperbangangkan! Selama ini aku ingat mereka hanya bangang didalam padang, tetapi aku salah! Mereka juga bangang hal diluar padang.
50

Europa League, kami datang!

Jorji Jumaat, Disember 09, 2011 ,



Ramai yang tak tahu strategi sebenar Pak Alex ialah untuk memenangi Europa Cup sebelum Liverpool. Untuk menjadi kelab inggeris pertama melakukannya, Pak Alex mengambil langkah bijak dengan sengaja kalah diperingkat kumpulan Champions League dan mendapat tempat ke tiga.

Ada satu lagi cara untuk ke Europa League, iaitu dengan mendapat tempat ke 5 dalam liga, tapi takkan Manchester United nak duduk tempat ke 5 pulak?

Tapi kenapa Pak Alex sanggup korbankan Champions League untuk ke Europa League?
Adakah ada rancangan jahat illuminati Yahudi dibawah rejim Micheal Platini yang sengaja mengatur kekalahan tersebut? Benarkah semua ini adalah untuk memenuhi hasrat kaum pemodal/sponsor dan hak penyiaran TV yang mahukan Europa League juga mendapat perhatian sehebat Champions League, justeru sebuah kelab ternama terpaksa dikorbankan? Mungkinkah juga untuk mengelakkan pertemuan akhir Champions League asyik-asyik Manchester United dan Barcelona, justeru Manchester United tersingkir dulu dan Barcelona diperingkat kalah mati?

Apapun teori dan khabar angin yang melanda, inilah dia asam garam pentas eropah yang harus peminat Manchester United terima. Sebagai peminat sebenar yang harus yakin dengan kemampuan kelab, kita mesti terus kekal kukuh dibelakang pemimpin kita. Halatuju dan dasar-dasar kelab adalah jelas, justeru penyokong akar umbi wajib rapatkan barisan dan bersama menentang kecaman pembenci Manchester United.

Bak kata ultras Stretford End, jika tak mampu main pentas eropah, jangan nak orgasm lihat pasukan kami kalah.

Power jugak ayat ni... mana mereka dapat eh?

ok,sila beri laluan kepada pembaca yang kelab mereka main eropah sahaja untuk komen. Pembaca yang kelab mereka tidak masuk pentas eropah duduk diam dulu.
28

You can take Liverpool out of Owen, Barnes and Rush..



Taktik keji untuk menang perlawanan..mereka sanggup lakukan apa saja!


...but you just cant take Racist The Rabbit Diver out of Liverpool.
15

Peter Anakin Skywalker

Jorji Selasa, Disember 06, 2011



Macam-macam cara nak jadi juara.
19

Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia : Satu ulasan

Jorji Isnin, November 14, 2011 ,



Malaysia tidak ke Piala Dunia itu semua orang tahu.

Tapi apa cerita sebenar yang berlaku dari 1970 hingga 2014, Malaysia secara konsisten gagal layak ke Piala Dunia? Hanya Lucius Maximus ada butirannya didalam buku kedua beliau yang bertajuk CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA.

Aku membeli senaskah dimalam pelancarannya di Rasta TTDI kira-kira 3 minggu lalu.

Buku yang dimulakan dengan prakata cukup padu dari Pipiyapong tentang angan-angan Malaysia ke Piala Dunia. Galataraub FC, Barcelumut dan Torpedo Lipis? Aku kuat merasakan prakata ini juga adalah sedikit cebisan naskah power Pipiyapong tentang Baharum Bahari seperti yang selalu kita baca di blog beliau. Atau mungkin tidak.

Gaya penulisan Lucius seperti lazimnya kita tahu memang seperti Supermokh diatas padang. Padu dan mampu mengejutkan seperti padunya tendangan sambil berlari Arwah Supermokh juga. Itupun jika anda semua pernah berkesempatan menyaksikan kehebatan Supermokh dan rakan-rakan.

Tetapi jika tidak pernah pun atau hanya menyokong Malaysia di zaman Ultra, Lucius masih mampu membawa anda pembaca muda kembali kezaman kegemilangan bolasepak kita dizaman 70an dan 80an. Aku secara peribadi seperti dibawa kembali ke zaman kanak-kanak aku, menggilai bolasepak Malaysia dengan beberapa nama lama yang secara tidak sedar memberi aku sedikit orgasm.

CMTKPD dimulakan dengan kelayakan 1974. Butiran perlawanan dan rentetan peristiwa yang berlaku ditulis semula oleh Lucius dengan cukup baik. Aku kagum diatas usaha dan kerajinan beliau mendapatkan semula fakta sejarah serta nama pemain, jurulatih dan mereka yang terlibat. Entah arkib mana beliau selongkar, aku tidak bertanya pula. Yang pasti bukan muzium FAM.

CMTKPD juga menyentuh tentang gaya kepimpinan dan campur tangan FAM dalam menentukan corak kegagalan Malaysia ke Piala Dunia. Beberapa nama korban FAM seperti Ken Worden, Frank Lord dan B.Sathianathan juga ada diceritakan. Juga berapa nama pengurus bolasepak serta ragam mereka dalam melukakan hati penyokong setia Malaysia juga tidak terlepas dari tulisan Lucius. Ada banyak info serta fakta menarik yang entah mana dikorek oleh beliau untuk pengetahuan semua.

Kesimpulanya, bolasepak Malaysia dibawah FAM memang unik justeru kegagalan Malaysia untuk layak ke Piala Dunia juga hasil dari paten yang sama. Lucius tidak memberi penyelesaian keatas kemelut bolasepak Malaysia dan bukan itupun tujuan buku ini, tetapi pihak berwajib harus membaca dan jadikan iktibar. Hati rakyat Malaysia telah lama dilukai dan terus dilukai, apakah tidak ada satu manusia pun yang mahu menjadikan angan-angan Pipiyapong menjadi kenyataan?

Jika anda peminat bolasepak sebenar, samada tempatan atau antarabangsa, anda wajib membeli buku ini. Samada Lucius penulis pujaan anda atau tidak, itu no 20. Jangan terlepas peluang atau menunggu lama-lama lagi, itu perangai The Kops dan The Gunners. Apa dapat?
Anda Ultra Malaya yang hebat tetapi dengan buku CMTKPD, anda adalah Ultra Malaya sebenar!

CMTKPD diterbitkan oleh penerbit indie terkemuka Malaysia, Dubook Press dan boleh diorder disini.


Bila Malaysia nak ke Piala Dunia itu hanya Sultan Bola yang tahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...