Memaparkan catatan dengan label sokernet power. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sokernet power. Papar semua catatan
10

Arahan Abang Abdul 2

Abdul Sokernet Ahad, Februari 05, 2012 ,





Sebagai peminat bola sepak, abang yakin kita semua tidak mahu ditewaskan oleh sebuah blog rempit.

Mana kita nak letak muka kalau blog bola ditewaskan oleh blog rempit? Hah, mana?

Sia-sialah perjuangan Liverpool selama ini sampai menang Champions League 5 kali kalau bola dikalahkan oleh rempit. Tak akan kita nak biarkan segala usaha murni King Kenny terbuang begitu saja? Tak akan segala usaha Suarez mengutuk Evra itu hitam hendak kita persiakan? Jangan biar '8 match ban' Suarez jadi sia-sia kerana blog rempit mengalahkan Sokernet! Tahukah anda Suarez sekarang tak main bola sebab sibuk buat undi hantu untuk Sokernet di rumah? Mana Andy Carroll nak letak muka?

Ya.

Maka dengan segera klik pautan di bawah. Undilah Sokernet, undilah untuk bola dan Liverpool!


31

Arahan Abang Abdul

Abdul Sokernet Rabu, Februari 01, 2012


World Bloggers And Social Media Awards 2012 akan berlangsung di Putra World Trade Centre pada 16 Februari 2012.

Sokernet telah tercalon sebagai satu blog sukan paling sombong dan bongkak di dalam dunia ini.

Bagi memastikan Sokernet merangkul gelaran blog paling sombong dan bongkak, abang mengarahkan semua Ultras Sokernet untuk mengundi Sokernet di > Social Media Awards 2012 < ini link dia!



Siapa tak undi Sokernet, dia adalah penyokong Liverpool!
14

We Are Sokernet And We Do What We Want

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Mei 09, 2011 , ,
Dari kiri (Berdiri): Dejan Stankovic, Sinisa Mihajlovic, Marcelo Salas, Alessandro Nesta, Juan Sebastian Veron, Pavel Nedved, Simone Inzaghi, Roberto Mancini.
(Duduk): Matias Almeyda, Giuseppe Pancaro, Luca Marchegiani, Diego Simeone, Sergio Conceicao

Team power ini pada sabtu lalu berjaya membaham pasukan Frinjan FC. Sekarang kami tunggu saja mana mana pencabar yang berhajat untuk dibaham. Sila e-mel kami jika mahu dibaham.

Apa pun pastikan anda menyediakan padang yang sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...