Ya,
Segelintir penyokong susah mati Liverpool pertikai nama melebihi skill, gol dan kebolehan beliau menjangkau tiga pertahanan Liverpool.
Adat dunia bola sepak, bila tewas segera dicari dan digali berhabis-habisan agar dapat menutup malu kekalahan tersebut.
Abang sudah biasa, tambah-tambah bila melibatkat pasukan Liverpool.
Tak perlu lah kita pertikai nama, macam mana nak sebut, macam mana nak eja, macam mana nak panggil.
Kau panggil 'mat tial' dah cukup kalau dah itu je kau mampu. Bunyi dah dekat dah tu.
Usah ditangisi kekalahan lepas. Liverpool tetap Liverpool. Tidak mungkin menjadi Manchester United.
1
Misi
zaileefd2
Terpaksa menulis balik. Pesen main ugut-ugut ni aku tak gemor langsung. Ni pun aku tulis buat entri bagi cukup syarat. Dan disebabkan yang tukang paksa ni dari kem Selangor, aku nak up gambar je lah pasal pasukan dia.
Kau ubah je lah stadium Shah Alam ni jadi hospital. Nanti kau ambik misi ramai-ramai. Lepas tu baru kau sembang pasal misi 33, 333, atau 333333333. Ini sembang siang malam pasal misi tapi bila lawan, kalah.
![]() |
| Lawan bola pulak kalah. |
Cukup dah ni. Jumpa lagi di lain masa dan majulah sukan untuk wakil rakyat.
7
Aku tak tahulah samada tugas menghina dan memaki Liverpool ini semakin mudah atau susah. Ini disebabkan ultras Liverpool sendiri begitu kuat memaki pasukan dan pemain mereka. Kadang-kadang, sewaktu Liverpool baru mengeluarkan senarai kesebelasan utama untuk satu-satu perlawanan lagi mereka sudah memaki dan tak puashati. Mereka mempersoalkan kenapa pemain sekian-sekian tidak bermain dan blablabla.
Tak cukup dengan itu, mereka sampai menyerang akaun-akaun peribadi pemain mereka di media sosial seperti twitter dan instagram. Mereka percaya media sosial adalah 'saluran' yang paling cepat dan terbaik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.
Ultras Liverpool juga kuat menyerang secara general (atau pukul rata) di media sosial kepada sesiapa saja asalkan mereka penyokong United. Mereka percaya itu hak mereka sebagaimana ikon belia percaya pada hukum hak asasi.
Mengikut kajian aku lagi, ultras Liverpool dah lama bersabar dengan Brendan Rodgers. Hashtag mereka #3TahunBrendanRodgersTidurMati dah berleluasa dikalangan penyokong mereka. Sewaktu kedatangan pasukan Liverpool ke Malaysia baru-baru ini,mereka ada merancang untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan memboikot perlawanan, tetapi gagal.
Ultras Liverpool juga dilarang memakai kasut Adidas kerana Adidas adalah sponsor United. Mereka pakai New Balance. Ultras Liverpool dilarang memandu, menaiki atau memuji kereta Chevrolet, Ultras Liverpool perlu dengar arahan Capo mereka (nama dirahsiakan) yang suka bercerita itu ini begitu begini.
Ada macam-macam fraction dalam Ultras Liverpool ini. Ada Rakankop, SilverBird, LilyBird, BirdBird, Labupool dan sebagainya. Brotherhood mereka didalam fraction ini sangat kuat. Kalau ada game, mereka akan berkumpul di mamak-mamak kegemaran mereka. Mamak itulah 'home' itulah juga 'away'.
Bila Benteke buat lipatan gulung ala Wayne Rooney untuk gol pertama Liverpool, aku syak ramai ultras Liverpool terangkat buntutnya untuk mencapai telefon bimbit nak update kewujudan diri mereka masih relevan. Tapi larian solo Martial pada debutnya mengelicik hebat 2,3 pertahanan Liverpool sebelum menolak masuk menewaskan Mignolet selang 2 minit kemudian membuatkan mereka memadam 'status' mereka dan terus memaki Skrtel di instagram. Art, memang Martial art.
Martial membuat satu tumbukan padu keudara, terus aku orgasm bolasepak sebenar.
Ultras Liverpool dah mula memberontak dan mencari suar.
Jorji
Ahad, September 13, 2015

Abang Dol
Unknown
Sabtu, September 05, 2015
“Pukimak! Entah menda-menda si Dollah ni buat?”
“Lama dah dia patut resign. Timor Leste, Bangladesh pun tak
boleh makan!”
“Bagilah siapa pun, bola Malaysia gitu laaa”
Ni antara contoh dialog kau dengar masa kau baru nak cucuh
rokok bawah flyover sambil tunggu hujan reda bersama mat moto yang lain.
Rata-rata semuanya dah hilang nafsu dengan
mutu bola sepak negara yang saban hari makin menjunam ke lubang neraka yang
paling dasar. Terkecuali disini budak-budak alteras.
Sebelum aku meneruskan maki terhadap pasukan bola sepak negara kita dengan lebih lanjut, mari
kita lihat prestasi Dollah Salleh sejak beliau mengemudi skuad Harimau Malaya.
Harimaulah sangat~
2014
Mac 1 : Philipina 0 Malaysia 0 (persahabatan)
Mac 5 : Yaman 1 Malaysia 2 (kelayakan Piala AFC
2015)
April 27 : Philipina 0 Malaysia 0 (persahabatan)
Ogos 8 : Tajikistan 4 Malaysia 1 (persahabatan) <-- Tajikistan ni ada dalam peta rupanya.
September
14 : Indonesia 2 Malaysia 0 (persahabatan)
September 20 : Malaysia 4 Cambodia 1
(persahabatan)
November 12 : Malaysia 0 Syria 3 (persahabatan)<--negara huru-hara pun
tak boleh makan.
November 16 : Vietnam 3 Malaysia 1 (persahabatan)
Piala AFF SUZUKI
November 23 : Malaysia 0 Myanmar 0 (kumpulan)
November 26 : Malaysia 2 Thailand 3 (kumpulan)
November 29 : Singapura 1 Malaysia 3 (kumpulan)
Disember 7 : Malaysia 1 Vietnam 2 (separuh akhir pusingan pertama)
Disember 11 : Vietnam 2 Malaysia 4 (separuh akhir
pusingan kedua)<--acah-acah kambek.
Disember 17 : Thailand 2 Malaysia 0 (akhir pusingan
pertama)
Disember20 : Malaysia 3 Thailand 2 (akhir pusingan
kedua)
2015
Mac 26 : Oman 6 Malaysia 0 (persahabatan)
Jun 6 :
Malaysia 0 Hong Kong 0 (persahabatan)
Jun 11 : Malaysia 1 Timor Leste 1 (kelayakan Piala
Dunia 2018) <--pancut
awal.
Jun 16 : Malaysia 0 Palestin 6 (kelayakan Piala
Dunia 2018)<--Palestin ni ada padangke?
Ogos 29 : Malaysia 0 Bangladesh 0 (persahabatan)<--jaga hati pekerja
kontrak
September 3 : U.A.E 10 Malaysia 0 ( kelayakan Piala Dunia 2018)
September 8
: Malaysia 0 Arab Saudi 36 (kelayakan Piala Dunia 2018)<--aku punya prediksi.
Nah, kau kiralah sendiri berapa kali Malaysia
menang? kau kiraa. kau kiraaaaaaa.
Bagi aku benda ni simple. Dollah bodo dalam memilih player seterusnya menjadikan player lebih jahanam di atas padang dari sedia maklum. Jurulatih yang mempunyai sentuhan ajaib my ass.
Akhir kata, Dollah Salleh dan Salleh Yaacob
merupakan 2 entiti yang berbeza.
![]() |
| padu jugak belah kanan sekali tuuu |
2
Persiapan sedang berlangsung di stadium Nasional Bukit Jalil. Rumput "cow grass" atau dipanggil "national grass" oleh orang2 stadium nampak tahan lasak. Oh yer, penjaga padang dari Jepun yg sama menjaga padang stadium JDT.
Gomo Kelate Gomo!
Bahang XOX Final Piala FA 2015 Makin Hangat
pakkordi
Jumaat, Mei 22, 2015
Persiapan sedang berlangsung di stadium Nasional Bukit Jalil. Rumput "cow grass" atau dipanggil "national grass" oleh orang2 stadium nampak tahan lasak. Oh yer, penjaga padang dari Jepun yg sama menjaga padang stadium JDT.
Gomo Kelate Gomo!
12
FAM - Rombak, Jangan Tak Rombak.
pakkordi
Selasa, Mei 12, 2015
“Rombak FAM!”
Benda ni mungkin dah basi tapi saya rasa masih relevan untuk saya kupas secara marhaen supaya pembaca mudah faham.
Soalan pertama yang seharusnya ada dalam benak setiap penyokong laungan diatas ialah, “bagaimana kita nak rombak FAM sebenarnya?” Jika setakat mahu memegang tifo gambar anjing dan memekik sambil menyanyikan lagu “FAM bangsat” sudah cukup untuk merombak FAM, sudah lama organisasi ini kena rombak.
Untuk merombak sesuatu, kita perlu faham benda yang mahu dirombak. Itu cara manusia berakal buat kerja.
Sebelum menjawab soalan "dari mana datangnya FAM?", eloklah kita selami serba sedikit mengapa FAM penting selain dari aspek memartabatkan bolasepak Malaysia.
FAM ialah sebuah organisasi yang sah mewakili bolasepak Malaysia dimata Federation Internationale de Football atau singkatnya, FIFA. Semua maklum bahawa FIFA ialah badan “de facto” yang mengawal selia segala aktiviti bolasepak dunia pada masa ini. FIFA mengandungi akta-akta tersendiri yang perlu dipatuhi oleh semua persatuan bolasepak negara yang bernaung dibawahnya termasuklah FAM.
Soalan: Jika saya tak puas hati dengan FAM, bolehkah saya mencipta satu persatuan baru untuk mewakili Malaysia didalam FIFA?
Jawapan: Mari sini, saya nak lempang muka anda. Tak boleh!
Dalam artikel 10 FIFA STATUTES; “only one association shall be recognised in each country”. Kalau nak buat persatuan sendiri, pasukan bolasepak yang mewakili persatuan baru itu tidak akan diiktiraf oleh FIFA, dikenakan sekatan dan tidak dibenarkan bertanding didalam pertandingan kelolaan FIFA.
Soalan: Kenapa tak buat persatuan baru, anjur pertandingan setaraf FIFA World Cup dan kemudian syok sendiri?
Jawapan: Mari sini, saya nak lempang muka anda sekali lagi.
Penganjuran Piala Dunia FIFA ialah salah satu penganjuran sukan yang paling menguntungkan didalam dunia. Tahukah anda ketika menganjurkan Piala Dunia 2014, pendapatan FIFA ialah sebanyak USD4billion dengan keuntungan bersih USD2billion? Negara yang layak dan cuba layak ke pertandingan akhir Piala Dunia akan mendapat habuan kewangan juga. Oleh itu, jika anda mahu menganjurkan pertandingan yang syok sendiri, mampukah anda menarik keuntungan seperti FIFA? Selain dari itu, bolehkah pasukan yang menjadi juara didalam pertandingan yg kita anjurkan sendiri mengikut suka hati kita, mendabik dada dengan gelaran "We Are Champion of the World"?
Soalan: Bolehkah kita memaksa FIFA menerima persatuan baru mewakili Malaysia dengan menggunakan kuasa politik sedia ada atau kerajaan baru dimasa hadapan?
Jawapan: Akta didalam FIFA tidak membenarkan kuasa politik mencampuri urusan persatuan bolasepak yang bernaung dibawah FIFA. Pendek kata dalam urusan FAM, parti politik dari pihak mana pun boleh pergi minum teh tarik. Artikel 17 didalam FIFA STATUTES menyatakan, “each member shall manage its affairs independently and with no influence from third parties.”
Sebagai sebuah organisasi yang menjadi ahli FIFA, FAM mempunyai akta-akta tertentu yang membolehkan ianya berfungsi sebagai sebuah persatuan. Ini wajib dibawah akta FIFA. FAM tertubuh dari gabungan persatuan bolasepak negeri yang ada di Malaysia. FAM dan persatuan negeri ini tidak perlu berdaftar dengan Registrar of Society (ROS). Cukup sekadar FAM sah disisi FIFA manakala persatuan negeri pula sah disisi FAM untuk membolehkan pasukan mereka bertanding didalam kejohanan anjuran FIFA.
Jika saya dan rakan-rakan hari ini ingin mendaftar persatuan baru yang diberi nama “Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur Version 2015” dan kemudian ingin mendaftarkan ianya menjadi sebuah persatuan dibawah naungan FAM, jangan harap ini berjaya. FAM harus mengikut segala akta yang diperturunkan dari FIFA dan dua persatuan yang berbeza mewakili sebuah negeri adalah perbuatan yang tidak sah mengikut akta FIFA. Malah dua kelab berbeza berkongsi satu pemilik bertanding didalam pertandingan yang sama adalah tidak dibenarkan oleh FIFA. Kerana itu JDT dan JDT II, silalah berhati-hati.
FAM terdiri dari ahli jawatankuasa dan kongres yang dipilih oleh wakil persatuan negeri.
Soalan: Kalau susah sangat nak rombak FAM, bolehkah kita rombak persatuan negeri dan kemudian setiap wakil dari persatuan negeri itu pilih ahli jawatankuasa baru di peringkat FAM?
Jawapan: Ini soalan yang bagus dan jawapannya boleh.
Memang mengisi persatuan negeri dengan calon-calon kita sendiri dan kemudian memilih ahli jawatankuasa baru di peringkat FAM ialah satu-satunya cara, namun ada beberapa masalah teknikal yang saya yakin akan membuatkan idea ini masuk tong sampah.
Seperti FAM, persatuan bolasepak negeri juga terdiri dari ahli jawatankuasa yang dipilih oleh wakil persatuan bolasepak atau kelab yang bernaung pula dibawah mereka. Oleh itu, jika mahu merombak persatuan negeri, anda perlu ada cukup sokongan dari setiap persatuan bolasepak atau kelab dibawah naungan negeri itu. Jumlah kelab atau persatuan bolasepak dibawah naungan persatuan negeri tentulah terhad. Jika anda bercadang untuk membuka 200 kelab baru dan mendaftarkan kelab-kelab itu dibawah persatuan negeri (dengan harapan anda akan dapat 200 undi ketika pemilihan ahli jawatankuasa persatuan negeri), anda akan kecewa. Ini ialah kerana untuk mendaftarkan kelab baru, anda harus mendapat kelulusan dari persatuan negeri tersebut dahulu. Adakah anda rasa persatuan negeri akan meluluskan keahlian kelab baru yang mereka tahu akan kemudiannya memilih untuk menukar tampuk kepimpinan persatuan negeri sedia-ada? Jangan harap, bro.
Kesimpulannya, segala idea untuk merombak kepimpinan FAM ini adalah retorik semata-mata. Perubahan hanya akan tercapai jika ahli jawatankuasa FAM meletakkan jawatan dan secara ikhlas membenarkan muka-muka baru mengambil-alih. Persoalannya mahukah mereka melepaskan jawatan yang secara lahir dan batinnya datang dengan “kuasa-kuasa tertentu”?
Fahamilah bahawa idea perubahan ini bukan sahaja ada di negara kita malah diperingkat FIFA juga terdapat gelombang-gelombang yang mahukan perubahan namun kekangan yang dihadapi tetap sama.
Fikir-fikirkan.
0
Pengswastaan Liga Malaysia - Satu Era Baru.
pakkordi
Ahad, Mei 10, 2015
(NOTA: Terdapat pembetulan dari segi perkiraan jumlah penajaan untuk musim hadapan jika ianya ialah RM100juta).
Didalam posting sebelum ini saya telah maklumkan bahawa pengswastaan liga kita mengambil pendekatan Bundesliga dari aspek organisasi dan EPL dari segi pembahagian hak penyiaran. Fig.3 dibawah menunjukkan struktur organisasi dan pembahagian hak ini.

Saya telah terangkan bahawa Kongres Liga akan menentukan dasar liga. Kuasa eksekutif sekretariat untuk menjalankan operasi pengswastaan ini dari sudut komersil dan teknikal pula ialah Football Malaysia Limited Liability & Partnership (FMLLP).
Sebelum itu, kita harus faham bahawa FMLLP bukan syarikat enterprise, sendirian berhad atau berhad. Ianya ialah sebuah perkongsian terhad diantara 3 rakan kongsi; FAM, pasukan negeri yang terbabit dalam MSL/PL dan pihak komersil.
Kenapa perkongsian terhad? Tidak gah langsung bunyinya.
Semua harus faham jika FMLLP ialah sebuah syarikat sendirian berhad atau berhad, ia harus ada pemegang saham. Kita ambil contoh jika Pahang menjadi pemegang saham dalam FMLLP dan tiba2 Pahang jatuh ke liga FAM (yang tidak ditaja oleh pengswastaan liga), bagaimana dengan saham yang Pahang pegang tadi? Tukar pada pasukan yang naik dari liga FAM ke Liga Premier? Berapa peratus saham Pahang? Berapa yang akan diberikan kepada pasukan baru? Dinamik pengswastaan akan terganggu. Dengan perkongsian terhad, semua rakan kongsi akan mendapat hak yang sama. Perbezaannya cuma dari segi pertukaran pasukan naik turun liga akan menjadi lebih mudah.
Tugas utama FMLLP ialah menguruskan liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia secara profesional. Mereka akan menentukan jadual perlawanan mengikut kesesuaian penajaan. Mereka juga akan memaksimakan keupayaan komersil liga kita dan dalam masa yang sama menaik tarafkan saluran perkhidmatan kepada pelabur yang akan melabur didalam liga kita.
Contohnya jika dahulu pasukan Pahang terpaksa membuat “launching” penajaan Puma untuk jersi baru mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur, FMLLP sebaliknya akan menyediakan sebuah pusat media canggih di pejabat mereka yang mana pasukan negeri boleh gunakan sebagai tempat untuk menyampaikan taklimat usaha sama dengan penaja. Ini akan memudahkan pasukan negeri untuk menarik penajaan secara professional dan secara tidak langsung menaikkan imej dan menjana pendapatan pasukan negeri.
FMLLP akan memastikan taraf penyampaian siaran langsung perlawanan ditahap yang tinggi. Dimaklumkan setiap stadium perlu ada jumlah kamera teknoloji canggih yang tertentu (minima 10 kamera jika tidak salah saya). Tiada lagi kamera sudut hampeh dan pengacaraan yang membelakangkan tempat duduk penonton. Aras pengukur FMLLP ialah cara penyampaian EPL. Interbiu pra-perlawanan, semasa perlawanan dan selepas perlawanan akan lebih professional.
FMLLP juga ditugaskan untuk menguruskan perkongsian wang hak penyiaran kepada rakan kongsi liga.
Nilai minima yang akan setiap pasukan negeri dalam MSL dan PL dapat ialah 30% dari jumlah tajaan untuk musim tersebut. Maka untuk musim depan, tajaan minima yang dijamin ialah RM70juta. Ini bermakna setiap pasukan akan menerima lebih kurang RM1.5juta setiap pasukan. Ini ialah anjakan 500% dari kadar yang pasukan terima musim lepas. Ini ialah satu jumlah lompatan yang banyak. Dengan wang penajaan ini, diharap pasukan negeri akan ada lebih peluang untuk memegang pemain mereka yang berpotensi dari melompat ke pasukan lain apabila mendapat tawaran lumayan.
FAM pula akan menerima 40% dari jumlah tajaan. Nampak memang jumlah yang banyak tetapi jika dibandingkan dengan tajaan musim dahulu, FAM mendapat jumlah yang agak sama. Dengan duit ini diharapkan FAM dapat meningkatkan mutu infrastruktur bolasepak kita.
20% dari tajaan akan FMLLP pegang untuk kos operasi liga dan wang hadiah liga. Mereka akan menggunakan sistem markah yang akan dijumlahkan pada setiap hujung liga.
Contohnya, pemenang liga super akan mendapat 24 markah dan yg ditempat terakhir liga super pula mendapat 13 markah. Pemenang liga premier mendapat 12 markah dan tempat terakhir liga premier mendapat 5 markah. Untuk setiap pusingan piala FA dan piala Malaysia juga menjanjikan markah. Lagi jauh perjalanan pasukan itu dalam piala FA dan piala Malaysia, lagi banyak markah yang pasukan itu kumpul.
Jumlah markah yang tersedia untuk musim hadapan ialah 512 markah.
Dengan itu, jika Selangor memenangi liga super tahun depan tapi gagal di piala FA dan piala Malaysia, jumlah duit minima yang Selangor akan dapat ialah RM750, 000 (hadiah juara liga) + 24 markah (markah sebagai juara liga super) + markah dari perjalanan piala FA dan piala Malaysia.
Kita dapat lihat bahawa perkongsian wang ini lebih telus.
10% dari penajaan akan menjaga hak pengadil dan akademi negeri. Pengadil akan mendapat habuan mereka dan diharapkan mutu pengadilan akan lebih meningkat. Akademi bolasepak negeri pula akan mendapat peratusan duit ini sekiranya mereka meningkatkan tahap infra akademi mereka ketahap yang lebih baik. Contohnya jika akademi Kelantan menaikkan gred jurulatih pasukan belia mereka dari jurulatih taraf gred C ke B, akademi Kelantan akan mendapat peratusan wang dari 10% penajaan ini. Akademi kini akan ada lebih motivasi untuk meningkatkan infrastruktur mereka kerana ada insentif sumber kewangan.
MP & Silva (MPS) ialah salah seorang rakan kongsi yang mengambil tempat sebagai rakan kongsi komersil. Buat masa ini hanya MPS sahaja yang tampil dan ada kemungkinan besar akan ada rakan kongsi lain. Sebagai rakan kongsi komersil didalam FMLLP, MPS mendapat hak imej, branding dan penyiaran untuk liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia sahaja. Liga FAM dan liga Futsal Kebangsaan bukan dibawah MPS.
MPS akan memaksimakan nilai komersil liga kita dan akan bekerjasama dengan syarikat penyiaran tempatan yang membeli hak penyiaran sesebuah perlawanan yang MPS pegang. Sekiranya tiada syarikat penyiaran tempatan yang membeli siaran itu, MPS akan menyiarkannya sendiri. Saya difahamkan MPS memang mampu untuk menyaingi Astro Arena sekiranya perlu. Tiada masalah disini.
RM70juta yang MPS akan berikan adalah kadar minima dimana MPS tidak ambil komisyen langsung. Malah mereka akan rugi sebenarnya. MPS hanya akan untung jika jumlah tajaan yang dapat mereka kumpulkan setahun adalah lebih dari RM70juta dimana perkiraannya adalah seperti dibawah.
Contohnya, jika jumlah tajaan musim hadapan ialah RM100juta, MPS akan ambil 100% lebihan dari RM70juta sehingga jumlah RM84juta. Lebih dari RM84juta, akan dikongsi MPS 40:60 dengan FMLLP.
- Jumlah tajaan musim depan = RM100juta
- MPS akan dapat =[ RM14juta (RM84j-RM70j) ] + RM6.4juta [40% x (RM100j-RM84j)]
= RM20.4juta
= RM20.4juta
- FMLLP dan rakan2 = RM79.6 juta (FAM: RM31.8j, FA negeri: RM23.9j, FMLLP: RM15.9j, Akademi/ref: RM8j)
Saya nampak penyiar tempatan akan mensabotaj usahasama dengan FMLLP-MPS ini. Maklumlah, penyiar-penyiar lama dah tak boleh buat duit banyak-banyak lagi. Dulu mereka bayar “lump sum” pada FAM dan kemudian semua duit dari sub sponsor dan pengiklan mereka sapu habis licin.
FMLLP juga akan menguruskan "twinning program" dengan kelab dari Bundesliga dan kelab-kelab dari Bundesliga sudah bersetuju dengan cadangan ini. JDT telah memulakannya dengan memilih B.Dortmund sebagai kelab pilihan mereka. Jika Pahang mahu belajar dan majukan akademi mereka menjadi seperti kelab FC Hamburg, FMLLP akan uruskan.
Saya harap artikel runcit-runcit saya ini berjaya membuka mata peminat bolasepak tempatan akan kesediaan FAM dan FA negeri untuk memajukan bolasepak Malaysia.
Bolasepak kita, cara kita.
16
Pengswastaan Liga Malaysia - Abstrak
pakkordi
Khamis, Mei 07, 2015
Bismillahhirrahmanirrahim.
Saya bukan pencacai FAM. Saya hanya seorang peminat bolasepak yang ingin melihat bolasepak tempatan semakin maju. Seperti saya sokong usaha NFDP didalam usaha memajukan "grassroot football", saya sokong apa juga perubahan yang menjanjikan kemajuan. Jika tidak maju juga, kita usaha lagi. Tiada jawapan yang tepat didalam soal ini. Hanya Allah Taala tahu semua jawapannya dan sama macam kamu, kamu dan kamu, kita bukanlah tuhan.
Semua arif bolasepak Malaysia makin merosot tetapi menjatuhkan hukuman bahawa FAM lah satu-satunya punca kepada kemerosotan ini adalah tidak adil. Namun begitu saya percaya FAM tetap perlu ada perubahan. Perubahan secara menyeluruh mungkin agak sukar tetapi sistem yang ada didalam perlu nafas baru.
Tahun lepas pihak FAM telah mentauliahkan Red Card Pte Ltd (Redcard), melalui Repucom.net sebuah syarikat perunding pemasaran sukan terkemuka dunia, untuk menjalankan satu kajian dalam mencari nilai sebenar liga Malaysia dari aspek komersil.

Kajian Redcard (nota: semua data Redcard adalah dari sumber tahun 2014) menunjukkan bahawa nilai liga Malaysia ialah RM500juta setahun. Pelbagai isu timbul tentang penilaian ini. Ada yang mengatakan bahawa pihak FAM tidak berlaku adil kerana sebelum kajian nilai liga ini dijalankan, pembida terbaik untuk menaja liga Malaysia untuk musim yang seterusnya ialah Zenith/IMG berjumlah RM75juta dan bidaan mereka sepatutnya FAM terima.
Ada juga yang menyuarakan rasa tidak percaya bahawa liga kita bernilai RM500juta setahun sedangkan liga Thailand hanya RM182juta setahun.
Ada juga yang menyuarakan rasa tidak percaya bahawa liga kita bernilai RM500juta setahun sedangkan liga Thailand hanya RM182juta setahun.
Tanpa sebarang data untuk membangkang, demi perbahasan ini saya terima jumlah RM500juta dari Redcard itu. Lagi pun, jumlah RM500juta jauh lebih tinggi dari RM75juta setahun yang dibida Zenith/IMG. Ada kemungkinan FAM telah faham bahawa selama ini mereka telah "under-estimate" nilai liga Malaysia. FAM rasa tertipu.
Pada dasarnya saya setuju dengan arahan FAM untuk menilai liga kita sebelum memilih pembida yang akan memegang hak penyiaran. Barulah nilai yang akan FAM dapat, nilai yang lebih realistik.
Selain dari menilai liga Malaysia, kajian Redcard juga telah membantu pihak FAM dalam memilih gaya, jiwa dan roh baru untuk ditiup kedalam liga kita. Ditambah pula dengan kemerosotan FIFA ranking Malaysia, FAM menerima kenyataan bahawa sesuatu didalam sistem mereka perlu dirombak.
Cara dulu (gambar atas), penaja utama liga akan memberikan sejumlah wang kepada FAM dan penaja itu akan mendapat hak sepenuhnya terhadap hak penyiaran dan nilai komersil hasil dari hak ini. Duit tajaan itu selain dari FAM kongsikan dengan FA negeri yang bertanding, ia akan juga digunakan antaranya untuk menjalankan operasi kesemua liga (Super League, Premier League, Piala FA, Piala Malaysia dan liga FAM), inisiatif pembangunan bolasepak di Malaysia, menanggung kos operasi pasukan kebangsaan (kini ditaja oleh Telekom Malaysia) dan pasukan pelapis. Penaja utama yang mendapat hak penyiaran pula akan mengaut keuntungan penuh dari wang iklan dan sumber sub-sponsor yang lain.
Sebagai badan yang ditauliahkan oleh FIFA untuk menyelaras dan memutuskan dasar-dasar bolasepak Malaysia, menguruskan liga tempatan secara total ada konfliknya. Bayangkan FAM pengurus liga tapi pada masa yang sama mereka juga adalah ahli lembaga disiplin. They are the judge, the jury and the executioner.
Oleh itu FAM telah memutuskan untuk mengeluarkan tugas pengelolaan liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia dari bidang kuasa mereka dan diserahkan kepada satu badan luar.
Kenapa liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia sahaja yang diswastakan? Ini ialah kerana penaja tidak mahu taja liga yang tiada nilai komersil.
Pengswastaan liga kita ialah satu model yang "hybrid". Kajian Redcard keatas liga-liga terkemuka dunia ketika itu menunjukkan bahawa liga yang paling mahal dari aspek komersil (English Premier League, 1.8billion Euro) tidak menghasilkan kelab yang stabil dari segi kewangan. Banyak yang beroperasi dalam kerugian. Malah pencapaian pasukan England adalah sangat membimbangkan.
Bundesliga sebaliknya pula adalah liga yang menghasilkan pasukan juara dunia walaupun nilai komersilnya hanya 1/3 dari nilai EPL. 52% dari pemain profesional yang bermain didalam Bundesliga dihasilkan oleh akademi kelab tempatan. Ini adalah jumlah yang sangat tinggi.
Dulu pasukan Die Mannschaft membariskan 10 robot dan satu Michael Ballack, pasukan yang hampir pasti dibaham jika berhadapan dengan skuad Sepanyol. Kini dengan adanya struktur organisasi padu dibawah seliaan DFL, Bundesliga berjaya menghasilkan 10 Michael Ballack dan seorang robot. Pasukan yang berjaya menjuarai Piala Dunia dan membaham Brazil 7-1 di hadapan mata penyokong mereka sendiri.
Model "hybrid" liga Malaysia ini nanti bakal menerapkan struktur organisasi mantap dari Bundesliga digabungkan pula dengan cara perkongsian komersil wang hak penyiaran kepada kelab yang bertanding dari EPL.

Sebelum membincangkan pengswastaan liga, siapa yang menentukan dasar liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia nanti? Contohnya, siapakah akan menentukan berapa jumlah pemain luar yang dibenarkan untuk bermain didalam liga?
Kongres liga terdiri dari FAM dan semua 24 pasukan yang akan bertanding didalam liga super dan liga premier musim itu. Ahli ini adalah dinamik dan tidak statik. Ahli yang statik cuma FAM. Jika sebuah pasukan itu tersingkir ke liga FAM, ia tidak akan lagi mewakili kongres liga. Ini memastikan dasar liga bertepatan dengan kehendak semasa pasukan yang bertanding dan tiada kuasa veto didalam memutuskan sesuatu dasar.
Kongres liga juga masih terbuka untuk diwakili oleh badan-badan yang berkepentingan. Ada rancangan untuk menyerapkan pihak media dan persatuan pemain professional dimasa hadapan.
Otak saya dah penat. Siri seterusnya menerangkan apa itu Football Malaysia LLP (FMLLP) dan apakah tugas-tugas mereka didalam pengswastaan liga? MP & Silva ini siapa pula?

Saya sekarang berada di taklimat media program pengswastaan liga Malaysia sebagai pemerhati a.k.a ajen 007. Esok kalau fakta dah cukup, saya kupas.
#TanahTumpahnyaDarahku
Kearah Pembangunan Bolasepak Yg Lebih Padu
pakkordi
Rabu, Mei 06, 2015
Saya sekarang berada di taklimat media program pengswastaan liga Malaysia sebagai pemerhati a.k.a ajen 007. Esok kalau fakta dah cukup, saya kupas.
#TanahTumpahnyaDarahku
3
Kalau sarkis, siapa pegang cemetinya?
Jorji
Khamis, April 30, 2015
Disuruh lompat,dia lompat
Kalau tak lompat, 2 cemeti hinggap ke badan.
Disuruh beratur, dia beratur.
Kalau tak beratur, nanti yang pegang cemeti tak nak kawan.
Disuruh menari tango, dia ikut asal cemeti tak dilibas ke badan
Inilah nasib Harimau sarkis, walau panas api membakar tapi demi kegembiraan kanak-kanak sejagat, mereka rela bulu terbakar. (Kalau tak buat kene cemeti kang naya juga)
Tapi jangan la salahkan kanak-kanak yang sukakan aksi binatang di sarkis. Mereka masih belum faham tentang hak kebinatangan. Mereka hanya mahu gembira walau kadang-kadang terbit rasa kasihan mendengar cemeti dilibas ke badan Harimau.
Zass! zass! zass!
Tapi bila Harimau melompat gelung api, mereka bangun bersorak senang hati!
6
Sehati Sakit Jiwa
Jorji
Selasa, Disember 23, 2014
Ada banyak pujian dan kata-kata semangat aku baca di beberapa blog dan website serta laman sosial lain tentang kekalahan secara aggregat Harimau Malaya di final AFF Suzuki Sabtu lepas. Ramai kecewa, ada yang menangis sebak, tak kurang terus menyanyi dan bergendang. Sebilangan memuji dan berpuashati dengan usaha dan kesungguhan pemain dan yang baran akan terus memaki, memaki dan memaki.
Bravo kepada yang baran.
Bagaimana Malaysia boleh kalah? Ada ke yang tanya macam tu? Selalunya 'dah agak dah..mesti kalah!" atau "Main macam setan, ada hati nak menang".
Kalau aku nak bercerita tentang taktikal, aku tak berapa mahir sangat. Nanti nampak sangat dangkalnya. Lagipun, orang lain dah banyak bercakap tentang tu. Tapi walau tak mahir, aku tahu juga yang Harimau Malaya punya taktikal berlayar jauh kelaut dalam. Bagi aku dan juga Ken Worden dan pendapat ini juga di kongsi oleh seorang jurulatih import Pahang yang aku tak ingat lagi namanya, taktikal apa yang nak di suapkan ke kangkang pemain jika 'basic football' mereka pun teruk. Ken Worden sabar juga melatih Selangor selama beberapa musim. Jurulatih Pahang tu bila dia tengok ekor rambut Azizul Kamaludin, terus dia tempah tiket balik semula ke negaranya. Kain baju pun belum sempat keluar lagi dari begnya. Dia kata, dia nak Rebung, boleh di lentur, kalau dah jadi buluh tebal, baik di buat meriam saja.
Menahan bola dengan baik, membuat lorongan dengan berakal, menanduk tak lelap mata, membuat percubaan ke arah gawang gol, semua itu 'basic football' tapi pemain kita tidak mahir perkara itu. Ini Ken Worden sendiri cakap dekat aku semasa kami tinggal berjiran di Putra Kondo. Aku sampaikan aje kepada pembaca yang banyak memuji kesungguhan dan usaha pemain tadi.
4-2-4, 4-3-3, 4 x 4. pat-pat siku lipat, set piece, one piece semua tu hanya berlaku di padang latihan semasa bersama jurulatih. Bila waktu permainan, jurulatih dah putus hubungan. Yang bijaksana macam Pak Alex, dia serapkan ke jiwa pemain ketakutan jika melakukan kesilapan. Ada jurulatih hanya duduk berpeluk tubuh, ada yang hempas botol air, ada yang masukkan 2 jari telunjuk dalam mulut bersiul memberi arahan tetapi bangang tak patut juga. Pemain dalam padang mungkin dah penat, tekanan serta sorakan penyokong membuatkan mereka lupa tentang taktik dan teknik. Tapi menahan bola atau membuat hantaran mesti 90% tepat. 'first ball' mesti nampak seperti pemain yang berlatih setiap pagi dan petang.
Pemilihan pengurus, jurulatih, pemain hatta abang medik juga semua memberi impak. Selalu sangat aku tengok medik berlari ke dalam padang dengan 'ice pack' dan botol mineral serta spray dalam kocek seluar (bukan di perlawanan Harimau Malaya). Kalau boleh biarlah bergaya sedikit, beg medik, sarung tangan getah, dan ketika sampai ke pemain yang sedang terbaring cedera, jangan mencangkung atau membongkok.blablabla.
KRONI-K
Banyak aku baca tentang jurulatih Dollah Salleh memilih pemain yang tidak sesuai atau lebih kurang sama dengan barisan Rajagopal. Tiada muka baru. Kenapa ambil pemain yang hanya simpanan sepanjang musim tetapi pemain yang perform dan cergas tidak di pilih. Ini rahsia Dollah. Entah apa dia nampak pada Safee atau Mat Yo, kita tak tahu. Mungkin dia pilih berdasarkan prestasi kedua pemain ini suatu ketika dahulu. Mungkin mereka kroni Dollah. Mungkin pemain ini pilihan bersama dengan FAM. Banyak la kemungkinan. Semua ini bukan tidak berlaku dalam liga gred A ke atas jurulatih kelab terkemuka. Arsene Wenger beli Welbeck 16 juta pound untuk ganti Persie. Siapa nampak kemungkinan ini? Brendan Rodgers beli Balotelli untuk ganti Suarez, akal fikiran genius mana yang nampak kemungkinan ini?
Tapi pedulik apa kita dengan Wenger dan Rodgers kan? Kita nak bercerita tentang Harimau Malaya, bukan kelab midtable.
Kita nak bercakap tentang Safee Sali yang tak banyak berlari, tentang Mat Yo yang di lambungkan bola tetapi langsung tak dapat terimanya kerana di apit oleh dua pertahanan Thailand yang punyai susuk tubuh lebih tinggi dan solid. dah kau nampak begitu, kenapa di lambung lagi bola ke Mat Yo? Sampai satu tahap, aku nampak ini bukan salah Mat Yo, tapi salah midfields dan bek yang suka membuat long ball tinggi 'mencari' Mat Yo. Kenapa Dollah biarkan ini terus berlaku. Maki la sampai keluar anak tekak bagitau jangan lambung bola lagi, cuba kaedah hantaran rendah dan pendek pula, tapi jangan simpan lama-lama sebab lawan kau semuanya pemain muda dan macam-macam la. Kita nampak semua itu sebab kita menonton setiap saat apa yang berlaku.
Kaedah long ball, short pass, tika taka dan sebagainya ini bergantung kepada taktikal dan lawan kita, atau apa misi kita, kata NorHafiz Zamani Misbah ketikaaku tanyakan dalam satu temubual dengannya Januari lepas. Kita mungkin mahu melambatkan permainan atau mempercepatkan permainan, tambahnya lagi. Walau aku suka ketenangan dia, tapi aku kurang bersetuju. Sama macam aku kurang setuju dengan ayat di suratkhabar;
'Rahsia Vietnam dalam tangan Dollah'
'Amri tahu kelemahan Thailand'
'Kita di undi dalam pasukan maut'
Rumpun Asean sama saja negaranya. Kalau tak satu grup dengan Thailand, kita di undi dengan Indonesia. Fizikal kita pun tak banyak bezanya. Jadi konsep atau gaya permainan bukan alasan lagi, sepatutnya mesti sama perginya. Kalau pun berbeza hanya dari segi ketahanan mental, stamina dan umur. Semua itu sepatutnya di jaga dan di latih ke tahap sepatutnya. Soalnya, kenapa Harimau Malaya masih sama rentak permainannya?
Sebab tradisi? sebab liga gred D menghasilkan pemain gred D juga? dah terbiasa jerit "clear ball!!!" semenjak sekolah, jadi asal di serang, bek akan clear ball dulu? Jawapannya ada dalam Wisma FAM dan pembangunan sukan. Tapi, kalau nak bercerita hal development, sampai esok pun tak habis, jadi kita bicara hal itu di lain masa.
Malam itu aku 'berdiri' bersama Ultras di sudut paling bawah kiri sekali. Satu chants pun aku tak tahu dan malam itu juga baru jelas sedikit apa yang mereka jeritkan selama ini. Ada chants yang aku tak setuju, tak kene dan tak sodap, ada yang baik. Tapi itu hal ultras lah. Kita Sokernet, kita di sini bercakap tentang hal bolasepak sebenar.
Di sudut kiri bawah sekali itu, aku melihat dengan lebih jelas dan dekat tendangan Chopot menerjah gawang Thailand. Manisssssss...memang manis. Chopot menunjukkan yang beliau telah matang, berusaha keras dan tidak mahu mengalah. Sekurang-kurangnya jika kita nak bandingkan dengan kesemua pemain lain la.
Dalam beberapa perlawanan AFF ini juga aku dapat merasakan pemain kita bermain dengan kasar. Di sini aku rindukan Aidil, dia robust dan 'fizikal' tetapi bukan kasar. Main kasar dapat kad dan hadiahkan tendangan percuma pada lawan. Robust, langsung tak kasi chance pada lawan nak masuk kawasan kita. Beza tu. Pertahanan Harimau Malaya banyak lakukan kesilapan tapi semua itu salah Dollah. Takkan salah K.Devan pulak. Kehadiran Shukor Adan mengajar satu perkara, kita perlu pemain senior yang banyak mulut dan suka mengarah. Ini penting untuk buat pemain lain tak tidur. Kalau semua senyap, penjaga gawang pun senyap saja, tak marah pemain pertahanan yang memberi ruang kepada pemain lawan mencuba, alahai, pergi berburu pun ada arahan yang kene beri secara berterusan supaya tak tertembak rakan sendiri la bang.
Di akhir perlawanan, Shukor dan Chopot datang memberi hormat kepada penonton sementara pemain lain entah kat mana. kecewa agaknya. Inilah aku nak bagitau, ada penonton bawak motor dalam hujan dari Sabak Bernam nak tengok korang main. Kau datang tepuk tangan tunjuk penghargaan sekejap apa salahnya? Benda macam ini pun benak ke, nak kene bagitau banyak kali jugak ke? itu pun susah nak faham, benda mudah pun susah kau nak ingat dan buat, camna nak kasi taktikal pat-pat siku lipat? NAMPAK?
Jadikan habit selepas game mesti hargai penyokong yang datang. Jenis tak hargai penyokong ni selalunya ahli parlimen aje buat. (akhirnya mereka semua datang juga tapi dah tak best la)
Sepatutnya Harimau Malaya mempertahankan kelebihan 3 gol mereka, walau 2 darinya dari penalti dan tendangan percuma (bukan gol permainan ini kurang sikit la markahnya) tetapi membenarkan Thailand menghasilkan 2 gol yang cantik adalah satu kesilapan gaya permainan. Gaya menyimpan bola untuk melewatkan permainan ini TAKDA dalam jiwa pemain. Mereka cuma tahu bertahan reramai dan clear ball! clear ball, clear ball. Janji clear.
Aku salahkan konsep menyediakan banyak bola di luar padang bersama budak pengutip bola sebagai punca utama kegagalan Malaysia mempertahankan gawang mereka dari di bolosi. Siapa la punya idea ni? Kat eropah aku tengok mereka guna sebiji bola saja. Kalau bola terkeluar, pengutip bola akan ambil bola yang sama untuk pemain membuat lontaran ke dalam. Tahu tak apa kelebihan menggunakan hanya sebiji bola saja?
10 minit terakhir, ketika Thailand menyerang dari kawasan kiri padang, Amri Yahyah berjaya menghalang dengan menendang tinggi bola keluar padang. Inilah clear ball paling tinggi dan paling jauh. Tapi belum sempat bola yang di tendang Amri jatuh ke tanah, dan belum sempat Amri mengatur pernafasan semula, pemain Thailand telah membuat lontaran ke dalam dengan bola lain yang di beri oleh budak pengutip bola. Thailand menyerang lagi. Amri yang tak sempat telan air liur mudah di tewaskan dan bola di bawa masuk ke kawasan penalti Harimau Malaya.
Nah! bayangkan kalau hanya guna sebiji bola saja, sudah tentu Amri dan barisan pertahanan lain dapat menyusun semula pertahanan dan mengambil nafas sedikit. Pepe dan Ramos pun guna kaedah sama juga. Lain lah kalau pemain kita, dalam keadaan genting pun mampu mengawal bola,membuat hantaran pendek dan tepat dan cepat melarikan bola ke atas semula sebelum di bawa ke sudut penalti pihak lawan dan cuba melengahkan permainan di situ, ini kita tidak pernah di ajar permainan begitu, guna pula banyak bola, mati la wei!
hmmm..jauh betul aku meroyan ni. Tadi rasanya nak cerita lain tapi takpa, aku hanya nak keluarkan rasa yang terbuku dalam dada ni. Aku nak meroyan pasal kebangangan pengurusan Stadium Bukit Jalil yang jual tiket RM50 tapi belum tentu dapat tengok bola lagi. Babi pengurusan semua ni tau tak ada berpuluh penyokong tak dapat tengok bola dengan baik atau selesa walau dah bayar RM50? Upah la steward bayar gaji jam jaga penonton, duduk sepanjang tangga, jangan bagi penyokong duduk dekat tangga atau bersidai depan palang menghalang penonton lain. Kau ingat kau pakai baju Kot berjalan keliling stadium, orang nak pandang kau? puiii! Stadium kapir dan penyokong kapir luar negara itu elok je aku tengok kat TV ruang tangga kosong, takda yang berdiri depan palang menghalang penonton lain, takda penonton kene bersila,meniarap nak dapat sedikit view padang, ada ruang untuk warga tua, warga berkerusi roda dan semua duduk, aman aje. Kau semua berdiri belakang VVIP buat muka tegang. Abah kau la!
Nanti ada la tu nak buat lawatan sambil belajar ke stadium-stadium ternama Eropah untuk kaji bagaimana stadium sana beroperasi. Bukan stadium la, sikap kau tu! bahalol!
Dahla, aku dah panas balik ni. Ayat pun dah mula nak memaki je.

11
Malaysia pernah muncul juara edisi 2010 lalu. Menang
pingat emas temasya Sukan Sea 2009 dan 2011, tapi setakat itu saja. Semua
pemerhati bolasepak tempatan tahu apa berlaku selepas itu. Malaysia gagal mara
ke Piala Asia secara merit apabila kalah ditangan jiran Asean, Singapura. Hakikat
yang paling pahit untuk ditelan. Malaysia masih kekal dengan hantaran lambung
untuk menang. Hantaran lambung yang diamalkan sejak 25 tahun dulu. Hantaran
lambung yang terpaksa digunapakai atau diterapkan oleh mana-mana jurulatih Malaysia yang bersilih ganti kepada pemain lantaran pemain yang ada masih gagal mempraktikkan atau
mengadaptasi kawalan bola yang kemas, tersusun dan paling menyedihkan masih
belum mampu bermain menggunakan akal. 25 tahun tapi corak permainan tetap sama.
Dari liga semi-pro dinaik taraf ke liga professional sepenuhnya. Bayangkan!
Lambung sana, lambung sini. Yeayy menang!
Sebagai pendukung falsafah bolasepak sebenar, sebenarnya
gaya permainan bolasepak Malaysia semasa melawan Vietnam tempoh hari biasa-biasa saja.
Vietnam yang ternyata bangang kerana gagal bertahan dengan baik atau mungkin
terbawa-bawa dengan perasaan yakin yang memakan diri. Tiada yang boleh
dibanggakan dari aspek teknikal mahupun mutu pemain. Hanya semangat juang dan
stamina pemain yang wajar dipuji untuk mencipta “mother of all comeback”
diperingkat Asean ini.
Jika anda ingin berbangga dengan final ini dan pencapaian
yang berlegar-legar sekitar Asean selama 25 tahun ini, terpulang. Citarasa
bolasepak yang aku dambakan sangat tinggi. Susah untuk mencapai klimaks hanya
kerana mara ke final bolasepak rantau Asean.
Tidak dinafikan setiap kali Malaysia bermain, aku
akan pegun di depan TV dengan harapan mungkin kali ini ada perubahan dari segi
gaya taktikal dan mutu permainan. Tapi hampa. Corak permainan tetap sama.
Lambung sana, lambung sini. Di selang seli dengan tampanan bola yang macam
setan dan gelecekan berterabur menghuru-harakan diri sendiri yang dicipta oleh
Azamudin Akil, Zubir Azmi dan S. Kunanlan. Muslim Ahmad macam biasa. Tetap
dengan kegopohan dan bebalnya mengeluarkan bola. Syukurlah kali ini tiada
kelibat Fakri Saarani dan K. Gurusamy. Jika tidak lengkaplah kuota.
Mutu permainan bolasepak Malaysia masih gagal untuk
meningkat ke gear lima atau lebih tinggi. Samada tersangkut di gear tiga atau
turun kembali ke gear dua. Begitulah selalunya.
Dalam pada itu mungkin ada peminat bolasepak yang biasa-biasa
berkata, “Hantaran jauh juga satu bentuk taktikal bola brooo!” Ya. Betul. Ianya
juga satu bentuk taktikal. Tapi jika engkau turun menentang lawan yang hampir
sama sosok fizikal seperti Vietnam atau negara Asean lain, barangkali akan
mendapat kemenangan yang dicari. Tapi bagaimana pula turun menentang lawan yang
lebih tinggi dan tegap dengan keupayaan teknikal yang hebat?
Barangkali ada peminat bolasepak yang biasa-biasa akan
berpuas hati dan berkata, “Pedulilah dengan gaya permainan Malaysia, yang
penting kita masuk final. Apa ada hal!” 18 tahun dulu atau lebih tepat tahun
1996 ketika edisi Piala Tiger, skrip dan alasan seperti itu juga yang
diberikan. “Pedulilah. Yang penting pergi final”. Dan selepas itu, semua pun
tahu, Malaysia gagal dan terus gagal termasuk “the mother of all gagals” pada
Piala Asia 2007.
Bolos 12 gol dan hanya satu jaringan dalam 3
perlawanan. Satu tindakan gila pada ketika itu untuk menggunakan hantaran
lambung kerana sosok pemain lawan iaitu China, Uzbekistan dan Iran hampir
sekaki lebih tinggi dan tegap daripada pemain Malaysia. Ditambah pula dengan kemahiran
teknikal yang daif dan kelemahan fizikal, segala kekurangan pemain Malaysia pada ketika itu sangat
ketara terdedah diperingkat Asia. Belum lagi bercerita diperingkat global.
Pemain paling tinggi ketika itu, K. Nanthakumar seperti perempuan baru lepas kena
rogol dengan 10 orang negro. Perlahan dan lemah. Norizan Bakar dengan janggut
sejemputnya kelihatan seperti penggembala keldai. Terkedu di bangku simpanan
mengenangkan anak didiknya kelihatan bangang di dalam padang. Natijahnya 5-1,
5-0, 2-0!
Malaysia masih gagal mara ke peringkat lebih tinggi.
Masih gagal menembusi kelompok Asia. Sudah 25 tahun. Masih begitu. Masih melukut
di rantau Asean dan kekal konsisten berhempas pulas hatta menentang Bangladesh!
Sebagai pencinta bolasepak sebenar, aku ingin lihat
Malaysia mengamalkan permainan yang bermutu. Kawalan bola yang meyakinkan. Bermain
secara build-up dengan hantaran pendek yang tepat diselang seli pergerakan pantas
pemain mencari ruang serta kawalan bola yang mantap dan hantaran bervisi yang mampu
menembusi celah-celah pemain lawan bukannya melambung di atas kepala pemain
lawan. Sentiasa pantas menggunakan akal dan kepintaran untuk mengatasi
pertahanan lawan setiap kali menerima bola.
Kita ingin lihat Malaysia sebaris dengan Jepun,
Korea Selatan mahupun Iran dari segi teknikal, fizikal dan mental seterusnya
muncul sebagai jagoan Asia secara total bukan lagi Asean. Bukan! Kita ingin
lihat Malaysia bermain diperingkat tertinggi di Asia atau dunia secara regular
dan mengamalkan falsafah bolasepak yang boleh dibanggakan, bukan lagi dengan
amalan hantaran bola lambung dan clear bola ikut arah konek, punai, kotey,
tetek, telur, jubor atau seumpamanya. (Ketika melawan Vietnam, jika diamati
pada minit ke-75 ke atas, sindrom bangang itu masih ada)
Alangkah baik jika pada saat yang genting itu,
ada dua atau tiga orang pemain yang tenang mengawal asakan pemain Vietnam
dengan mutu kawalan bola yang baik dan tidak terburu-buru atau panik
mengeluarkan bola, seterusnya mampu menghantar bola yang tepat kepada penyerang
bagi memerangkap pertahanan lawan yang mana ketika itu sedang menggila
mengasak. Killer pass from deep area! Tapi malangnya tiada yang mampu.
Walaupun begitu, sebagai manusia yang waras dan
masih berpijak di bumi nyata, dan memahami bahawasanya Dollah Salleh mewarisi
generasi pemain yang serba biasa dan mempunyai kualiti teknikal dan kepintaran yang
terhad dan daif, bermain dan bersaing pula sesama sendiri di dalam liga gred D,
beliau berhak mendapat kredit dan pujian kerana masih mampu membawa pasukan
yang serba sederhana ini mara ke final.
Dengar sini! Sebab engkau orang semua bangang, hantar bola lambung!
Tapi yakinlah selepas final ini, Malaysia akan terus
bergelut untuk mengatasi negara Asean lain seperti sediakala. Tiada perubahan
kerana pemain-pemain yang ada kekal dan selesa bermain di liga gred D. Tiada usaha
untuk meningkatkan kemahiran sendiri justeru asas bolasepak Malaysia terus
kekal macam celaka kerana mereka sekadar bersaing sesama pemain bertaraf celaka
juga. Tidak mungkin seseorang bertukar menjadi malaikat jika kekal bergaul
dengan syaitan. Bunyinya biadap tapi itulah hakikatnya.
Kitaran bolasepak Malaysia berpusing pada paksi dan
asas yang sama. Bermain hantaran lambung untuk 15 tahun akan datang demi
mencari kemenangan dan menggembirakan hati peminat bolasepak yang biasa-biasa, dan
pada ketika itu jangan terkejut jika Filipina atau Vietnam sudah mara jauh ke
depan meninggalkan Malaysia.
Harapan terakhir pendukung bolasepak sebenar di Malaysia?
8
... terlalu berat dugaan hamba mu ini untuk mengukir kata-kata..permudahkan lah.
Rasanya baru semalam kegagahan dan keangkuhan peminat Liverpool bercerita tentang kelayakan mereka di pentas Eropah. Tentang bangun di pagi khamis atau Rabu. Tentang bagaimana kelab besar Southampton hanya layak duduk depan TV sahaja menonton perlawanan Eropah. Semuanya rasa begitu segar dalam minda.
Liverpool yang layak ke pentas Eropah atas tiket NAIB JUARA kejuaraan Inggeris seperti di duga, tersungkur sayu di rumput Anfield. Kesemua perlawanan mereka hanya sebagai pelengkap jadual. Kalau menang pun ketika nafas sudah sampai ke penghujung kerongkong. Itupun dengan pasukan Lucozades..ke Ludogorets ke..Luhado? Inilah imej yang di bawa mereka ke pentas Eropah. Hanya sekadar mengaut keuntungan hak penyiaran. Dapatlah Lalalana dan Lambert di bawa berjalan-jalan menghirup udara segar di beberapa negara eropah lain. Sejuk benar katanya.
Inilah kebijaksanaan Sir Brendan Rodgers yang patut kita semua raikan. Sir Brendan Rodgers wajib kita pertahankan. Beliau yang di angkat sebagai wira kebangkitan semula gergasi eropah selepas lama terlajak tidur rupanya hanya sekadar menjadi pelawak komedi untuk menghiburkan kita semua. Maka tak manis kalau kita tak ketawa. KAHKAHKAHKAH. Ketawalah kerana ianya percuma.
Prinsip Manchester United di pentas Eropah mudah. Jika layak, mestilah sebagai juara inggeris. kemudian bermain pula selayaknya bagai sang juara dan di geruni lawan. Asal layak terus jadi juara. kalau kalah pun biarlah bermaruah dan bergaya. kalau setakat nak tempah baju dan sewa bas bumbung terbuka, team bowling padang pun boleh buat.
Kita nyanyi ramai-ramai..plis..
"ooohhhh Liverpool, kau kebanggaan ku..ohh Liverpool satukan jiwa ku. Selamanya Liverpool,selagi kita bernyawa ohhh Liverpool.kau takkan jalan sendirian"
Bertabahlah wahai rakan Liverpool.
hmmm..karat juga ilmu memperlekehkan liverpool aku ni.
Semusim Di Eropah ....sejuk!
Jorji
Rabu, Disember 10, 2014

Puisi pendek.
Kita nyanyi ramai-ramai..plis..
"ooohhhh Liverpool, kau kebanggaan ku..ohh Liverpool satukan jiwa ku. Selamanya Liverpool,selagi kita bernyawa ohhh Liverpool.kau takkan jalan sendirian"
Bertabahlah wahai rakan Liverpool.
hmmm..karat juga ilmu memperlekehkan liverpool aku ni.
0
Supermokh Cup 2014
pakkordi
Isnin, Disember 08, 2014
Kawan-kawan sekalian,
Bila berbicara tentang bolasepak, saya rasa kita sudah hampir tiba disatu persimpangan yang menuju dua jalan yang berbeza sama sekali.
Simpang di kanan kelihatan sebuah institusi bolasepak yang berkembang pesat dengan struktur pembangunan bolasepak mampan, didokong oleh professional yang berkebolehan. Kita dipersembahkan dengan mutu permainan bolasepak tahap dunia, dibarisi oleh pemain-pemain yang berkemahiran serta memiliki teknik tinggi dan stadium-stadium kita dibanjiri oleh peminat yang bukan sahaja padu malah bertamadun.
Simpang kiri pula, tak perlulah saya perincikan kerana umum lebih arif barangkali.
Hujung minggu sudah, saya berpeluang menyaksikan pertandingan Supermokh Cup yang dianjurkan oleh National Football Development Program, singkatnya NFDP di padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Malaysia diwakili oleh tiga pasukan bawah 12 tahun manakala pasukan lainnya adalah skuad remaja bawah 12 tahun dari Sepanyol, Thailand, Korea, Indonesia, Myanmar, Croatia, Bangladesh dan Singapura.
Jujur saya katakan bahawa saya jarang pergi ke perlawanan yang melibatkan pasukan remaja negara tetapi apabila saya perhatikan usaha bersungguh-sungguh pihak NFDP untuk memartabatkan kembali bolasepak Malaysia, sifat ingin tahu saya tentang tahap terkini bolasepak remaja negara membuak-buak.
Perlawanan pertama yang saya saksikan ialah Malaysian Cougars (pasukan yang paling sedap diantara tiga pasukan bawah 12 tahun Malaysia) menentang Bangladesh. Ternyata Bangladesh bukan tentangan mereka. Saiz badan mungkin sama tetapi kecerdasan fizikal pasukan kita lebih baik. Saya difahamkan taktik yang Lim Teong Kim ingin terapkan secara menyeluruh kedalam bolasepak remaja kita ialah hantaran bola harus sentiasa rendah (bukan bola tinggi), larian pantas, memberikan tekanan kepada pihak lawan (bertahan) dari barisan hadapan lagi dan yang paling ketara, tidak perlu memegang bola terlalu lama.
Taktik ini sangat jelas kelihatan. Penjaga gol jarang menendang terus ke atas tetapi akan memberikan bola kepada bek untuk memulakan serangan. Jika midfield tidak datang menerima bola, serangan akan dilancarkan dari bahagian tepi. Bek kiri dan kanan Malaysia sangat cergas dan laju. Teknik menahan bola yang baik, "one-touch" yang bijak, hantaran pendek tepat, larian membuka ruang yang bijak membuatkan saya agak teruja dengan pasukan remaja Malaysia ini. Tapi dalam hati saya masih ada keraguan kerana lawan mereka ialah Bangladesh. Dari cara permainan yang Bangladesh tunjukkan, taktik Lim Teong Kim jauh lebih hebat.
Perlawanan kedua yang saya saksikan ialah Malaysian Cougars menentang Malaysian Tigers. Separuh akhir Malaysia lawan Malaysia. Dari perlawanan ini dapat saya rumuskan bahawa pasukan remaja kita sedang didokong oleh barisan jurulatih yang sangat bagus. Cara permainan kedua-dua pasukan agak sama. Tiada tendangan bola tinggi. Hantaran semuanya rendah. "Drill" yang sama. Cuma ketika Malaysian Cougars ketinggalan, mereka agak terdesak untuk mencari gol penyamaan dan mula melakukan kesilapan namun segala asas permainan mereka masih sama. Itu yang amat amat mengujakan saya. Dua pasukan Malaysia yang berbeza tetapi cara permainan, teknik, "drill" semuanya sama!
Cara memanaskan badan pemain kita juga sangat professional. "Fitness instructor" ialah seorang Jerman. Kita menggunakan "marker" untuk memanaskan badan, stretching yang sama seperti pasukan kelab professional di Eropah gunakan sebelum perlawanan. "Marker" bukanlah satu benda yang mahal tapi bila ia digunakan untuk memanaskan badan tampak pasukan kita lebih serius dan tersusun.
Saya tidak dapat menyaksikan perlawanan akhir semalam. Diberitakan kita kalah kepada kelab Pohang Steelers, Korea 4-0 tapi saya pasti permainan pasukan negara mantap. Saiz badan pemain Korea lebih padu dan mereka ialah tentangan yang baik untuk skuad Malaysia. Dari "tweet" mereka yang berada di final, kesemuanya memuji pasukan remaja negara kerana semangat juang dan cara permainan serangan serta teknik yang bagus. Korea sebaliknya menggunakan taktik bertahan dan "counter-attack". Saya juga pasti mereka yang kalah akan belajar dari kekalahan itu.
Ini semua masih diperingkat pembangunan. Kalah atau menang sebenarnya tidak penting pada tahap ini. Yang paling penting ialah pemain kita faham taktik permainan dan mempraktikkan apa yang jurulatih ajar dengan menggunakan teknik yang betul dan belajar dari kesilapan. Bak kata seorang dari jurulatih di NFDP yang sempat saya temubual,
"mereka (di NFDP) masih budak2. Yang penting ialah samada mereka faham atau tidak apa yang diajar. Bila mereka dah dewasa, persoalannya ialah bukan lagi pemain tersebut faham atau tidak tetapi samada mereka mahu atau tidak".
Pendek kata, jika sudah dewasa pun masih menahan bola dan bola terpelanting kena telor sendiri maka akan sentiasa kena telor lah pemain itu menahan bola sampai bila-bila.
Saya amat berharap agar NFDP dapat mengekalkan momentum. Jelas ada mutu didalam permainan skuad remaja kita kini. Yang akan menjadi tandatanya ialah mampukah pemain-pemain ini mengekalkan teknik bermain bolasepak, tahap kecergasan dan kekuatan fizikal apabila umur mereka meningkat nanti? Mampukah juga NFDP bertahan untuk melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain pelapis yang setaraf atau mungkin yang lebih baik?
Buat masa ini masih ada harapan untuk bolasepak Malaysia. Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan. Jangan tatkala taraf bolasepak kita sudah meningkat nanti kita yang menyokong ini pula hancurkan dengan mengamalkan keganasan dalam budaya bolasepak kita.
Simpang itu sudah dekat. Mudah-mudahan kita akan pusing ke kanan.

Tahun 2009 lagi aku dah cakap Arsenal ni kelab bebudak emo. Kah kah kah.
Arsenal Kelab Bebudak Emo
Tahun 2009 lagi aku dah cakap Arsenal ni kelab bebudak emo. Kah kah kah.
4
Menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia besok, saya agak jijik untuk membuka halaman Facebook dan Twitter melainkan fanpage Sokernet yang saya tadbir bersama rakan-rakan penulis yang lain. Hal ini demikian kerana saya tak mampu menurunkan level pemikiran saya setaraf dengan beruk-beruk yang lincah menulis komen negatif tentang peminat bolasepak.
Ini ialah contoh banter yang biasa menjadi punca perbalahan. Orang sembang hal bola, dia masukkan isu ekonomi dan kemasyarakatan sebagai hujah. Dan sebenarnya tiada pun pecah-belah sesama bangsa seperti mana yang didakwa sebahagian besar pengomen. Kalau ada pun mungkin dalam jumlah kecil akibat terbawa-bawa dengan emosi. Menubuhkan kumpulan hooligan dan vandalisme harta polis misalnya.
5. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga ialah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi ini. Kita sedia maklum penyokong bolasepak ialah makhluk yang agresif. They are volatile creatures. Keganasan memang biasa terjadi. Izinkan saya memanggil semula peristiwa antara penyokong Terengganu dan Kelantan lewat 90-an dahulu. Bergaduhhhh saja. Hari ini, mereka boleh duduk bersama tanpa sebarang kekecohan besar. Tiap kali penyokong Kelantan bermain di Shah Alam menentang Selangor sekitar 2008-2009 dahulu pun banyak kes kenderaan penyokong dipecahkan lampu. Namun, hari ini penyokong Kelantan dan Selangor dah boleh get along. Sudah tiada kekecohan besar-besaran antara mereka. Tenang saja.
6. Kesimpulannya, hormatlah minat orang kerana menyindir orang lain dengan statement Islamik sebegitu tak buat anda nampak cerdik pun. Nampak lagi bodoh ada lah. Apa ingat Islam ni sekadar solat, naik haji, dan puasa saja? Tak nak luaskan pergaulan sesama manusia? Ia bergantung kepada pemikiran anda aje. Kalau otak anda negatif, negatiflah satu-satu benda di pandangan anda dan vice versa. Ini dunia kami. Ini hiburan kami. Ini cara kami menghilangkan tekanan di tempat kerja. Apa yang anda cakap, kami tak peduli.
Aku ramal Pahang menang.
Nota kaki : Ini ialah link fanpage Facebook Sokernet terbaru. Yang lama kena report dengan SKMM.
facebook.com/thetruesokernet
"Sebab Bola Pun Pecah Belah Sesama Bangsa" - Bangang!
zaileefd2
Jumaat, Oktober 31, 2014
Bila Pahang menang Arsenal pun akan menang,
JDT terus maju untuk kemaslahatan umat,
Pahang power,
Piala Malaysia 2014
![]() |
| Juara dan naib juara |
Komen-komen negatif ini lazimnya kita terbaca di page-page picisan, i.e Oh Media, Pen Merah Dot Com, Berita Harian, dan lain-lain yang mengumpulkan suri-suri rumah, pelajar sekolah, dan khalayak yang tidaklah gemarkan bolasepak tetapi miang melontarkan pandangan. Komen-komen yang biasa dibaca ialah seperti berikut:
i. "Bola je kot. Tak payah la bersungguh sangat,"
ii. "Dari bersungguh beratur beli tiket, lebih baik beratur memenuhi masjid."
iii. "Sebab bola pun sampai maki-memaki. Bangsa berpecah belah sebab bola. Bangsa lain tepuk tangan. Tu baru sebijik Yahudi baling bola."
iv. Tambahlah sendiri komen yang menunjukkan kebodohan penyindir.
1. Sebagai peminat bolasepak, saya terkilan dengan tanggapan masyarakat yang melihat bolasepak sebagai satu perkara yang negatif. Situasi seperti ini merencatkan pembudayaan sukan dalam masyarakat kita. Malah, bolasepak dianggap jarum halus Yahudi untuk melekakan orang Melayu. Ya rabbi.
2. Secara mudahnya, perkara ini berkait rapat dengan minat dan sikap. Saya biasa sahaja melihat ibu-ibu beratur di hadapan kedai tudung Fareeda dari tengah malam di Bangi sana. Itu minat mereka. Saya juga biasa melihat anak-anak remaja berkhemah depan stadium untuk menonton konsert keesokan harinya. Jadi, sama juga dengan situasi beratur membeli tiket sejak tengah malam. Sebab minat yang mendalam. Bila dah minat, anda tak payah la nak perlekeh. Anda pun pernah beratur lama-lama untuk mendapatkan peranti iPhone terbaru. Namun saya diamkan diri sahaja kerana itu hak anda untuk meminati iPhone.
3. Bolasepak ialah satu sukan. Sukan ialah satu alat sosial. Bila disebut sosial, ia berkenaan dengan hubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Dalam menonton bolasepak, kita berkenal-kenalan dengan tak kiralah dari pihak sendiri mahupun lawan. Ada yang menjadikan alasan menonton bolasepak untuk berjumpa rakan lama di stadium yang sekian lama telah terpisah. Islam menganjurkan penganutnya mengeratkan silaturrahim sesama manusia seiring dengan elemen akidah iaitu hablum minal-nas (hubungan sesama manusia). Bab ibadah solat di hari perlawanan, saya jamin tidak menjadi masalah kerana sepanjang pengalaman 5 tahun berturut-turut bersama Kelantan, ramai yang menyahut berjemaah. Pahang dan JDT pun apa kurangnya dalam soal begini.
4. Pernahkah dengar istilah banter? Banter ialah aktiviti memprovok, menganjing, dan perang saraf dengan penyokong lawan. Aktiviti ini ialah sebahagian dari bolasepak dan menjadi elemen kemeriahan. Namun, aktiviti banter menjadi tidak menarik bila orang yang bukan ahli bolasepak mahu sama-sama menganjing tapi menyertakan hujah yang tidak berkaitan. Misalnya,
"JDT bangang. Yang menang Piala Malaysia dulu tu Johor FA. Bukan Johor FC. JDT ni dijenamakan dari Johor FC yang belum pernah menang Piala Malaysia. Bangang bodoh."
"Kau mengata JDT? Negeri kau tu miskin. Datang cari makan tempat orang!"
Ini ialah contoh banter yang biasa menjadi punca perbalahan. Orang sembang hal bola, dia masukkan isu ekonomi dan kemasyarakatan sebagai hujah. Dan sebenarnya tiada pun pecah-belah sesama bangsa seperti mana yang didakwa sebahagian besar pengomen. Kalau ada pun mungkin dalam jumlah kecil akibat terbawa-bawa dengan emosi. Menubuhkan kumpulan hooligan dan vandalisme harta polis misalnya.
5. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga ialah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi ini. Kita sedia maklum penyokong bolasepak ialah makhluk yang agresif. They are volatile creatures. Keganasan memang biasa terjadi. Izinkan saya memanggil semula peristiwa antara penyokong Terengganu dan Kelantan lewat 90-an dahulu. Bergaduhhhh saja. Hari ini, mereka boleh duduk bersama tanpa sebarang kekecohan besar. Tiap kali penyokong Kelantan bermain di Shah Alam menentang Selangor sekitar 2008-2009 dahulu pun banyak kes kenderaan penyokong dipecahkan lampu. Namun, hari ini penyokong Kelantan dan Selangor dah boleh get along. Sudah tiada kekecohan besar-besaran antara mereka. Tenang saja.
6. Kesimpulannya, hormatlah minat orang kerana menyindir orang lain dengan statement Islamik sebegitu tak buat anda nampak cerdik pun. Nampak lagi bodoh ada lah. Apa ingat Islam ni sekadar solat, naik haji, dan puasa saja? Tak nak luaskan pergaulan sesama manusia? Ia bergantung kepada pemikiran anda aje. Kalau otak anda negatif, negatiflah satu-satu benda di pandangan anda dan vice versa. Ini dunia kami. Ini hiburan kami. Ini cara kami menghilangkan tekanan di tempat kerja. Apa yang anda cakap, kami tak peduli.
Aku ramal Pahang menang.
Nota kaki : Ini ialah link fanpage Facebook Sokernet terbaru. Yang lama kena report dengan SKMM.
facebook.com/thetruesokernet
21
Tahniah Arsenal!
Walau mendapat tentangan sengit di saat akhir untuk mendapatkan khidmat penyerang prolific muda England ini dari kelab Spurs dan Liverpool, namun Welbeck tegas mahu bersama Arsenal.
Manchester United dengan berat hati melepaskan anak didik akademi ini dengan yuran perpindahan di percayai sekitar 16 juta pound. Inilah bolasepak sebenar. Tak macam kelab lagi satu tu, beli pemain Southampton secara pukal sampai rumput dan tiang gol pun mereka nak beli. Habis Southampton nak main apa? Guli? Ianya adalah tidak beretika dan salah dari segi Financial Fair Play. hmm.. takpalah, biarlah mereka bincangkan sendiri hal ini dalam group whatsapp mereka.
Berjuanglah kau wahai anak muda. Kau ibarat kain putih, Arsene Wenger lah yang akan mencorakkannya. Jika baik, baiklah dia..kalau hitam..hitamlah. Peminat mu di Manchester United akan sentiasa merindui gaya dan skil luarbiasa mu.
Arsenal memberikan jersi nombor 23 kepada Welbeck setaraf dengan lagenda bolasepak dunia, Beckham.
Kelab Manchester United mengucapkan selamat maju jaya!
Sementara itu di Old Trafford kelihatan Radamel Falcao, RVP, Rooney, Mata, Di Maria, Blind, Rojo dan pemain lain sedang gembira membuat latihan ringan di bawah pantauan LVG.
Inilah keindahan bolasepak sebenar.
Well..well..well...its Welbeckham!!
Jorji
Rabu, September 03, 2014

5
Bolasepak Merdeka
zaileefd2
Selasa, September 02, 2014
FAM Bangsat,
manchester doing a liverpool,
Perak Darul Ridzuan Negeri Indah Permai
Terlebih dahulu saya ucapkan selamat Hari Merdeka yang ke-57 dan Hari Malaysia yang ke-51.
Dua hari lepas bising sekejap tentang penyokong Sarawak yang bertindak ganas membakar harta benda awam dan trak polis. Sebelum itu ada juga keganasan melibatkan penyokong JDT dan penyokong Pahang. Baling batu, baling objek keras, baling bahan letupan. Pada 2008 dahulu penyokong Kelantan ada juga bertindak ganas apabila membakar trak polis dan merosakkan harta benda awam.
FAM sebagai badan bertanggungjawab perihal bolasepak di Malaysia peka dengan gejala ini dan tunduk pada desakan peminat agar mengatasinya. Maka, FAM duduk bermesyuarat karipap mihun seperti biasa untuk menunjukkan mereka ada buat kerja. Selepas mesyuarat demi mesyuarat, perbincangan demi perbincangan, FAM menemui satu jalan yang dianggap genius 17 petala langit. FAM berpendapat gejala ini dapat dihentikan melalui kempen. Kempen apa?
Kempen Love Football Stop Hooliganism. Namun, seperti saudara semua, saya tak terkejut pun andai ini yang terpacul keluar dari pucuk pimpinan FAM.
Malaysia terkenal dengan kempen. Kita ada kempen cintai sungai, kempen berhenti merokok, kempen anti-dadah, kempen membaca, dan pelbagai lagi kempen seperti mana yang tertulis dalam karangan sekolah menengah.
Tujuan kempen dianjurkan adalah untuk menimbulkan kesedaran, menerap sikap, dan memberikan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran. Dengan kata mudah, kempen ialah satu bentuk propaganda yang dihebahkan secara teratur dan tertib. Dalam kempen biasanya ada pameran, ada lagu khas, ada simbolik, dan beberapa lagi aspek yang berbentuk facial.
Saya tidak letakkan kesalahan ke atas FAM 100% sebenarnya berkenaan kejadian di Sarawak kerana ramai rakan dari Sarawak menjelaskan keganasan terjadi akibat tohmahan berbentuk perkauman dari penyokong Perak. Ya. Isu perkauman ketika kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-57 merangkap 16 hari menghampiri ulangtahun penubuhan Malaysia.
Kesimpulannya, saya rasa sangat jijik untuk mengulas lanjut kerana masalah ini telah sekian lama berterusan berlaku. Terlalu banyak masa, keringat, dan wang yang sudah dibazirkan. Jadi, saya tinggalkan dua persoalan kepada FAM dan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab membiarkan kebodohan ini berlaku.
1. Untuk FAM, apa khabar kempen Love Football Stop Hooliganism?
2. Untuk kita, apa puncanya benda sebodoh isu perkauman boleh berlaku semasa majoriti rakyat menghormati ulangtahun kemerdekaan yang ke-57? Mindset? Mentaliti? Politik?
Merdekakan minda dan fikir.
Langgan:
Catatan (Atom)
EMEL KAMI
PENGULAS
DISCLAIMER
LANGGANI RSS KAMI