Memaparkan catatan dengan label FAM Bangsat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAM Bangsat. Papar semua catatan
5

Bolasepak Merdeka

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat Hari Merdeka yang ke-57 dan Hari Malaysia yang ke-51.

Dua hari lepas bising sekejap tentang penyokong Sarawak yang bertindak ganas membakar harta benda awam dan trak polis. Sebelum itu ada juga keganasan melibatkan penyokong JDT dan penyokong Pahang. Baling batu, baling objek keras, baling bahan letupan. Pada 2008 dahulu penyokong Kelantan ada juga bertindak ganas apabila membakar trak polis dan merosakkan harta benda awam.




FAM sebagai badan bertanggungjawab perihal bolasepak di Malaysia peka dengan gejala ini dan tunduk pada desakan peminat agar mengatasinya. Maka, FAM duduk bermesyuarat karipap mihun seperti biasa untuk menunjukkan mereka ada buat kerja. Selepas mesyuarat demi mesyuarat, perbincangan demi perbincangan, FAM menemui satu jalan yang dianggap genius 17 petala langit. FAM berpendapat gejala ini dapat dihentikan melalui kempen. Kempen apa?

Kempen Love Football Stop Hooliganism. Namun, seperti saudara semua, saya tak terkejut pun andai ini yang terpacul keluar dari pucuk pimpinan FAM.


Malaysia terkenal dengan kempen. Kita ada kempen cintai sungai, kempen berhenti merokok, kempen anti-dadah, kempen membaca, dan pelbagai lagi kempen seperti mana yang tertulis dalam karangan sekolah menengah.

Tujuan kempen dianjurkan adalah untuk menimbulkan kesedaran, menerap sikap, dan memberikan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran. Dengan kata mudah, kempen ialah satu bentuk propaganda yang dihebahkan secara teratur dan tertib. Dalam kempen biasanya ada pameran, ada lagu khas, ada simbolik, dan beberapa lagi aspek yang berbentuk facial.

Saya tidak letakkan kesalahan ke atas FAM 100% sebenarnya berkenaan kejadian di Sarawak kerana ramai rakan dari Sarawak menjelaskan keganasan terjadi akibat tohmahan berbentuk perkauman dari penyokong Perak. Ya. Isu perkauman ketika kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-57 merangkap 16 hari menghampiri ulangtahun penubuhan Malaysia.

Kesimpulannya, saya rasa sangat jijik untuk mengulas lanjut kerana masalah ini telah sekian lama berterusan berlaku. Terlalu banyak masa, keringat, dan wang yang sudah dibazirkan. Jadi, saya tinggalkan dua persoalan kepada FAM dan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab membiarkan kebodohan ini berlaku.

1. Untuk FAM, apa khabar kempen Love Football Stop Hooliganism?
2. Untuk kita, apa puncanya benda sebodoh isu perkauman boleh berlaku semasa majoriti rakyat menghormati ulangtahun kemerdekaan yang ke-57? Mindset? Mentaliti? Politik?

Merdekakan minda dan fikir.
9

Dinasti Sultan Bola

Rilekkk.. Baru 30 tahun yang aku punya. Kau tengok yang 30 tahun lagi sebelah aku ni.
Semua orang dah tahu dan jangka. Dari politik membawak ke pertubuhan sukan semuanya ada dinasti sendiri. Waris-mewarisi. Peninggalan bapak bagi ke anak. Tapi tak apa. Pakat-pakat boleh buat hashtag #PresidenFAMSilaLetakJawatan, #RombakFAM, atau #30TahunNeraka kalau Malaysia masih di takuk lama. Mungkin itu salah satu cara nak suarakan penentangan berbanding memboikot terus stadium. Apa boleh buat. Dah itu pilihan hidup mereka.

Namun begitu, kita jangan cepat melatah buat kesimpulan sendiri. Bagi peluang. Jadi di sini biar aku senaraikan apa yang patut presiden baharu buat kalau nak kewibawaannya terbukti. Itu pun kalau betul dia bersungguh lah.

1. Bolasepak Malaysia Sekarang kita ada National Football Development Plan (Pelan Pembangunan Bolasepak Malaysia) di bawah kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran Malaysia sambil dibantu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri. Ini sudah diulas di sini oleh Van Kordi. Jadi, aku harap pelan yang ada ni bukan tinggal pelan aje serupa lepas-lepas. Khairy Jamaluddin tu aku nampak kesungguhan dia. Yang dari belah FAM ni diharapkan ada kesungguhan juga. Bukan sekadar mesyuarat karipap mihun dua,tiga round untuk cakap dekat wartawan "pelan bolasepak tunjuk prestasi baik."

2. Kembalikan hak penyiaran Liga Malaysia kepada stesen tv percuma. Dalam konteks ini, RTM. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan berpendapat Astro sebagai penaja utama lebih berhak ke atas hak penyiaran seperti yang dipersetujui FAM. Lagipun kita semua tahu Astro sebagai syarikat swasta bermotifkan keuntungan. Tapi macam mana nak 'merakyatkan bolasepak' kalau kau nak tengok bola kena ada Astro? Sekarang ni hiburan sukan bolasepak hanya boleh dinikmati golongan menengah dan atas. Yang tak mampu nak miliki Astro macam mana? Sampai bila-bila roh bolasepak tak ada andai semangat sukan ini tidak sampai ke semua golongan. Masa Piala Thomas akhir tempoh hari, aku malu betul tengok kerajaan kena merayu dengan Astro mintak hak penyiaran. Tak mustahil jika keadaan ni berterusan, nak tengok final Piala FA atau final Piala Malaysia dua tiga tahun lagi RTM kena merayu pulak dengan Astro mintak benda sama. Jadi, aku harap Presiden baharu boleh berbuat sesuatu supaya kes seumpama ini tidak berulang.

3. Naik taraf infrastruktur. Padang, scoreboard, tempat duduk, lampu limpah, keadaan stadium, dan faktor-faktor lain. Kualiti padang terutamanya masih di tahap yang menyedihkan. Aku bukan apa. Bila prasarana ni semua dah dinaiktaraf, kita dah boleh letakkan kegagalan di bahu pemain dan jurulatih dah. Kalau sebelum ni sedap sangat depa ni cakap "padang tak elok. Susah nak sepak bola." Kepala bana kau lah. Diri sendiri terlompat macam monyet tengah padang nak salahkan padang. Jadi, bila pemain salahkan padang, FAM buatlah sesuatu untuk padang. Biar gagap depa nak pikir alasan apa lagi nak bagi kalau main terabur.

4. Hentikan semua tindakan yang pernah dibuat presiden terdahulu. Tolonglah hadir perlawanan akhir, rombak artikel 88, peka dengan kehendak penyokong, lebih mesra media, longgarkan sedikit peraturan di stadium untuk ultras terkinja-kinja, dan beberapa lagi yang aku malas nak cakap. Ya aku tak suka ultras tapi kadang-kadang deme ni okeylah jugak bila diterajang tepi soal-soal bangang yang pernah ditimbulkan dulu. Benda-benda ini nampak kecil tapi di mata penyokong amatlah besar ertinya. Kepimpinan yang berwibawa diperlukan untuk bawa naik bolasepak.

Itu je dulu. Kalau 4 benda ni presiden baharu tak mampu buat dalam tempoh 5 tahun ini, dah boleh nampak dah ke mana hala tuju bolasepak negara. Dikepala banakan macam biasa, dimaki, dicaci, di-'hashtag', dan pelbagai lagi. Suara hati aku secara peribadi mahukan Tengku Mahkota Johor ambik alih. Mungkin songsang hasrat aku ni dilontarkan di Sokernet tapi aku peduli apa, dah pendapat aku. Senada dengan Racync, aku berpandangan di Malaysia ni presiden FAM kena dipegang kerabat diraja kerana pengaruhnya sebagai kerabat diperlukan di peringkat AFC dan FIFA nanti. Kau ingat dua pertubuhan tu nak dengar cakap presiden yang dari kalangan ahli politik? Susah braderrr. Susah.

Lagi satu TMJ ni jenis tak sayang duit. Dia kaya. Kita semua pun tahu kuasa duit ni macam mana. Nak pemain itu ini, ok dia bagi. Nak jurulatih itu ini, pun dia bagi. Nak stadium cantik, boleh. Nak penaja besar, ya dia boleh ejas. Lagipun dia masih baru dalam bolasepak maka semangat dia masih membara. Tolak cerita-cerita peribadi, dia boleh jadi presiden FAM yang power pernah kita ada. Apakan daya, pertubuhan di Malaysia ni terbentuk dengan dinasti. Kesimpulannya, kita bagi dulu masa untuk presiden baharu. Jangan lekas buat tohmahan. Mungkin benar pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" tapi kita tengoklah dulu macam mana.

Nota kaki : Apa-apa hal aku nak tunjuk gambar paling power ni.

Kahkahkah

12

Asas Professionalisme Dalam Sokongan Bolasepak : Pembezaan Kapasiti

zaileefd2 Selasa, Februari 04, 2014 , ,

Professional tahap tertinggi.

Situasi 1 : "Hal bola suku, politik suku. Biar la Nuar Muso wat kijo untuk bola tapi kalu politik kawe tak caya lasung", kata seorang lelaki yang sedang menjual pisang goreng di Bandar Kota Bharu dengan penuh bengis.

Situasi 2 : "Pada masa itu, saya mewakili negara saya. Bukan kelab saya. Itu memang perkara yang perlu dibuat demi kemenangan kami", ulas Cristiano Ronaldo semasa ditanyakan wartawan Sokernet berkenaan tindakannya mempengaruhi pengadil lantas menyebabkan Wayne Rooney dibuang pada Piala Dunia 2006.

Situasi 3 : "Dia Presiden PBNJ. Dia Tengku Mahkota. Kutuk Presiden PBNJ bermakna kutuk Tengku Mahkota Johor", kata seorang lelaki berjersi JDT secara tegas. Semangat anak muda.


Ada persamaan dalam situasi 1 dan 2 tetapi berbeza sedikit di situasi 3.

Situasi 1 - Seperti kita tahu, Kelantan ialah negeri yang diperintah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ini bermakna majoriti penduduk Kelantan ialah penyokong PAS. Tan Sri Annuar Musa ialah pemimpin tertinggi UMNO di Kelantan. UMNO dan PAS ialah musuh dalam politik tanah air. Namun begitu, rakyat Kelantan merangkap penyokong Kelantan tiada masalah untuk menyokong Tan Sri Annuar Musa memajukan bolasepak negeri mereka. Menyokong Annuar Musa dalam bolasepak bukanlah bermakna menyokong karier politik beliau. Mungkin ada yang akan menyanggah dengan mengatakan Annuar Musa dapat menang Parlimen Ketereh sebab bola. Tapi, saya bercakap tentang majoriti. Bukan dalam satu parlimen semata-mata. Ini rumusan yang kolektif dan inklusif. PAS masih kukuh di Kelantan meskipun Annuar Musa dah bawak Kelantan menang treble.

Situasi 2 - Cristiano Ronaldo ialah rakan sepasukan Wayne Rooney yang paling serasi di Manchester United. Sorang assist, sorang score. Sorang dummy, sorang score. Macam telepathy. Power nak mampus. Namun, keadaan berbeza bila kedua-duanya bermain berasingan. Pertemuan Portugal dan England di Piala Dunia 2006 menjadi panas akibat tindakan Cristiano Ronaldo mempengaruhi pengadil sehingga Wayne Rooney dilayangkan kad merah. Mereka rakan sepasukan di Manchester United tapi tidak bila mewakili negara. Ronaldo dikecam hebat. Namun, dengan professionalisme yang dimiliki, beliau mampu memenangi Liga Juara-juara dua tahun kemudian bersama Manchester United. Kerana apa? Kau dah tahu jawapannya.

Situasi 3 - Kritikan demi kritikan menimpa Presiden PBNJ. Sebab musabab 'kepanasan' itu saya tidak mahu ulas. Kita pandang depan. Saya juga memilih untuk tidak menulis Tengku Mahkota Johor sebab saya sedang bercakap tentang bolasepak. Bukan bercakap tentang sistem monarki selatan tanah air. Saya tidak faham sebab apa ramai jadi hilang akal bila ada kritikan ke atas Presiden PBNJ. Kritikan adalah atas kapasiti 'beliau' (aku tahu ramai suruh tulis baginda) sebagai seorang presiden bolasepak negeri. Bukanlah sebagai pemerintah Johor. Dan setiap kritikan ke atas beliau adalah dalam konteks bolasepak. Agak senang seandainya setiap kritikan difahamkan seperti di bawah. Kau pun tak diketawakan nanti bila menulis kata-kata nista atas sebab emosional.

i. Isu askar ke stadium
Ayat - Tengku Mahkota Johor tidak hormat penyokong Kelantan bawa masuk askar ke stadium.
Cara nak faham - Presiden PBNJ tidak hormat penyokong Kelantan bawa masuk askar ke stadium

ii. Isu sasaran JDT
Ayat - Tengku Mahkota Johor mensasarkan 3 piala untuk musim 2014.
Cara nak faham - Presiden PBNJ mensasarkan 3 piala untuk musim 2014

Kekecohan sekarang jadi sampai ada nak buat laporan polis, ajak jumpa nak kelahi, maki-memaki di media sosial, dan banyak lagi sebab RAMAI antara penyokong JDT tidak faham tentang kapasiti kritikan. Kau dah gila ke kita sebagai orang Melayu nak jatuhkan institusi beraja. Saya secara peribadi juga menghormati institusi beraja. Tidak ada pun sebab pun aku nak menentang mereka. Pengulas lain aku tak tahu. Lepas ni diharapkan penyokong JDT lebih profesional menangani kritikan dan mencari arah tuju sokongan. Ini benda basic. Benda paling basic. Tapi terpaksa cakap sebab ramai menyimpang dari budaya bolasepak kepada budaya kenegerian. Cukup-cukuplah.

Aku nak tambah sikit lagi. Buat penyokong JDT, pandai-pandailah membezakan kapasiti kritikan. Saya tidaklah benci dengan JDT, jauh lagi berdendam berkenaan insiden di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Saya profesional. TMJ juga dah belajar dari kesilapan apabila tidak mengulanginya pada kunjungan kedua tahun lepas jadi tidak guna untuk aku terus mengungkit benda sama. Dalam bolasepak, usik-mengusik, kutuk mengutuk, perli-memperli ialah perkara biasa. Itu kemeriahan dalam milieu Liga Malaysia. Kita dinafikan kemeriahan berupa permainan berkualiti, hantaran kemas, dan cubaan mengelirukan. Hanya itu kemeriahan yang ada. Accept it or get ready untuk sakit jubo.

Kesimpulannya, matang-matangkan fikiran. Jangan lebihkan sokongan ke atas negeri melebihi sokongan ke atas bolasepak sehingga menghilangkan roh the beautiful game. Orang pun menyampah. Ahh..panjang pulak. Malas dah aku tulis. Ahir kata, Arsenal power Arsenal power Arsenal power.

p/s : Untuk situasi-situasi dia atas, El Clasico dan skuad kebangsaan Sepanyol juga boleh dijadikan contoh. Kalau kau paham maksud aku, kau power.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...