ANDA SEDANG MEMBACA

33

Rebiu Stoke City Lawan Chelsea – Bukan Minit Ke Minit, Dan Beberapa Ulasan Ringkas Yang Lain

LuciusMaximus Isnin, September 14, 2009
Ikatan silaturahim yang kuat ialah kunci pada perpaduan ummah

Adik-adik kaki bangku, hari ini kita akan belajar peri pentingnya masa kecederaan.

Tidak ada siaran langsung untuk perlawanan kali ini, cuma siaran tertunda. Itu pun aku saspek perlawanan sudah habis lebih awal dahulu. Maka atas sebab itu tiada laporan minit ke minit.

Awal-awal lagi aku sudah tekankan Stoke City adalah pasukan yang agak sukar di Stadium Britannia.

Sambil duduk-duduk tengok perlawanan Liverpool dan Burnley di Api-Api Centre, tiba-tiba ada skrin kecil terpampang keluar. Minit ke-32, Abdoulaye Faye melompat tinggi dan menanduk bola ke dalam gawang Chelsea. Petr Cech langsung tidak kelihatan, aku syak pergi beli burger stadium barangkali.

Sehinggalah habis perlawanan Liverpool dengan Burnley, langsung tidak ada berita pasal Chelsea, baik dari ESPN atau Star Sport. Aku dah tak senang duduk. Cepat-cepat bayar air minum, bangun dan bergegas balik rumah.

Sampai rumah, siaran tertunda sudah di hujung-hujung separuh masa pertama. Pengadil Mike Dean memberi tambahan masa selama 8 minit. Satu rekod sebenarnya dalam EPL. Penyokong Stoke dah mula buat bising, tapi tambahan masa pun kerana perlawanan terhenti akibat kecederaan penyerang Stoke, James Beattie.

Minit ke-45+2, Lampard mendapat bola di bahagian tengah. Tanpa perlu berfikir panjang, satu hantaran kepada Drogba yang menunggu di tepian kotak penalti. Dengan penuh gaya kelicikan seorang penyeludup berlian dari Ivory Coast, Drogba mudah memperdayakan Abdoulaye Faye, menyerbu masuk ke dalam kawasan penalti dan kemudian melepaskan satu rembatan padu melepasi Simonsen, ke penjuru pintu gol.

Terima kasih masa kecederaan.

Masuk separuh masa kedua, The Blues menguasai perlawanan. Stoke City terpaksa bertahan bermati-matian dengan meletakkan semua 11 pemain dalam kotak penalti mereka sendiri. Nasib baik lawan mereka ialah Chelsea dan Carlo Ancelotti sikit pun tidak merungut dengan corak permainan Stoke. Kalau Arsene Wenger, mesti dah kompelin Stoke parking bas depan pintu gol lah, anti football lah, main defensif lah dan entah apa lagi.

Tapi ini Chelsea, London’s Pride, semangat sang singa. Tidak pernah putus asa dan tidak pernah retak di bawah tekanan. Walau ketinggalan tetap berjuang dan bangkit kembali.

Serangan artileri Chelsea ke atas pintu gol Stoke tidak putus-putus. Rembatan-rembatan oleh Lampard, Terry dan Drogba ditangkis oleh para pemain Stoke. Hingga minit ke-90, aku hampir angkat tabik kepada Tony Pulis dan anak buahnya. Macam aku cakap, lawan Stoke City di Britannia jauh lebih sukar dari lawan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil (sebab tu Amri Yahyah boleh score).

Rilek-rilek Mike Dean beri tambahan masa sebanyak 5 minit. Terima kasih daun keladi.

Kata Sun Tzu, kadangkala kita perlu belajar dari musuh kita sendiri. Stoke City yang berniat membuang masa telah menyepak bola keluar dari permainan. Belletti mengambil lontaran, dan dengan gaya mirip Rory Delap, membuat lontaran jauh ke dalam kotak penalti. Essien menyambut bola, membuat hantaran kepada Anelka yang dengan mudah menolak kepada Malouda untuk satu tendangan tepat ke sasaran.

Simonsen memncium padang. Para pemain Stoke City yang lain terduduk diam. Satu Stadium Britannia yang diiktiraf paling bising dalam EPL menjadi sunyi sepi macam Perpustakaan Negara.

Di tepi padang, pemain Chelsea berpelukan ibarat menyambut hari lebaran. Gol kemenangan pada minit ke-90+4.

Itu, adik-adik sekalian, ialah peri pentingnya masa kecederaan.

Sebelum ada yang bising-bising cakap menang nasib atau menang sebab masa kecederaan, sila ingat gol Iniesta ialah pada minit ke 90+3 bila Barcelona menundukkan Chelsea dalam separuh akhir Liga Juara-Juara yang lepas. Manchester United julang piala Liga Juara-Juara melalui gol Teddy Sheringham (90+1) dan Solskjaer (90+3) tahun 1999.

Tiga mata penuh tapi tetap tabik hormat untuk Stoke City.

Yossi We Can?

Entah hantu Merseyside mana agaknya yang merasuk Pepe Reina sampai boleh keluar kenyataan ‘kejuaraan EPL tidak realistik lagi buat Liverpool’.

Nasib baik ada mamat Israel bernama Yossi Benayoun. Di saat Gerrard dan Torres melalui sindrom berat telur, Benayoun menjadi sumber inspirasi buat Liverpool menundukkan ‘pasukan yang kalahkan Manchester United’.

Tapi apa sangatlah Liverpool kalau tidak naik turun macam selalu. Minggu depan lawan West Ham United, silap-silap kecundang di tempat lawan.

Jap lagi nak bincang taktikal dengan ‘bekas Chelsea’, abang Zola.

Cap Ayam Memang Ayam

Gol awal permainan bukan jaminan kemenangan di hujung perlawanan. Tak percaya tanya Tony Pulis dan Stoke City. Sia-sia saja lipat gunting Jermaine Defoe kalau lepas tu bolos sampai 3 biji.

Tapi itu tidak bermakna Tottenham Hotspur belum mampu menyaingi Big Four. Silap malam semalam, lawan Spurs ialah Manchester United (aku akui, yang terkuat antara Big Four). Manchester United yang pastinya bukan Liverpool, jauh sekali Arsenal.

Macam kita sedia maklum, Manchester United ketinggalan satu gol juga melawan Arsenal tempoh hari. Tapi bangkit kembali. Yang ini adalah intipati untuk setiap pasukan yang ingin bergelar juara. Menukar kekurangan kepada satu kelebihan.

Kalau ikut pada rentak EPL semasa, hanya Manchester United dan Chelsea yang berkemampuan sedemikian buat masa ini.

Buat Spurs, jangan putus asa. Aku yakin dengan Arsenal mereka mampu menang. Dengan Chelsea minggu depan, harap-harap sebaliknya.

Jap, kem Spurs di Sokernet tak buat ulasan ke?

Adebayor 4 – Bebudak Arsenal Emo Tak Tentu Pasal 2

Dulu-dulu, bukan korang ke yang kutuk dia? Bukan korang ke yang sibuk nak dia berambus? Bukan korang ke yang awal-awal dah tak mengaku dia pemain Arsenal?

Memang dia minta bayaran lebih. Dah itu kerja dia, main bola. Siapa yang tak nak buat duit?

Bila bayaran cantik, main pun cantik. Bila dia jaringkan gol, tak payah la baling kerusi.

Korang memang bebudak, cepat sangat emo. Dulu tak suka, sekarang benci.

Padan muka dah kena tapau.

33 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org x tau bola je komen
"adebayor 4 - bebudak arsenal emo x tentu pasal 2"
hahaha

Tanpa Nama berkata...

kasi jampi lebih sikit, chelsea ni macam badi juga jumpa spurs!!!

next game next game!!!

harap abg ballack buat goal lagi

Shank berkata...

3 oct
Chealsea Vs Liverpool ..

kita tgk .. saper yg lebey tactical ...

Tanpa Nama berkata...

hahaha hmmm...gua tau dia nk buat humor kat sini tp bg gua tulisan budak ni syok sendiri sajer..ckp org itu ini pastu klub sendiri lebeh krg bodoh ajer kahkah

Tanpa Nama berkata...

bebudak cepat emo kahkahkah...fan chelsea x emo ker bhai kahkah..gua tgk mcm chelsea semua jer betul kat sini

medihebat berkata...

CHELSEA mmg betul...dia betul2 menang lawan Stoke...aku dok kat umah dah rasa seram sejuk sebab takda update...sekali menang jugak...

Les Blues...

saat omar berkata...

yeah tu belum ada Tevez, Robinho lagi tu...wakaka...

r.k berkata...

aku tgk live chelsea v stoke.
mmg thrill.memang mendebarkan(sbb saat2 akhir dan memburu kemengan 5 berturut2).

oh.still flying high!

Tanpa Nama berkata...

"Entah hantu Merseyside mana agaknya yang merasuk Pepe Reina sampai boleh keluar kenyataan ‘kejuaraan EPL tidak realistik lagi buat Liverpool’."
- haha..hang da baca habih ka artikel tu? :p
lain kali baca abih2 dulu nooo :D...

*hantukaki*

Tanpa Nama berkata...

aku sokong lucious, bebudak arsenal mmg cepat emo. nama pun bebudak haha. mggu dulu kalah dengan manchester, mggu ni kalah dgn manchester lg. mmg standard arsenal la haha. dengar cerita player arsenal tgh join kem motivasi kt pantai morib, nk bg pulih semangat balik hahaha. this season will be 2 horses race. united and chelsea.

gianfranco zola berkata...

aku dah kata...
chelsea rilex jek..
kena ban tak leh borong player pun chelsea rilex jek inikan pulak setakat tertinggal 1 gol.


Chelsea for all

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Budak-budak Arsenal masa main itu hari dalam kepala asyik fikir tiket balik raya. Lu orang tunggu laa lepas raya nanti.

en.shaari berkata...

rilek la fans sume...bace blog ni utk suke2 disamping bg pendapat....lucius bg pendapat die....bkn nk emo bai....lu org bg pendapat xde pon org nk tuduh lu emo....mentaliti kasi up sket...open minded....baru sronok layan sokernet...

meor-name-depan-ku berkata...

membangun bersama chelsea!!!!!

hahaha

karim berkata...

mmgla emo...kalo tgk bola mcm kayu je baik tgk golf...ape punye mangkok daa

mat jagung berkata...

sape kate eduardo dive?? buktinye uefa dah tarik balik ban...Hah, buatla satu artikel psl eduardo dh xkene ban...

joepoyo berkata...

abang karim ni ganaslah. terangsang i. aww. nak no tepon bang kar. boleh ye bang kar. aww..

Tanpa Nama berkata...

Sebab aku Tanpa nama, aku bagi komen yang ala kadar je. Bagi mereka yang lantang bersuara nak lawan dengan Lucy tu, jangan la taruk Tanpa nama, atau Karim ke, atau Mat Jagung. Korang komen pom pang pom pang tapi tak berani nak tunjuk identiti.

Kalau betul terer nak berdebat dengan Lucy, depan-depan la weh, jangan main selindung haha!

Bacul gak korang nih yer?

mizu_sama berkata...

haha,satu mr no name dh komen.mau jd no name,komen biasa2 suda.ini la,pepatah melayu ckp,baling taik sorok tangan.

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Sebelum ada yang bising-bising cakap menang nasib atau menang sebab masa kecederaan, sila ingat gol Iniesta ialah pada minit ke 90+3 bila Barcelona menundukkan Chelsea dalam separuh akhir Liga Juara-Juara yang lepas. Manchester United julang piala Liga Juara-Juara melalui gol Teddy Sheringham (90+1) dan Solskjaer (90+3) tahun 1999."

Siapakah lawan Bercelona yang ditundukkan dengan gol hebat pada minit 93?

Siapa pula lawan Manchester United ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah tahun 1999?

Adakah Stoke sama hebat dengan Chelsea, seperti pasukan Chelsea di separuh akhir Liga Juara Juara Eropah yang lalu?

Adakah Stoke City sehebat Bayern Munich yang ditewaskan Man U pada final tahun 1999?

Pernyataan ini satu KUTUKAN kepada bolasepak!

Jangan bandingkan kemenangan kecil Chelsea dengan kemenangan hebat pasukan-pasukan di persada Liga Juara-Juara Eropah!

Hanya peminat yang tidak tahu menilai kemenangan bermakna sahaja yang boleh membanggakan kejayaan kecil dengan kejayaan besar yang dicipta oleh pasukan-pasukan hebat terhadap lawan yang setara hebatnya!

Bagaimanapun, mungkin kita semua boleh faham. Apa yang hendak dibanggakan sangat dengan pasukan yang bermain begitu bosan, yang dibarisi dengan banyak pemain bintang, tetapi hanya mampu menang satu gol dalam masa kecederaan yang ditambah begitu banyak minitnya?!

Ya! apa yang boleh dibanggakan sangat sekiranya menang hanya 1 gol dengan pasukan di pertengahan persada liga?

Sekiranya mereka menang 6 gol, mungkin kita semua boleh membaca karangan di atas dengan senang hati, dan kita semua tidak kisah sekiranya mereka bongkak dengan kemenangan besar itu, kerana mereka berhak sekiranya menang dengan gol yang besar.

Namun, apa yang hendak dibanggakan dengan kelebihan satu gol yang dijaringkan pada minit kecederaan?

Jadi, untuk membuatkan pasukan kesayangan mereka nampak hebat, makan mereka perlu muncul dengan propaganda yang dikarang dengan ayat-ayat yang mengelirukan untuk memperbesarkan kemenangan perlawanan liga yang pada asanya tidak mendapat tempat untuk dijadikan siaran langsung!

Itu bukan tanda sebuah pasukan hebat, tetapi pasukan yang tidak mampu memanafaatkan kehebatan pasukan dan bergantung kepada nasib untuk menang.

Sungguh menyedihkan....

Dan lebih menyedihkan lagi apabila peminat-peminat Chelsea sedang di'gula-gula'kan dengan barisan pemain yang kononnya hebat tetapi gagal menyerlah dan juga dengan penulisan-penulisan berbentuk pujian yang dibuat berdasarkan nama-nama hebat di atas kertas, namun hakikatnya semua tahu betapa kebenaran yang Chelsea tidaklah mencerminkan kehebatan seperti hebatnya nama-nama bintang yang ada di dalam pasukan tersebut.

LuciusMaximus berkata...

"namun hakikatnya semua tahu betapa kebenaran yang Chelsea tidaklah mencerminkan kehebatan seperti hebatnya nama-nama bintang yang ada di dalam pasukan tersebut"

- Ya setuju! Konon ada nama-nama bintang tapi Drogba, Ballack dengan Lampard bukan nama bintang kan? Lainlah kalau nama Bintang Kejora, Bintang RTM, Bintang Tiga atau Bintang-bintang Berkerlipan, tu baru betul nama-nama bintang yang hebat!

jula-juli bintang satu berkata...

muahahaha!

cilakak lu lucy! memang tangkisan terbaik la. konpem ttb hentak kepala kat dinding tengok jawapan lu!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Oh, jangan lah bergurau Lucy... ;-)
Sebagai seorang penulis berbakat, takkan tidak biasa bermain kiasan ?

Jula Juli Bintag Satu, pernyataan anda itu satu kutukan terhadap bakat besar penulisan yang dimiliki Lucy. Saya yakin, sekiranya dia mahu menangkis, dia mampu berbuat lebih baik dari di atas.

Hmmm... Tidak mengapa, mungkin pemain-pemain yang Lucy rujuk di atas masih tidak mampu bersinar seperti bintang bolasepak yang sepatutnya. Mungkin perlawanan dengan 3 dari 4 Pasukan Terbesar nanti mampu menyinarkan kehebatan sebenar mereka... harap-haraplah...

Apapun, agak rugi kerana Chelsea diharamkan membeli pemain. Mungkin Chelsea akan lebih hebat sekiranya dapat membeli Adebayour bagi menggantikan Ballack yang tidak pernah membawa tuah itu...

xWadi berkata...

ah kau mat..sukati la dia la nak tulis camane pun..extra time ke tak ke winning is winning..drama counts beb..man u yg konon terer tu pun kene tapau dengan burnley..takyah tambah masa pun..bintang,bintang..amri yahyah pun bintang selangor..dah, takyah nak suggest chelsea nak beli sape..reti la arnesen buat keje..

Pierluigi Collina berkata...

Ah kau ni xwadi, suka hati la orang lain nak tulis apa sebagai komen balas dia... at least ada isi. Daripada baca komen2 sokong Chelsea tapi takde input yang banyak, baik tak payah komen.

Takkan nak baca penulisan puji Chelsea jee.. Kalau kau nak baca yang macam tu, lepak la Chelsea dot net... Kecoh ahhh

Kirim salam kat Amri Yahyah.. suruh dia belajar sivik, jangan suka meludah orang. Kena saman, FAM plak kena bayar...

Tanpa Nama berkata...

gua rasa lah kan.. penulis artikel ni lagi emo.

sepakmula berkata...

xwadi, setakat hari ni chelsea xyah la wat keje nak beli sape utk 2 thun ni..fifa..haha

medihebat berkata...

mungkin lepas kena sepak baru nampak bintang kot...ayoh kita jadi hooligan...

hanuman berkata...

ttb..tak kira la menang extra time ke menang satu gold ke..what mreally matter is win..and chelsea did it..again..ada ke dlm table epl dia amek kira goal ke minit berapa?takde kan..yg dia amek kira mata,perbezaan gol,jaringan,bolos..mana ada gold minit ke berapa...dlm bola..especially liga..kemenangan tu yg ptg..walau mcm mana pun..yup mmg chelsea main tak "secantik" arsenalor other team tp kami capai matlamat permainan..MENANG...

bintang..huh bintang ye..actually ni smua subjektif..klu diorang nak iktiraf lampard ke ballack ke sapa ke sbg bintang,diorang tak perlu pengiktirafan seluruh umat manusia atas bumi ni utk approved pengiktirafan mereka..

p/s aku dgr nama amri yahya dijulang oleh peminat bola yg anti man u di england sbg bintang sbb boleh score lawan man u...
p/s team liga kejuaraan ada ura2 nak beli amri yahya..

sayooq berkata...

gua tgk lu ni lucius dah mcm lari jauh je..dah mcm adik tiri adebayor pun ade. org mintak lu jadik 'pengulas' tapi lu guna post lu nk kasik kutuk arsenal's fan. kutuk team sudah..

[ a D D y ] berkata...

haha tiada komen yang memberansangkan pun..

wa sokong lu lucy..
asek pandang satu side je..
xpernah nak pandang dari side yang lagi sorang..

memang perangai kita camtu..
bila orang sokong dia ni..
sume nak sokong dia ni..
bila orang dah beralih arah dia pun nak beralih arah..

penah ke luorang pikir dari side yang lain..
contohnya cite si tanggang la..
kita selalu baca buku atau dengar kisah si tanggang dari side mak dia..
tapi pernah ke kita dengar cite dari side tanggang..

zickler Ionian berkata...

wei, kem2 soccernet. aku rase baek korang hired (ttb) tue la jadi pengulas. Kritikan beliau sangat membina tau. Komen beliau juga panjang, mungkin salah satu sebab nak buktikan kebolehan penulisan beliau. hahahhahaha. Kalu nak bintang masuk la sinaran pasport kegemilangan.

Ilmi Ahmad berkata...

pipiyapong, kau mmg cool bro. peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...