ANDA SEDANG MEMBACA

15

Prebiu: MLS Cup 2009

Lucius Maximus Jumaat, November 20, 2009
Menatangnya?
MLS Cup (Major League Soccer Cup/Piala Liga Bolasepak Utama) adalah kemuncak musim bolasepak Amerika Syarikat dan Kanada (atau soker mengikut kata mereka), lebih kurang macam Piala Malaysia.

Lapan pasukan teratas dalam saingan regular season liga MLS layak secara automatik untuk pusingan play-off MLS Cup. Mereka akan bermain dalam perlawanan timbal balik kalah mati dengan dua pasukan paling gah akan ditemukan dalam perlawanan akhir, lebih kurang macam Piala Malaysia.

Pada kemuncak perlawanan akhir nanti, kedua-dua pasukan akan bermain dalam stadium serba moden dengan padang tiruan bertaraf antarabangsa dan diuruskan oleh pihak penganjur yang cekap lagi efisien, perlawanan tersebut bakal disiarkan melalui saluran TV kabel dan bakal ditonton puluhan juta peminat bolasepak seluruh dunia dan membawa pulangan jutaan dolar buat pembangunan bolasepak Amerika Syarikat dan Kanada. Jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Piala Malaysia.

MLS Cup 2009
Perlawanan akhir bakal menemukan kelab bintang, Los Angeles Galaxy dan kelab underdog Real Salt Lake pada 22 November 2009.

LA Galaxy yang ditubuhkan pada 1995 dan dibarisi pemain seperti Landon Donovan dan David Beckham adalah pilihan utama untuk memenangi perlawanan akhir. Ini adalah perlawanan akhir MLS Cup ke-6 buat LA Galaxy yang telah pun menjuarai MLS Cup sebanyak 2 kali sebelum ini (2002 & 2005). LA Galaxy juga telah memenangi Supporters’ Shield (juara liga) sebanyak 2 kali (1998 & 2002) dan US Open Cup (Piala FA) sebanyak 2 kali (2001 & 2005).

Real Salt Lake pula bakal beraksi dalam perlawanan akhir MLS Cup mereka yang pertama. Kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2004 ini masih belum memenangi apa-apa kejuaraan bolasepak Amerika Syarikat/Kanada setakat ini. Perkataan Real pada nama kelab tersebut adalah kerana ianya mempunyai hubungan rasmi dengan Real Madrid dari Sepanyol.

Perlawanan akhir MLS Cup 2009 akan dimainkan di Qwest Field (kapasiti 67,000), Seattle, Washington yang merupakan stadium untuk kelab Seattle Sounders FC, satu lagi kelab bolasepak yang bersaing dalam MLS.

Apa-apa lagi yang menarik?
Untuk meraikan kemeriahan perlawanan akhir MLS Cup 2009, pihak penganjur telah merangka beberapa aktiviti serta program menarik di Seattle menjelang Ahad ini.

1) Perarakan masuk trofi MLS Cup ke bandaraya Seattle dengan menaiki feri, kemudian diarak ke Qwest Field.

1) Third Eye Blind telah dipilih untuk mengadakan konsert percuma pada hari perlawanan nanti. Dijangka bakal memainkan lagu-lagu dari album terbaru mereka Ursa Major dan lagu-lagu hit sebelum ini. Rakaman konsert bakal disiarkan oleh ESPN ketika waktu rehat perlawanan.

2) Serentak dengan itu juga acara pesta Soccer Celebration bakal diadakan dari pukul 1 petang hingga 5 petang. Para peminat berpeluang untuk mendapatkan autograph para pemain MLS, berpeluang untuk mengambil gambar dengan trofi MLS Cup serta bermain dalam permainan-permainan bertemakan bolasepak. Sepak mula perlawanan akhir dijadualkan pada pukul 5.30 petang.

3) Untuk meraikan kehadiran para penyokong pasukan yang bertanding, para chef di Qwest Field telah menyediakan menu khas untuk perlawanan akhir MLS Cup 2009. Antaranya ialah Galaxy Dog, Galaxy Pizza, Salt Lake Burger, Seattle Seafood Shocker dan MLS Cupcakes. Burger daging tidak masak ala stadium bolasepak Malaysia tidak tersenarai.

Tetapi apa yang lebih penting ialah upacara tradisi bolasepak Amerika Syarikat/Kanada pada setiap kali perlawanan akhir MLS Cup, iaitu Supporters’ Summit.

Supporters’ Summit ialah acara tahunan di mana para penyokong bolasepak, pundits, pesuruhjaya MLS dan para pentadbir bolasepak akan berhimpun untuk membincangkan program pembangunan bolasepak.

Acara kemuncak ialah pada hari Sabtu bila Pesuruhjaya MLS, Don Garber akan menyampaikan ucapan tahunan State of the League kepada himpunan para penyokong. Selesai ucapan Sate of the League, para penyokong dan peminat dialu-alukan untuk mengajukan soalan kepada pihak pentadbir bolasepak yang ada. Moderator sesi soal jawab ialah Drew Carey.

Sesi pertemuan dan soal jawab ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peminat dan pentadbir bolasepak untuk bertukar pandangan tentang bagaimana meningkatkan kualiti liga dan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Selain dari itu, perhimpunan ini memberi peluang kepada penyokong kelab-kelab MLS dari seluruh AS/Kanada berhimpun bersama dalam suasan pesta.

Seattle Sounders FC selaku tuan rumah bertanggungjawab untuk memastikan Supporters Summit 2009 berjalan dengan jayanya. Lima kumpulan penyokong Seattle Sounders FC, The Seattle FC Alliance, Immortal Fury, Gorilla FC, Emerald City Supporters dan North End Supporters bakal memainkan peranan besar dalam menjayakan Supporters Summit 2009.

Turut dijangkakan ialah kehadiran besar kumpulan penyokong Real Salt Lake iaitu The Loyalists, FCB (Frank Castle Brigade), RCB (Rogue Cavaliers Brigade), Section 26 dan La Barra Real sementara dari LA Galaxy, Angel City Brigade, Galaxians dan LA Riot Squad.

Pihak Sokernet seperti biasa akan menjalankan laporan eksklusif dan live update perlawanan akhir MLS Cup 2009.

P/S: Pipi, tiket flight aku dah beli?

15 Ulasan:

Pipiyapong berkata...

Ok dah. Gua beli pukul 6 pagi esok. Semua pergi. Pakai smart smart.

i'msosupernotcool berkata...

lu nk pkai org tak?
gua fri nih..

azlan berkata...

no wonder sukan yg dianggap picisan di US mampu meletakkan pasukan bolasepak US antara 10 yg terbaik di dunia.

sukan no 1 di negara kita mampu meletakkan kita di tangga 150 pasukan terbaik di dunia. ironik.

semua berbalik kepada pengurusan dan sokongan bolasepak disana. terbaik!!!

pepam berkata...

ye betol. nk tunggu abg bung la. ape respon die aa.
agak-agak ni kira bontot penuh taik lagi tak ni?

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

LA Riot Squad memang terbaeek!

crawai berkata...

good info.
kipidap bro

oni berkata...

tunggu bung wahab

Izzat berkata...

baik2 kita anggap squash sbg sukan no 1 negara, kui3...

bungwahab berkata...

macam biasa tetap hebat.tiga kali ter'ejakulasi semata-mata nak habiskan baca artikel ni.dengar cerita artikel ni dijadikan sumber inspirasi oleh john dykes dlm rancangan football focus nanti.
sense of kompelin...pasal burger.kalau nak makan burger sedap jangan beli kat stadium beli kat mcD tah pun otai burger.

Pipiyapong berkata...

Bungwahab,
Lu memang champion...!!!

Sang Pemimpi berkata...

ini champion tarak jual punya...hahaha

Luca De Ketiak berkata...

bungwahab.. bungwahab..

hati kau keras!

gula-gula berkata...

luca, die xde idea tu..xpasal2 beger..hahaha..
ape2 pn post ni mmg informatif..buleh buat belajar nih..

oni berkata...

bungwahab terbaik!!! gua dah macam ade crush sikit ni ape cerita?

mizu_sama berkata...

hahaha..last2 burger jer yg leh bung jadikan isu.


lucius,gua nk komplen.napa lu x buat rebiu lawan wolve?karang x pasal2 chelsea kalah,mcm dulu2.so,utk elak badi tu beterusan, gua nak predict 3-0. anelka 2, malouda 1.kakuta woodwork!

it's france affair!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...