ANDA SEDANG MEMBACA

23

Rafael Benitez - satu analisis daripada sudut IRWT dan IRWNTA (tealogi)

dingin Khamis, November 05, 2009
Lyon.
Sebelum terus kepada analisis tealogi, kita mula dulu dengan game Lyon. Seperti perlawanan Eropah yang lain, kali ini aku tetap tak tengok. Bukan pasal aku takdes spirit Shankly, tapi kat rumah takde astro. Game pulak dah dekat sepertiga malam, hujan lak tu, aku rasa Shankly pun tak sanggup nak turun kat mamak.

Jadi game pagi tadi seri. Aku baca2 ulasan, semua cakap, Liverpool kontrol game. Tapi tak boleh nak konvert kontrol itu menjadi gol. Voronin banyak sia2 kan peluang, Torres pun sama, apatah lagi Kuyt. Cuma 10 minit sebelum habis game, Babel strike dari 25 yard. Dan, Liverpool perlu bertahan untuk 10 minit je lagi. 10 minit je. Tak dapat. Mamat Sparta @ mamat 300 dan Carra tak mampu nak bendung pemain Lyon, akhirnya gol. Seri. Amacam, ok tak ulasan walaupun tak tengok. Huh.

Secara matematiknya, Liverpool boleh lagi masuk ke peringkat 16 terhebat @ 16 bernasib baik. Tetapi itu cuma secara matematik. Liverpool kena kalahkan Debrecen dan Fiorentina dengan gol yang banyak. Dengan harapan Fiorentina kalah kepada Lyon.

Tetapi itu cuma matematik. Dalam bolasepak, matematik tak boleh pakai sangat. Walaupun dalam buku teks matematik mereka biasanya gunakan bola bagi membuat soalan. Misalnya, ....Ali ada 10 bola, berapa banyakkah bola Abu? Jadi Liverpool perlukan keajaiban dan mengharapkan Lyon yang sudah layak masih bernafsu bagi mengalahkan Fiorentina. Dan tidak lupa, semoaga player utama Liverpool, sembuh daripada injured kat tempat2 yang aku tak tahu kat mana. Kat groin lah, kat hamstring lah. Yang utama, Liverpool masih ingat cara-cara nak menang semasa menentang Debrecen dan Fiorentina.

Rafa.
Perlawanan pagi tadi, mungkin juga boleh dikatakan sebagai tanda soal yang paling besar untuk rafa. Ini adalah seri pertama bagi semua perlawan kompetatif dalam musim ini.Sebelum ini Liverpool macam komputer. Hanya tahu nombor binari sahaj. 01 10 01. Tak ada tengah2. Kalau tak kalah, menang. Tak menang, kalah.

Apakah yang peminat Liverpool perlu nampak pada Rafa sekarang? Manager yang guna nama malaikat. Rafeal atau Israfel adalah malaikat peniup sangkakala. Menandakan datangnya kiamat. Adakah Rafael ini adalah peniup sangkakala bagi buruan Liverpool pada CL dan BPL? Adakah dia perlu dipecat ataupun dikekalkan? Mari kita kaji daripada sudut IRWT @ In Rafa We Trust.

1.Bagi IRWT, rekod cemerlang Rafa adalah sangat penting. Antara pengurus Liverpool yang paling banyak menang selepas 200 game, Rafa dapat no. 2. Kenny Daglish no. 1. Rekod rafa malah lebih bagus daripada Shankly yang dah jadi spirit tu.

2.Dakwaan mengatakan Rafa sudah membelanjakan lebih 200 juta selama lima tahun ini sebenarnya silap. Selepas kira-kira dibuat, (yang mana kira2 tu tak susah sangat kalau ada data, cuma data tak ada. Dan peminat ini sangat hebat sebab boleh track data itu.) Kira-kira itu menunjukkan Rafa sebenarnya hanya membelanjakan cuma £83,876,000. Nak tengok lebih lanjut kira2 tu, tengok sini http://crimson-corpus.blogspot.com/2009/11/brilliant-rafa-benitez.html

3.IRWT juga mengatakan, Rafa perlu diberi peluang berdasarkan apa yang terjadi kepada Sir Alex semasa mula2 menjadi pengurus di Man U. Enam tahun pertama Sir tu kat Manc, dia tak dapat pun league title. Malah 1st seson Sir tu pun dapat nombor 11. Berbanding Rafa yang 1st season je dah dapat no. 5 dan menang piala eropah. Jadi, beri rafa sedikit masa.

4.Kalau Rafa keluar, siapa lagi nak bawak masuk pemain hebat Sepanyol, macam Juan Mata? Malah Torres dalam bukunya pun cakap, dia masuk Liverpool sebab dia suka dengan Rafa. Mungkin sebab sama negara. Semangat assabiyah betul. Jadi kalau rafa keluar, siapa je pemain yang kekal selain gerrard?

5.Siapa lagi manager yang boleh bimbing Liverpool sekarang? Maourinho? Jangan harap. Hiddink? Jangan harap. Yang ada Klinsman. Giler, Klinsman tu pun kena buang dengan Bayern. Tak ada dah manager yang best selain Rafa.

6.Bill Shankly cakap, "At a football club, there's a holy trinity - the players, the manager and the supporters. Directors don't come into it. They are only there to sign the cheques". Jadi Rafa pun dah masuk holy trinity. Yang pelu disingkarkan ialah Gillet dan Hick. Merekalah barah Liverpool.

7.Lima tahun rafa di Liverpool, paling teruk pun nombor 5 sahaja. Jauh lebih bagus daripada Houlier.

8.Rafa agak kacak.

Kita lihat pula hujah IRWNTA @ In Rafa We not Trust Anymore.

1.Liverpool kelab yang ada sejarah. Kelab yang ada sejarah adalah kelab yang ada jati diri. Prestasi Liverpool sekarang tidak membayangkan jati diri Liverpool. Pecat Rafa.

2.Apa kelab besar lain buat sekiranya ada krisis macam Rafa? Contoh terdekat Chelsea, kelab yang baru nak besar, Mourinho yang power tu pun kena pecat. Yang Brazil tu, tak sampai setahun dipecat.

3.Taktik Rafa dah ada manual. Team lawan semua dah boleh baca taktik rafa. Yalah sebab ada manual. Dah la manual tulis omputih. Kalau manual tulis jepun, jenguh jugak nak membacanya. Mungkin kelab nagoya Grampers je yang boleh kalahkan Liverpool.

4.Rafa tak membangunkan talent bola Liverpool. Ya, tak membangunkan langsung. Mana ada pemain muda akademi yang meningkat di bawah Rafa? Malah Nameth yang skor 2 gol lawan Singapore pun laon pergi Aek Athen. Apa cerita? Ini tak boleh jadi. Pemain muda yang ada kat Liverpool [un, terus amik dari luar. Time injured ni jek ada nama Martin kelly, Spearing etc.

5.Rafa dah kurang semangat. Mungkin dia dah fikir nak ke Real madrid. Budak2 Liverpool pun main macam budak2 Blackpool dan Heartpool. Macam taik. Sebab takde semangat. Tengok macam Man U. Pemain pun injured dan list pemainnya pun nobody. List orang tak kenal, tapi boleh menang pasal semanagt depa kuat.

6.Asyik kalah. Mana boleh team yanga da jati diri macam Liverpool asyik kalah? Siapa yang salah?

7.Tak pandai nak pilih pemain. Pemain2 yang dia pilih, semua peanut. U give penaut u get monkey.

8.Rafa tak kacak sangat.

Jadi, berdasarkan hujah2 antara mereka, saya mengambil keputusan yang berat. Seperti beratnya saya nak ambil keputusan, nak pilih awek A ataupun awek B. Kadang2 awek C dan D pun ada. Walaupun aku lebih kepada IRWNTA, aku tetap nak Rafa kekal sampai akhir musim ini. Sebab aku dah janji kat Rafa, akhir musim ini, aku nak dia buktikan yang aku salah. Aku sokong Rafa, walaupun aku dah tak berapa nak minat dia, sejak tahun pertama di Liverpool, tapi demi kesejahteraan Liverpool, aku mahu dia sampai akhir musim ini. Selepas itu baru cerita. Ok yang tealoginya tadi, cuma kat namanya yang macam malaikat tu saja.

YNWA
IRWT @ IRWNTA

23 Ulasan:

TAF berkata...

aku 1st

Alke berkata...

kesian gak aku ngan rafa, tapi dia kerek siot ngan SAF. Agak2nye kalau dia boleh baca lah artikel dalam sokernet nie, mahu bunuh diri gamaknye, heheheheh..

zan berkata...

Aku memang setuju kalau bukan Rafa yang dipersalahkan..sebaliknya dua ekor pemilik kelab dari US tu, Hick & Gillet. Aku dapat rasakan yang dorang lah punca player hilang semangat. Sama macam musim lepas Selangor menang treble tahun 2005 (ke 2006? dah lupa).

Apa2 pun, aku setuju kekalkan Rafa sampai akhir musim. Kalau benda yang sama berlaku or worst come to worst tak layak untuk CL, baru tukar pengurus.

Cuma takut masa tu dah terlalu lewat nak ambil tindakan jer..

YNWA!

Lucius Maximus berkata...

Gila terdesak artikel ni

MaOi berkata...

aku rasa kalau rafa stay lagi bagus la.. sbb kurang la pencabar untuk jadi juara liga.. hehe..

Shankly berkata...

1 - circumstances bai ...

2 - liverpool , sejarah , drama , klimaks , enjuksi .. itulah liverpool .. spirit yg tak der dlm mana² kelab bolasepak didunia. remember dec 11 2007..
OMG 1 point dr 3 perlawanan .. hanya doa dan magik doremon yg mampu membantu liverpool.. paper anaylisis , blog , tulis liverpool end of the road .. but my fren ... do you remeber wat hapen. A record 8-0 win over Besiktas and a 4-1 trouncing of Porto .
bai .. bookie always rite .. believe me ..

YNWA . spirit of shankly

meyour berkata...

Andainyanya lyon membuat pakatan
dengan fiorentina... dah la fiorantina nak seri jerrr..

aku sarankan...
buat lagi satu sejarah...
tak layak ke pusingan 16 pasukan terbaik..
hahahah...

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!

FIRZA berkata...

kalau ku pilih di sini, apa kata di sana...
kalau ku pilih di sana, di sini akan terluka...
perlukah aku pilih keduanya,
bahagi kasih seadil-adilnyaaaa......

zan berkata...

Firza..

Kalo wa, wa nyanyi "Bila diri disayangi"..
hahahaha.

Terasa betul Liperpool disayangi pasal ramai yang amik "berat" hal2 Liverpool lebih2 lagi sejarah kami..hahaha

YNWA!

PakCu berkata...

aku rasa thn nih liverpool bungkus. x layak masuk last 16 UCL..main dok harap lyon tolong..payah la.
tgk la weekend nih, kalau diorang leh menang besar dgn birmingham, maybe semangat aa sikit naik kot... si rafa nih, ada player utk 1st team je, 2nd team utk cover player injured tarak. labu n labi je yg tinggal, palyer utama injured maka terkial-kial la dia. Plan B tarak !

a8jnme berkata...

Haha Maoi -biaq stay je rafeah ni, ada hiburan minggu ini skit..

or hire Prof sejarah dr mana2 Uni.. kalu m'sia ada Prof Khoo Kay Kim tu pun boleh..

Pali berkata...

"Misalnya,....Ali ada 10 biji bola, berapa banyakkah bola Abu?"

Susah gak soklah nih, dah 2 jam aku pikir tak dapat2 lg ni...

2 kot

R.K berkata...

erm.

abu ade 2 biji bola.

saat omar berkata...

hahaha kelakar macam sial...tapi aku setuju. RAFA must stay!
Kekalahan Liverpool (atau keseriannya) adalah berdasarkan beberapa faktor nasib dan takde
luck, iaitu;
1) Belon merah
2) 2 defender kena kad merah..so main 9 orang mmg lah tak boleh menang
3) gol last minit lawan...

So itu semua bukan salah rafa, itu semua takde ong.
berbanding dengan Man U yg mmg lucky giler season ni sebab banyak gol last minit....Liverpool pula adalah sebaliknya.

so jgn fired Rafa, Liverpool haters yg banyak push suruh Rafa ni kena buang sebab mereka tahu kekuatan mamat Spain ni.

dan betul juga cakap lelaki itu, Arsenal dan CHelsea mmg menang besar masa dalam perlawanan kelayakan tapi semua akan tumbang nanti di semi Final..kalah dgn Real madrid, dgn Barcelona, dgn Inter dan AC Milan...so sebelum kalah dan tak menang Champs League lebih baik Liverpool berundur dulu....takde penat naik flight.

MaOi berkata...

ada bagusnya juga kalau liverpool tak layak ke round of 16.. boleh fokus dekat EPL untuk dpt top 4.. paling kurang pun bole cuba dapat tempat utk qualify utk europa liga season depan..

BanDeLa berkata...

harap jumpa man utd kat peringkat seterusnya....
hehehehehee

Speed Junkie berkata...

Nett expenditure Rafa jumlah GBP83.9 juta lebih kurang. actual expenditure: GBP229juta
Trofi: adela FA cup, Carling Cup and Champs league sekali. Premiership xdpt-dpt

SAF: dpt GBP80juta sekali jual je
Trofi: Premiership...berderet
FA Cup, Carling Cup smpi dah x heran
Champs league dah 2 kali

klu ikut rough financial analysis...agak la x masuk akal klu nak stay dgn Rafa ni...lgpun sape yg heran sgt kat nett expenditure? klu kita nak bagi hadiah business man of the year peringkat teluk intan boleh la kut kita heran. masalahnye kite nak tgk performance liverpool. kelab yg paling anggun sejarahnye yg smpi klu xde sejarah tersebut akan menjadi sebuah kelab yg xde significance langsung. Crewe Alexandra FC pun banyak sejarah jugak...tp main kat league 2 je...sebagai manager pasukan terbaik dalam SEJARAH bolasepak inggeris kena la tengok jumlah perbelanjaan dan seterusnye tengok performance. Jumlah belanja 230juta. hasil? kureng...so how? still IRWT ke?

kesimpulannye, sokonglah Crewe Alexandra FC lagi baik. Heheh

pakkordi berkata...

Geng,

Gua ni tak berapa suka puji team lain, sebab diorang bukan teror sangat pun. Lebih kurang team Angkatan Tentera aje. Tengok si nani tu, kalau terserempak kat port dickson, sah orang ingat dia tu prebet. Tapi gua nak puji cara Glazer. Dia tak angkat pot pun pasal MU, janji dia boleh top up bank account MU and in return, MU buat duit untuk dia.

Bila shareholder start menyebok dengan management, mesti huru-hara bang. Chelski? Its is not good business practise anyway.

Liverpool perlu wang bro. Dengan wang baru boleh beli player yang mantap dan handsome tapi tak kelihatan gay macam players team biru. Gillett dan Hicks must go. As for rafa, dia boleh stay as long as dia tak buat decision yang pelik2 and expect miracles to happen. It does'nt work that way.

My 2 cents. YNWA.

FreeMen berkata...

whatever it is. this is a rough time for us.

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone

-Kopites.

nami o fish berkata...

Kyriakos tu sape yang gatal beli?
sorry salah eja.

Kepada kem Liverpool jangan risau,prospek Barca untuk ke Europa League bersama Liverpool pun ada jugak.

Memang nkoram You'll Never Walk Alone.Boleh join aku tengok Europa League sekali.Mana tau jumpa kat final..

Sang Pemimpi berkata...

saat omar,
ko ckp gol last minit lawan bukan salah rafa?lvpool xde luck psl tu?
Itulah salah manager,taktikal xbagus xboleh nk hold sampai last minit punye wisel blow...

Lgpun,sape suh xskor bebyk...

Kalo minat Rafa pun jgnlah sampai nampak putih dia je...

Peace!

aranhellstorm berkata...

bagi aku, masalah liverpool adalah:

1. Boardroom dah campur urusan Rafa

2. Boardroom takde duit

3. Scouting budak2 baru nak belajar main bola - bagus, tapi scouting player yg boleh terus masuk 1st eleven or squad player macam haram

4. Bila boardroom takde duit, manager pun beli pakai mana sempat.

5. Taktikal rafa selalunya tak masuk akal, sebab dia ego sgt, nak ikut cakap dia je. Ko dah lead 1-0 pegi masukkan striker lg wat pe?? parking la bas depan goll...

6. Dgn player yg limited skill dan flair, Rafa lagi nak fikir pattern of gameplay yg bagus2..main je la cam haram pun, janji menang sudah la...

7. Tak abes-abes nak letak Lucas tu kat 1st eleven... main tahap macam Shukor Adan pun boleh rafa minat kat dia? apa? ada affair ka???

8. Backbone player dah limited, sama ada kuantiti atau semangat. Dulu tgk line up, alex ferguson pun tersedut telor dia.. skrg, jgn kata birmingham, crewe alexandra pun boleh relax2 gelak2 pas2 bola main monyet2 sama player liverpool. Skrg back to one man performer. Takde Gerrard hancur. Kuyt pun dah main tak macam Kuda naik sheikh macam dulu2

9. Rafa tak set priority betul2 kat EPL. apa kisah kat UCL? walaupun aku paham, dgn UCL la dpt generate duit kat kelab miskin mcm Liverpool.

10. Pengurusan terdahulu bodoh lagi bahlol jual kelab kat Gillet ngan Hicks.

-YNWA- IRWTTA - in rafa we 'trust-trust ayam'

medihebat berkata...

in rafa teras ape lagi...? teras kejayaan...? tapi kalu tak teras...nak kasi sape jadi manager...?

yg pasal ayat belanja tu pon betul la over 200M...kata belanja...bukan untung...dan kalu nak kira sejarah...takyah laa...sume kelab ada sejarah masing2...tak pon liverpool fight pasal sejarah...kelab lain fight kat BPL...

~aku bukan pembenci liverpool~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...