ANDA SEDANG MEMBACA

45

Liverpool 4 vs Benfica 1 - bagai dejavu kembang tak jadi

MDM FARAH FAIZURA Jumaat, April 09, 2010
Tak dapat bola, kaki pun jadi. Tapi kaki pun tak dapat.

Game yang membuatkan Lucas dipandang seperti orang Brazil yang normal. Sebelum ini Lucas digelar, orang Brazil yang tak macam Brazil. Game yang menampakkan Torres memang mengancam. Apatah lagi nanti dengan jersi baru yang nampak tajam-tajam. Lagilah Torres akan mengores.

Namun yang paling menjadi tumpuan bukanlah pada saat Liverpool dah di depan dengan 3 -0. Sebab Liverpool memang layak dapat 3. Tetapi saat getir adalah pada saat Benfica dapat gol pertama. 3-1. Adakah dejavu akan terjadi? Malam sebelumnya sebuah lagi kelab BPL juga leading 3-0. Namun selepas itu mereka bolos 2 kali. Mereka menang juga dengan 3-2 tetapi tidak layak kerana kiraan gol di tempat lawan. Memang tidak adil, sepatutnya gol dikira di tempat sendiri. Saya akan hantar e-mel kepada Platini berkenaan perkara itu.

Jadi, pada kedudukan 3-1. Semua penyokong Liverpool di seluruh dunia sudah berdebar-debar. Satu gol lagi daripada Benfica, Liverpool juga tidak layak. Namun, bagai dejavu kembang tak jadi, Torres hebat menjadikan kedudukan 4-1. Ya, dejavu tidak berlaku.

Tetapi ini semua tidak penting, seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini piala liga eropah ini memang milik Liverpool. Semua game selepas ini cuma melengkapkan jadual.

YNWA!

45 Ulasan:

esbradz berkata...

jika lepas ni, terlihat sekumpulan berbaju merah bersorak hiruk pikuk di awal pagi di seluruh kedai mamak yg berpersatuan atau tak, itu tanda nya LIVERPOOL supporter SAHAJA

YNWA

Shank berkata...

Sistem Barter

Europe League = 10 Fa Cup
Europe League = 20 Darling cup :))

Utk menyamai rekod liverpool
Man Utd , Arsenal , Chelsea memerlukan

30 Fa Cup
60 Darling Cup .!!

12 May 2010
Liverpool vs Hamburg

Shank berkata...

Champion League = 5 EPL

5 x 5 = 25 times + 18 = 43 \m/

Zack Der Zwan berkata...

tak sia2 liverpool kuar awal..leh jugak masuk uefa cup...tak la macam pasukan semalam..kalah tak dapat apa cup da...pengadil jugak jadi mangsa...

hanuman berkata...

dah jd adat utk team smlm...klu klh mesti pengadil jd alasan sbb dah xde alasan lain blh bg...dah la masa kecederaan nk mcm extra time...klu tak bising plak si tua tu...

Myth3fy berkata...

kembang terhalang

Unknown berkata...

Congrats Liverpool!

Tahun depan boleh main Europa League lagi.

Senang sikit! Boleh buat double (kalau)

: )

RyuJi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
RyuJi berkata...

tak rase buang tebiat ke bangun pagi td?tak pe permulaan mmg camtu..taun depan korang da biase dah..

MOFASAD berkata...

siapa kata merah itu mankayu??? itu merah kalah..

merah menang liverpool.. hahaha

Oh Me berkata...

Yamseng...

Cob Nobbler berkata...

huaaarrgghh...kedai mapley 5 orang je semalam.mapley tu complaint ngan aku - buang letrik jer.

aku kesian la dengan dia,aku lepak dengan member aku tengok game tu walaupun game tu memang membazir letrik.

Zinedine Zaiddin berkata...

Shankly dah bersorak giler2..mesti menang bet banyak tu. Boleh la pasang balik part ko yg dah kena potong tu..

Tu pun kalo ko potong la..hahaha

aranhellstorm berkata...

Reds are marching on! Reds are marching on!

YNWA

ashraf sahdan berkata...

YNWA.

tapi gua tetap tak puas hati dengan Lucas ni. lepas gol jadi lupa diri.

jerr berkata...

aku tetap x puas ati sbb rafa lebe pentingkan europa berbanding epl...damn it arr...kepade barry,hahahah,tulisan lu ade bau longkang arr cakap liver nak wat double...ampeh tol...

Berbo berkata...

silap silap fulham juara ni

talkIZcheap! berkata...

hehehe... Shankly, shankly...

menang je, datang buat kira-kira, menang je, datang buat kira-kira...

and here I am, worrying for nothing yg dia takkan dtg komen atau predict apa-apa lagi bila dia janji nak potong dulu...

skrang ni, kau nk potong apa plak utk jamin Liverpool pasti menang UC... oops, Europa League?!

talkIZcheap! berkata...

oh ya, tkde saper nk cakap artikel ni 'memualkan' ker??

haey baik berkata...

lame x tgok fans liverpool suke mcm ni....
keh3...tahniah2

eik`S noName berkata...

owh so the anfield team became the best for their fans...
Toress...

ChesterChaz berkata...

*yawwnnnnnnn*

ngantok aku..hahahha

Shank berkata...

mereke bercerita ttg messtrik..

kami besembang pasal torrefic

pakkordi berkata...

Yang berdentum-dentum komen ni dah order pakaian seragam baru tulis standard chartered belum?

Jgn cakap banyak, order online cepat. Amik yang lengan panjang kaler kelabu. Tak jual kat al-ikhkesian kalau rare macam ni.

Appendix: Beli seluar dengan stokin nya sekali kalau lu jenis yang dressing pergi tengok wayang macam nak main bola.

dueng berkata...

wahahah. jersey liverpool dah "halal", takde alasan kalau tak beli yang ori. RM 235 untuk sehelai jersi setahun, tak sampai seposen pun sehari.

just hope boleh lah menang Europa League ni.

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Bukan yang kelabu tu untuk penjaga gawang ke?
Haih, ya order online. Raya nanti sedap pakai.

pakkordi berkata...

dingin.. tu gua cakap.. rare.

aranhellstorm berkata...

42 pound je aku check smlm kalau order online thru liverpoolfc.tv tambah lagi 15 pound jadi 57 pound sterling x RM 4.7910 = RM 273 je..heh

gua dah order, nak pakai semayang raya...heh

deus X machina berkata...

tahniah la untuk liverpool

buat sementara waktu

SEPHIA berkata...

::mmikir:: apakah ini?sejenis kegembiraan yg xkekal kah :P

deus X machina berkata...

biasala tu sephia
kasi can...bukan senang melihat kegembiraan sebegini....keh keh keh

r.k berkata...

Tahniah lah liverpool . europa league ni takde pulak referee yang kontroversi , kan ..... hehe

*juga tahniah buat Fulham . Hamburger dan Athletico Madrid .

iampali berkata...

kelab apa ni? nk tgk bola pn x berebut meja kt kedai mamak.loser habis

FreeMen berkata...

keep it up lads. congratz.

dah tiba masanya snap 1 new kit. atlast. haha.

mujurlah menang yg menang. kalau tak dejavu menang tp kalah berlaku kembali. ;))

-YNWA

jerr berkata...

arghhh sial...sempat gak talkizcheap memangkah aku...tapi artikel ni still ade pangkah gak...sronok gak arr bace,xdela condong sangat...aiii ngko neh,btol la kate pepatah,fans man u mmg xkan mengalah n arrogant...

aishah aurelia berkata...

setuju jerr..
talkizcheap memang selalu memangkah dengan berhemah.
setuju jerr lagi..
manures takkan mengalah dan arrogant.
lihat sajalah komen2 manures ke atas pasukan lain.
tak berilmiah.
eh apa jadah nak berilmiah pulak kat sini kan..
ini blog satira, bukan blog kementerian pelajaran.

kareem berkata...

bosanla livepool...stakat menang competition low class dah pakat2 nak beli jersi standard 'riba itu haram' chartered...

anakrantau98 berkata...

R.K berkata... <--- ada pengadil ke-lima meh.. belakang gol..

farwalis berkata...

nasib baik tak jadi dejavu..

kalau tak emo macam fans MU la jawabnya........

fikiranlicin berkata...

standard chartered haram. abeh tu lu ingat Maybank,cimb, bank rakyat tak haram? PTPTN tu lagi bapak haram.

fikiranlicin berkata...

tapi ada sorang awek keje HQ standard chartered cun. selalu time lunch gua nampak kat NZ. Kdang2 nampak dia kat wisma cosway. satu hari gua mau mintak nomor tipon la. sah beliau suppoter Liverpool.

fikiranlicin berkata...

awek2 sokong m.u tak cun. gua nampak smalam. sarung AIG ketiak basah. Mesti masam tu.muka dah la herot.

Maria berkata...

fan manure mmg macam tu. nak emo kat liverpool tak tentu pasal.

lepas game, semua komplain pasal pengadil bagi red card kat rafael tu bias. pak alex rileks je...

Heysátan berkata...

syukur alhamdulilah...:)

r.k berkata...

anakrantau98 berkata .. <-- ghua perasan gak pengadil belakang gol tuh , bila ntah start a ? EPL tak perasan pun ada . Malaysia tak nak buat catu ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...