ANDA SEDANG MEMBACA

40

SOKERNET Go Global!

Abdul Sokernet Sabtu, Mei 29, 2010

Sokernet mengucapkan segulung tahniah pada saudara Pipiyapong kerana berjaya dipilih menjadi duta Sokernet ke kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Pengumuman itu dibuat sejurus selesai mesyuarat khas pengurusan tertinggi Sokernet di PWTC petang semalam. Mesyuarat yang berlangsung di sebelah dewan mesyuarat GAS (Gerakan Anti Samsu) berlangsung selama 3 jam petang semalam. Pengurus kanan bahagian Business Planning and Development yang baru dinaikan pangkat, saudara Jorji, ketika memberitahu keputusan menghantar Pipiyapong ke Afrika adalah tepat pada masanya selari dengan aspirasi Sokernet yang mahu mengembangkan sayap ke peringkat 'International' setanding syarikat berita sukan konglomerat lain seperti ESPN dan Sky Sports.

Mesyuarat khas berkenaan, antara lain telah meluluskan bajet financial year musim 2010/2011 dan menyelesaikan beberapa isu audit yang berbangkit. Demi meningkatkan kualiti pengurusan, turut diluluskan adalah Company Policy Guideline bertaraf ISO 9000 sebagai guideline rasmi Sokernet merangkumi beberapa aspek penting syarikat seperti WPM (work procedure manual) mengikut seksyen, proper documented LOA (level of Authority), Risk Profiling, Legal counsel dan Human Resource Management.

Ini membuktikan komitmen padu Sokernet dalam merealisasikan hasrat dan cita untuk menjadi global player dalam wadah berita bolasepak dan bukan sekadar jaguh kampung seperti yang dituduh oleh segelintir pihak sebelum ini. Sokernet juga mensasarkan matlamat memasuki 'public listing' dipapan utama BSKL paling lewat pada tahun 2013. Langkah sebegini penting untuk menanam keyakinan pelabur dan menarik seberapa ramai pembaca ke laman Web Rasmi Bolasepak Dunia : Sokernet.

Ketika ditanya mengenai rasional disebalik keputusan Sokernet menghantar Pipiyapong ke Afrika, yang semestinya memakan belanja besar, Jorji menjawab:

" Kita bukan hantar dia pergi sana makan angin. Ini merupakan strategi Sokernet untuk meningkatkan reputasi kita dikalangan 'global player' yang sedia ada, mengembangkan networking dan mengukuhkan relationship. Di sana, Pipiyapong akan menjadi duta rasmi Sokernet, and he's got KPI to achieve!".

Sokernet juga berjanji akan mendedahkan secara detail kos perbelanjaan menghantar Pipiyapong ke Afrika sebagai langkah permulaan mendokong agenda transperansi seperti yang disarankan oleh Datuk Seri Najib baru baru ini.

"Kita tidak mahu apa yang berlaku pada Sime Darby, terjadi pada Sokernet. Saya akan pastikan board of directors faham kehendak bisnes, di mana kita perlu berbelanja, dan di mana yang tidak perlu. Perjalanan Pipiyapong ke Afrika merupakan investment kecil yang bakal mencetus keuntungan berlipat kali ganda kelak..jadi jangan speculate keputusan ini".

Sokernet juga tidak terkecuali dikaitkan dengan PERKASAM apabila tarikh dan jadual penerbangan Pipiyapong dikatakan sama sebijik dengan tarikh dan penerbangan Ayahanda PERKASAM yang turut ke Afrika demi memberi sokongan padu pada anak melayu pertama yang beraksi di pentas piala dunia, saudara Sukhbiddin Saleh. Walaupun sekadar pengadil, saudara sukhbiddin dianggap wira melayu dan perlu dipertahankan.

"Tidak. Kalau benar pun itu cuma kebetulan. Kita tidak ada kena mengena dengan PERKASAM. Namun, Pipiyapong perlu bertemu seorang lagi Melayu, saudara Moeneeb Josephs penjaga gawang Afrika. Ya. Dia juga melayu dan patut dipertahankan hak" - ujar Jorji berseloroh.

Sokernet diberitahu, antara lain, Pipiyapong akan dibekalkan dengan sepasang Armani suit, sekotak Cuban Cigars, sepasang kasut Bally dan penginapan di hotel 6 bintang selama beliau berada di Afrika. Tugas terpenting beliau adalah mendapatkan slot ulasan Sokernet di ESPN. Makan malam bersama George Bodenheimer sudah diatur sebaiknya.

"Imej..Imej kena jaga untuk dapatkan deal."- Jorji menambah dihujung perbualan.


********




Bekalan Bisnes buat Pipiyapong.

40 Ulasan:

eleynashikin berkata...

1st! yeaaayyy!

eleynashikin berkata...

korang pon pakai Key Performance Indicator ni? hebat! wuhhuu~

bekalan2 tuk Pipiyaying @ Pipistuta ni dah macam Mafia2 je tengok..

anyway, gudluck pakcik Pipiyayong di South Africa nanti.

eleynashikin berkata...

hai abdul sokernet! ngeeee! jom berusaha tuk dapatkan KPI yg bagus jugak ngehx

Mr feckry berkata...

wah..gua tunggu lu orang masuk TV

HafizChan berkata...

Gua syak Pipi kena mengadap pekida 3 line jugak dalam kapal terbang nanti.

Poppycock berkata...

Tak payah bagi Pipi cigar. Bagi Surya dah cukup.

pakkordi berkata...

Curut Juan Lopez sesuai dgn tekak orang lipis.

farwalis berkata...

aku harap pipi menjalankan tugas dengan cemerlang. jangan lupa bawak bendera....

Tanpa Nama berkata...

akhirnya bro pipi dapat upgrade dalam scene merosakkan peparunye. tahniah pipi! gi africa jgn lupa singgah cape town.

Fairuz berkata...

aku nak ikut pipu weii..!!

tsubasa berkata...

pergh.. xdpt gua byg cm ne pp pakai suit armani dll. giler segak..

pp, nt lu nasihat sikit fab jgn follow cm henry sm hleb..

Berto berkata...

pp, kirim salam sama itu Charlize Theron kalo jumpe kat south africa nnt

julu berkata...

pergh.. hebat2..
lepas ni espn pon takot dgn sokernet..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Woi! Main petik je... cilakak.

Cesc Luzeza berkata...

tak folo m daud kilau sekali ker??
'ramai orang gila judi'

ayobkelubi berkata...

macam cilake betul business planning dia.taulah si pundit ni line marketing.

saham bukak berapa sen ni woii?. berapa lot boleh sapu woii?.

Alke berkata...

Apa ni jorji!!! Dari segi kos, tak berbaloi ko hantar Pipi ke sana, sensorang lak tu!!! Apa jaminan syarikat yang Pipi akan kembali ke Malaysia selepas World Cup? Apa kemampuan dia sampai syarikat pilih dia ke South Afrika? Dia jarang2 bagi komen semasa EPL (Arsenal jarang menang), ini kan pula dalam keadaan Cesc Fabregas nak lari dari Arsenal, lagila..silap2 dia terjun ke laut, pas tu kena makan ngan Jerung Putih yang hebat. Saya sebagai pemegang saham minoriti harap syarikat dapat menimbangkan Lucy atau ko sendiri Jorji untuk ke Afrika, bukan Pipi. Gila mahal hotel!!!! lagi bagus hantar shankly, kekekekeke

Jorji berkata...

mana gua tau,gua kat kolo pilah ni,makan cendol!

Zinedine Zaiddin berkata...

HAhaha...tu dia dah kedengaran suara2 membangkang dah tuh..keh3

Abdul Sokernet berkata...

Adoyai!

Pipi belanja Jorji makan cendol di Kolo Pilah.

Dont you get it ALke?,

Pfft!.

Jorji berkata...

hehehe..bantai la

adijaya berkata...

artikel ni lucius maximus yg tulis, tapi apsal pakai nama abdul sokernet?

Jarr berkata...

adijaya, kau masih tak puas hati identiti abdul sokernet ye?kalau kau nak tau, abdul sokernet ni "gua".

opening game nanti kau akan nampak kat granstand muka abdul sokernet.duduk sebelah Sepp Blatter.

Shank berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Shank berkata...

hahahaha

adijaya berkata...

aku bukan apa jarr, masih misteri duk mencari-cari siapa sebenarnya abdul sokernet ni. aku rasa beliau ni hanyalah watak rekaan kat sini, dan bukan org sebenar.

sebab kalau diperhatikan dari gaya penulisan dia, memang cun, rapi dan kemas. tak semua penulis kat sokernet mengambil kira spacing, caps lock, apostrophe, paragraphing dan sebagainya.

bila baca artikel ni elok-elok, mesti korang semua perasan yg gaya bahasa dia memang tersusun dan lengkap, sama mcm artikel tulisan lucy. dari segi ejaan, memang minimum ada terjadinya kesalahan. pada bahagian ni, tak semua penulis akan check-n-recheck artikel mereka.

satu lagi ciri artikel dari lucy adalah terselitnya citation yg membuatkan jalan ceritanya tidak monoton. ciri unik lain termasuklah info dari luar dunia bola sepak yang memang akan diolah untuk membuatkan artikel lebih mantap. contohnya seperti penggunaan WPM, LOA dan KPI yg sebelum ni aku memang tak tahu apa.

jadi, aku yakin artikel ni 100% dibuat oleh lucy, penulis yg aku salute dari dulu. semoga untuk world cup nanti beliau akan digandingkan bersama reem shahwa untuk membuat liputan kat espn.

FdausAmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jarr berkata...

nampaknya minat lu terhadap gaya penulisan Lucy sedikit sebanyak hampir membongkar identiti Abdul sokernet.Sayangnya masih jauh perjalanan dan penyiasatan kamu itu Adijaya.Gua sarankan lu kena banyak refer cara Detective Conan buat observation dlm sesuatu penyiasatan tu.

gua rasa ramai akan bersetuju dengan lu yg mengatakan Abdul Sokernet itu Lucy, tapi bukti nyata yg cuma dari gaya penulisan masih belum dpt dipastikan.Lainlah kalau Sokernet ni pakai tulisan tangan, boleh tangkap kalau Lucy menipu menulis condong kearah kanan, walhal tulisan tangan beliau lebih cenderung kearah kiri pada normalnya.

Jadi biarlah rahsia perkara ini.Kalau betul itu Lucy, dia ttp Lucy cuma nama pena atau itu account email lama dia utk junk mail Yahoo Group! Zarina Zaidin.Tapi gaya penulisan nya ttp menghantui sanubari lu kan Adijaya?Get use to it.Nanti lepas World Cup lu akan nampak pengulas baru nama Abdul Ghuyop, mungkin Lucy juga barangkali.

Wallahualam.

FdausAmad berkata...

Cilake Jarr,kehkehkeh..

naseb baik gua tarik balik pengakuan bertulis tangan kat atas tadi.

Biar Adijaya terus mencari.

Good luck Adijaya!

Jarr berkata...

hahahahaha pantas lu bertindak ye bro..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Yes. Misteri Abdul!

Alke berkata...

Aku masih berpendapat Pipi bukan yang terbaek untuk tugasan World CUp ini. Takut dia hilang arah apabila menonton perlawanan Sepanyol. Sindrom2 awal ketidakbolehan kehilangan pemain sudah di tunjukkan pada entri2 yg baru. Aku taknak syarikat rugi. Maaf Pipi, dalam keadaan ko skang ni, elokla ko amek assigment SUKMA di Melaka sahaja dulu..orang kate proses bertenang. Aku harap lembaga pengarah dan pihak pentadbir mencari alternatif lain. Sekian. Majulah Sokernet Lebih Dari ESPN untuk Marion Caunter!!!

Shank berkata...

hahahahaha ..keh keh keh

meminjam kata kata kak wos(bkn nama sebenar)

knp perlu propa dlm dunia blog ?/

Jarr berkata...

Bior je Pipi pergi jadi wakil kita ke South Apreka.Apa salahnya, kebolehan PR Pipi boleh membantu dlm mempromosi Sokernet.

Lagipon menurut sumber Human Resource Sokernet, mereka ada hantar backup merangkap pemerhati undercover masa opening game nanti.(sila rujuk komen saya sebelum ni sebagai klu)

Alke berkata...

Kalau begitu informasi ko jarr, aku follow je keputusan pengurusan. Selamat Berjaya pipi, jalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama.

Raiden berkata...

bagus le jangan membazir duit rakyat, ataupun main judi walaupun dah halal!!

Azfar Ridhwan berkata...

hey jorji, mane post match review friendly england menang kat jepun? macam barai je england world cup nanti. huhu

Jorji berkata...

harap bersabar wahai orang muda :)
england main macam england, so no komen.

pakkordi berkata...

Jorji, lu macam master jedi lah.

eleynashikin berkata...

korang! identiti abdul sokernet ada kat entri2 lepas.. sila check betul2.. kenapa x peka? sila perhati betul2.. jgn terlepas pandang 1 benda pon :P mesti mesyiasat macam Hajime Kindichi ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...