ANDA SEDANG MEMBACA

27

Update Piala Dunia 2010

Lucius Maximus Rabu, Mei 19, 2010


Sokernet agak sibuk sejak kebelakangan ini setelah tersebar berita kerajaan bersedia meluluskan lesen perjudian bolasepak sempena memberkati Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti.

Sokernet sekarang sedang rancak menyediakan kertas kerja dan cadangan untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini.

Dingin dan Nazri sedang merangka formula terbaik yang menjamin situasi menang-menang untuk sindiket judi dan kerajaan.

Obefiend dan Jorji pula ditugaskan ke ibu pejabat FIFA untuk mendapatkan sokongan orang-orang besar di sana.

Mengenai pembentangan kertas kerja, kami serahkan pada Pipiyapong selaku belia 4B dan mahasiswa harapan negara. Harap dia tahu cara mengikat tali leher. Cikgu Jannah kami hantar sebagai setiausaha sulit.

Pengulas kem Spurs yang tak berapa berbunyi, kami hantar untuk cari sumber modal dari Ah Long-Ah Long seluruh Malaysia.

Walaupun sehingga berita ini ditulis Vincent Tan dan Berjaya Group telah dilaporkan bakal mendapat hak eksklusif lesen judi tersebut, Sokernet yakin peluang masih terbuka.

Ini kerana mengambil kira Sokernet adalah 100% milik Melayu dan Bumiputera dan mengikut hak-hak istimewa yang termaktub dalam Perlembagaan, orang Melayu juga harus diberikan kuota dalam perjudian.

Jika tidak, aku akan jumpa Ibrahim Ali dari Persatuan Peribumi Perkasa secara in person untuk menuntut hak-hak kami seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Bagi para pembaca Sokernet, boleh hantar permohonan anda ke sini.

27 Ulasan:

Hell Torres berkata...

kah kah kah..lawak!

palytoh berkata...

perfect million capital?

along berlesen hahahah...makin maju along2 ni skunk..

Jarr berkata...

masukkan nama aku sekali dlm permohonan...

Abdul Sokernet berkata...

Mesin slot tu Vincent Tan la yang bagi.

Dengan pesanan,

"Main yang ini dulu..dan, jangan banyak sangat kacau line!"

SocketWorld berkata...

kalau dapat kuota ni..
aku nak beli saham sokernet...

Sang Karipap berkata...

macam gampunk...along2 skarang pun dah ada website sendiri..haha

Lucy masih dengan lawak bernasnya..caya la lu lucy..hahaha

janggout berkata...

aku hampir hampir nak isi borang tadi

Obefiend Weiland berkata...

bos

beg besar ada USD 70 000 000 ni dekat siapa gua nak passing? pelan asal nak sogok referee dah dikantolkan oleh Lord Triesman

camne?

aku ada kat HQ fifa dah ni.

Farid Fernandez berkata...

hahahahahahahahahahahahahaahhahahaa

free berkata...

haha brilien..moh kita tikam nombor weh

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

shnakly lah paling sonok kalau brita2 ceni..

Pipiyapong berkata...

Cilake...

fikiranlicin berkata...

gua in..ada 4juta pound dalam bank

Raiden berkata...

celake..duit saidina ade la kot..leh x??

Besi Karat berkata...

tak silap aku perfect million capital ni kompeni ibrahim ali.
haha!

Shankly berkata...

iya lah ..
dari buta buta bagi kat singapore , Taiwan , HK .. baek bagi kat gomen kita .
ada juga kemasukkan.
perkapita naik .
aliran duit keluar turun .
mayb ada bookie dr luar masuk - income forex pula .
gomen byk duwet boleh wat mcm² .. \m/

eJAI berkata...

haah shankly,pastu duit tu bagi anak bini ko makan..tu pun kalau kau mampu ada anak la...

Shankly berkata...

ejai ..
hahahaha toto , genting , 88 , stc , carlsberg dll tu tak bayar cukai ker ..??

Shankly berkata...

Ramalan Bookie W.Cup.2010

top 16 ( contender )

Nigeria, Serbia, Slovenia, Uruguay
Netherlands , Chile, Denmark , Portugal

Top 8 (popular)
Italy , France , Argentina ,Paraguay

Top "Pai"
1 - Brazil vs German
2 - Brazil vs Spain
3 - Eng Vs Spain
4 - Eng vs German

** brazil - based on history and player
** German - Based on history previous wcup and EUro
** Spain - based on rangking
** Eng - based on popular - bookie,spnsor brodcast(tv)

BuLiBaKaLaUkAu berkata...

peh.. top post shankly.. dh agk dah..

Raiden berkata...

Barca dah dapat VIlla beb..peghh memang susah CL season depan nie..Chelsea, beli Kun!!

Point of View berkata...

ha, ha, hanjeng!

Jarr berkata...

aku tgk poll sebelah mencanak vote spain?????yakin boleh..

Jarr berkata...

oh ye villa dah gi barca ekk?member aku budak man u quite upset ngan berita tu sampai post kat FB..then komen paling aku nak highlight,

"man u mmg tak suka player above 25, villa dah 27, takmo jadik cam berba..alex lagi suka develop young player,so silva will be the right signing."

komen dari seorang hamba allah, yg aku tak kenal plak membalas,

"a'ah lah, pak alex tak suka player tua,korang tgk dia develop Henrikk Larsson dari besar ibu jari sampai ke tua,pak alex mmg tak suka player tua..kan kan kan?"

sekian, selingan dipetang hari. :) peace.

Jarr berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
eJAI berkata...

perghh,,gua sorng je ke undi Korea DPR...Lu org tgk la nanti..

adijaya berkata...

rasanya final nanti argentina vs european team. sis shankly buka la betting, please..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...