ANDA SEDANG MEMBACA

14

Burn Berlin Burn!

Jorji Jumaat, Jun 18, 2010

Sekonyong-konyong berbunyi wisel penamat perlawanan diantara Serbia dan German Gagah Perkasa, sebuah pesawat Biman Bangladesh Airlines yang ditempah khas oleh syarikat automobil Audi mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town. Bersama 12 anak kapal warga Bangla, mereka diminta bersiap sedia untuk membawa 23 pemain berbangsa Aryan bersama keluarga mereka pulang ke German.

Rivers Cuomo-Weezer

Jurucakap Audi berkata, ini hanyalah langkah awal secara simbolik untuk mengingatkan Joachim Loew a.k.a Rivers Cuomo bahawa mereka boleh datang dengan pesawat Airbus terbesar dunia TETAPI PERLU DIINGAT, jika terkeluar awal mereka akan balik naik Biman Airlines.
Tempat duduk paling depan khas untuk Joachim dan Klose. Duduk depan cepat sampai katernyerrr..

"dengan Kangaroo boleh la menang besar" celah Kapten Biman Airlines, saudara Pritar Singh sengih-sengih.


14 Ulasan:

Jimmy Stracqualursi berkata...

SER BI JA! kuzmanovic zigic kacar lazovic stankovic krasic jovanovic stojkovic ninkovic kolarov you were all heroes!

tapi still aku harap jerman dapat pegi 2nd round. ideal nya jerman & serbia la heheh.

Kuwe berkata...

Reff ni suka dengan kad agaknya. berderet.

Wan Ahmad Faiz berkata...

WC 2010....lbih byk red cadnya dari golnya...

Hafiz Yb berkata...

wehhh, betul ke cerita nie? mcm betul je bunyi dia, mcm lawak pun ada. hahahhahaha :p

ayobkelubi berkata...

perlu diingat seperkara lagi iaitu bahawa pasukan yang tewas sebentar tadi di tangan serbia adalah pasukan pakar segala teknik.mmg pakar. pakar teknik tidak pandai menjaringkan gol walaupun diberi penalti, pakar mengumpulkan kad lalu dibuang padang, pakar menghempaskan air botol mineral ke padang. pakar berpakaian macam bapuk pencen.(rujuk pakaian joachim loew malam tadi)..
DEMMIT!..kalau sokernet inc bagi gua jadi pengulas,mmg gua taruk kaw-kaw punya lagik ni!.
oh ya, mungkin mereka tidak pakar makan rojak.

odd berkata...

mahal tak tiket seat tuh?
aku nak duduk sebelah klose lah

Berto berkata...

podolski oh podolski...dodolski la ko

City Laundry Cafe berkata...

tgk muka joachim dah mcm muka richie rachman dah tadi..huwa..huwa..huwa....ketupat punya german!!!

Wanturd™ berkata...

entry ni kelasss gitu! haha

Besi Karat berkata...

pembantu kapten biman airlines mencelah,"dengan kangaroo lawan bolasepak boleh la tapau.cuba lawan ragbi laaa."

ngahahaha

Raiden berkata...

arggh germany kalah, no hal la, aku yakin diorang akan layak ke Second Round..England peciter England??

Cesc Luzeza berkata...

refree ni bnyk sngt jemputan kad kuning la..

afterc berkata...

bodoski..

Tanpa Nama berkata...

german bodo ref lagi bodo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...