ANDA SEDANG MEMBACA

9

GOD SAVE THE QUEEN

Jorji Khamis, Jun 24, 2010

England mara!

90 minit penyokong England di dera dengan rasa cemas dan mendebarkan. Kelebihan 1 gol dan serangan bertalu-talu Slovenia memang tak sesuai untuk tontonan Queen. Beliau masuk tidur awal. Tuhan selamatkan Queen!

"Beta bangun pagi terus bukak SOKERNET!" titah Baginda Queen riang.

Strategi Capello bertentangan dengan apa rakyat England mahukan tetapi Don Capello terselamat dengan jaringan Defoe. Walau size Defoe sebesar kacang pea, tetapi beliau berjaya melepaskan diri dari kekangan pertahanan Slovenia untuk menjaringkan gol England dan itulah satu-satunya Defoe berjaya terlepas. Lain time, dia makan rumput.

Wayne The Rudeboy Rooney membuktikan yang England pergi ke World Cup tanpa plan B. Mereka datang hanya dengan satu plan sahaja iaitu Plan Rooney. Bila Rooney keluar pada minit ke 72 England terus berhenti bermain dalam posisi menyerang dan terus hilang momentum. Jangkaan penyokong England, Capello akan memasukkan J.Cole dan mengeluarkan Defoe serta meletakkan Rooney sebagai topman ternyata silap. Capello menggunakan taktikal EGO seorang jurulatih Itali dalam menentukan kesebelasan utama England. Semua jurulatih ada egonya, itu standard.

Kecuali jurulatih dan warga German yang masih mencari identiti diri dan menggunakan senjata dan peperangan sebagai perisai keangkuhan :P


(ESPN Stats & Info: Wayne Rooney has been denied by the woodwork eight times in his England career.)

England mara ke pusingan seterusnya dengan hati lapang sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Capetown, Biman Airlines telah meminta diberi perlepasan untuk terbang Isnin hadapan untuk membawa pulang pasukan German.


9 Ulasan:

meor-name-depan-ku berkata...

Gua tak nampak pun Mick Jagger malam tadi?

Shank berkata...

gua letak sekaton Nusantara Merah utk england.
and Jackpot( Nusantara hijua)for Gerrard score lwn jermani.

pakkordi berkata...

Gua rasa The Ramones lagi mantap.

Besi Karat berkata...

laluan mudah untuk jerman nanti.memang tidak adil.
kahkahkah!

Zinedine Zaiddin berkata...

Biman Airlines? Nak anta Jermani ke Inggelen balik Eropah ni? Hahahaa

tuan director berkata...

alamak camna england blh layak

kareem berkata...

pakkordi..memang the ramones mantap tapi sex pistols pun stail gak bai..

brandon flowers berkata...

aphal yakin sangat? nk lepas group pun tercungap2

Pet Shop Boys berkata...

Harap mamat Liverpool dan Spurs je score....Man U mana? Chelsea mana?

panas......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...