ANDA SEDANG MEMBACA

11

No Man's Land

Abdul Sokernet Sabtu, Jun 26, 2010

Senarai penuh pasukan yang layak ke pusingan kalah mati telah ditentukan dengan selesainya perlawanan Spain-Chile dan Switz-Hondurus awal pagi tadi. 6 pasukan eropah akan berentap sesama sendiri dengan Holland bertemu Slovakia (Durban stadium), Spain menentang Portugal (Green Point stadium) dan England bertemu musuh sepanjang zaman, Germany (Free state stadium).

Perlawanan England bertemu German merupakan yang paling sensasi atau setidaknya paling luas liputannnya di Sokernet.

2 pengulas kanan Sokernet, Lucius membimbing Germany sambil memimpin tangan Sarah Brandner, manakala Jorji, kental bersama Rooney dan England untuk merealisasikan impian mengulangi sejarah 1966. Sudah tentu ini pertembungan menarik kerana England dan German sememangnya memiliki sejarah 'rivalry' yang unik sejak sekian lama.

Kalau ada yang menyifatkan pertembungan England - Germany dalam edisi piala dunia sebagai 'mini warfare', dari rakaman sejarah, memang ada kebenarannya. England dan Germany, pernah terlibat secara langsung dalam perang dunia I dan perang dunia II, dimana kedua keduanya berakhir dengan kemenangan berpihak pada England bersama sekutunya. namun tiada edisi bolasepak piala dunia ketika zaman perang. Piala dunia pertama hanya berlangsung pada 1930, iaitu 12 tahun selepas tamatnya perang dunia I. Manakala tiada penganjuran piala dunia pada 1942 dan 1946 kesan dari perang dunia II.

Rekod menunjukkan England mendominasi hampir setiap pertemuan menentang Germany dari 1930 hingga 1966. Namun, bermula era The Beattles dengan studio masterpiece Sgt.Pepper's Lonely HeartClub Band album pada 1967, rekod bolasepak England bertemu Germany juga turut mengalami masterpiece yang berpanjangan. Sepanjang 35 tahun selepas 1966, sejarah England-Germany dalam sukan bolasepak bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan oleh rakyat England, tidak seperti The Beatles, Iron Maiden, Queen dan The Ramones yang mengecap kemashuran sepanjang 35 tahun ini, bolasepak England sulit mencari identiti diri. Kekalahan di tangan Germany, dengan epik Wembley 1972, group stage Piala Dunia 1982, separuh akhir Piala Dunia 1990 dan separuh akhir EURO 1996, segalanya serba tidak kena bagi England.

SEJARAH. Ya.

Bolasepak;bagi England dan German, bukan sekadar pertarungan merebut Piala Dunia. Falsafah dan sentimennya lebih rumit dalam menggambarkan setiap aspek 'rivalry' yang ujud sekian lama. Ibarat Rolls-Royce menentang AUDI atau Wolskvagen, sosialis bertemu kapitalis, dan Heidi Klum bersaing dengan Naomi Campbell, begitulah hebat dan cantiknya sejarah 'love hate relationship' antara 2 negara eropah ini.

Disebalik cerita bolasepak England-Germany, 'rivalry', pergaduhan antara penyokong, propaganda media, tuduh menuduh antara pemain, putih hitam serta segala macam ragam perasaan.... itu semua masih belum mampu menandingi satu kisah hebat antara mereka.

KISAH HEBAT. Ya.

95 tahun, 5 bulan dan 29 hari sebelum artikel ini ditulis, atau setepatnya pada 24 haribulan Disember 1914, Perang Dunia I sedang sengit berlangsung.

Dengan jolokan nama 'No man's land', kawasan peperangan Flanders, western front di persempadanan Belgium telah beberapa minggu dihujani tembakan dan bunyi letupan yang tidak henti henti. di sebelah sini, teguh berdiri kubu askar German, dan di sebelah yang bertentangan pula sepasukan askar British tidak putus menyerang. Musim sejuk dan salji mula turun sedikit menukar suasana pada hari itu. Entah apa sebab tembakan yang sebelumnya tidak putus kini semakin berkurang. Tidak berapa lama..bunyi tembakan terus berhenti dan keadaan sunyi sepi.

Senja menganjak, dalam samar samar dari kubu German kelihatan sepanduk dalam bahasa inggeris berterabur;

'YOU NO FIGHT, WE NO FIGHT'.

Sejurus kemudian kedengaran nanyian lagu Merry Christmas dari kem German, dan tidak semena mena nyanyian itu disambung riang oleh kem British. Pihak British pula menaikkan sepanduk bertulis 'MERRY CHRISTMAS', dan kedua dua pasukan; Germany dan British, meniggalkan senapang, bangun dari persembunyian dibalik kubu, lalu berjalanan keluar untuk bertemu di tengah lapangan pertempuran. Mereka bersalam, bergelak ketawa dan merawat askar pihak lawan yang tercedera. Krismas perlu diraikan.

Askar British menunjukkan sebijik bola kain yang lusuh, dan aktiviti utama pada malam krismas tersebut;
Pertandingan bolasepak antara 2 negara yang sedang berperang:

Germany vs England (British).

Kedua dua pasukan berpakaian askar, topi dijadikan target gol. Perlawanan bolasepak di 'No Man's Land' berlangsung dengan tepuk sorak pasukan masing masing.

Bagaikan tiada apa, perlawanan bolasepak tersebut menghadiahkan hilai tawa, dan sorak riang kedua dua pasukan. Hilai tawa dan sorang riang yang telah lama mati dalam kebencian perang, hilai tawa dan sorang riang yang sudah lama terpendam bersama kenangan keluarga dan kerinduan kampung halaman. Betapa agungnya semangat bolasepak, di persimpangan antara hidup dan mati, mereka memilih bolasepak sebagai jalan keluar.

Seolah olah tidak pernah ujud permusuhan, perlawanan bolasepak pada malam itu menjadi penghubung kemesraan, perpaduan, persahabatan dan lebih mengharukan, bolasepak telah diangkat sebagai senjata pengikat kasih sayang dan simbol kesatuan jiwa sesama insan.

England dan Germany, telah mengajar kita tentang perkara ini.

Ya. Bolasepak kawan kawan sekalian.

BOLASEPAK!

Demi mengenang semangat bolasepak 96 tahun yang lampau, pejabat Sokernet (selain Luci dan Jorji) memilih jalan seri, kerana roh perpaduan dan brotherhood yang dijelmakan 96 tahun lepas di 'No Man's Land' sememangnya tidak dapat diukur dengan kemenangan atau kekalahan antara mereka.

*Perlawanan di 'No man's Land' berkesudahan dengan England ditewaskan Germany, 2-3. Perlawanan bolasepak epik itu juga turut mendapat liputan London Times sekitar january 1915.

11 Ulasan:

Popo berkata...

1st..!
waaa..bagus2..lek2 je sume kalo psl bola..

Alexia Aqram berkata...

statistik:

Wakil mengikut benua pusingan kedua.

eropah : 6 dari 13 = 46% (mengecewakan)
afrika : 1 dari 6 = 16% (buruk)
asia : 2 dari 4 = 50% (baik)
a. selatan : 5 dari 5 = 100%! (excellent)
concacaf : 2 dari 3 = 67% (terbaik)
oceania : 0 dari 1 = 0% (heh!)

Besi Karat berkata...

ah teutonic thrash akan menewaskan british heavy metal.

Cob Nobbler berkata...

apa cerita pulak falkland war?
tak nak cerita ke beb?

islas malvinas es argentinas!

Tanpa Nama berkata...

haha, documentary ni hamba pernah tgk kt astro channel history

Zinedine Zaiddin berkata...

Tapi oceania tu unbeaten beb! 3 match unbeaten! Eventhough negara kecik, first time masuk, tak menang walaupun satu game...dan paling penting seri 1-1 dgn Itali. At least diorang ada la jugak something utk dibanggakan...dan juga alasan untuk cuti sehari peringkat nasional.

Kita?



HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAAAA!!

zan berkata...

Holden..

Falkland War kita cerita nanti2 la..kalau England lepas suku akhir jumpa Argentina..

*wakil Abdul Sokernet..kah kah kah

Abdul Sokernet berkata...

Holden: Falkland war tengah perang ada berhenti pekena main bola jugak ke wehh?, serius kalau ada rare jugak tu.

Zan : yes!, Sabtu nanti gua sampai dalam pukul 7.

LuciusMaximus berkata...

Sekarang trend semua pengulas ke letak pos pukul 9.30 pagi jadi 9.30 malam atau 2010 jadi 2024?

Abdul Sokernet berkata...

Gua baru perasan dowhh.

Demn!. Jangan panggil gua masuk dorm tengah malam sudah la..

Unknown berkata...

nice tho entry ni. sebak seketika hati aku yg bertaman ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...