ANDA SEDANG MEMBACA
35
Aku mengaku, selama Piala Dunia ini aku tak pernah menjangka pun Jerman jadi juara. Sebabnya memang setiap kali Piala Dunia Jerman bukanlah pasukan yang digembar-gemburkan bakal menjadi juara macam Brazil, Argentina dan Itali. Oh tidak lupa juga England yang percaya sangat menjadi juara Piala Dunia 'is their divine right'.
Aku angap inilah kelebihannya menjadi peminat Jerman setiap kali Piala Dunia. Sebab Die Nationalmannschaft sentiasa mempunyai label 'not the favourite but never write the Germans off' setiap kali Piala Dunia. Orang tak jangka mereka juara tapi masih tetap beri perhatian pada Jerman.
Sebab itu meminati Jerman bagi aku adalah benda yang mudah dan tak membebankan. Tidak jadi juara, tidak apa. Cukup sekadar menunjukkan pencapaian yang baik dan bagi sebuah negara bolasepak seperti Jerman, pencapaian yang baik ialah mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir setiap kali Piala Dunia.
Kenapa beban label 'favourite' ini jarang diberikan pada Jerman sebabnya mudah. Jerman tidak ada bintang. Tidak ada Wayne Rooney, Kaka, Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang dikatakan superstar bolasepak tetapi semuanya tidak menjaringkan sebiji gol pun dalam Piala Dunia 2010 ini.
Bintang yang sebenar bagi Jerman setiap kali Piala Dunia ialah kesebelasan yang beraksi di tengah padang pada setiap perlawanan. Kalau tidak masakan diberi jolokan Die Nationalmannschaft?
LAWAN ARGENTINA
Sebelum perlawanan, semua pundit bolasepak di Astro meletakkan Argentina sebagai pemenang. Awal-awal lagi dah nampak kenapa pundit bolasepak Astro memang sebenarnya pundek. Sebab yang pertama aku tak rasa orang makan rasuah macam Abbas Saad itu boleh dikira pundit bolasepak. Sebab yang kedua semuanya termakan dengan demam Maradona-Messi dan terlupa prinsip asas bolasepak Piala Dunia:
"Never write the Germans off!"
Aku tak jangka Jerman akan menang 4-0 lawan Argentina. Paling tidak mereka seri dan Jerman menang penentuan sepakan penalti. Tapi itulah yang sebaliknya berlaku.
Rumusan aku, kekalahan Argentina ialah kerana ketiadaan strategi dan taktik yang jitu. Memang Maradona sudah terkenal sebagai jurulatih yang mempersetankan taktik dan setakat ini bernasib baik dengan meletakkan penyerang-penyerang superstar untuk menghadirkan gol buat Argentina. Tapi menentang Jerman yang terkenal dengan taktikal, memang dungu Argentina dibuatnya.
SEPARUH MASA PERTAMA
Aku kira gol awal Thomas Mueller sebagai pembolehubah utama perlawanan ini. Argentina dalam perlawanan kumpulan dan ketika bertemu Mexico tidak pernah ketinggalan jaringan dan sudah terlalu selesa dan biasa untuk berada di depan. Tetapi bertemu Jerman mereka dikejutkan dengan gol awal Mueller dan bermula dari sini Argentina berada dalam keadaan tertekan.
Ketinggalan buat kali pertama dalam Piala Dunia ini, Argentina melancarkan serangan bertubi-tubi tetapi nampak jelas mereka tidak ada perancangan dan kerjasama satu pasukan. Carlos Tevez dan Angel Di Maria bermain sebagai dua unit yang tidak ada talian antara satu sama lain. Sekaligus meletakkan Gonzalo Higuain yang bertindak sebagai penyerang utama terputus bekalan di depan.
Manakala Lionel Messi pula sekalipun mempunyai skil tahap dewa telah jelas membuktikan pada kita semua bolasepak bukan permainan individu. Messi cuma menggelecek dan berpusing-pusing cuba mengatasi benteng Jerman tetapi terus gagal mencapai objektif utama iaitu menjaringkan gol.
Di tepi padang, Diego Maradona dilihat seakan tidak mempunyai apa-apa pelan tindakan untuk mengubah rentak permainan. Rakaman video lebih banyak menunjukkan Maradona memegang tasbih dan berdoa kepada Tuhan seperti seorang rahib, bukan merencana taktik atau strategi layaknya seorang jurulatih.
Jerman pula kelihatan memilih untuk mengekalkan kelebihan satu gol dan menyerap serangan tidak teratur Argentina sambil mencuri peluang melakukan serangan balas pantas yang sudah menjadi trademark Jerman dalam Piala Dunia ini. Beberapa peluang datang bergolek tetapi pertahanan Argentina bertindak baik untuk menafikan Jerman sebarang gol tambahan pada separuh masa pertama.
Semua ini bagaimanapun berubah pada separuh masa kedua.
SEPARUH MASA KEDUA
Jerman terus menyerap serangan bertali arus tetapi tidak teratur oleh Argentina, membiarkan Messi dan Tevez mara ke depan sekali-sekala untuk mencuba Manuel Neuer. Tetapi secara keseluruhannya bahagian tengah dikuasai oleh Jerman.
Sami Khedira dan Bastian Schweinsteiger beroperasi dengan baik untuk mengekang gerakan Messi, memberi ruang buat Mesut Oezil bergerak bebas untuk memantau barisan pertahanan Argentina. Di sini Maxi Rodriguez dan Di Maria, kedua-duanya bukanlah defensive midfielder seperti Esteban Cambiasso, gagal menghalang Oezil yang mempunyai kebebasan melorongkan bola pada Lukas Podolski atau Thomas Mueller.
Jerman membiarkan 25 minit pertama separuh masa kedua menjadi milik Argentina, kemudian masuk gear kelima pada 20 minit terakhir untuk menghabiskan saki-baki perjuangan Argentina.
Semua 3 gol Jerman pada separuh masa kedua adalah sama jika tidak serupa. Podolski kepada Klose, Schweinsteiger kepada Friedrich dan Oezil kepada Klose. Semuanya hantaran silang dari sayap kiri Jerman kepada pemain di tengah kotak selepas pertahanan Argentina diumpan ke zon bek kanan mereka.
Apa yang jelas Jerman ada kepantasan bila melakukan serangan balas dan Argentina mangsa ketiga mereka selepas Australia dan England. Sesuatu yang lebih menakutkan ianya dilakukan dengan ketepatan jitu dan semua pemain Jerman ada keupayaan dan keinginan menyerang. Pertahanan Argentina telah di 'outnumbered' dalam serangan Jerman seperti apa yang berlaku pada England.
Argentina cuba mengatur serangan dan mencari gol saguhati dalam minit-minit terakhir tetapi sekali lagi ianya tidak teratur. Bila pengadil meniup wisel, perlawanan ini adalah testimoni betapa status bintang pada individu tertentu pasti malap bila berdepan dengan lawan yang bermain dengan taktik dan strategi sebagai sebuah pasukan.
SUBSTITUSI
Joachim Loew memasukkan Jansen untuk Boateng, Kroos untuk Khedira dan Trochowski untuk Mueller. Semua pertukaran ini lebih kepada merehatkan pemain dan memberi peluang kepada yang lain untuk beraksi.
Diego Maradona sekali dengan penuh misteri tidak melakukan sebarang pertukaran yang boleh memberi impak dari segi taktikal. Kenapa tidak masukkan Mario Bolatti atau Juan Veron untuk menguasai bahagian tengah dari Jerman, seawal separuh masa kedua? Dalam melihat Oezil melakukan larian yang mengkucar-kacirkan pertahanan Argentina, aku tahu ramai peminat Argentina yang berharap alangkah baiknya jika Maradona ada membawa Esteban Cambiasso ke Piala Dunia 2010.
Sebaliknya Maradona memasukkan Sergio Aguero menggantikan Di Maria dan menggadaikan Otamendi di bek kanan untuk pemain tengah Javier Pastore (yang memberi peluang Jerman mendapatkan gol ketiga 4 minit kemudiannya).
KONKLUSI
Macam aku sebutkan, perlawanan ini adalah testimoni bahawa taktik dan strategi pasukan mengatasi skil dan kemahiran individu. Juga hakikat bahawa Joachim Loew walaupun bukan pemain ternama tetapi beliau muncul jurulatih Jerman atas kredibiliti selaku jurulatih. Diego Maradona adalah contoh terbaik kenapa bekas pemain ternama bukan jaminan mereka boleh menjadi jurulatih ternama secara automatik.
Kesan dari perlawanan ini dan kekalahan besar Argentina, aku berharap Maradona tidak kembali terjebak dalam kancah penagihan najis dadah. Sebab dalam hati aku juga ada secebis taman buat Maradona dan Argentina.
Inilah Jerman

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
35 Ulasan:
germany membunuh!!!
2nd lak kan...
great germany! melopong la makwe2 nak tengok maradona bogel....kekekeke...
cerita bolasepak aku,
http://hairussani.blogspot.com/
soalan
bila Cacau kembali fit adakah dia akan bermain?
main ape?
chelsea bli benayoun je?
roman mmg saving skng nie..
hahahaha...
giler sopan santun review luci kali ni... versi memujuk hati Argen-tina yg bersedih barangkali. Ulasan yg bagus, perbandingan yang tepat.
Germany Killing Machine.
lucius,
mmg mantap lu punye analisis. Gua setuju secara keseluruhannye.
tp izinkan gua tambah skit (kalo lu tak izinkan pun gua tak kira gua nak tambah jgk), gua kurang setuju laa lu suggest baik masukkan veron awal separuh masa kedua. psl veron nih fumble, die suka sgt give away bola. mase first game vs nigeria commentator sendri sound ntah berape kali ntah die gave away bola. kalo mcm tuh mcm mane nak kawal tengah?
lps tuh decision die gantikan otamendi dgn pastore tuh decision yg betul. ketinggalan tiga gol dgn baki lagi 20 minit, ape yg penting mase tuh ialah carik gol walau mcmmane cara pun. Nak carik 3 gol tuhhh so nih mmg gamble la, masukkan midfield gantikan bek, dgn harapan dpt carik gol, kalo bocor pun bukan bole buat ape lagi dah.
anyway, ulasan yg mantap. sila ulas lg utk game spain lak.
lucius..gua tgu astro arena pggl lu jd commentator diorg..br mmtap..
messi tak layak jd pemain terbaik dunia la,hehe
kat la liga boleh la die nak men solo, gelecek sesuka hati, ape sgt la ade ngn defender2 la liga. kat world cup baru die tau tahap defender2 sebenarnye. hahaha
hah, german bukan favourite ke sebelum ni?
terbaekk germany... terbaekk lucy...
terbaekk oranje...
best tol WC kali ni... favourite team aku cecah semi final... harap2 dapat jumpe kat final nanti...
spain just like barca..passing passing till the end..
4 tahun lepas aku tak dengar pun "holland,uruguay,paraguay atau ghana"
aku dengar jerman dari dulu sampai sekarang...
paling lekeh suku akhir....baik euro atau world cup
so, FIFA patut bagi 'team paling konsisten dunia'
Christiano Ronaldo tak menjaringkan gol?.
Biar betul ni Luci.
Kalau KPMG masuk audit artikel kena charge negligence kita ni.
abdul, gol ronaldo masa Portugal pesta 7 gol dulu cantik sangat, sampai boleh dulupakan jer.
hahahaha...
lagi 2 3 tahun, aku harap schweini akan follow ballack masuk chelsea..
Argentina leka! Fakap la Argentina! :(
hahahh... ye... btol2... german team paling konsisten... cuma german haters je pelekeh german gila2...
macam kat wall fesbuk aku... masa german kalah 1-0 dengan ghana awal-awal dulu... aku kene bahan mengalahkan german kalah 10-0... gila betul german haters ni...
tapi memang salute ah german memang main betul2 macam ape yang game bola sepak suppose to be...
bola sepak team game kan... bukan individual... nak individu, pegi main squasy laaa... boleh pukul2 dinding je...
memang aku benci betul orang2 yang sokong team sebab dalam tu ada "bintang bola sepak"...
miahahahahaha~~
Muller dikeluarkan bkn utk direhatkan coz 1/2final nnti dia akan 'rehat' 1 game. Dia dikeluarkan utk bg can org lain fill his position utk game 1/2final nnti.
Overall, Germany menang coz of their tactical, formation, very discipline & of coz playernya form on time. While Maradona plak telah menunjukkan pada dunia betapa gampangnya dia bab taktikal2 ni.
German kuat seh WC2010 ni!...
padan muka ko demichelis..
nk kutuk terry wat pe..
2x5 je korg 2 tu..hahahaha..
(fan chelsea mcm tu ar..power je msk chelsea..benayoun dh dpt cukup ar wei..hahaha)
@ninaneno sori eh fakta u salah..
dia kalah ngan serbia k..
satu-satunya team yang berjaya kalahkan german..
serbia..
walaupun x lepas 2nd round..
wa bangga sebab team wa berjaya menang ngan bakal juara..
haha..
group german tuari semua bagus la..
Yes. Abbas Saad memang tak patut keluar TV.
wahaha... sori2...salah fact... heh.
Bosan lah tengok astro commentators.
Bring on Paul the Octopus. The ideal commentator: Always right yet doesn't speak much.
ah pipi..idup lagi kamu...tak bace ke entri2 sebelum ni pasal abbas saad...tertidur ye kamu
Soalan obe mengenai Cacau x berjawab lagi nampaknya.
Joachim Loew je leh jawab..
Ini semua salah Mick Jagger!
salam,
just nak kongsi cerita, aku dengar ada 3 org brader kat hakim seksyen 7 duk borak malam tadi.
brader 1: bos, buka world cup la. apa daa duk tgk mentor.
brader 2: siot la kedai ni, musim world cup lagi mau layan mentor.
tauke: malam ini tada bola la.. besok juga mau ada.
setelah itu brader 1,2 dan 3 mengubah topik kerana malu dengan penjelasan tauke tu.
brader 2: aku rasa la rooney dah satu kelas ngan kaka dan messi.
brader 3: tu la, aku pun rasa camtu. kaka ngan messi dapat world player of the year, tapi kenapa rooney tak dapat?
brader 1: fifa ni hampeh. bagi kat mamat brazil ngan argentina je. rooney sepatutnya dapat world player of the year tahun ni.
aku: *tak tau nak komen ape. pegi bayar pastu balik. dlm hati aku pun rasa betul gak, rooney memang satu level ngan kaka dan messi.
adijaya, jom lepak hakim....
lu dok seksyen 7 ke?
heheh
Hakim ayam dia tak sesedap dulu ah...
obe , last 20 minit mungkin Cacau masuk kot , tu pun kalau fit .
cacau most probably akan main semi ni sebab mueller suspended. mario gomez = too slow.
kiessling = cold feet main pertama kali main kat big stage.
opsyen lain jogi loew akan pakai marko marin atau trochowski. tanya luci la dia lagi arif.
Hail Germany!!!!!!!!, Hail Naziiiii!!!!!!!!!!...
lucius,
gua cadangkan semi-final ni lu buat ulasan evry 15 minutes kat sokernet sepanjang game berjalan, gua penat nak baca ulasan versi bahasa penjajah kat channel laen.. gua x leh tgk live beb, tuntutan nafkah menjarahi batin pulak minggu nie.. kena kerja sual.. tak boleh cuti..
Go German go...
german slamenye dihatiku...ttp bangge dgn germany!hmmm....wpun xke final..usahanye ttp ditonjolkn..mgkin bkn rzeki... :(
Catat Ulasan