ANDA SEDANG MEMBACA

23

Sebab-Musabab Kita Suka Bolasepak

LuciusMaximus Sabtu, Julai 03, 2010

Aku cakap terus-terang, aku satu kem dengan abang Sepp Blatter yang menentang penggunaan teknologi dalam bolasepak.

Alasan aku sama juga dengan Sepp Blatter. Macam Blatter cakap, "society is not perfect, football is not perfect, it must retain its human face."

Ramai dari kita mungkin tak sedar, tapi kita suk bolasepak kerana ianya tak sempurna. Kita suka kerana ia penuh penipuan, penuh drama, sandiwara, keputusan kontoversi, keputusan meragukan dan macam-macam lagi. Bukan sekadar sebab ianya menyajikan permainan yang menarik.

Apalah bolasepak jika kita tidak boleh hentak gelas dan tumbuk meja di kedai mamak kerana marahkan pemain atau pengadil? Apalah bolasepak jika kita tidak dapat memaki hamun pemain dan pengadil? Apalah bolasepak kalau semasa, selepas dan sebulan kemudian selepas tamat perlawanan kita tidak boleh berbincang dan berdebat dengan kawan-kawan pasal perlawanan yang penuh kontroversi?

Itu sebab kita suka bolasepak. Itu sebab bolasepak sukan nombor satu dunia. Sebab ia cermin kepada kehidupan seharian kita yang juga penuh kontroversi.

Piala Dunia 2010 tidak akan menjadi sesuatu yang menarik jika tidak kerana insiden-insiden kontroversi. Macam Mauel Neuer yang berlakon dengan baik untuk mengeluarkan bola dari gawang hasil tendangan Frank Lampard. Atau Abdelkader Keita yang berpura-pura cedera teruk sehingga Kaka dilayangkan kad merah. Atau pagi tadi bila Luis Suarez bermain 'bola tampar' untuk menyelamatkan Uruguay dari kalah kepada Ghana.

Semua itu cerminan kehidupan seharian kita. Apa yang Neuer buat sama seperti yang kita lakukan bila hendak menyelamatkan diri sendiri, sekalipun sampai menipu. Siapa yang tak pernah tipu untuk selamatkan diri sendiri? Suarez berkorban untuk rakan-rakan, sekalipun apa yang dibuatnya salah dari segi etika dan undang-undang. Kita juga bila terdesak akan buat benda yang sama.

Bolasepak tidak sempurna dan itulah sebab kita suka bolasepak. Bayangkan kalau teknologi ulang tayang hendak digunakan, perlawanan Jerman dan England akan terhenti 10 saat sementara rakaman video dikaji semula. Kita yang duduk di stadium, kedai mamak atau atas sofa di rumah pula hanya terdiam menunggu keputusan kajian video. Langsung tidak ada peluang hentak meja atau maki hamun pengadil.

Sebab itulah bolasepak harus dan sentiasa kekal sebagai 'the simplest game'. Sukan yang undang-undangnya paling mudah dan semuanya diputuskan oleh seorang pengadil atas padang, tak kiralah si pengadil itu bijak atau bebal.

Kerana kalau hendak guna teknologi atau undang-undang yang lebih ketat, kita tidak akan ada Neuer, Keita atau Suarez dalam Piala Dunia ini dan bolasepak akan jadi membosankan macam kriket yang suka guna rakaman video atau bolasepak Amerika yang undang-undangnya pecah kepala kita nak faham.

Malahan abang Subkhiddin kita pun tak setuju guna teknologi dalam bolasepak.

23 Ulasan:

chesterchaz berkata...

1st kah?

en.sani berkata...

ciss...2nd...

thierry henry, maradona pasti setuju...

S7Nizam berkata...

gile bodoh..

eyemeroll berkata...

Hebat jugak stail Suarez main bola tampar tu.Haha

Tapi papehal, aku sokong jugak. Ketidakadilan tu lah yang bagi passion dalam bolasepak.

Cob Nobbler berkata...

macam wrestling gak bai..ambik kerusi hempuk kepala lawan kalau tak boleh kalahkan lawan..takpun panggil manager gadis super bimbo hot untuk perdayakan lawan lepas tu kena pukul curi.orang kampung kat kedai kopi punyalah maki seranah maki-maki eddie guerero ke,chris jericho ke,vince mcmahon ke main tipu..last-last tu semua lakonan belaka..wwe semua dah ada skrip.

tapi itu wrestling,memang tujuannya nak menghiburkan orang.dah namanya sports entertainment.

jadi - apakah bolasepak dah ditentukan sape juaranya?apakah bolasepak dah ada skripnya sendiri?apakah statement2 yang keluar dari mulut coach atau player itu sudah diskripkan?

mungkin perfect is not perfect at all - game yang terlalu perfect akan tak jadi perfect dan orang akan bosan tengok bola macam tengok american football.skema.takdenye orang bercerita "hand of god" setiap kali orang sebut maradona.atau karma 1966 bila bercerita tentang lampard punya gol yang tak dikira.tapi dalam satu sisi - berbalik kepada soalan aku tadi,adakah bolasepak ni dah diskripkan untuk dilihat menarik?

sekian terima kasih.

Zinedine Zaiddin berkata...

Bila ko sebut pasal penipuan2 utk menyelamatkan diri dan rakan2 (serta negara) baru ingat nak sebut nama Henry, Maradona..haha

@Holden:

Mungkin ada yang telah diskripkan...tapi kerja belakang tabir la kot. Sampaikan player dgn coach pun xtau skrip tu..hahaha

Another fantasy from me. Keh3

iKHwAn berkata...

btul tu.. kalau x kontrovesi mane cukup prisa bola sepak ni.. org sebelah meja yg gua x knal pun dh jd member kamcheng skang d sbabkan gol kontroversi lampard aritu.. x pasal2 terbina suatu ikatan silaturrahim sesama insan.. hehe.

Alexia Aqram berkata...

Luis Suarez Terbaek! Gua terkenang cerita komik Johan Bola sepak.

Aslina berkata...

bola itu bulat. ikut dia punya physics laaa... bulat... boleh golek-golek... boleh pusing-pusing... boleh melambung bagai...

stendet la jap kat atas, jap kat bawah...

barula bleh cipta kontroversi...

cuba kalo bola tu pat segi?

wahh... boleh tahan jugak aku punye falsampah kan?

Wan Ahmad Faiz berkata...

aku setuju yang bab2 kontroversi ni adalah bab2 paling best dalam bola sepak...memang best...

tapi yang tak bestnya kalu kita yang jadi mangsa. malaysia seminit lagi nak layak WC, tetiba park ji sung diving dpt penalti dan score. malaysia gagal lagi..sedih woo kalau camtu..

kareem berkata...

aqram,

ape kaitan luis suarez dgn komik tu?mcm akaboshi taka ke?

-zAp- berkata...

bola akan bosan kalo xda kontroversi n drama

meor-name-depan-ku berkata...

Xnak kontroversi tengok rugby.....confirm ade ulang tayang video

Cicadasx berkata...

Setuju sangat
Tennis might be perfect tapi tak best sgt sbb xde drama dan kontrovesi
Totally forgettable

Obefiend Weiland berkata...

aku tak suka kontreversi

aku idealist. kalau aku tak lawan unjust society baik aku jadi komunis!

H AHA HA AHA A

Aran Wakman berkata...

Haha..
Btol2.. Kontrovesi la yg wat media2 x kre cetak @ elektrnik jd bnyk idea nk siar..
Kntrvesi gak r wat org rmai jd bnyk topik nk sembg.
Kntrvesi gak r mwarnai arena sukan x kre bola sepak or badminton.

mmg terbaek la suarez!!

CM berkata...

akaboshi taka pernah guna tangan untuk halang gol
tapi kena kad kuning je, pastu keeper save bola tu
hahaha

Unknown berkata...

entah la. ada betul jugak entry nie. tapi rasa agak jengkel, pelik mahupun sengal. mungkin ianya ditulis oleh kem german. *walaupun aku sendiri dari kem german

Unknown berkata...

Member kepada member kepada member aku ada citer kat aku yang dia ada masa banquet lepas upacara grouping World Cup hari tu...

Alkisah masa dia queue nak amik makanan dia terdengar Pele ada tanya Sepp Blater apsal taknak guna vreplay kat World Cup 2010 nih....korang tahu apa Sepp Blater dengan selamber jer jawab?


"Klu nak teknologi, pergi main Playstation la"


Ahh, hampeh!

ExtraTerrestrial berkata...

hidup the terminator..

Cesc Luzeza berkata...

best la..i like..

Unknown berkata...

khedira muka cam jehan miskin..sape stuju?

angeldream berkata...

akaboshi kena kad kuning? biar benar. kad merah la. aku ingat lagi dia diving save gol tu guna tangan dia. pastu kena kad merah. mana nak cari komik tu . aku rasa tu komik bola sepak paling perfect. bukan mcm kickers/captain tsubasa. siap buleh buat tendangan taufan bagai. ceh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...