ANDA SEDANG MEMBACA

42

Kalau Dah Namanya Anon, Perangai Memang Kambing

Sekadar gambar hiasan


Aku terima komen sebegini:

lucius, javier hernandez bekas pemain chivas lah... carlos vela yang asalnya pemain cd guadalajara...apa punya fakta lah ko tibai..

6 Ogos 2010, 9:34 pagi

Yang peliknya komen ini muncul kat blog Trankuiliti Tronoh aku. Apa pasal? Pasal Sokernet tak terima komen-komen anonymous lah kot. Memang kambing mamat yang letak komen tak bertempat ni.

Sebelum aku memulangkan paku buah keras, mari kita belajar sikit nama-nama macam CD Guadalajara dan Chivas.

Club Deportivo Guadalajara

Atau ringkasnya CD Guadalajara, juga popular dengan nama jolokan Chivas yang membawa maksud kambing.

CD Guadalajara diasaskan pada tahun 1906 oleh Edgar Everaert, nama asalnya ialah Club de Futbol Union. Tapi si Everaert ini perasan di Eropah, kebanyakan kelab yang ditubuhkan mengambil sempena nama bandar masing-masing, sekaligus mendapat sokongan padu dari penduduk setempat. Oleh itu beliau menukarkan nama Clud de Futbol Union kepada Club Deportivo Guadalajara, bersempena nama bandaraya Guadalajara di mana terletaknya kelab bolasepak ini.

Ketika peringkat awal era bolasepak profesional di Mexico, prestasi CD Guadalajara dikatakan turun naik sekaligus ianya dilabelkan sebagai kelab “chivas brinconas” (kambing melompat). Panggilan ini kemudiannya bertukar kepada “chivas” dan menjadi nama jolokan CD Guadalajara.

CD Guadalajara merupakan antara 2 kelab utama Mexico (satu lagi ialah Club America dari Mexico City). Bersama Club America, kedua-dua kelab ini tidak pernah tersingkir dari Primera Division. Perlawanan antara mereka berdua dilabelkan sebagai El Super Clasico.

CD Guadalajara mempunyai polisi kelab yang hanya mengambil pemain kelahiran Mexico untuk mewakili kelab. Sekaligus menjadikan CD Guadalajara kilang utama melahirkan pemain Mexico berbakat seperti Javier Hernandez, Carlos Vela, Omar Bravo, Salvador Reyes dan ramai lagi.

Club Deportivo Chivas USA

Atau ringkasnya CD Chivas USA, juga selalu dirujuk sebagai Chivas USA atau Chivas sahaja. Sebuah kelab dari Amerika Syarikat yang berpengkalan di Carson, California dan bermain dalam MLS. Berkongsi stadium dengan LA Galaxy.

Kenapa boleh jadi nama Chivas? Kerana ianya ditubuhkan oleh orang-orang CD Guadalajara sendiri. Senang cerita Chivas USA adalah anak kepada CD Guadalajara. Sebab itu warna dan lambang kelab lebih kurang sama. Dan diberikan nama Chivas bersempena dari nama jolokan untuk CD Guadalajara sendiri. Bukan sebab ada sangkut-paut dengan Chivas Regal.

Chivas Regal

Hah yang ni cerita lain. Ada orang cakap Chivas Regal lagi sedap dari Johnnie Walker atau Jack Daniel’s. Orang yang cakap. Tak pasti pula aku kalau Chivas Regal ini asalnya air kencing kambing.

Chivas Regal mengikut siasatan Sokernet, tidak ada kena mengena dengan mana-mana kelab bolasepak setakat ini. Tapi kalau kelab malam, memang banyak yang dah kena.

Persoalan Javier Hernandez

Jadi sekarang ni, El Chicharito asalnya main dengan kelab mana sebelum masuk Manchester United? Adakah main dengan CD Guadalajara, atau main dengan Chivas USA, atau dia main dengan awek dia lepas mabuk minum Chivas Regal?

Hah jawab! Jangan jadi macam kambing!

42 Ulasan:

Sofea berkata...

hehe nasib baik lisa masak nasi kambing utk hg..

doyah berkata...

takotnye gamba.arrr

Toto Schillaci berkata...

bai .. chivas regal tu ada yg halal.
halal disini means non alcoholic wine.

mcm yg diguna kat F1 Bahrain.

BigMek berkata...

paku buah keras.paku buah keras.anon.hatimu keras sungguh!

Cesc Luzeza berkata...

kan dh terkeluar fakta...
oh kira chivas tu serpihan cd guadalajara...pelat aku nk sebut.hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

AHH...CILAKA... LAWAK KAMBING!! HAHAHAHA

BanDeLa berkata...

c anon yg tengah mabuk chivas sambil komen...padan muka....kehkehkeh

Cob Nobbler berkata...

kah kah kah..lu kasi sekolah balik itu anon..cayalah lucy!

cheers chivas regal untuk lu!

Kap berkata...

pasrah je kambing tu.

nmz berkata...

hahahaha good one there mr.lucy
anon = kambing
haha

Pet Shop Boys berkata...

Adeh nak muntah ah tengok gambar Kambing tu....

Buang ah please....

Alexia Aqram berkata...

gambar tak bley blahhh.
piang punya negro.

eh, chivas tervaeekk dowh.

afterc berkata...

Lucy, minum chivas jangan campur dengan beer. nanti kicknya lain macam.. :)

i'msosupernotcool berkata...

ha.. kan dah padan muka anon..

I Am Legend berkata...

toto schilacci,

chivas regal adalah sejenis scotch whisky, jauh panggang dari api dibandingkan dengan wine.

yang disembur kat GP bahrain tu grape juice. no such thing as non-alcoholic wine, or non-alcoholic whisky for that matter. jangan dok merapu...

julu berkata...

terbaikk...
aku xtaw pon ape die chivas regal..hee

Putra berkata...

aku bajet anon tu bungwahab la, lame tak nampak bungwahab,rindu pulak,kihkih...

Azlan Zed berkata...

soalannya sekarang, anon tue kambing ker atau mamat yg overdose chivas lalu toron kambing tue...

anon sila jawab di trankuiliti...

LOL !!!

mukashams berkata...

pergh! gambar.. apelah pengakhiran babak dlm gambar tuh.. ngigau mlm aku..

Toto Schillaci berkata...

@u_not_legend --> aku keja kat FNB inventory so aku tau apa aku ckp

yg kau bagi tu ilmu google !!

Jarr berkata...

toto ngan legend - sirap ros cap cikgu limah lagi sodap.

Amirul Idham berkata...

merujuk dari gambar kat facebook kau, aku dah agak mesti kau petik pasal Chivas Regal punye lah. hahahaha...

LuciusMaximus berkata...

Bai Schillaci...

Raya nanti Sokernet nak buat rumah terbuka. Boleh supply Chivas Regal halal tak?

Jangan kata tak boleh pula, sembang kencang kerja kat F&B...

LS berkata...

Anon ni tak buat research main sumpit je. Alahai.

.Gory. berkata...

Guadalajara tu macam Manjalara ke, macam Che Guavara?

r.k berkata...

lucy , rumah terbuka buat kat sabah ke kat kelompo ?

ghua nak gak rasa chivas .. halal .

-zAp- berkata...

yang halal tu malta

talkIZcheap! berkata...

Lucy, anon tu nak troll ko kot?? try tanya Obe, dh ada ciri2 anon amatur dh aku tengok si anon tu, kui3... :P

dah2, toksah gaduh2 pasal kelab lama Chicharito... yg penting kelab mana dia main sekarang?? :P

talkIZcheap! berkata...

owh.. maksud aku, anon tu dh ada ciri2 troller amatur dh... huhu [salahkan keyboard aku utk typo tersebut...] :p

ShamSki berkata...

padan muka ko anon...kan dah senasib dengan kambing kat atas tu...hahaha...

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

kah kah kah!

Obefiend Weiland berkata...

jadi selama ni kita clubbing tonggang tonggang gua minum air KAMBING MEGAH?
dammit!

tak cool langsung

tukar tukar. lepas ni kita minom Vodka Stalishnoya aje!

WAHAHAHHAA

Obefiend Weiland berkata...

@TALKIZCHEAP

babi. aku gak kena. Aku troll ada kotel. tak main anon anon punya troll bai. gua troll selamba.

LOL

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

tergelak guling-guling lompat-lompat aku baca labels... cilake! kahkahkah...

BraderDiego berkata...

@talkizcheap : gua rasa bukan obe. tapi pipi punya keje ni. konfemm..

Jorji berkata...

heheheh

Luca DK berkata...

hi luci!

brandon flowers berkata...

luci mana source gambar tu. kasi story skit

mentega gumuk bolat berkata...

sian kambing tu..

gmbar melupakan isi yg hang taip panjang2 ni

talkIZcheap! berkata...

@Obe n diego: jgn salah paham, aku bkn tuduh Obe, aku juz sajes Lucy tanya Obe, adakah ini kerja seorang troller, tu je... ayat aku tu ssh nk tangkap skit, eh... sori ler..huhu

keli berkata...

Kari kambing mmg sodap, terbaek dari ladang. Gambar tu...............?????? GELI SIYOOOL....! Kah kah kah.....

Kayzer berkata...

asal muke die mcm gallas?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...