ANDA SEDANG MEMBACA

8

Bedah Siasat: Klinik Futsal Sokernet

LuciusMaximus Sabtu, September 25, 2010 , ,
Klinik Futsal Sokernet Sempena Birthday Pipiyapong berjalan dengan selamat sebentar tadi, walaupun diadakan di tempat jin bertendang atau lebih sesuai lagi tempat bunuh dan bakar orang. Aku siap sampai lambat dan terlepas upacara nyanyian "Allah Selamatkan Kamu" khusus untuk Pipiyapong. Mungkin lepas ni pihak penganjur boleh buat di Ladang Gadong, Banting pula.

Para pengulas Sokernet yang hadir ialah Saudagar Garam, Nazri M Anuar, Fdausamad, Jorji dan aku sendiri. Para peserta klinik yang terdiri dari kalangan pembaca Sokernet aku kira secara kasar tadi ada dalam 3 bas rombongan ramainya. Terima kasih atas sambutan menggalakkan.

Usai futsal, satu sesi bedah siasat dan luahan rasa telah diadakan di Restoran Darussalam SS15 Subang Jaya khusus untuk menilai dan mengupas kelebihan dan kelemahan setiap peserta klinik. Rumusan pakar Sokernet mendapati kebanyakan peserta memilih Nasi Lemak Ayam Darussalam sebagai makanan pilihan tengah malam. Sia-sia saja berfutsal.

Sekian saja laporan ringkas untuk malam ini. Mungkin lepas ini ada pengulas lain yang boleh cerita lebih lanjut dengan bukti bergambar. Pasal Chelsea kalah itu hari, lepas futsal tadi aku dah beri penjelasan. Siapa tak dengar tadi jawabnya memang tak lama dah tu.

P/S: Dalam 75% dari peserta klinik futsal tadi khabarnya telah mendapat tawaran kontrak dari kelab-kelab utama England seperti Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Northampton Town FC. Ya betul, Northampton Town FC.

8 Ulasan:

diazhavanaz berkata...

Aduh, lupa lak aku nak bagi hadiah kat brader Pipi. Tp hadiah biasa2
jer la, drawing block ngan watercolor set ajer. Boleh la buat art banyak2
pasni. Nak kasi iphone 4 tak mampu aku...

Selamat hari jadi bro!

MOFASAD berkata...

main futsal berjalan luci nie!

siggplus berkata...

labels macam gampang.

ptos berkata...

rumusan tue semua salah luca..

meor-name-depan-ku berkata...

ESPN pun tak laju macam nih....
terus ade laporan..kehkeh

Wanturd™ berkata...

heleh. buat kat mana2 pon tetap lambat gak datang. cisss.

deus X machina berkata...

mengecam keras kedatangan lambat para pengulas sokernet

iftitah berkata...

Memang mengambil kesempatan penuh kes sosilawati untuk SEO. Cayalah. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...