ANDA SEDANG MEMBACA

33

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-7

LuciusMaximus Jumaat, Januari 14, 2011 , , , , ,
Kata orang, Piala Asia 2011 ini makanan negara Arab. Pedulikan bagus mana Australia, Jepun atau Korea Selatan; kerana Piala Asia kali ini dianjurkan di Qatar, di tanah Arab, dalam dunia Arab; semestinya pasukan negara Arab yang akan menguasai kejohanan ini.

Tapi setakat ini belum ada negara Arab yang telah memijak sebelah kaki dalam pusingan suku akhir. Qatar bernasib baik menang ke atas China untuk menghidupkan kembali peluang mereka. Tetapi dalam Kumpulan A keadaan masih agak terbuka di mana semuanya masih boleh melangkah ke sukur akhir.

Kumpulan A
Uzbekistan 6
Qatar 3
China 3
Kuwait 0

Qatar bakal bertemu Kuwait dan China pula berdepan Uzbekistan. Jika China menang ke atas Uzbekistan dan Qatar pula seri atau tewas kepada Kuwait, tidak akan ada pasukan Arab yang layak ke suku akhir dari Kumpulan A.

Jawapan pada teka-teki ini hanya akan dapat kita ketahui pada 16 Januari nanti.

Sementara itu dalam Kumpulan B, kumpulan paling Arab kerana mengandungi 3 pasukan Arab di dalamnya, paling tidak satu slot suku akhir masih boleh menjadi milik pasukan Arab. Dan jika diikut percaturan sebelum bermulanya Piala Asia, slot itu berkemungkinan besar milik Arab Saudi. Tetapi masalahnya:

Syukran Jazilla Saudi Arabia!

Bapak segala negara Arab di dunia, Arab Saudi menjadi pasukan pertama yang berkemas pulang. Tidak menjadi masalah pun kerana dari Qatar balik ke Arab Saudi naik bas pun boleh.

Selepas kalah mengejut kepada Syria, Arab Saudi malam tadi tumbang pula kepada Jordan. Kali ini kurang mengejut kerana kalau hendak ditengok gaya permainan Arab Saudi memang macam celaka. Unta pun boleh main bola lagi bagus aku rasa.

Melalui Baha'a Abdul Rahman, Jordan terlebih dulu di depan minit ke-42. Arab Saudi kemudiannya mempunyai seluruh babak kedua untuk bangkit mengatasi lawan mereka. Tapi semuanya main ikut kepala bana sendiri. Di sebalik nama-nama besar macam Yasser Al-Qahtani, Mohammad Al-Shalhoub dan Taisir Al-Jassim, masih tidak ada persefahaman antara mereka. Semua terikut dengan perangai Arab dari Semenanjung Tanah Arab, besar kepala dan perasan bagus.

Lain ceritanya dengan Jordan, sekalipun bermain dengan 10 pertahanan mereka ada semangat sepasukan. Jordan mengisi penuh babak kedua dengan pertahanan yang jitu ibarat Walls of Jericho. Bukan masalah sangat pun buat Jordan sebenarnya. Semua serangan Arab Saudi lebih bercorak individu, semua jenis nak rembat sendiri. Mungkin sebab Sultan Bola Arab Saudi ada menjanjikan telaga minyak bagi sesiapa yang menjaringkan gol.

Sebaik pengadil meniup wisel, Jordan telah melengkapkan satu kisah klasik Piala Asia. Menghantar Green Falcons, juara 3 kali pulang. Dan lebih pahit lagi sebagai pasukan pertama yang pulang dalam Piala Asia 2011 ini.

2 Penalti 2 Kad Merah

Jujur, bolasepak macam ini yang kita perlu untuk setiap perlawanan yang disiarkan waktu tengah malam di Malaysia. Yang penuh drama, kontroversi dan saspen pastinya.

Syria, bersemangat kesan dari kemenangan mengejutkan mereka ke atas Arab Saudi bertemu Jepun yang hampir-hampir tumpas kepada Jordan sebelumnya. Jepun juga perlu menang jika tidak mahu pulang awal.

Tetapi berdepan dengan Syria bukan mudah. Qasioun Eagles memang tidak tersusun macam Blue Samurai, tetapi permainan mereka tipikal bolasepak Arab. Sangat fizikal, banyak menggunakan long ball dan penuh intimidasi. Kalau semangat Jepun lemah macam budak Arsenal memang kena lauk jawabnya.

Pun begitu, Jepun terlebih dulu di depan. Kapten pasukan Makoto Hasebe meledakkan gol pertama minit ke-35 selepas huru-hara berlaku di depan gawang Syria. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Mula separuh masa kedua, Syria banyak mengasak kubu Jepun dengan semangat yang lain macam. Macam mahu merampas Bukit Golan dari Israel lagaknya sedang Jepun bermatian mempertahankan gawang mereka ibarat ianya Pulau Okinawa.

Dan kemudian timbul kontroversi yang pertama. Syria diberikan penalti oleh pengadil dari Iran setelah penjaga gol Jepun Eiji Kawashima menjatuhkan Sanharib Malki. Tetapi penjaga garisan melayangkan bendera kerana Sanharib Malki berada dalam kedudukan ofsaid. Pengadil bagaimanapun menolak keputusan penjaga garisan dan melayangkan kad merah kepada Eiji Kawashima. Firas Al-Khatib menyempurnakan penalti untuk kedudukan 1-1.

Ianya adalah kesilapan yang jelas dari pengadil Iran bernama Mohsen Torky. Mungkin kerana itulah pada minit ke-82 Jepun pula dihadiahkan penalti, tit for tat version. Shinji Okazaki seperti dijatuhkan oleh Ali Diab dalam situasi yang agak 50-50. Keisuke Honda menyempurnakan penalti tersebut untuk Jepun yang bermain 10 orang di depan kembali.

Dalam waktu kecederaan, Nadim Sabagh pula dilayangkan kad kuning kedua selepas menerima yang pertama kurang 30 saat sebelumnya kerana merebut bola dari pemain Jepun yang masih belum melakukan sepakan percuma.

Pengadil meniup wisel penamat untuk memberikan Jepun kemenangan 2-1 tetapi ianya lebih awal dari waktu kecederaan yang sepatutnya, begitu dakwaan jurulatih Syria Valeriu Tita.

Dengan kemenangan ini, Jepun mendahului Kumpulan B dan hanya perlu seri ke atas Arab Saudi untuk layak ke suku akhir.

Malam Ini

Masuk hari ke-8 dan barulah kita bakal disajikan dengan pertembungan heavyweight pertama, Australia lawan Korea Selatan pada jam 9:15 malam. Bahrain pula menentang India pada jam 12:15 pagi.

Sebelum berpisah, aksi-aksi penuh kontroversi dari pertemuan Syria dan Jepun. Semangat Arab sungguh pengulas itu.

33 Ulasan:

ijan de bunks berkata...

mariaaaaaaaaaaa

Wanturd™ berkata...

walls of jericho pon bolehhhh

ijan de bunks berkata...

pengulas arab dok sebot2 suria ke??
mgkin die nk sepam due rokok kretek indon...lol

hellghast berkata...

Demm!!! pengulas dia ala2 mcm pengulas tv Malaysia kalau game membabitkan kelab ingurland atau Negara dia lawan kelab atau negara bukan Ingurland...nampak bias hahaha!!!

aku demand sultan bola hantar Tuan Haji Hasbullah Awang gantikan pengulas Arab ni...!!!

Isa berkata...

Aku tengok game ni. Serius, Jepun main memang macam Arsenal. Hasebe dengan mamat no 7 main memang senak perut. Berlari sepanjang masa macam dubuk.

Silap Zaccheroni letak Maede lone striker. Kalau Honda dengan Kagawa twin striker, aku syak Syria memang kena bedal.

kareem berkata...

Isa, lu jgn ckp main mcm arsenal.Kang budak2 ipswich marah pulak. Arsenal xleh main long ball..

Ni yang pegi Qatar ni pipi ke lucy?heran gua.Takdak satu pun entri pipi mengenai Piala Asia.

julu berkata...

pipi kuciwa dengan fabregas..

Qazwsx berkata...

ak tgk highlight dia tnjuk player jepun yg touch bola dlu sblm bola dtg kt player syria.mayb keputusan ref tu tepat.dramatik gila game ni

ijan de bunks berkata...

asal la entri piala asia sunyi sepi..
komen x smpai 10 pn stakat ni..
tp klu bab kelab yg luar dri benua asia ni kemain lg smpai sratus lbh komen...haihhhh

keli berkata...

Sbb ape komen x byk?
Senang je psl Malaysia x dpt masok.
Lg satu byk sgt muke Pak Arab kt piala asia....jd tggu smpi suku akhir atau akhir jd byk org tgk piala asia nnt...
Teringt plak gua time 2007 piala asia wat dkt Malaysia, vietnam, thailand, indonesia dlu....tp mse tu gua x kenal sokernet lg.....xtau la gua sokernet da wujud ke blom time tu.

Adleen berkata...

lame excuse! so malaysia is playing in epl then? duh!

indonesia is not in the asian cup yet they are eager talking bout it on the web.

malaysians are simply not interested because they thought they were born in london, liverpool or manchester

ciriT berkata...

hhaha datang dah, datang dah

miss/mrs adleen

your comment is too serious for this blog

pls redirect yourselves to serious site like,goal.com,soccernet.com

:)

A w a N berkata...

kalo nak kasi byk komen pasal Team Malaysia / Piala Asia/ Piala AFF, suh Ultra Malaya datang komen.. sekian..

Dah xde pendapat nak komen, kena komen jugak ke.. hahaha..

oppss .. terkomen plak

Adleen berkata...

cirit, am not being too serious la. tapi nak cakap tak komen sebab malaysia tak masuk is rather stupid. cakap je la tak komen sebab tak minat bolasepak asia kan senang?

buat apa nak berpura-pura. ngaku je diri tu gila bolasepak english, jangan malu hehe!

and who the hell are u to tell me where should i go?

Point of View berkata...

cayalah cik adleen, kasi sound itu cirit sampai tercirit!

ijan de bunks berkata...

berak cair la lepas ni...
hahaha...
nmpk kat abdul sokerleaks ni nnt tgk kte komen x psl entry mau adleen jd the next yana...LOL

Jojoe Ali berkata...

gua bukan tanak tengok, cuma takde masa n blum ada rasa nak curi masa. tunggu kalah mati, gua akan cuba. sebab setakat ni game yg gua sempat cuti tgk, sume best. sape kata Asian Cup lame, sila mati. haha.

dah dah.. jangan gadoh.
adleen, finish your sandwich up. pedulikkan diorang.

Raiden berkata...

Biasalah Group Stage, mana layan sangat..Tapi kalau dah kalah mati mungkin aku baru amik tau..

Eh eh, ada Piala Asia ke?? Aku baru perasan..

keli berkata...

'lame excuse! so malaysia is playing in epl then? duh'
Kakakakaa....
That is totally stupid...

Union Equatoriale berkata...

dah ler keli ko punya komen pun sebenarnya bodoh bin bangang gak

keli berkata...

Hi dikwahab....abg mne bungwahab?

ciriT berkata...

haha
fine la cik adleen,,im nobody to ask you gi mana2,,sorry ;)


tp malaysia tak main tu btol pe,,kalo malaysia main konfem2 la ramai mengomen,ye dak..nk skong southeast asian team, xde plk yg layak nya,,kalo world cup tuh bleh jgk skong team2 asian

btw fyi, i never miss any match for this asian cup ;)

lgpun dah blog ni time buat awl2 dlu, dominant blog posts/articles nye pon pasal epl je,,sejak akhir2 ni baru dia jadi global sket,,stigma tu,stigma tu masih ada

keli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keli berkata...

Gua mmg kompem si adleen ni mmg x tgk AFF Suzuki Cup dan entri kt sokernet time tu pnoh komen2 patriotik yg gua x prnh tgk sblom ni...yg dier tau cuti hri Jumaat 31 Disember tu aje bru dier tau Malaysia menang, lps tu org men laser...
Mslh2....pening kepale lyn....entahla...psl komen yg gua wat sambil korek hidong pon dier jdikn isu....

talkIZcheap! berkata...

dah memang confirm Korea Selatan akan menang, nak komen mende lagi?? keh keh...

ah, damn, word veri: ovalsi...

*sape tak faham mmg bukan budak bio...

ciriT berkata...

tu la pasal bro keli,,

komen main2 dirujuk serius,,
tapi dah bkn lelaki,,takpe la,,konsider beb,,konsider

kareem berkata...

bolasepak asia tak kemana..percayelah ckp ambo..:P

keli berkata...

Bolasepak asia ke Qatar skrg....percayelah ckp ambo kareem...:)

I Am Legend berkata...

At least she spark a good conversation & discussion. Daripada the other girl yang tau nak menggedik je kat sini.

Keli dan Cirit, you both being typical guy yang have this stereotype of looking down at women when it comes to football ke?

kareem berkata...

betul tu.gua sokong legend. Bukan senang nk tengok para wanita bijak berbicara hal bolasepak.

keli berkata...

Yea...yea....yea....whatever. Have a nice day.

ijan de bunks berkata...

haha...legend rite...
ssh nk jmpe pmpn yg btl2 tgk bola...
bkn tau memuja syaitan sbb die shrek ke hape...benci sial pmpn yg mcm 2

ザ-sylver- S berkata...

hasebe mcm ip man

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...