ANDA SEDANG MEMBACA

32

EPL Masters 2011

Jorji Khamis, Februari 24, 2011 , ,

EPL Masters kembali lagi!

Kepada yang tak tahu apa itu EPL Masters, sah korang ni penyokong Chelsea! takda 'history' yang boleh diceritakan dan takda 'legends' yang boleh dibanggakan.

EPL Masters 6-a-side ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13hb Mac 2011. Ianya adalah satu karnival bolasepak. Macam-macam aktiviti ada dan bermula seawal jam 12 tengahari. Jadi stamina kene kuat untuk bertahan sampai petang.

Pasukan yang terlibat adalah Manchester United Masters, Liverpool Sisters, EPL All Stars Masters dan Malaysian Masters (hell yeah!) Mereka akan berentap untuk menentukan kejuaraan EPL Masters edisi kali ke 3 ini.

Untuk rekod, Manchester United Masters adalah juara bertahan (juara edisi lepas). Hmmm...makan apa pemain Manchester United ni? Tua muda tak boleh dikalahkan.

53 gol musim 98-99. United Treble!

Siapa pemain lagenda Manchester United yang akan turun? Aku berkesempatan menghadiri press conference EPL Master 2011 ini di DoubleTree Hilton minggu lepas atas undangan Footballfocus.com dan secara rahsia Captain Marvel Bryan Robson menghulurkan kepada aku antara senarai barisan kemungkinan yang akan beraksi untuk Manchester United nanti;

Dwight Yorke, Andy Cole, Jaap Stam, Ronnie Jonhsen dan Jesper Blomqvist

Pergh! Jaap Stam bergabung dengan Ronny Johnsen di pertahanan, Blomqvist kiri dan double lethal striker Yorke dan Cole? SAH JUARA!!

Line up ni masa zaman kegemilangannya, Manchester United tiap tahun ambik Cup. Fikir balik... Manchester United memang tiap tahun pun ambik cup kan?

Siapa lahir lambat dan tak tengok aksi ini boleh datang EPL Masters

Malaysian Masters diwakili oleh Mazlan Wahid, Yap Kam Choon, K. Gunalan, Ahmad Shahrul Azhar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, See Kin Seng, P. Somasundram, Anuar Abu Bakar, Ghani Malek, Khan Hung Meng dan Zainal Abidin Hassan.

Ultra Malaya turun tak? Baik korang turun la. Majoriti Ultras sekarang ini tak berkesempatan melihat Khan Hung Meng melarikan bola dulu-dulu. Selisih dengan Yap Kam Choon pun belum tentu korang kenal, Yob yang tak kenal Ahmad Shahrul boleh lihat ketenangan beliau mengawal permainan.

Ater? nganga sakan Yob? Ajernye iye.

Sementara EPL All Stars pula dibarisi oleh Gianfranco Zola, Paolo Di Canio, David Seaman, Mendieta dan Faustino Asprilla. Jadi geng Chelsea pun boleh la datang melihat bekas bintang mereka yang sebenarnya dah legends di Itali.

Siapa Liverpool Sisters? Fowler, Rush, Mcmanaman, Berger dan Rafa Benitez..hehehe.

Kalau benar Liverpool itu sandarkan pada kenangan dan kalau korang rasa Fowler lebih baik dari mana-mana pemain Liverpool sekarang ini, baik korang turun Bukit Jalil nanti. Sekurang-kurangnya hati korang tak la sakit sangat melihat mereka bermain.

Mungkin EPL Masters inilah satu-satunya peluang untuk Liverpool angkat piala.

Get past him if you fucking can
Try a little trick and he'll make you look a dick
Yip Yap Jaap Stam

--------------------------------------------------------------------------

Tickets for the matches are available at RM33 and can be purchased via Fatdeal's Online Ticketing at www.fatdeal.com.my and football fans are advised to visit www.footballfocusasia.com or contact Sabrina at Football Focus at 03-79549094 or e-mail sabrina@footballfocusasia.com.

p/s : Senarai terakhir pemain masih belum pasti sepenuhnya.

32 Ulasan:

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

mungkin ini satu2 peluang untuk liverpool angkat piala..

kahkahkah

Khuzrin Kamarudin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MOFASAD berkata...

j or ji

mestilah turun beb

Berbo berkata...

sapa lak lineup liverpool sisters? hahaha

ijan de bunks berkata...

dislike...

agak2 bile review malaysia vs pakistan nk kluar..

r.k berkata...

jaap stam woi ! mahu bantai begaduh ni kang !!

keh keh keh ..

Malaysian Masters pun main tetapi still nak sokong Manchester United Masters , Liverpool Sisters and EPL All Stars Masters .. sigh ~

zX berkata...

jaap stam?

hell yeah!

Kerteh Kickers berkata...

kena turun dan support malaysian masters la. takkan nak pakai baju sharp merah jugak kot?

Hizwan Nizam berkata...

GGMU !

Union Equatoriale berkata...

tiket rm33 je ke yang ada? murah lagi?

Jorji berkata...

murah lagi ada juga dikwahab,tapi dijual pada 14hb Mac,iaitu sehari selepas perlawanan. kidding!

takda la encik.harga semua sepesen.

Pet Shop Boys berkata...

jaap Fucking Stam!

Dia ni patut jadi cam Vinnie, berlakon Hollywood jadi pembunuh psycho.

Jarr berkata...

no wonder kordi rasa nak lempang Robson tu hari..kah kah kah.

Jumpa sana la Jorji..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Sokernet pun nampaknya sudah sama seperti saluran sukan Astro. Terlalu mendaulatkan bolasepak Inggeris.

Sudahlah ulasan sebelum dan selepas perlawanan untuk Kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Pakistan yang berlangsung malam tadi tiada, namun Sokernet mampu mengeluarkan entri untuk perlawanan EPL orang tua 6 sebelah yang bakal berlangsung nun di pertengahan bulan Mac.

Tak salah kalau Sokernet membuat entri berkenaan bolasepak luar (atau bolaepak luar yang datang ke Malaysia), namun sebaiknya Sokernet mampu memberi perhatian kepada bolasepak tempatan setanding dengan perhatian kepada bolasepak luar.

Sekurang-kurangnya buatlah entri tentang celah kangkang Khairul Fahmi Che Mat si penjaga gol Malaysia yang ditendang pemain Pakistan malam tadi. Entri seperti itu pasti mampu menarik pembaca dan komen yang banyak.

Bolasepak kita, wajah kita, bukan wajah Jaap Stam.

Abdul Sokernet berkata...

Sokernet dengan ini menafikan kami sama seperti Astro,hanya mendaulatkan bolasepak inggeris sahaja.

Untuk pengetahuan Tipu Tapi Benar, Sokernet mendaulatkan apa sahaja yg kami suka samada inggeris, dubuk, negro, Castro, Ron Jeremy atau Ibrahim Ali tanpa mengira waktu dan sensitiviti perkauman, politik dan juga tukang komen.

ah! kau TTB,macam baru semalam lak kau baca blog ni kan!

Kap berkata...

Shahrin Majid adalah berita baik.
aku mesti pilih!

talkIZcheap! berkata...

aku rasa tak wajar kita salahkan j or ji mahupun sokernet atas artikel ini, kerana ikut pemahaman dari artikel ni, katanya sokernet dijemput... bila dijemput tu, mesti lar sedikit sebanyak obliged to write about it, ye dok? Disebabkan j or ji yg pergi, maka dia la yg tulis, logik di situ...

aku juga rasa kita semua dah terlalu taksub dan takjub dgn penulisan bola sepak / sepak bola tempatan yang ditulis Lucius...
tapi, pada masa yg sama, takkan kita nak salahkan Lucius, penulis yang paling aktif kat sini, pasal tak ulas game semalam atau mana-mana game tempatan yang mungkin dia terlepas pandang... I mean, macamlar dia takde kerja lain, ye dok...

Ini menimbulkan persoalan, tak boleh ke pengulas lain yang tulis pasal local football? Itu kena la mereka sendiri yg jawab, ye dok... tapi, persoalannya, adakah auranya akan sama kalau pengulas yg lain yg tulis pasal bola sepak tempatan? Aku rasa kita sendiri, para pembaca, yang akan merasai kelainannya...

tapi tu lar, aku perasan kebanyakan pengulas2 lain pun, diorang sendiri pun bagaikan menyepi dari dunia blogosfera akhir-akhir ni...

mungkin sibuk hal masing2, siapa yang tahu, ye dok??

but still, I don't blame them... aku sendiri pun dah lama tak apdet blog sendiri... wokaka!!

so, aku rasa, yg terbaik utk semua ialah, kalo siapa-siapa yang ada idea nak ulas post match game Malaysia ataupun Liga M tu, boleh lar hantar ke ruangan penulis tamu, ye dok? aku rasa ruangan tu still open, kan, Abdul??

Lagipun, kalo Malaysia asyik menang jer, camner nak doggy Sultan Bola?? tak doggy sultan bola, mana syok nak komen...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

@ Abdul Sokernet & talkIZcheap! -

Cis!

Saya sangkakan komen saya itu mampu membawa revolusi di Sokernet, seperti mana revolusi yang berlaku di PSSI, namun saya gagal akibat dasar parodi yang dipegang utuh dan dipertahankan oleh warga Sokernet.

lara nur berkata...

kenapa penulis penulis sokernet dah macam tak rajin menulis sekarang? kata gaji riban riban menulis kat sini. apa dah kaya sangat? atau saudara pipiyapong tak bayar gaji lantas para penulis sokernet mogok menulis? apakah? mungkinkah?


tertunggu tunggu tapi tiap kali bukak geader sangat kecewa. semalam post itu. hari ini post yang itu itu juga.

jenuh juga melayan entry entry lama. dah tak terkira khatamnya. tahukah anda sokernet lah wadah sukan terutama saya? metro arena, sukan utusan apatah lagi sinar harian tak puas la membacanya.

saya sokong encik TTB, ayuhlah para penulis sokernet sekalian!

WE WANT MORE!


sekian terima kasih.

aRief berkata...

Setuju dengan lara_nur

Dari pagi tadi aku duk klik2 blog sokernet ni. Berharap ade ulasan game Malaysia menang 2-0 dengan Pakistan malam tadi. Ape2pon. Harap Sokernet terus maju. Ke guane awok2??

Mohd Idzwan berkata...

website afc pun ade 3 perenggan review game malaysia - pakistan..

tak caye tanye mohammed hammam, hehe..

Abdul Sokernet berkata...

Hah, mengenai PENULIS TAMU tu, sebenarnya sejak bulan lepas lagi BOD Sokernet telah bersetuju untuk mewujudkan kolum KHAS untuk PENULIS TAMU.

Tapi, bagi kami settlekan sikit hal futsal ni barulah kolum itu dapat di buat.

Tapi, kalaulah bila adanya kolum khas tu nanti, sekor haramjadah pun tak hantar artikel, memang kami akan tukar kolum tu jadi kolum khas untuk Manchester United.

Harap maklum.

keli berkata...

Gua harap ade pengkomen2 fan liverpool, arsenal, chelsea yg hantar artikel sbb gua memang tak reti nak buat....kalo tak kene tukar kolum MU...jadi buasir gua nak baca sokernet kolum MU tu nanti....kakakaka....

Komen tIZ kali ni tibe2 gua rase bernas plak...besenye cam cipan...kakakaka...

talkIZcheap! berkata...

hah, aku setuju sangat la tu Abdul... Kolum khas untuk Manchester United, best, best :p

Keli, biasanya gua komen cam cipan pasal takut ko panggil aku boy genius ke apa plak... kesian Jimmy plak...

flamez berkata...

Salahkan Astro kerana mendaulatkan bolasepak inggeris.
Tapi salah ke Astro kerana memperkenalkan kepada rakyat malaysia untuk menikmati permainan bolasepak pada tahap tertinggi?

talkIZcheap! berkata...

ini semua salah graviti...

aku yakin! :p

I Am Legend berkata...

Bertenang semua. Kita tahu yang futsal Sokernet is just around the corner. Pengalaman aku pernah organise futsal dan tournament lain sebelum ni, sibuknya memang tak ingat.

Jadi dalam kes ni, aku rasa para pengulas tengah sibuk. So let's give them the benefit of doubt okay?

Jojoe Ali berkata...

Saya LIKE semua komen di atas. Saya juga yakin saudara Rizal Hashim juga setuju!

Ini semua salah penyalahguna trafik. Tidak syak lagi.

adinda anna liyana berkata...

yes...saya juga menunggu entri malaysia dan pakistan...byk yg boleh kita bincangkan...

tp apa slhnya entri epl master ni?
ok what?
btl ckp iz tu, takkan la pengulas takde koje lain nk dibuat..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Ini semua salah Jaap Stam!

Sekiranya dia dan kawan-kawannya tidak datang ke Malaysia, sudah pasti penulis-penulis Sokernet yang berkiblatkan Manchester United tidak ada bahan untuk ditulis, sekaligus mereka akan menulis tentang perlawanan Kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Pakistan.

I abhor you Jaap Stam, and I wish you had hernia!

zX berkata...

malam ni kedah vs kelate ... buleh dah nak tukar header tu encek abdul tehehe

Streetwizer berkata...

gua mmg dah lama tnggu jaap stam dtg malaysia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...