ANDA SEDANG MEMBACA

59

Harimau Malaya 2 The Greenshirts 0 & Prebiu Liga Super Perlawanan 5

LuciusMaximus Jumaat, Februari 25, 2011 , ,




Kelayakan Olimpik

Tahniah pada Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan The Greenshirts atau Pakistan 2-0. Wan Zaharulnizam Zakaria dan Irfan Fazail meneruskan kecemerlangan Harimau Muda A dalam Liga Super berterusan ke kelayakan Olimpik.

Tapi menang 2-0 ke atas Pakistan dalam bolasepak tidak sama dengan menang 2-0 dalam hoki sebagai contoh. Pakistan bukan negara gila bolasepak macam kita.Di sana hoki dan kriket jauh lebih besar dan lebih penting bagi negara yang banyak melahirkan pemain hoki, pemain kriket dan penjual karpet. Dan dalam kita di sini sibuk bercakap tentang kemenangan 2-0 itu, dari Karachi hingga Gujrat di Pakistan sana mereka lebih berminat untuk bersembang tentang Piala Dunia Kriket yang sedang berlangsung pada masa ini (Pakistan berada di ranking ke-3 dunia dalam sukan kriket dan menang ke atas Kenya dengan 205 larian dalam perlawanan pertama).



Makanya, untuk Malaysia menang ke atas Pakistan di Bukit Jalil dan di Lahore adalah wajib. Ujian sebenar kita nanti ialah pada Pusingan 2 apabila kita bakal berdepanm dengan 13 pasukan top seed Asia untuk kelayakan Olimpik ini. Ada baiknya kita berdoa untuk ditemukan dengan Vietnam paling kurang.

Kalau dinilai dari permainan Malaysia menentang Pakistan, boleh dikatakan ia agak hambar dan prestasi yang ditunjukkan belum cukup untuk menjamin kita mampu ke Olimpik 2012. Ong Kims Swee bagaimanapun masih ada masa dan peluang untuk memperbaiki mutu permainan Malaysia.

Kita kali terakhir layak ke Olimpik pada tahun 1980 di Moscow (itu pun Malaysia tarik diri kerana memprotes penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan). Sudah 30 tahun berlalu semenjak kita kali terkahir layak ke Olimpik, lebih lama dari kemarau kejuaraan liga yang dialami Liverpool sekarang.

Liga Super Perlawanan 5

Selesai dengan saingan kelayakan Olimpik, saingan liga bolasepak tempatan kembali lagi. Dua perlawanan bakal berlangsung malam ini sementara selebihnya esok. Astro macam biasa bakal menayangkan satu perlawanan secara langsung malam ini iaiatu Kedah lawan Kelantan. Rasanya untuk malam esok tidak ada siaran langsung. Arena Bola Jumaat kata Rizal Hashim.

Kuala Lumpur (10) - Terengganu (8)

Kedua pasukan berkongsi mata tetapi dipisahkan melalui perbezaan jaringan setakat ini. Kuala Lumpur walaupun tanpa kelibat bintang telah menunjukkan permainan yang agak baik di bawah kendalian Razip Ismail. Namun begitu juga buat skuad Penyu, Irfan Bakti memilik dalam kesebelasan beliau gabungan mantap Hadi Yahya dan Manaf Mamat di barisan serangan sambil dibantu oleh Ashaari Shamsuddin dan Joseph Kalang Tie. Kuala Lumpur mungkin bermain di tempat sendiri, tetapi Terengganu mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kemahiran serta dijangka bakal membawa pulang 3 mata penuh.
Tilikan: Kuala Lumpur 1 - Terengganu 2

Kedah (9) - Kelantan (1)

Kelantan kini selesa sebagai pasukan klasemen tetapi kali ini mereka bakal berdepan ujian getir menghadap skuad Kenari di Stadium Darul Aman. Harus diingat Kedah setakat ini masih belum pernah tewas di tempat sendiri dan dijangka bakal memberi saingan sengit apabila jurulatih Ahmad Yusoff mengumumkan bahawa trio Amar Rohidan, Khyril Muhymeen dan Azlan Ismail bakal beraksi malam ini. M Karathu pula menjangkakan Norshahrul Idlan Talaha bakal dirantai oleh pertahanan Hijau Kuning lalu mengharapkan penyerang muda Ramzul Zahini untuk memburu gol buat Red Warriors sambil Nurul Azwan Roya memainkan peranan sebagai pembekal umpan buat barisan serangan. Di gawang pula ialah persaingan peribadi antara bekas penjaga gol Harimau Malaya iaitu Helmi Eliza untuk Kedah dan penjaga gol popular masa kini, Khairul Fahmi untuk Kelantan. Kedah juga turut mempunyai reputasi sebagai pasukan tunggal yang pernah menewaskan Kelantan dalam Liga Super musim lepas.
Tilikan: Kedah 1 - Kelantan 1

Johor FC (12) - Selangor (4)

Pasukan kelab, Johor FC kini tidak berada dalam keadaan terbaik dan lebih getir lagi mereka terpaksa berdepan dengan Selangor yang jelas sudah pulih dari krisis awal musim mereka (dan ini berlaku sebaik saja Safee Sali berpindah ke Pelita Jaya). K Devan dijangka bakal menurunkan barisan yang serupa ketika menang ke atas Terengganu sebelum ini dengan sentuhan Amri Yahyah, Amirul Hadi dan Hardi Jaafar ditagih untuk menghasilkan gol buat Red Giants. Cuma barisan pertahanan Selangor yang agak menggusarkan K Devan (bolos 5 gol setakat ini) tetapi mengambil kira barisan serangan Johor FC yang agak tumpul (hanya 2 gol), Red Giants berpeluang cerah untuk membawa pulang 3 mata penuh.
Tilikan: Johor FC 0 - Selangor 3

Jawa tetapi tidak minat bermain untuk kelab-kelab Jawa di Indonesia macam Pelita Jaya


Negeri Sembilan (7) - Sabah (11)

Pendatang baru Liga Super, Sabah yang dijangka bakal memberi cabaran hebat musim ini nampaknya hanya gah pada sumandak dan nama Sabahawks. Sudah pun terkeluar dari saingan Piala FA selepas tunduk kepada pasukan kesayangan Pipiyapong dan Sultan Bola minggu lepas, kini harapan Sabah ialah untuk memberikan persembahan terbaik dalam Liga Super. Tetapi dengan keupayaan menjaringkan hanya 1 gol dalam saingan liga setakat ini petanda jelas kepincangan anak buah Gary Phillips (satu-satunya jurulatih asing dalam Liga Super). Dan ini adalah berita baik buat Wan Jamak dan juga Shukor Adan yang mengepalai barisan pertahanan Jang. Fakhri Saarani diharap dapat memburu gol buat Jang sementara Idris Karim, jika turun malam esok adalah otai yang diharap dapat membimbing Jang ke jalan yang lurus. Nak harap pemain kahwin artis memang tak dapek den nak nolong!
Tilikan: Negeri Sembilan 2 - Sabah 0

Otai dan tetap rock star tanpa perlu berkahwin dengan artis


Pahang (6) - Perak (2)

Yob seluruh dunia khabarnya kini menyerongeng sambil makan deghoyan dengan berkata, "Ini tahun keme!". Tetapi Cikgu Jan pantas memberi ingatan awal bahawa "Yob masih belum konsisten, teman masih nunggu bile mendenye nak berlaku". Yob semua pasrah. Pahang musim ini juga tidak konsisten tetapi harus diingat mereka masih belum tunduk lagi di Stadium Darul Makmur, daulat Sultan Bola dan jampi Pipiyapong sangat kuat di situ. Pun begitu gandingan mantap AR14 dan SJ9, dua anak Kedah yang berbakti untuk Yob bakal menjadi sandaran Cikgu Jan. Tidak lupa juga pastinya duta Nasi Vanggey, Razali Umar Kandasamy atau nama timangannya El Tornado yang boleh saja diturunkan sebagai supersub jika AR14 dan SJ9 gagal mencetak gol. Untuk Tok Gajah pula, Dollah Salleh dijangka meletakkan gajah di pintu gol Pahang.
Tilikan: Perak 1 - Pahang 0 (steady Yob!)

El Tornado - Kini bebas dari cengkaman Nasi Vanggey


Harimau Muda A (3) - Felda United (5)

Felda United ini memang lain macam. Entah apa yang E Elavarasan buat agaknya, sekalipun bermain 10 orang mereka masih mampu menang (ke atas Jang dan Singa Utara sebelum ini). Tetapi kali ini dengan Harimau Muda A sebagai lawan, Felda United mungkin perlukan 12 pemain di atas padang. Segar dari kemenangan 2-0 ke atas Pakistan anak buah Ong Kim Swee dijangka tidak menghadapi masalah menundukkan Felda Boys.
Tilikan: Harimau Muda A 3 - Felda United 0

T-Team (13) - Perlis (14)

Pertembungan dasar Liga Super. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan potensi sebagai calon penyingkiran tetapi Singa Utara dilihat jauh lebih bermasalah. Dengan disiplin pemain atas padang serta salah seorang darinya didakwa di mahkamah kerana menyonyot nenen budak sekolah, Mustakeen Omar berdepan dengan cabaran besar untuk mengubah nasib Singa Utara. Gerombolan besar pemain-pemain Kedah yang dibawa masuk ke Perlis juga nampaknya kurang berhasil dengan penyerang Samransak Kram paling mengecewakan. Manakal untuk T-Team, masih ada sinar buat anak buah Yunus Alif jika persembahan mereka menentang Kelantan dalam Piala FA dijadikan kayu pengukur. Gandingan Indra Putra dan Nor Farhan di jentera tengah sudah menunjukkan perubahan positif. Manakala di barisan pertahanan Azizi Matt Rose dan Rosdi Talib dijangka tidak mempunyai masalah mengekang barisan serangan Singa Utara.
Tilikan: T-Team 2 - Perlis 1

Liga Super Setakat Kini

1) Kelantan 3 1 0 9-2 10
2) Perak 2 2 0 4-1 8
3) Harimau Muda A 2 1 1 7-4 7

Gol - 57 (2.04 setiap perlawanan)

Paling Tajam - Kelantan (9 gol)

Paling Kebal - Perak & Kedah (1 bolos)

Notis: Gambar diambil tanpa izin. Untuk perlawanan-perlawanan Liga Super akan datang, kerana laman FAM macam haram dan media tempatan tidak boleh diharap, Sokernet mengalu-alukan sumbangan foto dari mereka yang hadir ke stadium (sama ada foto pasukan, pemain atau penyokong sendiri). Hantarkan foto klasemen anda ke sokernetmail@gmail.com dengan tajuk 'Foto Klasemen Liga Super' dan disertai penerangan foto tersebut. Sila hantar sebelum 12.00 tengahari 28 Februari 2011.

59 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

1st

lara nur berkata...

2nd

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

3 rd?

lara nur berkata...

sebenarnyakan apakejadahnya kedah sampai 9 kelantan 1 tu?

paling bengkek johor fc 12 selangor 4?

pencerahan please?

tapi paling best - "Dollah Salleh dijangka meletakkan gajah di pintu gol Pahang."

kehkehkehkeh!

fikiranlicin berkata...

lara_nur...itu kedudukan liga la. lu ni baru follow bolasepak ke?

keixter berkata...

tuh team standing dalam league la lara..
:p

Berto berkata...

ekceli mmg KL main tempat sendiri, tp main kat Kuala Tganu. Haihh, bila la pdg stdium cheras ni nak elok?

zX berkata...

gomo kelate gomo


kakakaka ...8th?

talkIZcheap! berkata...

prediksyen kali ni agak fair aku rasa...

dah tak guna dah prediktor dari alam ghaib sebelom2 ni? huhu...

Hakeem Yusof berkata...

perak perak perak !

Din Guerreroz berkata...

KL mmg byk homeground... Tegar KL tegar!!!

Pet Shop Boys berkata...

Harap-harap hari ni boleh dapat makan pisang. Last week budak2 je berebut segan plak nak join.

lara nur berkata...

yo @fikiranlicin @keixter

terima kasih.

nilah akibatnya rely sepenuhnya sokernet untuk info sukan.

apesal takde scoretable untuk liga super kat sidebar? ingat lara hari2 beli utusan ke? harian metro tu ada ke nak selit scoretable liga super celah2 artikel bola dia? liga perdana apatah? kalau epl tu banyak pulak..!

ala liga baru mula tak perasan sangat team standing ni. ni biasaa..! biasa!

tunggu la end season nanti sure selangor paling atas. konpem!

*okay semua ni sebenarnya hanyalah percubaan2 untuk menyelamatkan air muka sendiri

terima kasih sekali lagi.

Jojoe Ali berkata...

11th!

Hate u, Luci. Membe opis gua ramai buat muka tak puas ati, sebab gua tergelak agak kuat membaca entri ini. Buat malu sahaja!

AKSARA : 'menumpang kasih' (yes, gua tipu. terpaksa sokong kedah, sebab penang takde dalam senarai).

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Petikan :"Dollah Salleh dijangka meletakkan gajah di pintu gol Pahang."

Kalau Razali Umar Kandasamy a.k.a El Tornado diturunkan, gajah di depan pintu gol pun boleh tumbang!

PS - Agak gembira melihat lara_nur begitu aktif memberi pendangan dan komen untuk entri bolasepak tempatan. Tak perlulah menunggu Yana untuk memberi komen tentang bolasepak tempatan sebagai wakil dari pihak wanita.

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

Kelantan vs Kedah...
Bro Luci predict seri, ok la tuh...

dpt tgk gol dari Piya or Soley2.. ok jgk...

Gomo Klate Gomo..!!!

lara nur berkata...

err encik TTB, terima kasihla. lara sebenarnya tak la arif sangat bola sepak tempatan ni. tapi ambik tahu la jugak. dulu masa selangor main kat bukit jalil lagi boleh kata tiap minggu turun stadium dengan akak.

tapi skang main kat shah alam memang kopak la sikit. transport tu takde. member nak diajak tengok pun takde jugak. pasal akak dah kahwin duduk perak. sedih tahu. tengok kat tivi je laa. itu pun kat kedai tomyam area rumah ni ha. pasal lara tak mampu pakai ASTRO. tapi demi selangor lara gagahkan jua. ceewah!

last match live tengok kat stadium pun masa malaysia vs indonesia 1st leg kat bukit jalil itu hari je.

hell. kalu bukan kita sendiri yang sokong bola sepak tempatan, nak harap sape lagi ye dok?

Farhan Dahan berkata...

thumbs up to lara

ijan de bunks berkata...

bgs lara..bkn yana..hahaha

btw knpe ang jeles luci jang kawen artis?ngidam artis ka??hahahaha
mgu ni lawan ultrasumandak
nnt ultras nogori carikan sorg dua untk ko...
hobin jang hobin!!!

Point of View berkata...

"didakwa di mahkamah kerana menyonyot nenen budak sekolah"

demmit lucy. tahulah singa utara sekarang dirundung banyak masalah, sekor pulak tu pelahap mengalahkan singa janta tak mengawan setahun kat serengeti

Plus Ultra berkata...

wan jamak dalam astro arena ada menyebut ketiadaan idris karim antara punca n9 kalah mengejut dengan felda united dalam games lepas.

ini bukan hal jeles player kahwin dengan artis ke tak. tapi yg sebenarnya player kahwin artis tu sgt overated. idris karim lagi bagus sebenarnya sbg perancang n9.

aku setuju apa lucius ulas tu. hanya idris karim dpt bimbing jang ke jalan yg lurus, harapkan laki ayu raudah memang punah la.

ijan ni byk sgt tgk arsenal main

I Am Legend berkata...

Ater?

Teman yakin benor Cikgu Jan ada percaturan tersendiri. Menang besor lawan abang Polis hari tu petanda Yob tidak tumpul di barisan serangan. Lagipun Si Jali udoh balik ke pangkuan Yob. Apa deme nak heran?

Buenaventura Durruti berkata...

Serahkan pada Kedah untuk menamatkan rekod tanpa kalah Kelate

PULUN KEDAH PULUN
BIAR JASA JADI KENANGAN

aRief berkata...

Hanya sokernet je aku berharap dpt update liga mesia ni. Kepidup!

PETEH GANU PETEH.

zX berkata...

bolasepak kita wajah kita

#no ntah brapa puluh dah .. takdan nak hapal..

Kerteh Kickers berkata...

In Irfan Bakti We Trust!

KL takde hal. Ganu peteh, main tempat sendiri lagi hahah!

Bunut Payung FC berkata...

Menjelang minggu depan yang past Red Warriors tetap di atas

Gomo Kelate Gomo

ijan de bunks berkata...

overated sbb org bising die kawen artis..klu die kawen tokey nasik lemak longkang kat nilai pasti xde org nk kecoh...

saya gunnurs saya ok!
hobin jang hobin

oni berkata...

mengekek awok nengok lucy komen 1st. cilake! hahaha!

Hizwan Nizam berkata...

haha.
tak habih2 ngan razali umar kandasamy dan nasi vanggey.
bos aku jeling semacam aku gelak je ni. haha lagi !

mentoshlight berkata...

kalo xsilap aku, tiap minggu game hr jumaat mesti melibatkn kelantan...
astro juz siarkan game live tuk hr jumaat...
ate cane teman nk dpt tgok game perak live?
nk p stadium, teman duk kt johor...
kene tunggu perak vs kelantan la gamaknye...

Union Equatoriale berkata...

demm u astro! lagi2 tayang game kelantan. team kelantan ni haram tak bagus mana pun, harapkan happy je lebih dgn penyokong bertamadun rempit

Azfar Ridhwan berkata...

Zaquan Adha masih tak main lagi la der. injury lutut masih belum pulih. tambah plak baru lepas kahwin, lagi la goyang lutut tu..

tapi siyes, idris karim sebenarnya tonggak N9. Gol celebration dia skang lompat cam hantu pocong. lawan T-Team ari tu, dia score 2 gol, 2 kali la lompat pocong. harap berakhir la badi hantu kak limah..

ah, alangkah indahnya sekiranya ade goal fest menimbun2 dalam perlawanan liga malaysia seperti di predict ni..

Adleen berkata...

At 2 goals per game kira boleh tahan jugalah liga super ni.

N trust me kedah will hammer kelantan tonite. KFCM? Apalah sangat...

momokonyok berkata...

Hijau Kuning!
Kedah pancing je sebelum ni,
tahun ni boleh treble balik!

r.k berkata...

Jang , budak yang kawen artis tu defend yo , tunggak defend .. pojadah eh tunggak komonangan , cito nak gol kejadah eh salah an defend ..

kito ado hai-o . fakri sharani . deris , kunanlan .. tapi budak yang jodoh eh konan mo artis yang kono .. pojadah eh .

malam sok arap eh budak bola jangan macam-macam .. den ado turun STAR mo veterans .

jang sumo , banyak bunyik tak guno na .. tivi takdo live , takdo alasan laie taknak poie sedium poit !! Musuh eh habih binaso !!

WV : charate : den karate kang !!

Askar MUFC berkata...

Senang citer, Kedah 1-0 Kelantan..huahuahuahua

Pulun Kedah Pulun!!!

Azfar Ridhwan berkata...

@r.k
lupo lak den si aidil zafuan. hehe. tapi dio pun baru pulih dari kecederaan selepas shahrul idlan talhah tackle waktu final piala malaysia tahun lopeh. belum form lagi. jangan risau, den memang turun stadium. sanggup pulang dr kl. cumo jorji tak turun stadium waktu kalah kek felda :P

talkIZcheap! berkata...

gem Kelate keno buak Live pasal stedium penuh sokmo, sie ko hok takdop tiket, keno la kelih alik tivi... lagipom, kalu buat gem Kelate Live, ado gem MenYu pon, Estro buleh untung lagi, confirm ado oghe kelih, kih kih kih...

marketing beb, marketing... buke cah keting sajo-sajo nih... ha-HA!

gano-gano pom, nature of the champions, everybody loves to hate...

tapi kelate ni cempiyen alek mano? baru ado so pialo pom oghe dop suko doh? kah kah kah!!

tobat hebat!

WV: redin

Budak Semat berkata...

astro kan jenis ngutip pitis. Main sedak ke tak sedak belakang kira. janji pitis masuk.

Kalu tayang game lain, takut tok sapa sasaran pitis pulok.

hate u astro.

Plus Ultra berkata...

gampang apa champions? menang pun baru sekali je piala malaysia ada hati nak terbang sama tinggi dengan enggang!

pi tonggang budu la sek-sek demo!

Buenaventura Durruti berkata...

Sembang deras tak guna, malam ni Stadium Darul Aman. Biaq Kedah yang kembali meletakkan Kelate di tempat yang selayaknya untuk depa.

... dalam botol budu bau hapak

kareem berkata...

tayang game perak lawan negeri sultan bola ade gak pekdahnya

Jojoe Ali berkata...

Apa benda laa angpa dok meghaban ni.. main bola sudah la, tak payah la nak bertojeh. Satni kalah, pakat dok pekup muka pulak kan. Haih...

Ehem.. sori der.. berjangki dari Buena.. hehehe...

ijan de bunks berkata...

jang2 yg poie bsk jgn lupo duduk kat kona 4c..tompek ultras2 nogori beraksi 2...
flare jgn lupe bwk..bg monggigil ulatrasumandak yg dtg nnt...
den tgk livescore yo la,ado kek johor aa x dapek g stadium...

Mat Pintu berkata...

celaka ape tiap2 minggu tnjuk match kelantan??? ni yg buat gua panaih nih!

*oh, lupa lak aku org kelantan sebenarnya, hoyeah! majulah astro arena utk negera/i! haha

adinda anna liyana berkata...

ai luci cm nk xnk je cerita bola malaysia gn pakistan u tulis...
pape pun thanks!

talkIZcheap! berkata...

@blog reader: jenis tak baca komen sampai abis... ke tak paham kelate?

dop cukup make budu jadi gitu la... ha-HA!

Buenaventura Durruti berkata...

Mantap tilikan hang lucius!

2 game dah betul dah dengan skor sekali. Pergh kalau hang kena semua sure jackpot besaq!

Tapi aku masih frust dengan nor shahrul idlan, baguih mamat tu

Emoon Zulhilmi berkata...

Perak menang,saya okay.

-THIS IS THE YOBS-

julu berkata...

tu la psal..
lucy amek tilikan dari ayah pin ke.. :D

flamez berkata...

Hasil tulisan lucy memang menarik untuk dibaca. Ramalan keputusan perlawanan juga hampir-hampir menyamai shebby. Buku CPD juga sangat bagus.
Walaupun aku bukan orang Selangor tapi aku minat dengan pasukan bolasepak Selangor yang memang kuasa besar bolasepak Malaysia dari dulu lagi. Pasukan Selangor memang konsisten dalam memberikan saingan kejuaraan setiap musim bolasepak di Malaysia.
Sebab aku rasa entri bolasepak melibatkan pasukan Selangor agak kurang sikit.
Aku tak kisah sangat kalau takde tapi aku rasa menarik kalau ada. Cuma nak memberi pendapat saja bukan kompelin

teranggelap berkata...

YOB & YONG JGN RISO..
LAWAN RIMO MUDE SELASE DEPAN ,1HB 3 ADE LIVE KAT ASTRO ARENA..

pojak berkata...

Kelate menang sama mcm bro lucy ramal.Visit below blog for review aftermatch.

http://bolatalk.blogspot.com/2011/02/sang-kijang-vs-sang-kenari.html

Tanpa Nama berkata...

fan kedah n kelantan ni bagus2..
http://www.youtube.com/watch?v=U9veF8X1Dio

Streetwizer berkata...

nasi vanggey razali umar kandasamy pernah disantap oleh sultan bola suatu ketika dahulu..percayalah...

Zinedine Zaiddin berkata...

Aku pn x paham nape media tempatan macam shit..susah gampang ah nak carik gambar2 player tempatan~

sinach zawawi berkata...

aku rasa kita ade press photographer yg shot any game kita. cuma meida kita kurang nk kuarkan gamba2 tu. sebab ape? sbb xde ruang, xcukup nk ltak muka rooney/drogba/messi/lampard etc besar. mane ade ruang nk letak muka razali omar ni. mungkin kita leh dig lg kalo borak2 ngan press photographer kita. dulu ade photog thestar yg byk shot liga super wapon time tu tgh x meriah pon. alvin something kot nama dia. byk shot dia yg lawa.

anyway, FA mmg xde upah photog ke utk website2 official diorg.aku rase mesti ada.

camanelah liga kita nk maju kalo promotion nk harapkan blog2 n website supporter je. mainstream media kena main peranan yg penting. majalah2 sume kna hidup. yg aku tahu team kelantan ade majalah sndiri. xtahu la bermusim ke ape. tp satu promotion yg baik. supporter pon rase dekat ngan player. poster pon banyak kan.team lain xsure.

anyway,klntn byk peluang dpan gol tp xscore2. tension kawe tgk.

sinach zawawi berkata...

crction, aku rase nama photographer thestar tu Glen guan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...