ANDA SEDANG MEMBACA

34

Piala FA Malaysia Membuka Tirai 2011

LuciusMaximus Isnin, Februari 21, 2011 , ,


Selain dari kejohanan Piala FA (FA Cup) sebenar yang berlangsung di England hujung minggu lalu, bolasepak Malaysia juga diserikan dengan kejohanan Piala FA kita sendiri. Kesemua 13 perlawanan Pusingan 1 telah berlangsung dan penyiar rasmi bolasepak Malaysia telah menyiarkan satu perlawanan tersebut secara langsung. Ya, hanya satu. Yakni pada hari Jumaat dalam perlawanan antara T-Team dan Kelantan.

Kenapa hanya satu perlawanan? Tanya Rizal Hashim dan Astro. Kenapa hanya pada hari Jumaat? Tanya Rizal Hashim dan Astro. Kenapa kena tanya Rizal Hashim dan Astro? Kerana Sokernet tidak ada jawapannya.

Piala FA



Kejohanan Piala FA berada di posisi ke-3 dari segi prestij dalam arena bolasepak Malaysia, iaitu selepas Piala Malaysia dan trofi Liga Super. Menjuarai Piala FA berserta Piala Malaysia dan Liga Super dikira pencapaian Treble dan ini hanya pernah dilakukan oleh Kedah pada tahun 2007 dan 2008. Selangor pula pernah melakukan Cup Double apabila memenangi Piala FA dan Piala Malaysia pada 1997 dan 2005. Red Giants juga pernah mencatatkan Double untuk Piala FA dan Liga Super pada 2009.

Kali pertama dipertandingkan pada tahun 1990, Piala FA diilhamkan dari kejohanan FA Cup di England dan sama seperti konsep FA Cup, Piala FA kita dimainkan dengan format kalah mati melibatkan semua pasukan atau kelab yang aktif dalam Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM (liga tahap ke-3 dalam piramid bolasepak Malaysia). Bezanya dengan FA Cup ialah Piala FA kita lebih besar dan tinggi. Malaysia memang suka bersaing bab saiz ini.

Juara pertama Piala FA ialah skuad The Yobs, iaitu Perak yang menundukkan Selangor 4-2 selepas ketinggalan 0-2 dalam salah satu perlawanan paling dramatik dalam sejarah bolasepak Malaysia kerana comeback yang sangat luar biasa. Sebanyak 21 edisi Piala FA telah dipertandingkan setakat ini dengan 11 pasukan pernah bergelar juara.

Juara-juara Piala FA: Selangor (5), Kuala Lumpur & Kedah (3), Yob & Jang (2), Sabah, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang & Johor (1)

Kelantan masih belum pernah menjuarai Piala FA sekaligus meletakkan mereka setaraf dengan dua negeri kerdil, Perlis dan Melaka.

Piala FA 2011 - Pusingan 1

Saingan Pusingan 1 telah bermula dari 18 hingga 20 Februari melibatkan 26 pasukan dalam 13 perlawanan. Juara Liga Super, Selangor berserta Negeri Sembilan selaku juara Piala FA dan Kedah sebagai naib juara Piala FA mendapat pelepasan dari Pusingan 1.

Pecahan 26 pasukan dalam Pusingan 1 terdiri dari 11 pasukan Liga Super, 12 pasukan Liga Perdana dan 3 pasukan Piala FAM. Berikut keputusan semua perlawanan Pusingan 1

T-Team 1 - 1 Kelantan (5-6 pen)
Harimau Muda A 4 - 0 SDM Kepala Batas
PKNS FC 5 - 0 MP Muar
Pahang 2 - 1 Sabah
PDRM 1 - 4 Perak
Melaka 0 - 5 Sime Darby
ATM 2 - 0 Sarawak
USM 1 - Terengganu 2
Melodi Jaya 0 - 4 Harimau Muda B
Pulau Pinang 1 - 5 Johor
Johor FC 5 - 0 SPA
Perlis 0 - 2 Felda United
Kuala Lumpur 3 - 0 POS Malaysia



Pusingan 2

Pusingan 2 khabarnya bakal berlangsung dalam bulan Mac. Jika diikutkan pada jadual yang ditetapkan oleh FAM, berikut ialah perlawanan untuk Pusingan 2 nanti

Negeri Sembilan - Kuala Lumpur
PKNS FC - Pahang
Perak - Sime Darby
ATM - Terengganu
Selangor - Harimau Muda B
Harimau Muda A - Johor
Johor FC - Kelantan
Felda United - Kedah

Dengan kembalinya Razali Umar Kandasamy atau nama manjanya 'El Tornado' ke pangkuan Yob, Perak dijangka tiada masalah untuk membawa pulang Piala FA ke Ipoh tahun ini. Ajenye ye!

34 Ulasan:

anerp berkata...

1st

Jarr berkata...

cilaka banat betul perangai 1st ni...hahahahah..

Melodi Jaya...subkon Pelita Jaya ke apa?

babih kalah jugak T-Team penalti..

oni berkata...

razali umar kandasamy dikhabarkan telah kembali memancing di kuala sepetang. hanya akan kembali untuk bermain di pusingan kedua piala fa. minuman kegemaran:teh candu kamunting.

talkIZcheap! berkata...

cilakak... terus dapat taraf negeri kecik tu... betul2 kecik plak tu... huhu

WV: dambo -jumbo? perli nampak...ha-HA!

sinach zawawi berkata...

harapnya tahun ni piala FA dimenangi oleh pasukan berstatus club. baru masyuk sket sejarah Piala.

Ejoi berkata...

Razali Umar Kandasamy masuk padang selepas separuh perlawanan pun boleh sumbat 1 gol.

Kalau main full time 90 mint, mau 4-5 gol dia sumbat!

Masak la Sime Darby lepas ni!
Ajenye ye!

pizli.mw berkata...

Apala Arena tak tunjuk game Sabtu..

Streetwizer berkata...

memang legend btui razali umar kandasamy nih

oni berkata...

ajenyer memang legend! agak-agak dah boring mancing baru balik kipoh main bola.

zX berkata...

sempat lagi tu selit cubaan utk butthurt team happy warrior hahaha

cantekk!

wv - preiff? pffft!!

ijan de bunks berkata...

hanye big team yg bai...
kachak betoi...

hobin jang hobin

Raiden berkata...

Dikhabarkan Persipura nak amik Razali Umar, setakat Pelita jaya nama macam kedai mamak nie tak pandang r..Yob Steady..

hellghast berkata...

@ Jarr : aku setuju dengan ko,memang cilake yang main 1st2 ni pastu tak komen satu hape haramjadah...tau nak 1st aje...emo siot aku maghrib2 ni...
kalau nak main tu komen la pastu...

cilake!!! pengesahan perkataan aku sebelum komen ialah 'aterr'
apakah ini petanda perak bakal memenangi pada tahun ini siot tul...aku tak tipu sebab aku nak mandi wajib pasni!

keli berkata...

Enjit2 semut sape sakit naik atas...
Gua nmpk the Yobs da semakin berkuasa di sokernet...hebat2...

r.k berkata...

sampai 5 bijik melaka kena .. keh keh keh . faktor politik ke apa ? XD XD

wv : guesses . hah teka la sebab apa .. XD

w4die berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abdul Munir Sanusi berkata...

Kejor Yob Kejor. Tornedo lagi hebat daripda Torees. keh keh keh.

keli berkata...

Piala FA ni saiz die mmg besar gak la, berat die ntah berapa kilo agaknya...tp gua ter tanya2 gak saiz piala aper yg paling besar skali kat dunia ni yer....hehe

Ozgur Cek berkata...

dh la bsar, x cantik...bila la FAM nk tukar piala ni...
FA Cup England pun dh penah tukar piala..

Din Guerreroz berkata...

Firasat aku la kan... jang akan ditrajang ngan warga kota pas ni... Ini firasat je...

Azizan berkata...

aku rasa ni piala baru. yang lama kecik je dan lagi lawa dari yang baru ni.

ijan de bunks berkata...

jang akan bangkit lopeh ni..
cayo la ckap den...
osah risau..
korang dok ontok2 yo

pojak berkata...

http://bolatalk.blogspot.com/2011/02/champions-league-true-review.html

Oh Me berkata...

Kalau Chelsea kalah takde review pasal bola EPL?

Union Equatoriale berkata...

oh me woi, kan dah ada letak entri pasal ashley cole tu! nate bewok gapo dio nak sembang pasal epl lagi kat entri bola malaysia?

jangan semakkan entri bola malaysia dengan bola penjajah yang diagung-agungkan tu!

Kerteh Kickers berkata...

hehehe, bukan main marah lagi dikwahab ni...

tapi betul, jangan bagi semak entri ni dengan epl, lari topik der..

t-team out, tapi terengganu still in. rasanya takde masalah jumpa atm, tapi lepas game tu silap2 lawan dengan yob. tu ujian paling getir!

Ejoi berkata...

"t-team out, tapi terengganu still in. rasanya takde masalah jumpa atm, tapi lepas game tu silap2 lawan dengan yob. tu ujian paling getir!"

Ajenye ye!

El Tornado sudah turun padang, bermakna awan hitam sedang berkumpul di langit lawan pasukan Perak selepas ni.

Hahaha!

Ozgur Cek berkata...

klate lawe johor fc pulok doh...

aRief berkata...

aritu ATM main home lwn Sarawak.
pasni xkan dia men home lg lwan Terengganu. xfair betoi

Jojoe Ali berkata...

Tengok tu.. awal awal dah kena titik lima bijik.. camna laa aku nak semangat.. haih.. Penang.. Penang...

I Am Legend berkata...

Ape punce si Razali ni hilang dulu ye?

Kalau pasei masalah family, Hantu Kak Limah mengamuk di kampung ke ape takpe, teman faham.

Tapi kalau pasei dia saje gatei nak main team lain, tapi udoh nengok Perak tahun ni power le pulak, baru sekarang menggedik nak main dengan Yob balik, ahh memang ghope hawo perangai!

Emoon Zulhilmi berkata...

Razali ade problem sebab kena cover syif Nasi Vanggey cawangan falim!

sebelum ni ramei orang manjat bukit keledang sebab chap goh mei..

Deme jenih kerap melepak Vanggey sane lepaih manjat,itu le pase sampei si jali kene cover

-THIS IS THE YOBS-

Emoon Zulhilmi berkata...

lagi 1 i am legend.. Ada salah-faham pasal pengurusan sikit je..

Janji die udah balik!

horeyyy!

-THIS IS THE YOBS-

Bunut Payung FC berkata...

piala fa tahun ni milik kelate! pasukan lain toksah mimpi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...