ANDA SEDANG MEMBACA

12

Ragbinet: Hujung Minggu Ragbi

LuciusMaximus Jumaat, September 23, 2011


Tak dinafikan, menengok perlawanan Piala Dunia Ragbi 2011 adalah sukar kerana ianya berlangsung di waktu pejabat. Jadi satu-satunya peluang ialah bila tiba hari Sabtu dan Ahad.

Sebab itulah pihak penganjur di Middle Earth mengambil langkah mesra rakyat dengan melambakkan sebanyak mungkin perlawanan pada hari Sabtu dan Ahad.

Ragbinet melihat 5 perlawanan yang bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Angka dalam kurungan ialah IRB World Ranking.

Pool B: England (4) - Romania (18) Sabtu 2.00 petang

Atas kertas, perlawanan ini memang nampak sangat bakal berpihak pada England. Kedua pasukan pernah bertemu 4 kali dan semuanya berpihak kepada England dengan perlawanan terakhir memberikan England kemenangan 134-0 (tidaklah menghairankan kerana ianya berlangsung di Twickenham, yakni 'Wembley ragbi' buat England). Pasukan ragbi England sama saja dengan pasukan bolasepak mereka, Perasan bagus dan pada masa yang sama selalu mencetuskan kontroversi. Yang terbaru ialah pemain centre, Mike Tindall yang dikatakan ringan-ringan dengan seorang blonde di sebuah kelab di New Zealand. Akibat perlakuan curang ini, isterinya Zara Phillips telah terbang ke New Zealand untuk mencabai konek si suami barangkali. Zara Phillips ialah cucu kepada Queen Elizabeth, jangan main-main.

Pertemuan antara All Blacks dan Les Bleus juga ialah pertemuan...


Pool A: Selandia Baru (1) - Perancis (5) Sabtu 4.30 petang

Pertemuan buku dengan ruas. Walaupun All Blacks merupakan pasukan ragbi klasemen dunia, tetapi Les Bleus selalu muncul kuda hitam kepada All Blacks yang memang hitam. Di antara kedua pasukan, mereka telah bertembung 50 kali, 37 berpihak kepada All Blacks sementara 12 kemenangan milik Les Bleus dan 1 seri. Namun harus diingat, dalam Piala Dunia Ragbi kedua pasukan pernah bermain 2 kali dan kedua-dua perlawanan dimenangi Perancis (1999 dan 2007). Perlawanan bakal berlangsung di Eden Park, kubu kuat ragbi All Blacks di mana kali terakhir mereka kalah di sana ialah pada tahun 1994! Tetapi jika mana-mana peminat All Blacks berfikir bahawa ini satu kelebihan buat mereka, harus diingat sekali lagi, kekalahan terakhir di Eden Park pada 1994 itu ialah kepada Les Bleus!

...adidas lawan Nike!

Fiji dan tarian perang Cibi

Pool D: Fiji (14) - Samoa (12) Ahad, 11.30 pagi

Perang Pasifik, apabila dua negara pulau ini bertembung dalam penentuan status sebagai raja ragbi di tengah lautan. Samoa mungkin ada kelebihan dari segi IRB World Ranking, tetapi dalam 47 perlawanan antara kedua pulau ini, Fiji telah menang 28 berbanding 17 milik Samoa dan 2 seri antara mereka. Kemenangan adalah sangat penting buat Fiji atau Samoa demi menghidupkan peluang ke suku akhir. Permulaan perlawanan ini bakal menjanjikan aksi menarik kerana Fiji akan melakukan tarian perang Cibi sementara Samoa pula melakukan tarian perang Siva Tau. Tarian perang sebelum perlawanan adalah tradisi ragbi yang eksklusif kepada negara ragbi pulau-pulau Pasifik.

Ini bukan Siva Tau oleh Samoa, ini mencarut namanya

Pool C: Ireland (6) - Russia (21) Ahad 2.00 petang

Ireland yang baru-baru ini melakukan kejutan menundukkan Australia dijangka tidak menghadapi laluan sukar berdepan beruang Russia, pendatang baru Piala Dunia Ragbi. Kedua pasukan hanya pernah bertembung sekali di Krasnoyarsk dengan Ireland menang 35-3. Apa yang pasti Shamrocks tentunya mahukan kemenangan besar ke atas Russia yang dicop pasukan belasahan Pool C bagi memastikan mereka muncul juara dan mengelak dari bertemu Afrika Selatan di suku akhir nanti.

Pool B: Argentina (9) - Scotland (8) Ahad 4.30 petang

Tengok IRB World Ranking sahaja kita sudah tahu pertembungan Hemisfera Utara dan Selatan ini bakal sengit. Telah 15 kali mereka beradu tenaga dengan Argentina menang 9 dan Scotland pula menang 6 perlawanan. Dalam 3 pertemuan terakhir, Argentina menundukkan Scotland di Edinburgh tetapi Scotland pula menewaskan Argentina di San Miguel dan Mar del Plata. Mungkin tekanan bermain di tempat sendiri menghantui kedua pasukan. Namun kali ini bermain di gelanggang berkecuali, kedua pasukan perlukan kemenangan demi melayakkan diri dari Pool B yang memang diakui pool maut dalam Piala Dunia Ragbi 2011 ini.

12 Ulasan:

kareem berkata...

i loike!

melon berkata...

caya la...ad gak update pasal rugby nie...

rashideeshukri berkata...

dengan kedatangan Sonny Bill Williams dari rugby league ke rugby union, diharap All Blacks dapat menamatkan badi diorang bila jumpa France nanti.

balaci terhormat& co. berkata...

aku klau layan ragbi ni,ada bau2 bacang mcm gloryhunters skit..yg aku tau jonny wilkinson(beckham prnah mgadakn prtmuan dan latihn dgn otai ni sblm prlawanan qualify euro 2004 lwn turki dan dikatakn tak serik buat prjumpaan kedua sehari sblum match lwn portugal time 1/4 final euro2004 dlu) dan brian habana je..

siputgulung berkata...

dah lame xnmpak pkataan klasemen

Mista Maman berkata...

I picked up France to win. France, for me, quite stubborn enough.

Streetwizer berkata...

fffuuuu..samoa and fiji = battle of the titans!

hellghast berkata...

bile bab rugby aje berapa kerat aje yang komen,bile bab Man lu kena nganjing berterabur komen! kahkahkah!!!

tak sabar tunggu game start kul 2 ptg nih!!!

btw come onlah Fiji!!! penyelamat umat bangsa Hawai!!!

Tanpa Nama berkata...

AB penah menang lawan france..tahun 2003..penentuan 3/4..

encikmasen berkata...

les blues main tak commit and all black was very brilliant!

Ozgur Cek berkata...

selandia tu apa dia?kah3

Jimmy Stracqualursi berkata...

gua kenal maxime medard je, tu pun sebab awek gua minat dia. sampai skang gua tak nampak mana art nya sukan ragbi ni. time sekolah dulu kebanyakan bebudak rugby ni perangai ada sikit poyo la in my opinion, tak punk lansung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...