ANDA SEDANG MEMBACA

12

Wales Rugby Union

Ahmad Fairuz Jumaat, Oktober 14, 2011

Cymru ialah 'Wales' didalam bahasa Wales. Pasukan ini akan menentang Perancis didalam separuh akhir pertama Rugby World Cup 2011 esok petang, jam 3.30 di Astro.

Berkedudukan ranking ke-6 dunia sebelum bermulanya pertandingan ragbi piala dunia di New Zealand kali ini, Wales kini naik 2 anak tangga ke kedudukan ke-4 dengan Perancis rapat ditempat ke-5.

Ketika belajar dahulu, saya amat dan masih menggemari sukan ragbi. Malah saya pernah beberapa kali ke Arms Park, Cardiff untuk menyaksikan perlawanan ragbi pasukan kebangsaan Wales.




Dulu Wales lemah tapi semangat juang pemain2 mereka membuatkan saya tertarik dengan pasukan ini dan esok mereka akan berentap dengan satu lagi kuasa ragbi benua eropah. Beberapa pertembungan diantara kedua-dua pasukan sebelum ini memihak kepada Perancis tetapi tidak kali ini. Diketuai oleh ketua pasukan ragbi yang termuda dalam sejarah ragbi piala dunia, Sam Warburton (gambar atas), pasukan 'Welsh Dragons' yang mempamerkan aksi terbaik di kejohanan ini pasti berjaya.



Shane Williams (gambar atas) mungkin sudah agak berusia namun pada ketinggian hanya 5'7", Shane Williams membuktikan bahawa saiz bukan menjadi masalah jika hati dan jiwa kita tinggi melangit.



Dua pemain Wales yang amat menarik perhatian saya kali ini ialah Mike Phillips (gambar atas) dibahagian 'scrum-half' dan Jamie Roberts (gambar bawah) dibahagian 'center'. Dua pemain yang cukup mantap.



Semoga mereka berjaya membawa Wales ke pertandingan akhir ragbi piala dunia edisi kali ini dan saya jangkakan akan bertemu New Zealand All Blacks. Pada edisi 1987 yang juga di New Zealand, All Blacks yang dikepalai oleh seorang lagenda ragbi, Grant Fox telah meranapkan Wales pada peringkat separuh akhir.

This is the time of the red dragons.

12 Ulasan:

Firdaus Alim berkata...

Under Armour 2..Perghh ..
Law Ade Bale Utk Wing Kn Kencang kekeke

mangifera berkata...

wales pasukan termuda setakat ni di RWC 2011. Frankly, tak pernah bother pasal wales sbb tak best tgk derang main. A bit heart broken bila Wales beat Ireland (team favorite aku) but any team that beat my favorite worth watching.

Kalau All Blacks tak main bangang lusa, harus All Blacks menang this world cup. tatau la kalau France atau Wales boleh buat the biggest upset ever. Nampak All Blacks dah main tendang2 je sekarang ni, tak gung ho nak touchdown sgt.

Daud berkata...

antara 4 team yg g semi final,wales lg menyerlah dari segi permainan dan tactical.

pakkordi berkata...

Mangifera: sorry for the irish defeat tapi cakap daud tu betul. Wales surprisingly better this time around.

Remember, talismanic regular fly-half allblacks dah injured.

Wallabies, game hancur.

Its Wales RWC2011 for the taking.

mcphisto berkata...

priestland rule out plok doh...
tapi harap leh titik le bleus..
tapi coach wales mantap woo...ramai team nak amik die lepas rwc ni

hellghast berkata...

tapi gua rasa setakat separuh akhir ajelah Wales ni,gua admit,tak ramai jangka Wales boleh pegi jauh!
tapi dalam apa jua game setiap kejutan tu mesti ada titik noktahnya

kecuali la Greece menang Euro! errr itu bolasepak...boleh jugak kot.

Ozgur Cek berkata...

match esok lg best, Australia v NZ All Black...

wan_jb84 berkata...

aku mengharapkan AB vs Wales final..

BanDeLa berkata...

setakat minit 62 nie..france 9-8 wales..go wales..

adijaya berkata...

petikan dari perenggan keempat:

'diketuai oleh ketua pasukan ragbi yang termuda dalam sejarah ragbi piala dunia yang terkena red card...'

kareem berkata...

bangang wales

rashideeshukri berkata...

oooo, Kordi ni belajar obersi dulu... (macam gua tak tau pulak)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...