ANDA SEDANG MEMBACA

29

King For A Day... Fool For A Lifetime

j or ji Khamis, Mei 17, 2012
Almarhum baik orangnya.

Adakah King Kenny disunatkan semula kerana kegagalan beliau membawa Liverpool untuk layak ke Istanbul musim depan? (Istanbul adalah nama lain untuk Piala Eropah bagi The Kops kahkahkah)

King Kenny disingkirkan kerana kesilapan beliau menangani isu rasis. Itu isu yang besar bagi FSG lebih dari kegagalan di atas padang. Jelas di situ kemenangan umat manusia terhadap kebangkitan rasisme dapat di bendung juga akhirnya. Keputusan semasa; Umat Manusia 1 - 0 Rasisme. Secara kebetulan pula kemenangan ini jatuh pada harijadi pejuang hak samarata tanpa perbezaan warna kulit, Patrice Evra semalam. Manis!

Penyingkiran Kenny juga membuktikan FSG mengurus Liverpool lebih kepada perniagaan dari keterujaan bolasepak. Seperti Abramovich mengurus Chelsea dan kebanyakan kelab-kelab lain yang telah dikuasai oleh kapitalist yang mementingkan keuntungan. Ramai pengurus berada di hujung tanduk, jika kelab tidak menunjukkan prestasi, mereka akan disingkir. Ini diterima pakai dalam semua organisasi perniagaan besar.

Kecuali di United, pengurusan dan peminat berdoa Pak Alex tidak berhenti dan terus panjang umur. Amin.
Nampak tak?

King Kenny juga berbelanja ikut suka tocang. Beli pemain yang tidak berkualiti tetapi mahal. Beli Suarez, Carroll, Hendorsen dan Downing, siapa yang untung? Newcastle jugak sebab dapat duit beli Cisse.

Aku buat survey di twitter, "bolehkah anda nyatakan 1 sebab mengapa King Kenny layak untuk terus mengurus Liverpool untuk 1 musim lagi". Aku tag semua nama RakanKop (jangan keliru dengan rakanCop lagi satu, ke balai kau jang!) Apa aku dapat hanyalah bunyi cengkerik.

kriikkk...kriikk...kriikk..sunyi! takda respons.

Maka sebenarnya bolehlah di simpulkan, The Kops sebenarnya mahu King Kenny dikuburkan. RIP King Kenny. Dulu King Kenny ni cukup kuat kutuk Unkle Roy, kata Unkle Roy ni tak bagus la, bodoh la, tua la. kelaut la.. tapi statistik menunjukkan prestasi Unkle Roy lebih baik dari Kenny. Apa cer? Sekarang Kenny kene berehat, Unkle roy ada urusan besar memimpin England ke kancah Istanbul. (Euro)

Siapa pengganti? Jika mahu pakar penyelamat dari tersingkir ke division 1, ambil Wigan punya pengurus Roberto Martinez. Beliau ada pengalaman 2,3 musim menyelamatkan Wigan dari tersingkir last minit. Rasanya beliau paling layak sebab kemungkinan untuk Liverpool tersingkir musim depan agak tinggi.

Jika mahu meriah semua ambil Benitez dan jika mahu ungkap 'this is our season' tanpa rasa malu-malu pilih la yang elok-elok sikit.

K. Devan misalnya.

Ahhh.. Kem Manchester United mengucapkan selamat maju jaya kepada King Kenny. Terima kasih atas semua keseronokan musim lepas.

klasik!

29 Ulasan:

aranzedo berkata...

eleh, man utd fans pun kata this is our season #20

ke laut jugak...

-_-

Hazwan Arif berkata...

Saya cadangkan Mat Zan Mat Aris

kobetz berkata...

jika pndai memberi pulangan pada kelab tp satu piala haram jadah pon xde.. tnye wenger..
moga RakanKop trus menyepi sampai kiamat.. kah3!

van kordi berkata...

Terima kasih King Kenny. Menang, kalah atau seri musim ini, pencapaian tuanku King selama 46 tahun bersama Liverpool akan saya kenang selamanya

Dengar ceritanhya si Hidung Ungu pun dah mula bebel pasal 'History ManUtd'.

Wallahualam.

#YNWA ./

El berkata...

betul ke sebab tak ada orang bagi respond kat kau kat twitter tu means orang tak support Kk? ke sebab kawan kau semua tak suka kau?

haha.

haha sekali lagi untuk Man Utd yg menang piring colgate season ni.

thomas berkata...

ini contoh ulasan yg diulas menggunakan kaki.

Pet Shop Boys berkata...

Eh eh! fan Man U pulak yang menyibuk kenapa?

Biarlah fan Liverpool yang tulis pasal Liverpool...

fan Man U tulislah pasal Sir Alex...Ryan Gigs ke apa ke...sibuk pasal orang lain kenapa?

j or ji berkata...

ini bukan pasal liverpool la kunyit.

ini pasal kutuk liverpool.

nampak?

ayobkelubi berkata...

kah kah kah

jorji o jorji, geram tak hilang lagi ke bang?.

Apa-apa pun, bagi aku (kalau ko tweet kat den lah warih) memang tiada alasan untuk kenapa King Kenny kekal di Anfield.

Aku personally pun mahukan muka baru yang lebih "fresh" idea untuk menaikkan semula Liverpool.

kira macam Najib buat GTP laaaaaa..

hehehe.

p/s : Kawan-kawan lain, musim depan punya citer,kita tunggu musim depan. boleh?

p/s/s : PetShopBoys- jangan marah jorji, dia ada love n hate relationship dengan Liverpool. Kualo Pilah kampung eh tu ado padang macam Anfield sikit2..hahahaha

hantuLongkang berkata...

kena buang pun, kenny tetap king of kop..dia tetap power dari segi karisma bagi aku(1st time aku guna perkataan karisma..ciss)...FSG ni kalu dia ambik manager2 tahap unta(mourinho contohnya :D), aku bakor aku bakor :D..

btw, roy yang mengutuk dulu...tapi kenny sebagai kenny, dia kutuk balik tapi kutukan dalam bentuk yang legend..miaheheh

//ada ke main survey kat twitter..memang la cengkerik yang jawap :D

Hazard Ali berkata...

Krikk.. krikk.. krikkk...

Mohd Farwalis berkata...

ada tanya ke? mungkin malas nak buang masa, ada banyak lagi hal penting perlu dituit seperti kutuk Evra.

Evra bukan 15 mei ke? Semalam waktu UK kena pecat dah 16 mei dah tarikh.

nampak?

Taufiq Sani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nu_Ox3r berkata...

relax.next season #20 la manu.setakat liverpool bru 22tahun xmng epl dah kecoh.manu sebelum ni 26 tahun kemarau juara liga relax je.at least manu menang community shiled season ni.ops ter"history channel" plak.haha

azfar hranica berkata...

sibuk benor hal rumah orang budak man u ni.fikir dulu masalah awak tu,dah la tak menang cup dahtu sibuk nak cover dengan charity shield aka cirit shit. sibuk plak nak bukak cerita sejarah 19-3 konon hahaha

Badang berkata...

Akhirnya MU BABI

keli berkata...

All the best KD.

Gua harap owner dah ada calon pengurus lain. Lagi cepat lagi bagus. Pendapat gua Fabio Capello. Gua harap bukan Martinez atau AVB.

Sekian untuk komen dan pendapat gua.

Untuk sebarang kritikan sila layari GGMUTakdePialaSeason11/2012.com.my

Kah Kah Kah :D

Mr.Peot berkata...

aiiiiiiiiiiiiiiiiiii...da jelas...owner liverpoll xpuas hati dgn cup mickey mouse yg liverpoll dpat..dia mo bpl cup...tapi dpat tmpat ke.8 jak..mo trophy ucl..da brapa tahun xmasuk ucl..huhuhuhu..

"almarhum baik orangnya"

RABUN berkata...

ha ha ha lawak la ko ni macam man belon...terhibur aku siooot....

safichan berkata...

inilah hukum karma...aku sememangnya dah dpt agak the moment kenny daglish "back stabbing" uncle roy, manusia bernama kenny ini pasti akan di tunjukkan jalan keluar kemudian dgn cara yg sama, cuma yg menariknya aku tak sangka ia secepat ini...aku amat berharap kenny dpt kekal di the kop utk sekurang2 2 musim lagik...baru lar ada barang gelak dan tak boring nak menganjing...takpa, roll on next manager...aku tak sabar nak sambung gelak pulak ni...

EQUILIBRIUM berkata...

van kordi berkata...

Terima kasih King Kenny. Menang, kalah atau seri musim ini, pencapaian tuanku King selama 46 tahun bersama Liverpool akan saya kenang selamanya
---------------------------

apakah betul yang saya baca seperti van Kordi tulis di atas? saya fikir adik bernama van Kordi ini terlalu cerdik untuk menjadi penyokong #lfc

kushyrie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kushyrie berkata...

sape kate MU tak menang cup this season?
1 cawan 2 piring menang weh season 2011/2012 nih..

skuad utama yg tak bernasib baik menang piring jer..buat kerja amal komuniti

skuad reserve menang 1cawan,1piring,1MU uolss!

2011/12 The Barclays Premier Reserves League Champion (piring jugak)
2011/12 Winner of Manchester Senior Cup( lwn Citeh kat Etihad)

next season takyah beli pemain baru, bagi je adik2 reserves ni main, kompom juara tak terkalah selama 15tahun

oh, RIP King KD!

#YAWN #GGMU

akubukanpemikirhebat berkata...

Apalah dosa King Kenny kat kau nih. Menyu sengaja bersembunyi disebalik

'pasukan terburuk dalam sejarah mereka'

Pastu bile dah xdpt juara, nak emosi pulak kat supporter Sunderland yang bersorak utk City, memang la org bersorak utk yg menang buat apa bersorak utk yg kalah?? Pastu sibuk nak cari alasan salahkan team lain belanja besar. Habis tuh dia beli De Gea dgn Young tu pakai daun ke??

Loser! Bangang abadi!

Jarr berkata...

agaknya mereka lupa KK diambil dahulu bukan utk long term. dan polisi JW Henry bukan kasi masa panjang mcm kat Alex. Sebab owner dulu boleh sabar dgn Alex selama 5 tahun tiada apa apa cup waima Puki Cup pon tarak, tapi lepas tu berdesup mereka amik cup.

Bukan itu polisi FSG. kita tinggu dan lihat dan jangan berhenti berharap. korang gaduh gaduh pon, aku, kordi,jorji sudahnya makan nasik kat Raju juge.

Mr.Peot berkata...

Kalau chelsea menang champions league..mohon torres dgn meirelles jgn angkat banner bertulis "R.I.P KING KENNY"..sebab benda2 bangang macam nie hanya utk tevez bangang..go chelsea go chelsea..make spurs cry coz u..

Badang berkata...

Chelshit?hahaha

Mr BeLO berkata...

kapitalis ttp kapitalis..football is business ma!!gua setuju dgn jorji..tapi tak bermakna MU tak kene tempias nnti..since xde cup,belum tentu owner satisfied derr..gua percaya skit tahun lg,QPR,SWANSEA pun leh naik..newcastle on the track..superb performance this season,membuka mata para kapitalis..at that time,klu sume kapitalis mcm roman,lu org dh tak rasa ape dah..manager tukar mcm spender..

dulu2 org ckp main bola mcm main chess..askar kamikaze dulu..la ni queen yg kamikaze dulu..askar tgk jek..

sbg rakanKOP yg jitu,relegated ka,division 2 ka,gua ttp syg liverpool mcm abg abdul syg liverpool..hahahhaha..

buat abg jorji,gua dah close satu stranger ikut cara abg jorji..thx for the tips..(off topic)

j or ji berkata...

congrats belo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...