GettyImages
"It was so hard what happened to me," Suarez told Uruguayan TV station RR Gol. "I don't show my emotions in the field, you know, but outside I do it. I cried a lot with all the Evra stuff.
"The trial week was so complicated for me. My wife and I cried a lot during that week. That's when I realised who were the people who really support me and who were the people who were with me because of their personal interest.
"I had to go to Manchester in a taxi for the trial. I got up at seven in the morning and I came home at nine at night. I was exhausted, I was so tired. I wanted to cry, and kick all the things around me.
- soccernet.espn July 18,2012
soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/1125313/luis-suarez-blames-ban-on-manchester-united-'political-power'?cc=4716
Secara jujur, aku keliru samada mahu ketawa dan kutuk atau bersimpati dan menghentikan semuanya? Mujur aku cepat sedar semula, ini adalah satu perancangan licik yang harus aku teliti lebih jauh. Ianya bukan sekadar drama airmata yang biasa kita lihat. Aku dah lama khatam mengkaji dalam banyak telenovela TV3 sebelum ini, jika pelakon itu menangis tidak bermakna mereka teraniaya!
Bak kata pepatah, sekilas gigi bersinar, dah ku tahu jenama ubat giginya.
Dalam berita penuhnya (yang boleh di baca di soccernet.espn) Suarez cuba menarik Manchester United dan FA Inggeris ke kancah politik dalam kuasa bolasepak. Beliau di hukum, John Terry lepas. Seolah-olah jawatankuasa disiplin FA Inggeris takut akan kuasa Manchester United. Jika taktik ini berjaya dan FA Inggeris atau pengadil terpedaya dengan tangisan drama airmata ini, kemungkinan banyak keputusan selepas ini (pada musim akan datang) tidak lagi memihak kepada Manchester United kerana takut dianggap sebagai tekanan politik.
(*Nampaknya isu ini agak berat untuk di fikirkan oleh RakanKops, terlalu tinggi ilmiahnya, jadi harap mana yang lemah tu,sila berundur dari terus membaca. terima kasih.)
Kenapa setelah isu beliau dianggap lama selesai tiba-tiba muncul semula? Seperti penjenamaan semula Colgate selepas merudum jualannya akibat isu halal haram, padahal mana-mana ubat gigi hampir sama sahaja. Tidak menjadi hal jika masih ingin bercakap tentang isu racism tersebut kerana itu hak beliau tetapi mengatakan kekuasaan Manchester United dalam menentukan hukuman beliau, adalah satu isu lain.
Nampaknya umat manusia masih belum benar-benar selamat.
Apabila John Terry di dapati tidak bersalah, ramai RakanKops yang bijaksana lagi arif menganalisis hal ini dan mengaitkannya dengan Suarez. Bukan semua pembunuh, perogol,pencuri,pengedar dadah dan peliwat didapati bersalah apabila dibicarakan. Ada juga yang dibebaskan, tetapi apabila seorang di bebaskan, takkan semua pesalah sebelumnya mahu di bicarakan semula atau dianggap sebagai tidak bersalah? Di Malaysia sendiri banyak kes kata-kata racism diluahkan dan mereka bebas, malah perkataan berunsur racism di laungkan dengan kuat di perkarangan Parlimen dan ada pula di anggap hero. Nampak tak?
Inilah mentaliti penyokong tempat ke 8 apabila pasukan tidak kemana, tiada arah jelas dan tiada berita baik untuk di kongsi.
Aku berbual panjang dengan Dietmar Hamann di laman twitter tentang hal ini dan beliau menyerahkan bulat-bulat kepada aku untuk menentang segala bentuk kejahatan bolasepak dan racism adalah raja segala kejahatan dalam bolasepak!
Sementara menggunakan isu racism untuk menjatuhkan Manchester United pula adalah ibu kepada raja segala kejahatan bolasepak alam semesta.
Kepada Suarez, bolasepak bukan seperti telenovela di negara anda. Mancheter United terlalu power untuk di jatuhkan dan Liverpool bukan saingan yang perlu Manchester United fikirkan. Jika benar jawatankuasa disiplin FA Inggeris boleh di pengaruhi kenapa Rooney di gantung dan di hukum bila mencarut di hadapan kamera? Jika Manchester United ada kuasa dalam menentukan salah atau benar seseorang pemain, baik mereka pastikan John Terry bersalah, sekurangnya Chelsea masih lagi dianggap pesaing kuat Manchester United. Nampak?
Ketika banyak pasukan telah memulakan sesi memanas badan untuk musim baru, Suarez dan Liverpool nampaknya bikin panas cara lain pula. Nampak tak pasukan mid table punya mindset camna?
Secara sengaja berita Suarez racist dikeluarkan pada 18 July bersamaan dengan hari lahir pejuang anti Apartheid Nelson Mandela. Umat manusia, lakukanlah sesuatu!
Selamat berpuasa!
21 Ulasan:
nampak2.
Kehkehkeh.. Bangun awal pagi naik teksi, pulang pukul 9 malam pun boleh menangis? Orang kita naik bas pagi2 dan balik keje lewat malam pun boleh steady buat bertahun2..
Selamat berpuasa jorji (walaupun kau ada ajak aku makan lunch next week).
Erva si choc ice..kehkehkeh
jgn salah sangka,sbnrnya kuasa liverpool dlm politk sgt kuat..
senang2 je dia hapuskn sistem beraja dlm pasukan dorg.. mane ade dah king kat sne..power2..
tweet kn kat dietmar hamann,
kasik voli kepala bana suarez..
Eh hidup lagi rupanya blog ni. Ingatkan semua dah retired buat bisnes niaga buku/novel. Kalau ada entry pun dah tak syok mcm dulu. Ada entry yg syok sendiri. Kakaka.
it's coming... it's coming... EPL is coming back!!
buktinya Sokernet mula hidup kembali, sedikit demi sedikit... :p
p/s: sokernet kembali dengan 'sila buktikan anda bukan robot' yang lebih susah daripada biasa...
yang bawah tu dah tambah dah tu. jorji jorji...wei raju la besok.
Sudah2 lah tu mengenang sejarah lalu wahai Suarez. Move on meng. Move on.
Tapi.. aku robot.. kot?
yer la yer la...season akan datang ni Man Utd tak menang apa2 lagi la.
"QPR Asian Tour 2012"
Nak jual Tiket QPR Vs Kelantan..
game hari Jumaat 20 july 2012
Quadrant C Open seating..harga nak jual RM40 harga asal RM53
main kat stadium shat alam kick off pukul 9.15 malam (lepas tarawih)..
nak jual sebab dah menang tiket VIP..
berminat/ tanya call atau mesej 014-515 3087..
ada 1 tiket ja lagi..tiket conform ORI..
KAH KAH KAH... ini lah nama nya bangang tak bertempat... KAH KAH KAH...
KAH KAH KAH... orang pikir macam mana nak naik dari tingkat 8 ke tingkat Champion League... KAH KAH KAH...
KAH KAH KAH... orang suruh tangkap penyeleweng duit lembu... bukan tangkap pembongkar maklumat... KAH KAH KAH
Jang jang...
Aku berbual panjang dengan Dietmar Hamann di laman twitter tentang hal ini dan beliau ....
memang tak boleh blah ayat ni.....
Semoga suarez kepala lobak insaf dan racist kepada anton ferdinand sahaja selepas ini.
Selamat berpuasa...kurangkan dosa,lebihkan pahala...AHLAN WAHSAHLAN RAMADAN...
Come on jorji...try harder...Selamat berpuasa warga sokernet.kurangkan dosa,lebihkan pahala.AHLAN WAHSAHLAN RAMADAN...
Semua orang boleh nampak laa kalau tak taip huruf besar tuhhh.
Bukan pasal MU mahupun Chelsea kes racist ni. Dan jugak bukan pasal kuasa politik MU yang mempengaruhi keputusan FA England. Jauh sekali pasal Rooney yang mencarut mahupun pastikan John Terry bersalah untuk lemahkan Chelsea.
Tapi pasal Suarez tu orang Uruguay dan Terry tu orang English. Maka Terry tidak bersalah dan Suarez didapati bersalah. Kalau Colgate pulak yang gua baca mungkin pasal kandungan flourida dia kot.
Selamat berpuasa. Maaf zahir dan batin. :D
Ape cer Sokernet ni? Sonyap memanjang..
steady.
itu saja aku boleh katakan kepada suarez.
Catat Ulasan