ANDA SEDANG MEMBACA

8

Super Suarez is My Hero

pakkordi Selasa, Oktober 30, 2012

Inilah kali pertama saya lihat seorang pemain bolasepak menyimpan duit syiling yang dilontarkan kepadanya diatas padang. Kalau Nani, mungkin dia dah menangis dan melontar syiling itu kembali keluar padang.

Luis Suarez simpan syiling itu kerana dia membesar didalam kemiskinan, bermain bola tanpa kasut di kaki lima bandar Montevideo. Dia simpan syiling itu sebagai satu pengajaran kepada manusia sejagat bahawa rezeki jangan kita buang walaupun sebesar duit syiling kerana waktu dia kecil, setiap kali pulang dari bermain bolasepak dia tidak tahu samada makanan ada atau tidak diatas meja rumahnya.

Dia mungkin villain kamu tapi dia hero saya.



Sebagai manusia yang membesar didalam kesusahan, dia belajar untuk tabah, tidak perlu serius sangat dan senantiasa tersenyum ketika menghadapi apa jua cabaran. Ini dapat kita lihat didalam aksi lompat rajalawak ala diving selepas menjaringkan gol pertama Liverpool. Didalam interviu selepas perlawanan, David Moyes bersetuju  bahawa aksi ini agak melucukan dan menerimanya dengan kaki terkangkang.

Everton bermain dengan sangat baik ditempat sendiri. Mereka garang dan sentiasa bersedia bertarung untuk mendapatkan bola. Pemain-pemain muda Liverpool kelihatan terkesima kerana kurang pengalaman didalam pertembungan Merseyside kali ke-219 yang seringkali ganas, kasar dan selalu menghasilkan kad merah ini.

Seperti Fellaini 'The Belgian Beast', mereka yang berjersi biru, telah menyinga Ahad lepas. Joe Allen mungkin agak tenggelam berhadapan dengan Fellaini tetapi pujian harus diberikan kerana walaupun hanya setinggi 5'6", Joe berhempas pulas berjaya mengekang gergasi 6'4" dari Belgium itu. Ko boleh? Micheal Carrick yang berdiri 6'2" tak boleh, malah satu team ManUtd tak boleh. Dalam game bulan Ogos lepas, Fellaini skor dan ManUtd kalah 1-0 di Goodison. Oh yer, Andre Mariner si adil dan saksama yang mengadili perlawanan itu. Patutlah.

Jaringan Suarez yang telah dibatalkan pada minit terakhir adalah satu jaringan yang baik. Namun sekiranya jaringan itu telah dibenarkan, sejujurnya saya rasa Everton dirampas 1 mata. Keputusan seri adalah keputusan yang saya terima dengan hati yang terbuka. Pujian harus diberikan kepada Everton. They played well.

#YNWA ./

8 Ulasan:

fikiranlicin berkata...

Setuju

Unknown berkata...

Duck!

keli berkata...

Kakakaka.... pure class.
Terbaik. Macam tu la kalau nak menganjing.
Sebab tu lu orang benci dekat dia. Kahkahkah.
He's the man....!

talkIZcheap! berkata...

dia simpan syiling tu sebab sebenarnya dia ialah seekor tooth fairy...

hantuLongkang berkata...

@talkIZcheap!:
sebenarnya, tooth fairy itu tidak wujud...tapi 'whining nigga' memang betul2 wujud...

maka kesimpulannya:
suarez is the man...evra is his bitch...
suarez just do his things...evra just can't stop bitching...hahah..

pakkordi berkata...

Damn right he is!

talkIZcheap! berkata...

owh... thanks Hantu atas info tersebut, trima kasih kerana telah mengajar aku sesuatu... terasa macam baru pulang dari kelas sejarah.

I mean, it is sejarah, kan...?

Setsuna berkata...

Takde sape2 ke nak buat artikel Arsenal menang semalam?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...