ANDA SEDANG MEMBACA

8

Harimau Yang Kecewa

pakkordi Jumaat, Disember 14, 2012
Saya kongsi kekecewaan yang diharungi hampir seluruh peminat bolasepak tempatan semalam. Saya juga berkongsi pendapat bahawa mutu pengadilan yang tidak begitu konsisten telah sedikit sebanyak menyumbang kepada kekecewaan saya ini. Namun begitu tidak boleh kita sangkal bahawa secara keseluruhannya, Thailand lebih layak ke final.

Tektikal, mereka lebih tersusun. Teknikal, mereka lebih padu. Mental, mereka lebih bersemangat untuk memenangi perebutan bola dan kelihatan amat bersungguh-sungguh.

Semalam Malaysia telah mencuba tetapi bagi saya layangan kad merah kepada Fadhli Shas bukan penyebab utama kegagalan Malaysia untuk cuba bersaing. Gol pertama jaringan Teerasil semalam juga bukan. Jika kita kaji lebih dalam lagi, gol penyamaan jaringan Teerasil di Stadium Nasional Bukit Jalil juga bukan.

Kegagalan skuad bolasepak negara harus kita pandang dari sudut micro. Keseluruhan sistem pentadbiran yang mendukung skuad harimau malaya bertapak diatas satu platform yang rapuh. Ibarat kondominium Highland Tower, sistem ini telah pun punah menerkam tanah.

Kita berjaya memenangi beberapa kejohanan sebelum ini tetapi tahukah anda bahawa peminat mahukan konsistensi dan hala tuju, misi dan visi yang lebih mudah untuk semua fahami. Menang kerana hebat, kalah kerana berjuang dan bukan kerana sistem itu sendiri tidak tahu kenapa.

Kita perlukan anjakan paradigma bukan hanya dari sudut pentadbiran tetapi juga dari sudut bekalan pemain yang patut dipertimbangkan oleh mereka. Kita tidak boleh hanya mencaci walhal kita boleh menerapkan pendidikan dan mentaliti semangat juang yang tinggi kepada anak kecil didalam rumah kita sendiri. Kita boleh tiupkan kedalam jiwa-jiwa mereka erti bolasepak Malaysia yang sebenar.

Ultras Malaya berhak untuk menyokong sebegitu rupa, admin sokernet juga berhak untuk menyokong dengan cara mereka yang tersendiri. Maka tepuk dada, tanyalah selera.

Kita akan jadi yang terbaik jika opsyen yang kita ada bukan hanya kesebelasan atau seratus yang terbaik dikalangan kita. Kita akan jadi yang terbaik apabila Harimau Malaya memiliki seratus ribu opsyen berkualiti untuk dipilih menyarung jersi negara.

Malang sekali, ramai yang tidak sedar bahawa membina seratus ribu opsyen berkualiti ini semuanya bermula dari dalam rumah kita sendiri.

8 Ulasan:

kuncisudu berkata...

akhirnya post sokernet yang tidak mengarut. saya setuju thailand lebih layak ke final.

anan berkata...

yeahhhhhh

zulhilmi berkata...

ramai orang tak nampak perjuangan suci sokernet

Hafiz berkata...

apa kau mengarotlah syaitonnnn

hantuLongkang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hantuLongkang berkata...

akhir kata, jika laungan "anjing" ultras malaya adalah hak mereka ketika menyokong, maka panggilan "BABI" ke atas mereka adalah hak kekal kita bersama...

dan sudah semestinya sokernet memilih opsyen yang ke-100,000 iaitu "konek" sebagai hak mutlak mereka :D

sekian pidato saya yang bertajuk "ultras, anjing dan ..."

salam 100,000 untuk semua..tepuk la sikittt...

//dah macam pidato ko punya entri, pak vankordi...jadi calon N-keberapa? :D

Mista Maman berkata...

WOW!

To be honest, @Van Kordi handsomely addressing the issues, same old same old issues indeed with hearty-thinky-honest views.

Guys, is this the right time for Ong Kim Swee takes over the Malaysia team because what I witnessed was his Harimau Muda's players who were played much better determination with the mighty jersey compare to "established" 1st eleven senior squad.

Perhaps, even I am Johorian & not fancy TRW, but their some great players such Piya & Daudsu could play in the Centre & Left-Back respectively. These positions cost us a lot since day 1 of the tournament. The unhealthy process to pick players for Malaysia team will ruin the legacy we want to build for our future of football.

That is what I could not resist to state it here or anywhere regarding the last AFF campaign & previous poor friendlies.

Jojoe Ali berkata...

Aiseh. Kena cakap org Puteh ka?

Apapun, saya sedar Pak Kordi.. saya sedar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...