ANDA SEDANG MEMBACA

0

Apa, Selangor pasukan power?

Jose Villas Stramaccioni Rabu, Januari 02, 2013 ,
(Antara muka baru Selangor untuk musim 2013; Mahali Jasuli & Shukur Jusoh)

Liga Malaysia semakin hampir ke debaran pembukaan-nya. Macam biasa, semua pasukan yang bertanding sibuk untuk mempersiapkan pasukan masing masing sebelum sepak mula liga bermula.

Ada yang bergaduh nak rebut pemain macam Darul Takzim FC dengan Kelantan, ada yang sibuk dengan lampu limpah macam Terengganu dan T-Team, ada yang masih tercari cari jersi apa nak pakai nanti macam PKNS FC dan tak terkecuali ada yang buat buat salah daftar pemain dengan harapan dapat ganti dengan pemain lain macam yang Felda United FC buat.

Pasukan Selangor atau lebih dikenali sebagai “Pasukan terpower dalam sejarah bolasepak Malaysia sehingga kini ” macam biasa juga, bergerak menyediakan satu pasukan hebat untuk memenangi semua piala yang dipertandingkan. Pemain dah lengkap, senarai barisan kejurulatihan dah ada, stadium pula pencahayaan macam biasa melebihi 1000lux seperti yang ditetapkan dan yang paling penting “budget” dah cukup untuk sepanjang kejohanan nanti.

Jadi memegang konsep “apalah bolasepak tanpa penyokong”, pada Jumaat ini jam 3.30 petang dan bertempat di Stadium Shah Alam ,Persatuan Bola Sepak Selangor akan mengadakan majlis memperkenalkan para pegawai dan pemain kepada penyokong/peminat dan juga kepada musuh pasukan.

Jadi pada semua Selangorian, Kelantanian dan tak terkecuali Johorian dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Kalau boleh bawa sekali mafla ke, bendera ke atau paling tidak mengenakan jersi Selangor yang berdesign “apron” musim lepas tu.


0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...