Impian The Blues untuk mendapatkan trofi sulung musim ni seakan terkubur awal pagi tadi. Terima kasih dua assist terbaik dari Branislav Ivanovic yang menjadi pemain ke-12 untuk angsa laut. Walaupun hanya sekadar piala cap ayam di England, jadilah daripada kabinet terus berhabuk dan bersawang seperti di Emirates.
|
2 ASSISTS TERBAIK UNTUK ANGSA LAUT |
Sementara itu, kisah berbeza di Turin di mana The Old Lady ternyata lebih unggul berbanding seteru utama mereka The Rossoneri. Gol penyamaan dari Giovinco memadam jaringan awal daripada prospek menarik jangka panjang penyerang muda AC Milan, Stephan El Sharwaay. The Old Lady memerlukan kuda tua Mirko Vucinic untuk menjaringkan gol kemenangan selepas masa tambahan seterusnya menghantar The Rossoneri ke pintu kubur di Milan.
|
GOL EMAS MIRKO VUCINIC MENGHANTAR MILAN KE PINTU KUBUR |
Di Santiago Bernabeu, Casillas kembali ke gawang gol selepas Adan digantung perlawanan dan prestasi memukau Cristiano Ronaldo menjaringkan tiga gol membantu Real Madrid memadam defisit awal kekalahan 1-2 kepada Celta Vigo. Berang dengan kejayaan keempat berturut-turut Lionel Messi untuk Ballon d'Or, Ronaldo bertekad untuk mengejar rekod jaringan terbanyak semusim Messi, 91 gol.
Kalau jumlah gol menjadi ukuran untuk menang Ballon d'Or, Ronaldo sedang berada di landasan yang terbaik untuk tahun 2013 ini. Meskipun Los Blancos bermain 10 orang selepas Sergio Ramos dibuang padang pada minit ke-72, itu tidak menghalang Ronaldo dan Sami Khedira dari terus merogol Sergio di gawang gol.
|
RONALDO: TAHUN NI AKU MENANG BALLON D'OR!! |
"Sementara itu, kisah berbeza di Turin di mana The Old Lady ternyata lebih unggul berbanding seteru utama mereka The Bianconeri.""
BalasPadambodoh piang!!! bianconeri tu juventus la sengal....tak bole blah...
Rossoneri la...
BalasPadamtak tahu tapi mahu menulis.
BalasPadamlu tulis apa pun salah
mana qc sokernet ni?
gaya penulisan thesis bajingan dgn fakta merapu ape yg lu cube sampaikan ni?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwoi woi.
BalasPadamundian dia paling tinggi ni apa cerita ni?
penulisan tahap sokerleaks saja aku baca
mohon kaji blk undian..
BalasPadamterhidu politik malaysia dlm ni..
entry thp libepul camni pon vote tinggi?
apa suda jadi nie malaysia?
hahah...aku baru perasan ada kotak undi tepi tu..patut la banjir sokernet dengan entri2..dah naik cembung bijik mata aku nak baca..jahanam macam ni :D
BalasPadamkalu buat undi-keluar, sengit jugak ni..cukup 100 undian, terpulang kepada abdul nak kasi tendang ke nak kasi can lagi..
baru la berembun sikit kepala otak sekor2 nak pos 1 entri..ini nampak macam main campak je ramai2 entri kat sini harap2 sangkut satu..hahah
Ko jangan suka-suka je mintak undi keluar, Kang...
BalasPadamKan dia buat undi keluar pengomen, mesti ko kena dulu, hahaha :p
mohon kuasa veto abdul
BalasPadamdua yang paling tinggi petai kt dengan jali bah ni dua2 tak best, boring dan selalu salah fakta. writer sokernet ni kalau salah fakta, malu woo. yang masuk tivi pun boleh jatuh kredibiliti
BalasPadamhehe...eh, chelsea ni sebelum boleh piala dalam kabinet tu berapa lama tunggu hah?
BalasPadam