Pada suatu senja yang agak berangin, saya menonton sebuah
forum sukan terbitan milik seorang
hartawan berbangsa India. Sambil tangan sibuk membalut sesuatu, deria saya menangkap akan
setiap perbualan mereka. Mereka berbual santai. Terkadang serius, terkadang
bergelak ketawa dan terkadang tergagap gagap macam celaka. Saya hanya mampu
korek hidung dan menjentik tahinya ke tepi.
Mereka mendakwa telah mendapat senarai terkini pemain yang
akan dipanggil menjadi pelatih skuad Harimau Malaya. Tiba-tiba mereka menyebut
satu nama. Tangan saya yang sedang sibuk serta merta terhenti. Nama itu adalah
Tam Sheang Tsung. Selain Tam, antara pemain lain yang mereka sebut adalah Nazmi
Faiz, Amri Yahyah, Indera Putera dan Piya. Perkara itu agak menarik perhatian
saya. Rupanya saya terlalu memandang rendah kepandaian FAM barangkali. Tau
jugak mereka pilih pemain, ingatkan
hanya tahu anjurkan parti mabuk minum Brandy.
Selain Tam Sheang Tsung yang kini mewakili Shenzen Shenhua,
Malaysia memiliki ramai lagi budak ajaib yang bermain di luar negara. Antaranya
Nazmi Faiz ( FC Beira Mar ), S. Kumaahran - Sanjeet Dinesh ( trial Cruzeiro ),
Sean Gan Giannelli ( Atletico Arrezo ) dan pemain harapan seluruh umat Malaysia,
Fakri Saarani ( FC Barcelona ). Pemain pemain Malaysia yang hebat di mata saya pula
adalah Ashaari Samsudin, Piya, Zairo, Indera Putera, Idris Karim, Alex, Fadli Shas, Shahurain, Rozaimi, Rezal
Zambery, Manaf Mamat serta beberapa lagi nama yang sebahagian besarnya langsung tidak bermain pada
Piala AFF yang sudah. Bodoh piang.
Berbalik kepada senarai nama pelatih di atas, senarai nama
tersebut sejumlah 70 orang. Adakah harapan untuk kita melihat rombakan besar
seperti yang dijanjikan akan tercapai? Itu lu orang boleh fikir sendiri. Gua ada hal lagi
penting.
Assalamualaikum.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamaku cuba nk gelak...tp x bole...cubaan yg gagal...bosan da lawak fakri...padahal yg sampah sapepek..Kapten Malaysia sila letak jawatan!!
BalasPadamfakri saarani dah pindah barcelona?...ye ke?..aku baru tau..power2..
BalasPadamdia kerja tampal atap nou camp kat sana kan?..
Gila ko Nou Camp pakai atap?! Nou Camp mana ada atap! Cakap jangan bangang boleh tak?!!
BalasPadamDia kerja baiki paip la...
Ur drunk wkkakakaka
BalasPadamTitus James Palani apa citer? Wujud lagi ke budak tu?
BalasPadamAku tergelak je. Durh.
BalasPadamBosan betul la ko ni
BalasPadamCari Game Friendly bola sepak padang & futsal. =>
BalasPadamCari Player & Team Bola Malaysia