ANDA SEDANG MEMBACA

6

Don't Mess With The Yobs Part 2

Unknown Khamis, Januari 10, 2013
Diceritakan bahawa pada tahun 1541


"Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletak di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina." - Perang Tiga Segi.

Bukan baru ini saja Perak mengenali Johor. Malah mengikut sejarah lampau, sudah berdekat lamanya persaudaraan ini terjalin. Bekerjasama dalam menentang musuh dan menjalinkan kerjasama dua hala ini berlaku sudah hampir 500 ratus tahun lampau.

Selepas 500 tahun itu tiada lagi yang dinamakan kerjasama. Kerana berbeza prinsip punca mengapa negeri paling cool dalam Malaysia ini telah melewati hari-hari meninggalkan dikotomi Johor.

*******

16 June 2012 ialah tarikh dimana hari terakhir pasukan paling cool dalam Malaysia ini menentang Johor Darul Takzim yang dulu dikenali sebagai Johor FC. Menang 2-1 di Stadium paling keramat di Malaysia iaitu Stadium Perak telah memberi pengajaran kepada sebuah kelab dari Johor ini tentang bagaimana bermain bola sepak secara cool.

Ketika tradisi membeli pemain bintang yang dimulakan Pahang merasuk dalam Liga Malaysia di ikuti beberapa pasukan yang entah apa-apa saja membeli pemain bintang pada awal tahun 2005 sehingga tahun 2013 ini. Namun begitu, The Yobs tetap dengan prinsip dan tradisinya iaitu "Murah Tapi Power".

Meneruskan tradisi itu sehingga kini, tiada catatan pemain berharga puluhan ribu atau juta-juta yang bermain untuk pasukan paling cool dalam Malaysia ini.

“Saya terima tawaran dari Perak ini bukan kerana tawaran yang lumayan. Sebaliknya kehadiran ramai pemain muda yang berbakat,”

Falsafah The Yobs ialah mencipta bintang bukan membeli bintang. Untuk itu, pengajaran yang patut diberikan oleh The Yobs kepada Johor Darul Takzim jumaat ini ialah bagaimana bermain bolasepak dengan falsafah dan prinsip yang dibina sendiri. Juga tidak perlu membazir membeli pemain bintang berharga juta-juta. Belajarlah dari The Yobs cara bagaimana bermain bolasepak dan menghasilkan bintang sendiri.

"Teman berani cakap, maghi letak bola sebijik depan teman suruh si Chopot tu rebut. Tengok dapat ke idak."

6 Ulasan:

pedot berkata...

all hail peteyyyy!!!

gajexz berkata...

bior deme tau sape yobs yg sebenor..

Kurast berkata...

Aku x baca lagi terus komen...kejo yob kejo!

Chaeo berkata...

Angkuhhhhh lg

hafiz berkata...

Angkuh2

Badang berkata...

Gol sendiri pun nak angkuh..
Bongok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...