Aku bagi tau awal-awal ini cuma pandangan aku dan mungkin ratusan ribu penyokong Johor yang lain. Mengenai kekalahan JDT ke atas Pahang, cerita mudahnya , secara keseluruhan pasukan Pahang bermain dengan lebih baik dan bersemangat. JDT kalah sebab kurang konsistensi. Namun ini perkara biasa untuk pasukan mi segera seperti JDT.
Inisiatif TMJ untuk menaikkan semula nama Johor dalam dunia
bolasepak Malaysia boleh dipuji. Namun, beberapa tindakan Persatuan Bolasepak
Johor (PBNJ) agak (pada aku) terkebelakang. Dalam bahasa Sokernet, bongok.
Mungkin kerana kurang pengalaman atau memang pimpinan PBNJ kurang ajaran.
Antara tindakan yang menghairankan :
1.
Menghapuskan pasukan hebat berstatus kelab dari
Johor.
Masih ingatkah anda dengan Johor
FC, MBJB FC dan MP Muar? Inilah 3 pasukan berstatus kelab terkuat dari Johor di
Liga M suatu masa dahulu. Ni siapa ajor ? Pada aku lebih baik jika kelab-kelab
ini dikekalkan dan PBNJ lebih memberi tumpuan pada aspek pembangunan di akar
umbi. Ini lebih utama dan pemain berbakat yang dilahirkan kelak mempunyai
pilihan yang lebih luas untuk mengembangkan kemampuan mereka. Lebih menjimatkan
kos dan konstruktif. Deretan peluang pekerjaan bakal tercipta dan barulah
bolasepak Johor dapat berubah menjadi sebuah industri. Sehingga digelar Super Football Power Rangers Gaban Pendekar Laut 1Juta HP Industry. Paham tak?
2.
Tukar nama Johor FC menjadi Darul Takzim FC,
Jengking jadi Harimau Selatan.
Ni pun siapa ajor ? Bila billionaire
Abramovich beli Chelsea, mereka tetap guna nama Chelsea. Bila Allahyarham Dato
Paduka Basri Akil buat double treble di Kedah,mereka tetap guna nama Kedah. Bila
TSAM menjana kebangkitan Kelantan sehingga menjadi juara treble, mereka masih
lagi Kelantan. Pada aku cukup sekadar jika kita tambah nama gelaran seperti
BlueRed Army, contohnya. Nama Johor, Johor FC dan gelaran Si Jengking serta Sang Lebah
patut dikekalkan kerana ianya sudah sebati dengan peminat sejati Johor. Akibat
perubahan tukar nama semua ni, penyokong Johor sendiri pun konfius nak panggil
apa. Aku pun orang Johor, aku tau lah.
3.
Beli
ramai sangat pemain - habis
berjuta-juta.
Aku tetap berpandangan duit yang
banyak ni lagi baik di habiskan untuk pembangunan bolasepak. Mungkin boleh
digunakan untuk mewujudkan lebih banyak akademi bolasepak, menaiktaraf fasiliti
latihan atau membina lebih banyak pertandingan bolasepak dalam negeri. Musim
lepas, Johor FC berada di tempat ke – 9 Liga Super (dari 14 pasukan ) dan Johor FA ke-4 di
Liga Perdana. Tak lah teruk mana pun. Beli import berkualiti dan masukkan beberapa
pemain berpengalaman pun dah cukup baik. Tak payah lah beli sampai 1 pasukan!
Celaka. Aku dah cuba habis baik nak ringkaskan entri ni. Jadi
aku bagi 3 sahaja tindakan PBNJ yang pada aku macam jahanam. Tapi aku tetap akui masih banyak tindakan yang masih boleh di puji (ada masa aku buat entri). Kepada peminat
Johor, macam mana pun kita tetap orang Johor. Berikan sokongan semampu boleh
pada pasukan bolasepak kita. Tapi janganlah tindakan salah pun nak kena sokong
jugak. Itu Pandir namanya. Ini pesanan ringkas dari akak Fajura. <---
Dari orang Johor untuk orang Johor. Sebab tu ayat gua manis manis. Dah power nanti kita berlagak. Orait?
Apebende sokernet dah jadi tempat budak-budak sekolah melepak ni.
BalasPadamLiga super ada 12 team je lah bangang. Fam tak cerdik lagi nak naikkan kuota. Jangan jadi bangang macam fam.
BalasPadamkaki keras babi
BalasPadamHahahaha...
BalasPadamHahahaha....
Hahahaha...
Kau harus dikekalkan sebagai sumber utama untuk dihanjingkan selaku wakil DTFC dan Spurs... keh keh keh :p
BalasPadamAda baek lu resign awal-awal. Kerja bangangkan orang ni memang biasa dekat sokernet. Kalau nak tahu, Tok guru dia Pipiyapong. Wakakaka...
BalasPadamSaya harap pihak sokernet kekalkan pengulas ini, dia ada semangat. Bangang boleh dikikis secara beransur, jangan risau. Kakakakaka
BalasPadammane gambar fazura woi
BalasPadamdik, tolong buat reference dan kredit ujung entri ko ye. Aku rase point no.1 dan no.2 ko tu dah pernah dibincangkan di sini musim lepas. anyway, teruskan semangat walau pun kena hanjing.
BalasPadamkaki keras : jangan jadi bangang. dia sebut pasal liga super 2012. memang ada 14 team. sebab liga super nak buat 12 team je tahun ni sebab tu ada playoff. yang turun bawah liga ialah sabah, sarawak, kedah, kuala lumpur. yang naik liga secara automatik ialah ATM. dan pahang naik selepas menang playoff.
BalasPadam