Rabu, Januari 09, 2013

Gajah memijak Harimau ke Nenas??


Semasa aku terlupa kepada akhirat dengan bermain PES semalam, Amar, sahabatku seorang auditor pulang lantas mengajak aku makan di restoran ustaz kelantan.

Sampai sahaja kelihatan orang begitu ramai teruatamanya sek pantai timur. Oh rupanya ada bola. Keputusan sudah 2-0 dengan darul takzim mendahului.

Bermulanya separuh masa kedua, Pahang melancarkan gerakan menarik sehingga membuat orang-orang Pahang berdebor-debor.

Tiba-tiba pahang skor. Aku seronok lantas bertepuk-tepuk tangan dengan kuat menyertai sep kelate yang mungkin benci Johor angkara Matyo

Gol kedua Pahang, aku menepuk meja dan menjerit 'gool!!'sambil berdiri

Lantas Amar yang berasal dari melaka yang tak tahulah ada team bola ke tak bertanya "dah ko ni kenapa? ko ni orang klang!"

"Aku dari umur 4 sampai 18 aku duduk pahang bro!! Baru berapa tahun aku duduk Selangor ni."jawabku serius.

"Lantak ko la!! Jom balik. Aku penat bekerja. Ko tu yelah dah sebulan menganggur!"Herdik beliau kepadaku

Aku pun pulang sambil berharap Pahang akan menang, dan sesampainya di rumah, aku mendapat berita mengesahkan kemenangan Pahang. Aku begitu riang. Asalkan bukan darul takzim!!

4 ulasan: