ANDA SEDANG MEMBACA

5

Hari Indah Buat Fajura

racYnc Ahad, Januari 13, 2013 ,


Pilihan Johor 1 - 0 Perak

1. Gua menghormati Azraai Khor ( nama asal Khor Sek Leng ) sebagai jurulatih tempatan terbaik. Ini menyebabkan debaran bertemu Perak lebih terasa. Sebelum masuk stadium, bekalan kuaci dan air soya dibeli 2 kali lebih banyak. Ini semua Azraai punya pasal.

2. Jurulatih DTFC membuat rombakan besar di barisan pertahanan. Aidil dan Faizal Mansor dimasukkan awal sambil dibantu dengan pasangan anak beranak Azmi Muslim dan Muslim Ahmad. Manakala Zamir Selamat menjadi penjaga gol. Paling menggembirakan, Del Nero sudah pulih dan turut menjadi kesebelasan utama.

3. DTFC bermula garang dengan mengamalkan corak offensive dari sepak mula. Del Nero bertindak baik sebagai ball passer dan ball tackler di bahagian tengah. Wak Lan dan Guiza bersilih ganti membuat off ball movement di kiri dan kanan untuk menarik pertahanan Perak supaya out-position. Safiq seperti biasa aku tak faham apa fungsi dia.

4. Serangan bertali arus terhasil namun keampuhan back four Perak, di kepalai oleh Rafa " abang badan besar gila babi " Novais, mematahkan banyak gerakan DTFC. Perak bermain secara anti-football dengan banyak membiarkan ball posession dikuasai DTFC dan melakukan serangan balas sekali sekala.

5. Minit 37, Khairi Kiman membuat terjahan keras dari belakang Guiza. Masa kejadian, pengadil tengah segak berdiri di belakang beliau, lantas beliau di layangkan kad merah. 8 minit kemudian, Hisyamudin Shaari pula terajang dada Del Nero ( kononnya tackle ). Ketika kejadian, pengadil betul betul di hadapan Del Nero. Perak mendapat kad merah kedua. Nak hentak orang pun jangan la bagi pengadil perasan. Takkan sifu Azraai tak ajar.

6. Di separuh masa kedua, dengan tinggal 9 pemain Perak bermain secara ultra defensive. Namun, berpunca dari sepakan sudut Safiq, gol akhirnya terhasil pada minit ke-48 hasil tandukan hebat Aidil Zafuan. Perlawanan berterusan tanpa jaringan tambahan sehingga tamat perlawanan.

7. Secara keseluruhan, DTFC bermain dengan lebih baik jika dibandingkan ketika bertemu Pahang tempoh hari. Kalau masa game lepas main macam ni, Sultan Bola pasti terus letak jawatan. Dan kenapa game ni cuma 1 gol? Pertama, sebab bagi muka kat Azraai dan kedua, kerana pertahanan Perak sangat kental bertahan. Rafa tu aku harap Tengku Bola beli tahun depan.


Real Johor 2 - 0 NS Betaria

1. Gol dijaringkan oleh Farid Ideris dan Orlando.

2. Real Johor akan naik Liga Super tahun depan. Percayalah.

Dengan kemenangan kedua dua pasukan Johor, apa komen Fajura?


Senyum tau akak.. Senyum.. 


Sori entri lambat. Gua sibuk.

5 Ulasan:

benz zee berkata...

stress je tengok muka fajura

Peter Hayes Jr. berkata...

oooo. nama asal azraai khor. Khor Sek Leng. baru tau

hgg berkata...

dapat gol 1 je lawan 9 pemain? biar betul jdt ni.. macam ayam je...

Chaeir Shahir berkata...

Oooo bg muka. Wkakakak

janxxx berkata...

ceh!!sembang!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...