ANDA SEDANG MEMBACA

4

HARIMAU, KIJANG DAN REFEREE PUN ADA PROBLEM.

SuperTwelve Raz Rabu, Januari 16, 2013
HARIMAU, KIJANG DAN REFEREE PUN ADA PROBLEM.

1-1 . Tamat sudah perlawanan yang dikatakan konon-kononnya hebat untuk separuh masa pertama liga musim ini.

Minit 90 minit + 3 minit 52 saat.

Secara keseluruhan perlawanan semalam gua merasakan ia adalah perlawanan bertaraf 5 tahi bintang.

Faktor faktornya mungkin disebabkan kehadiran pemain bertaraf tahi bintang di angkasa atau permukaan padang yang bertaraf 3 bintang atau pengadil yang mengawal permainan macam tahi bintang?

Walaubagaimanapun, Kelantan berjaya menguasai perlawanan secara keseluruhannya dengan  mengambil peluang persembahan yang kurang mantap oleh ketahi-bintang barisan tengah yang diketuai ketua pasukan Darul Takzim FC. Safiqi Rahimi Tahi Bintangi.

Bojan seperti mengenyit mata tanda kepuasan kepada Fandi Ahmad yang kusut masai di tepi padang memikirkan masalah bintang bintangnya yang main macam binatang.


Yang gua nampak saat persembahan bintang hanya :

1. Lipatan gunting Safee Salee dan save oleh KFCM.

2. Separuh masa pertama yang menjadikan Kelantan dihadapan dengan rembatan padu oleh Farhan pada minit ke 37. Cantik.

3. Tackle bersih Daudsu sepanjang separuh masa pertama.

4. Sepakan percuma Guiza , menyamakan kedudukan Harimau dan Si Kijang
Guiza memendam rasa melihat jaringan padu itu. Padu.

5. Through Pass Guiza kepada Matyo, tapi dihalang pleh KFCM.

6. Kawalan dan hantaran cantik oleh Guiza dan Indra Putra untuk pasukan masing-masing

7. Pengadil tamatkan perlawanan 8 saat lebih awal.

Sementara itu, Amirulhadi, memikat hati gua sejak dia main di bahagian DMF bersama pasukan Pahang. Class!


Sekian.

*Biar gaji kecik asalkan main jangan bingai! Biar bukan bintang tapi main jangan bingai.






4 Ulasan:

talkIZcheap! berkata...

no 5 tu rasanya kepada Safee, bukan Mat Yo... Yang sampai berlanggar tu kan??

pesfreak berkata...

bab amirul hadi tu aku setuju..mmg mantap dia main dm...adakah selangor tak pandai guna mamat ni?

Badang berkata...

Amirul hadi kat selangor mmg bangang abadi..

pairtra berkata...

Aku rasa panggil blk amirul hadi.. bg men dm.. bg piya men am

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...