ANDA SEDANG MEMBACA

2

Keindahan yang hilang

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Khamis, Januari 03, 2013 ,
Suatu ketika dahulu



Ketika aku mengepit telo sewaktu hendak merembat bola pada usia 10 tahun dahulu, aku menyedari yang kepitan aku itu tidak terlalu kemas dan tidak terlalu kejap. Untuk mendapatkan momentum yang padu sesuai dengan tenaga kanak-kanak seusiaku, kepitan itu haruslah mantap dan tidak tertelus sedikit pun angin. Ini akan memudahkan pergerakan peha dan menambah tenaga pada betis lalu menghasilkan satu rembatan deras bola getah RM5 menuju ke pintu gol yang ber'tiang'kan selipar...


Sejak itu kegilaan aku bermula...


Kecintaan dan romantisisme terhadap permainan berhantu ini menjadikan aku ketagih siang dan malam. Sewaktu tidur, aku akan bermimpikan yang indah-indah dengan melihat diriku sebagai seorang pemain bola sepak professional yang sangat berjaya sehingga terkenal ke seluruh dunia. Hari-hari aku akan memikirkan tentang perkara yang sama memandangkan zaman ketika aku membesar dulu bola sepak negara diwarnai dengan bintang-bintang handalan seperti Azman Adnan, Rusdi Suparman dan ramai lagi.

Rasukan kegilaan Stadium Shah Alam menjadikan aku sebagai anak jati Selangor yang memiliki impian yang sangat besar. Tanpa menghiraukan usia yang masih mentah pada kala itu, perkataan carutan seperti babi, burit, pukimak dan haramjadah adalah merupakan 'makanan' biasa untuk aku ketika di dalam stadium yang hanya dicarutkan apabila abah aku ke toilet atau membeli air sirap seringgit dapat dua.

Fakta yang pada ketika itu bola sepak Selangor adalah sungguh meriah dan berkuasa tidak dapat disangkal lagi. Kepimpinan mengikut teladan yang dipraktikkan oleh pengurus pasukan Selangor ketika itu, Dato' Aini Taib berjaya menunjang kehebatan pasukan Lembah Klang sebagai kuasa yang memimpin pasukan kerdil lain dalam Liga Malaysia.

Dan aku, terus-terusan gila dalam meniti perjalanan menuju puncak kehebatan, kesombongan serta keangkuhan para pemain Selangor. Kanak-kanak seusiaku pada waktu itu juga memiliki impian yang sama. Dengan azam tidak akan menghisap rokok dan bermain perempuan, kami bercita-cita tinggi untuk menggapai impian. Aku berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya menempatkan diri dalam pasukan muda kebangsaan. Alhamdulillah.

Tapi sayang... Seiring dengan perubahan zaman, aku juga terleka dalam mengikut arus semasa. Godaan hidup sebagai pelajar sekolah menengah ditambah lagi dengan era revolusi telefon berkamera menyebabkan kami hanyut dengan dunia 3gp dan...ya, rokok serta beberapa lagi bahan terlarang. Ini sekaligus menutup terus harapan yang disemai ketika aku masih hijau. Ditambah pula dengan keadaan Liga Malaysia yang tenat pada ketika itu dengan skandal dan bermacam perkara menyebabkan aku hilang minat terus dalam menghayati erti bola sepak negara. Ya, aku adalah anak muda yang hilang punca. Perubahan demi perubahan yang dilakukan FAM menyebabkan aku bosan dengan situasi yang terjadi. Kedegilan dan keegoan mereka juga adalah punca kepada permasalahan yag berlaku. Kemerosotan pasukan Selangor serta penyaksian peribadi terhadap perkara melibatkan rasuah dan pemain terus mematikan minat aku yang mulai pudar. Bookie-bookie yang berkeliaran dengan godaan wang tunai menyebabkan ramai yang terpedaya sehingga menghancurkan karier ramai pemain yang benar-benar berbakat. Dan aku... Putus asa dengan apa yang berlaku.

Jadi, persoalannya wajarkah golongan-golongan belia seperti kami dipersalahkan andainya memuja kehebatan bola sepak eropah?


2 Ulasan:

kobetz berkata...

danny mmg win.. calon juara.. kah3..
cam da lme menulis..
bila men pempuan pastu alhamdulillah.. ko mmg tunggu petir kat selangor nie.. kah3!

Aziz Nasution berkata...

Seingat aku lah, Kemeriahan Stadium Merdeka sebagai home of FAS lagi terserlah berbanding Stadium Shah Alam. Sebabnya stadium shah alam jarang betul2 penuh kecuali lah masa perlawanan penting atau final je. Sekarang ni lagilah. Kalau nak penuh pun kena jumpa Kelantan kat semi FA/Malaysia Cup.

*err sudah2 la tu lyn 3gp. Dah register dgn SFC?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...