ANDA SEDANG MEMBACA

3

Kelab Mengkritik Ultras Ver.2

Unknown Isnin, Januari 28, 2013


Ini Bukan Ultras 

1. Selangor

                                                  Selangor Soccer Fan Club (SSFC)

Barisan Kita

                                                         Sorakan Se..La..Ngor..


2. Perak

                                                       Ipoh Mali Talak Sombong


3. Kedah

                                                          Biar Jasa Jadi Kenangan


4. Kelantan

                                                 Bo Lawe Staro Demo (minit 10:50)

5. Johor

                                                        Luaskan Kuasamu Johor



Nampak tak ultras? Nampak tak? Apa perbezaan mereka dengan kamu. Mereka membawa identiti mereka dan kita boleh kenal mereka melalui sorakan dan lagu nyanyian mereka.

Lagu Barisan Kita begitu sinonim dengan Selangor walaupun itu lagu Malaysia. Sorakan Selangor pula biarpun mirip kepada keliverpoolan tetap menunjukkan mereka berbeza dari pasukan negeri lain. Perihal Selangor dan Liverpool semua orang sudah sedia maklum bahawa mereka mempunyai perangai yang sama.

Perak pula sudah sekian lama menyanyikan lagu Ipoh Mali Talak Sombong dan orang boleh tahu itu penyokong Perak. Walaupun lagu itu akan dibalas balik oleh penyokong lawan jika mereka kalah dengan berbunyi Ipoh Balik Talak Sombong, tapi mereka hepi.

Kedah jangan disangkal lagi. Jangan bermain main dengan lagu keramat mereka. Sehinggakan band skinhead turut mengubah semula lagu Biar Jasa Jadi Kenangan menjadi versi street rock. Jangan sesekali kamu semua pandai pandai mengubah lirik Kedah, Kedah pantang kalah kepada Kedah, Kedah haram jadah. Mereka cukup marah.

Kelantan juga mempunyai lagu mereka sendiri. Bo Lawe Staro Demo jika dimainkan dalam versi dikir barat barulah kamu semua tahu erti keinzalan. Tapi jangan provok sangat mereka, baru nak merasa jadi lejen dekat Malaysia dah nak jatuh dah musim ni. Jadi benda benda begini jadi sensitif orang kata.

Apa nak dikata tentang Johor Tak Betul ni. Lagu tu tak berapa pasti milik ultras mereka atau Johor Fan Club. Tapi rasanya dari Johor Fan Club sebab tak penah dengar ultras lain nyanyi. Biasanya kalau lagu sedap, satu ultras buat, ultras lain pakat pakat rembat. Tapi negeri ni hadapi krisis identiti yang tahap kritikal. Bukan berkenaan lagu tapi sokongan. Sedarlah Johor betul atau Johor FA atau Johor United berada di Liga Perdana. Berbuih dah seluruh rakyat Malaysia bagitahu tak pandai pandai lagi ke.

Boleh tangkap tak wahai ultras ultras yang tak makan kuaci pegi stadium sekalian.




3 Ulasan:

hgg berkata...

tahukah anda sokernet anti ultras?

Carlos Santiago berkata...

Kdg aku sendiri berserabut dgn ultras ni..BANkami

NEOFISHY berkata...

"Apa nak dikata tentang Johor Tak Betul ni. Lagu tu tak berapa pasti milik ultras mereka atau Johor Fan Club. Tapi rasanya dari Johor Fan Club sebab tak penah dengar ultras lain nyanyi. Biasanya kalau lagu sedap, satu ultras buat, ultras lain pakat pakat rembat. Tapi negeri ni hadapi krisis identiti yang tahap kritikal. Bukan berkenaan lagu tapi sokongan. Sedarlah Johor betul atau Johor FA atau Johor United berada di Liga Perdana. Berbuih dah seluruh rakyat Malaysia bagitahu tak pandai pandai lagi ke."

Marah Lucy ni bila matlamat dia untuk wujudkan team bukan berasaskan negeri ni turut tak disokong oleh penulis satu kapal...

Tulis kasi research la sikit bai....bukan main hentam jek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...