Memandangkan pesaing-pesaing aku dalam sokernet bukan sekadar angkuh tak habis-habis dengan perihal FAM dan presiden letak jawatan, maka aku mengambil langkah proaktif dengan mengulas pasukan-pasukan yang bakal memberi saingan dalam liga super yang akan datang ini. Kita semua harus menelan kebenaran yang sultan bola itu beraja dimata, bertakhta di hati. Kita semua terpaksa menerima suratan takdir ini, kerana Ultras Malaya yang rebel tahap until the last rebel pun tak mampu buat apa-apa. Apatah lagi kita yang bila ke stadium hanya menjadi tikus mondok melahap burger mahal dan kuaci saja. Menjelang beberapa hari saja lagi liga Malaysia akan membuka tirai, namun kehangatannya tidak dapat dirasakan kecuali bagi peminat pasukan Johor yang sudah berpuluh tahun menunggu sebuah pasukan bolasepak yang tidak bangang. Situasi ini memang lumrah di Malaysia kerana peminat bola Malaysia ramai berdarah Inggeris. Tetapi mereka tidak boleh dipersalahkan, siapa yang mahu disogokkan dengan permainan bercorak bangang bukan?
Ok, Liga Malaysia bakal membuka tirai dengan perlawanan tumpuan Kelantan vs ATM pada 5 januari 2013 bagi merebut Piala Sumbangsih. Perlawanan ini dilihat lebih menjurus kepada misi balas dendam untuk ATM yang telah tewas bermaruah pada perlawanan akhir Piala Malaysia edisi yang lalu. Kelantan pula pastinya mahu membuktikan kepada seluruh warga Malaysia amnya dan kepada warga Johor khasnya yang mereka masih boleh menggomo meskipun tanpa kelibat Mat Yo dan Awe yang berpindah ke Johor musim ini. Untuk saingan liga super edisi 2013, Kelantan juga diperkuatkan dengan bekas penyerang berbisa Perak, Keita Mandjou selain bekas kereta kebal berpengalaman Perak, K.Nanthakumar. Peminat dan pemerhati bolasepak masih tertanya-tanya tentang prestasi Kelantan bagi menghadapi musim baru ini samada masih berbisa atau kembali seperti sediakala yakni asyik nak bergocoh saja. Apatah lagi selepas dibelasah mudah naib juara piala FA, Sime Darby FC 4-1 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini. Dengan Semen Padang pun kena kitai jugak.
Beralih ke utara semenanjung pula. Perak sebagai satu-satunya wakil tunggal dari utara Malaysia sementelah Kedah dan Perlis (Pulau Pinang jangan nak tanya lah, diorang dah lenyap dari peta Malaysia gamaknya) semakin bangang dari hari ke hari, dilihat bakal memberi satu anjakan paradigma yang baru dalam saingan edisi 2013 ini. Penjenamaan semula dengan rombakan besar-besaran terhadap pemain walaupun pada musim lepas masih konsisten dengan menghuni tempat keempat liga. Dari situ kita dah boleh nampak bertapa seriusnya Perak dalam hal bola ni. Sebab itulah Perak menjadi satu-satunya pasukan yang tak pernah jatuh ke liga perdana. Power betul. Antara nama besar yang memperkuatkan pasukan Perak ialah bekas penjaring terbanyak 2011 Abdul Hadi Yahya. Selain Yong Kuong Yong dan Farizal Marlias. Selain itu sesuatu yang menarik bagi edisi kali ini ialah dengan kehadiran Rafael Souza yang khabarnya boleh jadi pertahan tengah dan penyerang sekaligus selain Karim Rouani yang iras-iras Karim benzima. Kome tau dak Karim Rouani ni kuat bersolat? nasib baik Karim ni tak main di Kelantan. Kalau tidak maunya ditangkap gambar dia tengah bersolat buat jaja satu facebook. Perak juga mengambil langkah proaktif dengan mendapatkan khidmat Jose Mourinho Malaysia yakni Azrai Khor Abdullah.
Bagi Selangor pulak edisi diorang kali ni macam biasa, meneruskan misi 33 mereka. Khabarnya ramai peminat-peminat Selangor bertepuk bersorak bila Johor beli si Safiq Rahim dan Pahang membeli si Amirulhadi. Selangor juga mendapat khidmat pemain yang boleh laa dia punya menyerlah dekat AFF itu hari, Mahali jasuli selain Shukur jusoh. Penyerang Terengganu, Forkey Doe
Skuad Jang pula kali ni macam suram je berita perpindahan pemain. Peminat Jang pun khabarnya macam ragu-ragu bila diorang ambik kalkulator dan darab bahagi tambah umur pemain baru,jawapan dia sama dengan 28 tahun purata umurnya. Negeri Sembilan kali ini mendapatkan khidmat bekas jurulatih Parsebaya, yakni Divaldo Da Silva Teixeira Alves. (cilake susah nak eja nama dia). Jang menaruh harapan yang besar dengan mengambil jurulatih dari Portugal dan bernama ala brazil ni mampu bawa mereka pergi jauh selain mampu menjadikan seorang pemain mereka handal macam Cristiano Ronaldo.
Jauh ke selatan tanah air pula, Johor telah melakukan kerja gila. Johor FC ditukarnya ke Darul Takzim FC. Lagi satu mana tak gila kalau dihambatnya Safee Sali sampai ke wisma FAM. Johor ni serius betul nak meluaskan kuasa katanya. Diorang ambik Guiza tu. Guiza ni pulak dengan angkuh dan bongkak tak hormat ketuanan melayu dia target 50 gol untuk liga super ni. Selain itu Darul Takzim FC ni diperkuatkan pulak dengan Aidil dan Zaq One. Selain itu Safiq Rahim, Muslim Ahmad, Awe dan Mat Yo. Sehubungan dengan nama-nama besar yang datang menyertai Darul Takzim FC juga membuatkan beberapa nama besar artis negara seperti Amy Search, Joe Flizzow dan lain-lain terus mengaku sebagai orang Johor dan penyokong nombor satu Johor. Biasa la tu. Tak apa kita tungu.
T-team pun boleh tahan berkobar kobar. Peter Butler akan memimpin diorang pada edisi kali ni. Siap bawak masuk Caleb Folan dengan George Baoteng lagi. Nama pun dah baru, Titans katanya. Abang T-team pula yakni Terengganu entah la apa nak jadi. Effa Owana je yang bunyi nak gah sikit. Lain-lain yang gah untuk Terengganu ialah Mad Said dan Salem kumpulan Iklim dan Ameng Spring.
Bagi pendatang baru di liga super untuk edisi ini, Pahang tampil dengan pemain harapan Kuala Lipis yang agak menyinar di AFF yang lalu, Azamudin Akil. Selain itu seorang lagi pemain yang menyinar menyertai Pahang ialah Azidan Sarudin. Azidan ni menyinar bukan sebab handal pun tapi sebab lidah bercabang dua. Kejap nak ke Perak kejap nak ke Pahang. Satu mesyuarat antara aku sebagai penyokong Perak dan kawan aku penyokong Pahang, kami dah bersepakat untuk mengatakan yang ini angkara Selangor yang nak memecah belahkan dua negeri pengeluar ikan patin. Pahang juga mendapatkan khidmat Amirulhadi dari Selangor.
Lain-lain pasukan macam Felda United, ATM tu tak payah la ulas teruk-teruk sebab bukan ada peminat pun sebab landskap bola Malaysia ni memang kearah kenegerian. Edisi liga super 2013 ni nampak seperti memberi penuh debaran kepada pasukan yang suam kuku, penuh cabaran kepada pasukan yang memiliki pemain-pemain bintang, penuh harapan kepada pasukan yang lemah dan dipenuhi kesurupan kepada pasukan yang bermain liga petang-petang seperti Pulau Pinang. Kesungguhan pentadbiran beberapa pengurusan negeri yang mengambil langkah drastik untuk menyemarakkan kemeriahan bola sepak Malaysia juga bolehlah juga dipuji dan dikeji.
Keluar mulut Pepe, masuk mulut Daudsu |
3 Ulasan:
nak gambar wags
Keluar mulut pepe, masuk mulut daudsu tu memang win.
ade hrpn.. cume xangkuh lg..
ikan patin buah nora danish mmg sedap!
Catat Ulasan