ANDA SEDANG MEMBACA

5

Lions XII - TER KINI- TER NOW!

second-adib Rabu, Januari 09, 2013 ,

Wahh..seronok betul masing-masing meraikan kekalahan Darul Takzim ye? Mungkin inilah yang kita nantikan selama ini, sebuah pasukan yang dibenci ramai secara sepakat bagi memeriahkan lagi saingan Liga Super yang kurang hangat pada musim-musim lepas. Tahniah TMJ! Apapun, fokus aku ialah kepada perlawanan malam ini antara Lions XII bertemu pasukan veteran perang, ATM. Tapi kali ini, aku hanya ingin update perkembangan terkini sekitar kem Lions XII.

Pada perlawanan Piala Sumbangsih lepas, dilaporkan bahawa 'The Dazzler' Sundramoorthy, Ketua Jurulatih Lions XII berada di antara ribuan penonton di stadium menyaksikan perlawanan tersebut, pastinya ingin mengintip dan mengkaji strategi lawan yang bakal mereka hadapi nanti, iaitu ATM. Teringat kenyataan jurulatih kesayangan pasukan kebangsaan kita ketika membuat persediaan menghadapi Thailand di Piala AFF haritu, "Kami tak perlu mengetahui kekuatan dan strategi lawan, kami hanya perlu bermain permainan kami sendiri,". Hasilnya, faham-faham sendiri.

- Baihakki Khaizan dan Shahril Ishak, dua 'pemain-kunci' untuk pasukan Lions XII khabarnya telah dilamar oleh sebuah kelab Liga Thailand iaitu Bangkok Glass FC. Shahril masih belum memberikan jawapan manakala Baihakki mungkin menyertai kelab tersebut pada April. Mengingatkan juga kepada Rozaimi Abd Rahman yang pernah dirisik kelab Thailand BEC Tero Sasana tahun lepas tetapi tidak dilepaskan majikannya, pasukan Sabah. Bangkok Glass menduduki tempat ke-8 Liga Premier Thailand 2012, manakala BEC Tero Sasana, tempat ke-3. Rugi?

- Hanya 12 pemain dari pasukan tahun lepas akan bermain untuk Lions XII musim ini, manakala selebihnya pemain bawah 23 tahun yang diserap sebagai persediaan menghadapi Sukan Sea nanti. Tetapi sedikit-sebanyak menghilangkan keyakinan penyokong terhadap kemampuan mereka di Liga Super musim ini. Pendedahan kepada suasana perlawanan yang kompetitif mungkin menjadi misi utama untuk dicapai terhadap pemain-pemain baru. Berlainan dengan pasukan Harimau Muda yang akan berlatih nun jauh di Slovakia, mungkin sebagai persediaan menghadapi kesejukan cuaca di Myanmar nanti. 

- Melalui pemantauan aku di laman FB penyokong Lions XII, kelihatan mereka sangat teruja dengan musim baru Liga Super ini. Malah mereka sudah pun mempromosi perlawanan yang berlangsung pada bulan Februari depan, melalui penganjuran pertandingan dan sebagainya. 
 
Sumber: FB Page Exclusive Singapore Lions XII

Info pembelian tiket perlawanan diwar-warkan setiap hari dan dijual sepenuhnya secara online dan mesin vendor termasuk pas bermusim. Setiap hari dilakukan pula 'count down' menghitung hari menjelang sepak mula perlawanan pertama. Malah perlawanan Pahang-Darul Takzim FC semalam juga diulas secara live di Twitter. Menunjukkan betapa bersungguhnya mereka merayakan Liga Super Malaysia untuk musim ini.

Peminat bola di Malaysia pula, amacam?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sementara itu di Portugal..

Eh, korunk main kat Liga Super lagi ke?


5 Ulasan:

nwa berkata...

Ala tak payah la poyo sangat...fan kat malaysia pun hari2 cerita pasal liga super gak...

Kau tahu tak liga thai tu hancur?

Unknown berkata...

Hmmm

Taufiq Sani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Qazwsx berkata...

aku bersetuju bab rozaimi tu.liga thai kelas C sama singapore,indon yang kita kutuk kaw2 pn liga dia kelas B.kita??kelas D.xperlu pergi sampai portugal.men kat liga belah asia pn dh leh tmbh exp,skill.cer try g liga cm uzbek ke iran ke.rugi rozaimi tak try g ke liga thai.

Badang berkata...

Aik? The real bana dah main kat portugal???
Boring...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...