Semalam aku bengang sangat pasal game power Johor Palsu lawan ATM yang aku nak sangat
tengok LIVE dari Borneo tak dapat sebab Rais Yatim tak bagi LIVE dekat TV1,
ARENA pun sama bangang dengan RTM dah tahu game sedap tak bagi LIVE.
Kebangangan apakah ini?.
Start tahun 2013 ni, azam baru aku untuk lebih bernafsu
tengok Liga Super main. Awal-awal lagi azam aku seperti membuahkan hasil, ditambah
lagi dengan rancangan menarik di Arena 801 berkaitan dengan Liga Malaysia
seperti Formasi, Sorakan 12, Kafe Sukan dan Masa Tambahan rancak ditayangkan, nafsu aku semakin
tak terkawal.
Tambah-tambah lagi malam ni ada lagi Liga Super dan nafsuku makin
membuak-buak. Aku sangat teruja nak tengok sampai lupa malam ni game EPL team
mana maen, peduli apa aku. Sana sini orang sibuk cakap Pahang lawan Selangor.
1. Dua-dua team power, dua-dua team ramai bekas
legend dan dua-dua bekas gergasi bola sepak tanah air.
2. Orang ramai sekarang sibuk cakap pasal team
Pahang ni yang paling power dan paling mantap dekat Malaysia sekarang ini.
Hangat dan laris macam goreng pisang kena jual petang-petang waktu musim hujan
dekat Malaysia sekarang.
3. Selangor masih antara pasukan yang terbaik di Malaysia
dan masih panas dengan kemenangan di Kuala Terengganu tempoh hari.
4. Aku dengar orang Pahang makin angkuh sebab tak
pernah kalah lagi main Liga Super. Dengar-dengar mengalahkan keangkuhan
orang-orang Johor dekat Selatan Tanah Melayu.
5. Aku tak nak tengok TV1, game bosan taraf budak-budak sekolah main bola sepak dan potensi untuk aku tukar channel adalah tinggi.
8.45 malam ni aku janji duduk terpacak depan TV tengok game hebat ni. Aku harap malam ni game tak buat aku mengantuk. Aku tak kisah siapa
menang siapa kalah yang penting kualiti permainan tak jauh standard macam Liga Juara-Juara
Eropah main, paling koman pun macam EPL main selalu hujung minggu. Tiada lagi askar bawa M16, tiada orang kena kepung, tiada provokasi dan tiada RELA kena belasah. Majulah Liga Super untuk Malaysia.
2 Ulasan:
pisang goreng lah bukan goreng pisang. adeh melayu melayu
Benz Zee, goreng pisang yg betul jika ikut kamus tatabahasa DBP. harap maklum
Catat Ulasan