Begitu juga yang berlaku untuk Darul Takzim FC semalam menentang Pahang. Kalah 3-2. Pasukan baru mengambil masa untuk mendapat keserasian dan persefahaman mantap. Jangan terlalu gembira Pahang, esok kau kena balik di Johor.
Baik, aku tak nak ulas pasal game semalam. Pipiyapong legend pun dah ulas dengan powernya semalam. Aku nak ulas benda lain. Tapi Pahang memang power, jangan power dekat Darul Makmur je.
Revolusi pembelian bintang yang menjadi trend dalam bola sepak sekarang sebenarnya satu malapetaka penuh halus untuk industri bola sepak tanpa mengira jenis dan negara liga tersebut dilangsungkan . Sedar atau tidak, lebih banyak negatif dari positif impak daripada trend tersebut.
Seingat
aku, revolusi angkut mengangkut star ni dimulakan oleh Los Blancos pada
tahun 2001. Di Malaysia, Pahang yang
digelar Real Madrid Malaysia memulakan langkah pertama pda tahun 2005. Tradisi
tersebut kemudian berterusan namun yang paling nyata berlaku di ATM dan Darul
Takzim FC.
Jangan tekan butang panik dulu TMJ.
Di England, revolusi pembelian bintang ternama paling signifikan dimulakan oleh The Blues di bawah era Roman Abramovich yang membuat rombakan besar-besaran keseluruhan pasukan kelas sederhana Chelsea berdekad lamanya di England yang dinaungi kehebatan empayar The Kopiters dan Manchester United. Penyingkiran Claudio Ranieri yang membawa titik permulaan episod penyingkiran pengurus di Chelsea yang tak berkesudahan sehingga kini.
Di England, revolusi pembelian bintang ternama paling signifikan dimulakan oleh The Blues di bawah era Roman Abramovich yang membuat rombakan besar-besaran keseluruhan pasukan kelas sederhana Chelsea berdekad lamanya di England yang dinaungi kehebatan empayar The Kopiters dan Manchester United. Penyingkiran Claudio Ranieri yang membawa titik permulaan episod penyingkiran pengurus di Chelsea yang tak berkesudahan sehingga kini.
Manchester City
meneruskan revolusi ini di mana Sheikh Mansour
mengoverhaulkan Manchester City menjadi pasukan digeruni selepas
bertahun-tahun lamanya di kelompok pertengahan Liga Perdana Inggeris.
Trend ini merebak di seantero dunia. Di Russia dengan Anzi Makhachkala dan Zenit St Petersburg, Perancis dengan PSG malah China dengan Shanghai Shenhua nya.
Sedar
atau pun tidak, trend pembelian bintang ini sebenarnya mewujudkan jurang yang
lebih luas antara pasukan elit yang kaya dengan pasukan cap ayam yang bermain
di liga bawahan. Tak perlu tengok jauh, bandingkan ATM atau Darul takzim FC
dengan Melaka, Pulau Pinang ataupun Perlis.
Keindahan
sesuatu perjalanan liga bola sepak tentu kurang seri kerana pasukan mana yang
akan menang boleh diramal, beza mata yang jauh antara juara liga dengan pasukan
bawahan, kualiti perlawanan yang berat sebelah dan perlawanan akhir dengan
skrip yang sama. Kalau ada pun team cap ayam yang layak ke final, jarang sekali
jadi juara.
Fenomena
kejar mengejar sesuatu kelab besar terhadap bintang juga mencipta pricetag yang
melambung tinggi terhadap seseorang pemain. Kadangkala kualiti dengan nilai
harga yang ditetapkan jauh panggang dari api.Kalau macam tu, macam mana pasukan
cap ayam nak sign player yang high class. Kalau dulu pemain bintang seperti
Zidane, Rivaldo ataupun Ronaldo gemuk mungkin ramai kelab boleh beli, tapi
sekarang kalau tak ada bajet 30 M ke atas, jangan mimpi.
Begitulah
nasib kelab-kelab cap ayam, bermain sekadar untuk melengkapkan jadual dan edisi
pertandingan. Kalau dapat naik divisyen pun sudah kira memadai. Itu pun kalau
kelab-kelab elit tak sambar nanti. Itulah yang berlaku di Leeds United,
Valencia dan banyak lagi.
6 Ulasan:
Boring. Serius boring. Lame.
kupasan yang menarik.
mmpj? zaman tu tadika lg ke woi!
ape yg boring?
ni kupasan berkualiti la
bangang
dalam sarcastic selit gak la ilmu sket
mangkak
Anda liverfool?
Stating up the obvious...boring..sorry
Catat Ulasan