Masuk ke perlawanan Liga Super yang ke-5, tapi apa yang aku
nak tengok sangat bukan setakat kualiti permainan yang semakin meningkat,
stadium yang kembali hidup dengan kehadiran penonton, penyokong menjadi lebih angkuh
dan bernafsu, media arus perdana dan bawah tanah tak menang tangan untuk tulis
pasal Liga Malaysia dan jersi-jersi pasukan yang bermain di Liga Malaysia laris
dijual di pasar malam, aku sangat kegersangan nak tengok impak maksimum yang
dibawa setiap pemain import yang bermain di Liga Malaysia.
Semua pasukan dalam Liga Malaysia sangat dahagakan pemain yang mempunyai kualiti permainan yang tinggi, kemahiran yang mantap dengan pengalaman hebat beraksi di liga lebih kompetitif, set-piece cemerlang, dead ball situation mantap, finishing power gila babi, kaki dan kepala genius, berpengaruh di atas padang, luar padang kita cerita lain kali.
Belanja nak bawa masuk pemain import bukan murah, gaji
bulanan, agen pemain, insurans dan lain-lain lagi benda yang telah dipersetujui
dibayar oleh pasukan bukan satu pelaburan yang sikit. Persatuan terpaksa jimat
bajet untuk selamatkan kewangan pasukan, tapi tak ubah seperti menanggung
biawak hidup. Saiz badan dah lepas, pengalaman pernah bermain di liga luar
negara satu reputasi hebat, persatuan bukan tak bayar gaji. Alasan apakah lagi
untuk gagal menyinar?.
Power!!! |
Selain Marlon Alex James, Dani Guiza, Effa Owona, Obina dan
Bruno Martelotto, aku tak nampak lagi sejauh mana sumbangan yang diberikan oleh
pemain import yang lain untuk pasukan selain dari jadi model sambilan susuk
badan yang mantap di tengah padang, gaya bajet star sebab pernah main liga elit
di luar negara, skills bodoh-bodoh yang lebih kurang je dengan pemain tempatan
dan bagi perabis duit pasukan untuk bayar gaji.
Di Pahang, Dollah Salleh lebih percaya dengan bakat-bakat
tempatan. Kesialan apakah ini?. Kerana kepoweran Fauzi Roslan sehingga Borji
menggigit jari, begitu juga di Selangor, Amri Yahyah lebih cemerlang berbanding
Forkey Doe yang masih mandul di depan gol. Di Perak di mana kepoweran Karim
Rouani nya?, di Negeri Sembilan dengan De Porras nya. Kena ingat, tugas utama
striker untuk jaringkan gol bagi pasukan. Mana Boateng? Del Nero, Keita Mandjou?.
Kuda tua yang masih berbisa |
Kalau setakat bagi trial 3,4 perlawanan persahabatan
dengan pasukan dan terus setuju nak bagi tawaran bermain, itu bodoh namanya. Lagi bodoh kalau
pemain tu dinilai hanya berdasarkan video berdurasi 5,6 minit, dengan gol-gol
menarik yang dijaringkan, 2,3 skills power dihighlightkan dan terus ditawarkan
kontrak bermain. Hantar scout tengok sendiri pemain tu bermain hebat ke
tak, bagi tempoh percubaan lebih lama
sikit, cari pemain import seluruh dunia yang berbaloi dengan harga, buat sedikit
research tentang player tu jangan main bantai sign, baru layak dianggap persatuan
atau kelab yang genius.
Liga Malaysia kita ni sesungguhnya kegersangan dengan
pemain import sebegitu. Tapi yang datang indah khabar dari rupa. Yang
betul-betul menjadi cuma 3,4 orang, yang lain hanyalah sampah yang perlu
dilupuskan. Bukan mula tahun ni, dari start import dibenarkan bermain balik, masalah
yang sama terus berulang. Bodoh, bodoh dan bodoh lagi.
7 Ulasan:
Lu pun kene buat sedikit research tentang player dulu bai.. Karim tu belum main pun lagi, macam mana lu boleh jadikan dia penguat fakta penulisan lu bai? Bukan sebab gua orang Perak, tapi sebab penulisan lu membosankan bai...
Tulisan macam konek. Ko penah tengok ke Boateng main masa t-team menang dgn kelantan aritu? Ko nampak tak camane t-team hancur kena belasah dgn pkns sbb Boateng takde main pasal injured? Buat research dulu bai, jgn main tulis je. Dah la entry ko semua bosan. Puii!
ini kepala bana ape post ni
kah3.. ni sapik rahim tulis ke?
george boateng defensive midfielder bai. jadah dia nak score goal banyak banyak
Tulisan emo cam kepala konek..striker x semestinya dinilai dari jaringan sampai 50 gol satu musim je bangang.
Masa Pahang v Selangor itu hari Forkey Doe banyak gak passing yang membantu pergerakan attack, serangan2 yang mengancam kubu lawan..
Bangang pun penulis
Catat Ulasan