ANDA SEDANG MEMBACA

5

Perasmian Kem Lions XII - Suatu bentuk tamparan

second-adib Khamis, Januari 03, 2013 ,

Kebanyakan entri-entri sebelum ini untuk ruangan pengulas percubaan seperti malu-malu lagi nak rasmikan kem pilihan masing-masing untuk kempen Liga Super 2013.
Dengan ini, aku yang lebih dikenali sebagai Second Adib, merasmikan pembukaan Kem Lions XII untuk Liga Super 2013! Sebagai permulaan, aku paparkan dahulu contoh karangan yang aku hantar untuk penilaian sokernet tempoh hari.

Pelepapp!
Dalam hidup ini, kadang-kadang kita memerlukan satu tamparan yang padat dan menyakitkan ke arah muka untuk menyedarkan kita betapa bodohnya sesuatu perbuatan itu. Selagi tidak sakit, selagi itulah kita berterusan melakukan perilaku bodoh tersebut. Manakala mengharapkan suatu hasil daripada perilaku bodoh itu adalah satu lagi kebodohan. Bodohception.
Begitu jugalah liga bola sepak Malaysia, yang sediakala merapu, membosankan dan mengecewakan. Permainan long-ball, clear bola membabi-buta-tuli, passing menyusahkan rakan dan segala kebebalan lagi dipertontonkan pada setiap perlawanan. Di stadium, yang bersorak hanyalah sekumpulan bangang yang kerjanya menyorak, manakala pakcik-pakcik yang hidup di zaman liga semi-pro, zaman keindahan bola Malaysia, meneruskan kerja suci dengan mencarutkan mutu permainan pasukan liga Malaysia. Tetapi di sudut kecil perasaan kita semua, masih ada cita-cita baghal mengharapkan Malaysia untuk layak ke Piala Dunia.
Maka, metafora tamparan dan lempangan yang boleh digunapakai dalam kes ini sebenarnya ialah, kehadiran pasukan Lions XII ke dalam liga bolasepak Malaysia.
Pelepapp!
LIONS XII dengan berjayanya menunjukkan kepada kita, betapa pentingnya bermain mengikut kemampuan, bermain mudah, dan bermain menggunakan otak. Pragmatik, ungkapan yang sering dilabelkan kepada pasukan yang bermain kurang menarik, tetapi masih mampu memenangi perlawanan. Asas bola sepak dikuasai sepenuhnya, sama ada di padang latihan atau perlawanan sebenar. Tidak seperti pasukan lain yang mungkin gah di padang latihan, tetapi kaku di perlawanan sebenar. Pasukan Lions XII sering bermain berdasarkan analisis yang mendalam terhadap kekuatan dan kelemahan lawan. Menyerap serangan lawan, bermain mengikut rentak lawan, seterusnya memanipulasi dan diolah menjadi permainan mereka sendiri lalu diambil kesempatan dan menang. Jika disedari pasukan yang dihadapi itu agak kuat, mereka akan cuba bermain dengan matlamat mencapai mata minimum. Tetapi selalunya pada musim lepas, mereka hanya perlu menganalisis bagaimana untuk berlawan dengan pasukan yang bangang, yang kadangkala agak sukar juga ya. (contoh:- seri dengan KL, Kedah)
Pelepapp!
Pemain-pemain yang mewakili pasukan Lions XII sebenarnya bukanlah calang-calang pemain. Jika Malaysia, begitu riuh dengan kejayaan Safee Sali mewakili kelab bawahan liga(haram) Indonesia, Pelita Jaya. LIONS XII juga dibarisi beberapa orang yang pernah bermain di liga(haram) Indonesia. Baihakki Khaizan, pemain pertahanan tengah kental, pernah bermain di TIGA kelab utama di liga(h) Indonesia iaitu Persija Jakarta, Persib Bandung dan Medan Chiefs. Shahril Ishak pula pernah bermain di Persib Bandung dan Medan Chiefs. Bermakna mereka ini pernah bermain di tiga liga bolasepak sekitar Asia Tenggara termasuk liga Singapura sendiri. Pemain-pemain inilah yang membantu negara mereka memenangi Piala AFF dua kali sekitar tahun 2004-2006.  Pemain-pemain ini diserap masuk ke dalam pasukan Lions XII, untuk membimbing dan memberi inspirasi kepada pemain muda yang lain di dalam pasukan ini dengan pengalaman yang mereka ada. Hasilnya, 51% pemain pasukan kebangsaan Singapura yang disenaraikan untuk Piala AFF Suzuki 2012 adalah daripada pasukan Lions XII dan seperti yang anda sedia maklum, mereka menjuarainya.
Pelepapp!
Jadi, itu adalah beberapa hujah awal untuk menerangkan kenapa aku memilih pasukan Lions XII sebagai pasukan yang aku sokong di dalam Liga Super, selain daripada aku sendiri yang tidak mempunyai negeri 'tanah tumpahnya darahku' kerana sering berpindah-randah (Negeri Sembilan-Kedah-Melaka-KL-Selangor).  Tambahan pula jiran tetangga selatan mereka, pasukan Darul Takzim FC/Johor FA/Johor/TMJ FC/Fazura(mana satu yang betul wei) kelihatan sedang bersungguh-sungguh memantapkan pasukan. Manakala seorang legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad, dilantik untuk melatih pasukan tersebut. Pastinya, 'Perlawanan Tetangga Selatan' lebih menarik dan mendebarkan musim ini.
Perlu diingatkan, aku hanya menyokong kelab Lions XII, bukannya pasukan kebangsaan Singapura. Tidak perlulah aku membebel lagi tentang hak untuk kita menyokong mana-mana pasukan yang kita suka. Macam seorang member aku, lahir-sekolah-kerja di Kuala Lumpur for life, tapi sokong Sarawak. Apa ada hal?
Seperti yang aku katakan sebentar tadi, aku akan berseronok jika dapat melihat pasukan dalam liga Malaysia dilempang dengan padu oleh pasukan Lions XII melalui permainan kemas yang dipersembahkan di atas padang. Biar pemain bola Malaysia sedar yang mereka bukanlah terel sangat.
Pelepapp!!
Akhir kata, untuk musim 2013 ini, aku mensasarkan 3 pasukan teratas sebagai sasaran yang realistik untuk dicapai oleh pasukan Lions XII.

5 Ulasan:

kobetz berkata...

ayat skema.. true singapore sey...

Hadriegas berkata...

boleh tahan...

Tabok berkata...

Perghhh tak bole angkat seyyy lu orang punya post. Kita orang takda bedek apeeeee... khakhakhakha.

azlanalias berkata...

Peleppap tu kat peha la dib.

azlanalias berkata...

Peleppap tu kat peha la dib.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...