ANDA SEDANG MEMBACA

18

Perlawanan Agung

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Rabu, Januari 09, 2013


Bercakap perihal perlawanan paling agung pada hujung minggu ini sebenarnya bukanlah agung sangat seperti yang digembar-gemburkan. Ya, ia mungkin agung untuk beberapa tahun dahulu, tapi tidak pada waktu sekarang. Dengan 7 mata di depan pencabar terdekat, pasukan pandai main bola, Man Utd tenang menghadapi perlawanan hujung minggu ini. Berdepan dengan pasukan Liverpool yang nyata bukan tandingan sebenar adalah ibarat seperti mengunyah ais kacang di waktu tengah hari yang panas. Mudah, pantas, rangup dan sungguh menyelerakan. 

Sang arnab Suarez cuba bermain kotor dengan berlatih menjaringkan gol menggunakan tangan pada perlawanan yang lepas. Tetapi ini dapat disanggah dengan mudah kerana messiah sebenar United iaitu Howard Webb diberi tugas untuk mengadili perlawanan ini. RVP yang seperti tidak dapat dihentikan langsung seperti biasa diberi tugas untuk merogol Reina di gawang Liverpool. Sebenarnya ini adalah satu penghinaan buat RVP kerana kerja mudah ini seharusnya ditugaskan sahaja kepada striker akademi. Tapi demi untuk memaksimakan kutipan tiket dan menaikkan rating perlawanan, maka RVP terpaksa turun tangan untuk sekadar tersenyum dan bersahaja melakarkan hatrik sekaligus mendatangkan tugas rumit untuk Skrtel dan Agger. 

"Kerja jaga RVP ni sebenarnya kerja gila!" begitulah sebahagian dari rungutan yang diterima oleh kebanyakan jurulatih dari pemain pertahanan mereka.

Manakala Rafael pula akan diberi tugas memantau pergerakan tangan Suarez dan mungkin akan dibekalkan dengan gari atau tali jika perlu kerana umum mengetahui yang Suarez hanya berupaya menjaringkan gol menggunakan tangan dan menjadi 'benak bola' apabila menggunakan kaki.


Prediction : Man Utd 3 vs 0 Liverpool



Gua baru ingat nak ke Legoland minggu ni, natang!

18 Ulasan:

Jarr berkata...

dany armando yang tulih rupanya...ermmm....

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

hai jarr

Unknown berkata...

+1 vote untuk anda.

Hakim. berkata...

STYLE! Lama tak gelak baca entry dekat sokernet. Hahahaha

kobetz berkata...

kote.. ni bru umph...

Badang berkata...

Apsal cam boring jer...?
Kontol la kau..

keli berkata...

Tak sampai pun RVP dekat Skrtel dan Agger pasal dengan Lucas pun belum tentu lepas. Suarez kompem gol sebijik jadi ramalan 3-0 tu khayalan semata-mata. Pemain harapan MU ni bukan RVP laaa tapi HOWARD WEBB!!!

Elok jugak klau lu jadi pengulas nak harap Abdul Sokernet setakat letak gambar konek dan recycle gambar tin sardin ayam brand aje kerja dia.

talkIZcheap! berkata...

Memandangkan J Or Ji dah jarang menulis, dan walaupun tulisan ko tak secukup bongkak dia lagi, namun aku terpaksa undi ko semata-mata untuk memastikan kem MU kekal mekar... huhuhu

Tapi aku tetap rasa perenggan kedua tu boleh pecah kepada dua. Agak penat baca tanpa to'makninah...

Unknown berkata...

Rafael dah loan ke QPR. Tipikal sgt fan MU ni. Player sendiri pun tak kenal. LOL

qwerty berkata...

rafael dengan fabio pun tak boleh nak beza.
pembenci united tipikal ni. lol

FreeMen berkata...

Man Utd 4 - 0 LFC
Rooney (penalty)
RVP 2x
Howard Webb
Suarez (gol kensel sbb pakai tangan, dive, tiang gol patah, linesman x nampak bola masuk, ebby yus pitch invasion, apex n liuney tgh beromen).

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Ammar... Ammar...

kobetz berkata...

cukup la sorg name amar rohidan..
ni nk amar gak ke.. amar btol!
beza amar rohidan ngn amar asraf tau?

Unknown berkata...

sedih betul dengan amar ni. setakat itu je ke ilmu bola yang dia ada?

Alke berkata...

Ammar Fahmi Omar = bangang abadi. nak komen buat research dulu. Peminat macam ko la Lucy benci.

top_ace7 berkata...

"Ammar Fahmi Omar berkata...

Rafael dah loan ke QPR. Tipikal sgt fan MU ni. Player sendiri pun tak kenal. LOL"

KAH KAH KAH KAH KAH KAH! Adehh. Lucu lah lu ni Ammar. Ko boleh join Maharaja Lawak kut. KAH KAH KAH!

Unknown berkata...

Ammar... Ammar...hati kau keras...kah5...terus senyap lps kene troll...ko ni mesti fan team sardin FC kn?

Wanturd™ berkata...

sebenarnya amar ni troll korang. beria pulak korang betulkan dia. kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...