ANDA SEDANG MEMBACA

5

Prebiu Aksi Liga Super 2013 Yang Diulas Dengan Jujur Part 1

Jali Bah Khamis, Januari 03, 2013 ,
Sedikit prebiu untuk 12 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super 2013. Busuk-busuk pun, liga kita jugak.

Senarai 12 pasukan yang bertanding:

ATM FA
Johor Darul Takzim FC
Felda United FC
Kelantan FA
Negeri Sembilan FA
Pahang FA
Perak FA
PKNS FC
Selangor FA
Singapore Lions XII
Terengganu FA
T-Team FC

1. Kelantan 

Jurulatih: Bojan Hodak

Satu malaysia tahu bagaimana survival yg dilakukan oleh Kelantan dari JPS Kelantan sampai lah lahirnya Tumpat FC, fanatiknya penyokong The Red Warriors di stadium Sultan Muhammad IV dan kejayaan Kelantan 5 tahun terakhir menjadi kuasa besar bola sepak di Malaysia menimbulkan rasa dengki semua pasukan lain di bawah tapak kaki TRW. Habis semua piala diangkut hingga mengundang rasa dengki rakyat satu malaysia sampai lah ke negara Singapura dilanggar todak.

GOMO KELATE GOMO
Skuad yang telah lama dibentuk dari era renaissance di bawah Abe Ya dan suara emas Tan Sri Anuar Musa serta kewibawaan kapten marvel, Badri Razi Piya sampai seorang peminat tegar TRW berani kata  " aku berani letak Kelantan maen aff dulu, kompem Singapura tu boleh makan" terpampang di muka belakang akhbar Sinar Harian, Harakah dan Suara Keadilan. Cukup membuktikan Kelantan antara psukan yang paling digeruni di malaysia ketika ini. Gomo Kelate Gomo.

Pemain yg perlu dilihat : Dimitri Petratos, Badhri Radzi
Ramalan ranking: 1

2. Johor Darul Takzim FC

Jurulatih: Fandi Ahmad

Skuad jolokan Manchester City Malaysia, harimau selatan kini boleh mengaum. Setelah bertahun lama hilang taring, survival suci dalam Liga M, tapi penduduk Johor lebih kenal Johor FC daripada Johor tulen. Lalu dengan rasa ingin membela maruah bola sepak di Johor dan mencabar kuasa besar jajahan takluk bola sepak di bawah empayar The Red Warriors, rajanya bangkit membela rakyat jelata dari terus ditindas menjadi mangsa belasahan.

HARIMAU SELATAN
Habis semua bintang harimau malaya diangkut, termasuk Safee Sali yang hilang bisa. nama-nama besar pemain import juga berjaya direkrut seperti Simone Del Nero dan Daniel Guiza. Bangkit bersorak lah para rakyat jelata di selatan dari Tangkak, Parit Jawa sampai lah ke Pasir Gudang, terus mendabik dada bakal menjadi juara treble tahun 2013.
Pemain yang perlu dilihat: Daniel Guiza, Safee Sali
Ramalan ranking: 2

3. Singapore Lions XII

Jurulatih: V. Sundramoorthy

Aku tak nampak pasukan ini satu kelab, tapi sebuah negara. Masih segar dengan kejuaraan AFF Cup tempoh hari, Lions 12 bijak mengambil kesempatan bermain di Malaysia. Licik sungguh Temasik ini dengan bantuan FAM, Lions 12 berkembang dengan suburnya di Malaysia.

LIONS XII @ TEMASIK
Kombinasi mantap orang lama, Shahril Ishak dan barisan pemain muda seperti Baihakki Khaizan dan Khairul Amri, Lions 12 berjaya meragut dara beberapa pasukan lemah di Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Mujur Kelantan penyelamat warga bumi di Malaysia. Tak banyak  perubahan untuk Lions 12 musim 2013 ni, cuma mereka lebih yakin bersaing selepas setahun masak dengan suasana bola sepak di Malaysia.

Pemain yang perlu dilihat: Shahril Ishak, Khairul Amri
Ramalan ranking: 3

4. ATM FA

Jurulatih: B Sathianathan

Gempur ATM gempur. slogan utama untuk team tentera ini yang berpangkalan di Stadium Selayang dan bala tentera siap sedia dipanggil di Sungai Besi. Pasukan yang cukup cemerlang musim lepas menjuarai Liga Perdana dan finalis Piala Malaysia 2012. Juga satu pasukan yang layak digelar pasukan mantap.

Satu-satunya pasukan yang betul-betul layak menjadi pesaing TRW tahun lepas, mewakili pasukan-pasukan marhaen lain yang menjadi mangsa penindasan kejam Kelantan. Juga satu-satunya pasukan yang mengekalkan kedua-dua pemain import mereka untuk musim 2013 ini.

ATM SEDIA MEMBEDIL
Kemasukan Shukor Adan orang lama kembali bersatu dengan Rezal Zambri Yahya di samping kapten magis Hairuddin Omar, jurulatih berpengalaman Abe Ya dan prestasi memukau Marlon Alex James, kemampuan ATM jangan dipandang ringan.

Pemain yang perlu dilihat : Marlon Alex James, Bruno Sebastian Martelloto
Ramalan ranking: 4

5. Selangor FA

Jurulatih: Irfan Bakti

Kalau di England ada The Red Devil yang menjuarai EPL sebanyak 19 kali, Malaysia ada The Red Giants juara 32 kali Piala Malaysia anak emas Atro Arena 801. Selangor pasukan hebat, dulu. Sekarang lawan dengan Sime Darby FC belum tentu boleh lepas. Pasukan Selangor masih terumbang ambing, dan aku tak nampak di mana kekuatan sebenar the red giants ni selepas K. Devan keluar. 

Safiq Rahim kapten jongang dan Amirul Hadi out, mujur Amri Yahyah telur masih setia ibarat Ryan Giggs di Menyu. Cuma di bahagian back four Selangor nampak ampuh dengan kemasukan Mahali Jasuli serta Bunyamin Omar dan Ramez Dayoub yang kekal dibantu penjaga gol berpengalaman Sharbinee Alawi. Mohon tiada aksi pelik gatal dan gol sendiri lagi dari Sharbinee musim 2013 ni.

HARAPAN RAKYAT SELANGOR
“ Selangor kuat, tapi tak tahu kuat tu kat mana” luahan suci seorang penyokong tegar Selangor yang kini berpaling tadah menyokong Darul Takzim FC. Bangang tak sudah bersama Misi 33 nya.

Pemain yang perlu dilihat: Mahali Jasuli, Sharbinee Alawi
Ramalan ranking: 5

6. Pahang FA

Jurulatih: Dollah Salleh

Revolusi pembelian bintang-bintang mahal sebenarnya bermula di Real Madrid, Sepanyol. Di Malaysia, Pahang lah Real Madrid Malaysia sebenar. Real Madrid yang gagal di Liga M membawa episod penghijrahan beramai-ramai bintang ibarat Liverpool berterabur pergi seperti Indra Putra, Rosi Talib dan Hairuddin Omar. Episod malang untuk Pahang bermula tidak jauh beza nasibnya seperti Liverpool bangang di EPL sehingga kini.

SKUAD TOK GAJAH 2013
Selepas perisitiwa ngeri untuk rakyat Pahang itu, bertahun-tahun lamanya terperosok segan hidup mati tak mahu sehingga tersingkir di Liga Perdana. Ibarat Newcastle United, setahun di Division 2 Liga Kejuaraan Inggeris bangkit menjadi hebat semula di EPL. Itu lah Pahang yang kembali ke kancah Liga Super 2013. Orang Pahang boleh berbangga, dari Temerloh, Kuala Lipis sampai lah ke Kuantan. Real Madrid Malaysia kembali, Pahang Power. Sultan Bolo boleh tersenyum kembali.

Pemain yang perlu dilihat: Azamudin Akil
Ramalan ranking: 6





5 Ulasan:

Apostolos Velios berkata...

Pasal singapore tu pengulas ni pada aku hanyalah hasbubuh awang,dia main bubuh je pasal singapore.baihakki khaizan & khairul amri pemain muda ?? khairul amri dan baihakki tu dah main singapura sejak aff 2004 lagi,ni main bubuh tanpa membaca fakta sebenar ke ni ??

pemain perlu dilihat ?? khairul amri ?? apa ke hey nya ? khairul amri dah sign untuk tampines rovers musim 2013.lagipun banyak lagi pemain muda ada potential macam izwan mahbud,safuwan baharudin,hariss harun,shahfiq ghani,faris ramli

drizzt berkata...

dimitri petratos tak main utk liga malaysia ... yg mainnya keita mandjou

sila buat research dengan lebih detail yer

haadziq berkata...

mana perak???

Syafiq Rahim berkata...

Pasal Johor Darul Takzim FC pun salah fakta. Johor di Liga Super masih lagi jelmaan Johor FC, ditukar nama selepas re-branding. Johor sebenar adalah atau The Real Johor masih di Liga Perdana. Jadi perkataan Johor masih dibayangi Johor FC tu takkan hilang lagi untuk musim ini. Untuk musim ini dan mungkin mendatang, Darul Takzim FC akan terus membayangi pasukan Johor.

pesfreak berkata...

cukup ke 12 team?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...