ANDA SEDANG MEMBACA

9

Preview : Chelsea Vs QPR

Jose Villas Stramaccioni Rabu, Januari 02, 2013 ,


Awal pagi esok waktu Malaysia, akan berlangsung satu perlawanan bolasepak antara pasukan terhebat abad ini menentang pasukan yang tak henti mencari cari. Iya, tak henti mencari cari dimana kemenangan berada .
Antara faktap menarik perlawanan awal pagi esok antara Chelsea dan Queens Park Rangers;

1   1. Petr Cech dijangka tidak turun sebagai kesebelasan utama Chelsea diposisi penjaga gawang kerana kecederaan pangkal peha yang dialaminya pada perlawanan liga sebelum ini menentang Everton. Dijangka penggantinya ialah Ross Turnbull, iaitu seorang penjaga gawang yang layak beraksi di Liga Kejuaraan sebenarnya berbanding Liga Utama Inggeris. Jendela perpindahan bolasepak dah buka, harap Fat Rafa boleh panggil balik (call-up) Courtis yang kini menabur jasa di Atletico Madrid sebagai persediaan menjadi pelapis kepada bekas penjaga gol terbaik EPL ini.


2    2.  Frank Lampar Jr dijangka akan menjadi tumpuan individu kepada seluruh penyokong Chelsea. Ini kerana, dijangka hayat Frank Lampard bersama Chelsea akan berakhir pada hujung musim ini. Seluruh pelosok berpengaruh di kotak pemerintah Chelsea seperti Bruce Buck, Eugene Tenenbaum ,Ron Gourlay, Dave Bernard dan Mike Forde sedang berusaha memujuk King Roman untuk bersetuju menawarkan kontrak dua tahun kepada pemain ini dan dijangka akan menjadi sia-sia kerana dikatakan King Roman terpengaruh dengan falsafah King Gopal yang berkata “Bola sepak untuk orang muda belia, bukan orang tua!”

2    3. Jikalau Frank Lampard dapat menjaringkan satu gol pada perlawanan ini, dia akan menyamai rekod gol yang dihasilkan oleh Kerry Dixon (193) gol dan jikalau lebih satu gol, Lampard akan dinobatkan sebagai penjaring kedua terbanyak dalam sejarah penubuhan Chelsea Football Club dibelakang rekod Bobby Tambling’s (202gol). Fakta lain, kedua Bobby dan Kerry adalah penyerang tetapi Lampard adalah pemain tengah !

3    4.    Harry Redknapp meletak tekanan bukan kepada pasukan-nya untuk menang, tetapi kepada pengurus sementara Chelsea untuk terus melebarkan rekod kemenangan. Ditanya apa komen tentang perlawanan ini ? “Rafa’s got it easy! Only dope could fail at Chelsea” .Dijangka, Harry Redknapp akan terus kekal sehingga akhir musim walaupun kalah malam ini kerana mereka masih gagal untuk memecahkan rekod pasukan Kuala Lumpur FA yang tidak menang langsung sepanjang musim Liga Malaysia 2012.


Ramalan keputusan gua untuk perlawanan ini ; Chelsea menang empat gol tanpa balas satu. Satu gol tu bolos sebab penjaga gawang Chelsea adalah seorang budak ,bukan dewasa!




9 Ulasan:

Aie Isa berkata...

Risau jugak aku dengan Turnbull ni. Perut dah la buncit.

Maniax berkata...

mohon geng2 cuba ni cetus idea baru,

penulisan anda semuanya penulisan yang di olah semula daripada idea-idea lama.

thanks.

Thaqif Ismail berkata...

ini adalah sokernet.blogspot.com
bukan sokernet.com
harap maklum

kobetz berkata...

Luci, mane Luci..

1st time bca entry Chelshit like a shit..
mohon berenti bertanding sblm dihalau keluar..

maskawaih berkata...

chelsea sayur kalah ngan QPR kahkahkahkah

talkIZcheap! berkata...

adakah kekalahan Chelsea semalam adalah badi dari artikel ini?? Bincangkan...

kobetz berkata...

ibarat pecat RDM bwk masuk rafa..
woi... tlg la roman xbaca entry dia nie.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

Mungkin...

Badang berkata...

Perlawanan terhebat abad ini..kah kah kah...
Team bodoh mmg sesuai dengan pengulas yg BOOOODOOOOOHHHHHH....!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...