ANDA SEDANG MEMBACA

8

Preview : Gergasi lawan Rusa

Jose Villas Stramaccioni Selasa, Januari 08, 2013

Pemain hebat yang beraksi dengan pasukan hebat; Francis Predetor Forkey Doe


Saingan perebutan untuk menjadi juara Liga Super Malaysia bermula malam ini. Selangor selaku gergasi bola sepak Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perebutan ini. Turun selaku tuan rumah, Selangor akan melayan kunjungan skuad Negeri Sembilan yang tampil dengan jurulatih dan skuad baru mereka.

Selangor yang masih dibimbing oleh Tuan Haji Irfan Bakti dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik yang beliau miliki. Jikalau pada musim lepas pelbagai masalah yang menimpa skuad merah kuning ini seperti prestasi pemain utama yang menurun, pemain simpanan yang hanya makan gaji buta serta penyerang import yang overweight sehingga gagal memenangi sebarang piala utama, kali ini tiada lagi masalah ini justeru memberi banyak pilihan pemain kepada jurulatih yang pernah beraksi bersama skuad Harimau Malaya ketika muda dahulu.

Formasi 4-3-3 dijangka menjadi formasi pilihan Irfan dengan Norazlan Razali dijangka kekal di gawang tanpa dicabar. Pertahanan kanan pula pastinya milik pemain terbaik Malaysia Piala AFF Suzuki yang lalu iaitu Mahali Jasuli dan di posisi pertahanan kiri pula tampak Adib Aizuddin seperti berkelebihan di posisi ini. Ramez Dyoub dan Asraruddin Putra Omar yang baru dilantik sebagai kapten pasukan menggantikan Safiq Rahim dan Amri Yahya pastinya menjadi pilihan automatik untuk posisi pertahanan tengah.

Mengisi posisi tengah pula dijangka di-isi 3 pemain tengah terbaik Selangor. Aksi Bunyamin Umar selaku “defensive Midfielder” , Shukur Jusoh selaku “Central Midfielder” dan Amri Yahya selaku “Attacking Midfielder Centre” pastinya ditagih dalam mengemudi jentera tengah Selangor dari dikuasi oleh unit tengah Negeri Sembilan.

Untuk bahagian serangan pula, tampak seperti Forkey Doe akan menggalas tugas menjaringkan gol sambil dibantu dua penyerang sayap “Hayabusa” Malaysia , S.Kunalan dan S.Venood.

Disebabkan Selangor akan tampil dengan skuad baru, jersi baru dan jurulatih berpengalaman aku ramalkan Gergasi Merah Kuning akan meratah Rusa dengan jaringan empat  gol dengan dua balas.

Amri Yahya satu gol, Forkey Doe Predetor hat-trik

KesebelasanSelangor (dijangka) – Norazlan(GK);Adib;Mahali;Ramez;Asra;Shukor;Amri;Bunyamin;Venood;Soley;Doe

8 Ulasan:

Unknown berkata...

mohon blajar lebih lagi dari the real jang J or Ji...klo gini tulisan menang 4-0 pon macam takde ape pon rase..

Unknown berkata...

kerana kau menyokong selangor jd tak manis dan relevan utk aku cemuh cara penulisan kau...selangor hingga mati katenye...

hgg berkata...

bodoh giler Hafiz Noordin ni
bior le dia nak ulas gaya macam mane pun.. dah itu cara dia.. tak suka tak payah bace..bodo

Badang berkata...

Misi 33?
Hmmm...

NaemSyukri berkata...

Mane sokernet punye Fantasy league ?

fantasy.arena.my

pape pon join ni skali:

League Name:
Super League Fantasy (SLF) 2013
League password:
slf2013

Unknown berkata...

eh bodo gile hgg..aku nye komen suke ati aku la nk komen camne..bodo gile..kalau tak suke aku komen jangan bace..haha..pe salah blaja dari org cedok skit idea n skill...klo setakat camni kat blog lain besepah...smpai bile nk jadi bodoh cam ko..haha..

Jose Villas Stramaccioni berkata...

Hafiz Noordin ,anda datang period ke?
Keh Keh Keh

hgg berkata...

Hafiz Noordin Bodo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...