Barisan Juara Piala Malaysia 2013
Dunia
bolasepak Malaysia kecoh seketika apabila dua pasukan ayam tapi perasan hebat
iaitu kelab berbelanja besar musim ini Johor Darul Takzim FC tewas mengejut
tiga berbalas dua kepada pasukan
berstatus “bekas Real Madrid” walaupun mendahului dengan dua gol pada satu
ketika.
Itu
cerita kecoh malam tadi, dan dijangka malam
ini pun sepak Malaysia akan kecoh apabila Kelantan diramal akan tewas
kepada PKNS FC. Harap tiada trak polis yang menjadi korban ye abe abe !
Ketepikan
dahulu cerita kelab kelab berstatus “dua bintang” mahupun tiada bintang itu.
Sekarang
mari kita bercerita ringkas mengenai perlawanan pasukan berstatus 32 Bintang
yang berjaya mengatasi pasukan bermoskot Rosmah Mansor iaitu Negeri Sembilan FA
1. Selangor & Negeri Sembilan tampil
dengan barisan baru dengan Selangor diketuai oleh seorang anak muda berjiwa
power (Asraruddin Putra) manakala Negeri Sembilan pula diketuai oleh seorang
warga tua berjiwa kental (Rashid Mahmud)
2. Perlawanan malam tadi bolehlah dikelaskan
sebagai perlawanan “tektikal” seimbang ala ala Serie A. Selangor nampak berkesan bermain secara “passing
on feet” sementara Negeri Sembilan pula nampak selesa bermain dengan style “Wide
ball”.
3. Negeri Sembilan mempunyai peluang menjaringkan
gol lebih banyak berbanding Selangor. Namun kerap dihampakan oleh penyudah yang
lemah dari penyerang import berasal Argentina mereka. Sepak bola tak kena? Nak jadi “Torres” ke bang?
4. Penyerang import Selangor Forkey Doe
pula menampilkan aksi langit dan bumi berbanding penyerang import musim lepas Bosko
Balaban. Nampak agresif, tidak malas, sepakan padu dan yang paling penting
tidak lembik suka buat buat jatuh. Mungkin kasut emas akan jadi milik mamat
negro dari Liberia ini lagila musim ini!
5. Pemain berstatus kebangsaan yang bermain untuk Selangor semua menampilkan aksi kelas 32 bintang. Bunyamin Omar, S.Kunalan dan Mahali Jasuli seperti biasa tampil dengan aksi bertenaga ganda 32, Ramez Dyoub pula melihatkan aksi agresif kuasa 32 Labenon dia dan Forkey Doe dengan aksi "berlian" 32 karat Liberia dia.
Forkey Doe dengan sepakan padu "berlian"
6. Ramzul Zahini bermain power malam tadi walau masuk sebagai pemain gantian dengan berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Negeri Sembilan dengan satu percubaan “flying
header” nyaris menghasilkan gol. Tepuk dahi Anuar Musa tengok macam mana dia boleh terlepas prospek baik ini !
7. Jurulatih Negeri Sembilan ,muka Timor
Liste ,warga Portugal ,cakap Inggeris. Ditanya apa komen dia tentang kekalahan
tipis ini , jawab dia ringkas “If you don’t kill, you die!”. Perfect comment!
8. Pengadil juga nampak gugup dalam
mengadili perlawanan hebat ini. Kerap kali membuat keputusan luar dugaan, dan
nyaris mendapat penampar dari Irfan Bakti.
9. Minit-68 ,S.Kunalan menceriakan
penyokong Selangor dengan cubaan lemah ke gawang Negeri Sembilan yang dikawal
Hamsani Ahmad tanpa disangka menerjah jaring.
10. Hafiz Noordin ,pemain terbaik malam
tadi ! Kah Kah Kah
3 Ulasan:
viva espana
Yg ni pun klaka gak...
Buargh! Buargh! Buargh! 32 kali...
Ok lah, boleh la aku undi walaupun ko sokong pasukan lemah, tapi kena la bagi sokongan jugak, keh keh... :p
Catat Ulasan