1. Member di luar, musuh dipadang
Penjaga gol Johor Darul Takzim, Zamir Selamat dan pejaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bersahabat baik dan pernah bersama sama menubuhkan "clothing label" sendiri, ZAF.CO. Entah ada lagi entah tidak sekarang.
Nak tahu kenapa jadi macam tu sila tweet Safiq Rahim tanya kenapa.
Penjaga gol Johor Darul Takzim, Zamir Selamat dan pejaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bersahabat baik dan pernah bersama sama menubuhkan "clothing label" sendiri, ZAF.CO. Entah ada lagi entah tidak sekarang.
2. Bawak askar masuk stadium ingat di perang?
Penyokong Kelantan sedikit berang apabila pasukan Johor Darul Takzim membawa bersama mereka sekumpulan Johor Military Force. Dipihak penyokong Kelantan, mereka berasa terhina seolah olah mereka adalah pengganas melihatkan JMF yang lengkap bersenjatakan M16 menjaga stadium mereka. Lain pula hujah penyokong Johor Darul Takzim yang berpendapat JMF dibawa untuk menjamin keselamatan mereka. Keselamatan mende, entah diorang ni tahu ke tidak lawan bola pakai bola bukan pakai parang.
3. Bintang Johor masih belum bersinar
Prestasi pemain bintang Johor Darul Takzim terus kekal ditahap entah bende bende. Safee Sali (yang kerap offsside) dengan dua percubaan bicycle kick, satu diselamatkan Apek dan satu lagi kelaut, Matyo yang masih keliru dengan jersi didada apabila satu ketika melepaskan peluang keemasan disaat Apek acah acah nak sepak bola tapi misskick, Daniel Guiza yang pancit dan tentu sekali Safiq Rahim yang bersiar siar dalam padang sambil jalan mendada.
Saya lihat pemain Kelantan ada dimana mana, setiap kali barisan pertahanan Johor mengeluarkan bola, bola akan sampai ke pemain Kelantan - Azlan Johar
Nak tahu kenapa jadi macam tu sila tweet Safiq Rahim tanya kenapa.
4. Keita Mandjou main serupa cisss!
Pemain import Kelantan, Keita Mandjou juga terus menerus beraksi ditahap taraf taraf pemain liga daerah. Mujur kecederaan menimpanya dan peminat Kelantan terselamat dari mendapat dosa percuma memaki Keita Mandjou dalam satu dua perlawan selepas ini.
5. Warground
Fan Selangor rilek rilek je datang "This is Kota Bharu"
Kekecohan turut berlaku di stadium Sultan Muhammad ke 4 semalam . Berikut adalah kenyataan tentang kejadian yang berlaku :
Dari sumber penyokong Kelantan, Pok Mat bukan nama sebenar :
Huk aloh nate beruk sep dio maghi Kota Bharu pastu buak agah bawok askar siak M16. Mano sep kito dop panah. Pahtu ado hok sep Kelate bengong bengong tu gi lepar bedil. pastu duo duo penyokong tim balah balah provok. Mari tempat oghe buat agah gitu nok jadi guano? sep lain maghi tadok hal pong. Denga khabar ado penyokong Johor tunggeng punggung ko sep kito.
Dari sumber penyokong Johor, Wak Seman bukan nama sebenar :
Wak tak tahu, Wak datang datang penyokong Kelantan baling mercun. Pastu yelah, provok sana provok sini. Bila dah jadi bahaya sampai kitorang terpaksa dibawak ke tengah padang. Wak tak puas hati, yang diorang panas kitaorang bawak JMF tu kenapa? diorang memang pengganas. Ada ke bakar mercun dalam stadium.
6. Masih ada pekong memekong
Penyokong Kelantan yang rasional turut menyelar tindakan sesetengah penonton yang kurang cerdik, bebal, bodoh tak boleh diajar yang membaling botol air sehingga terkena Tengku Mahkota Kelantan dan Tan Sri Annuar Musa. Dikhabarkan juga cermin kereta Tan Sri Annuar Musa turut pecah dibaling batu entah angkara siapa.
7. Apa hukuman dari Persatuan Kenasepak nanti?
Kita tunggu hukuman bagaimana yang akan ditetapkan oleh FAM. Adakah pasukan akan dihukum sama adil memandangkan dalam hal provok-memprovok, kedua dua penyokong dikhabarkan sama naik, atau ada pasukan yang mendapat perlindungan isitimewa. Sama sama kita nantikan (cilake tak sedap guna sama sama kita nantikan ni).
8 Ulasan:
gua orang johor tapi gua tak sokong darul takzim f.c sebab gua rasa pasukan dari negeri gua ni kelakar. persoalan gua, kenapa sultan mesti masuk campur? bola sepak ni akan jadi lain bila orang-orang yang ada nama tapi bukan orang bola sepak masuk campur. jadi apa? jadi macam bangang.
masuk stadium bawak m16?
macam bangang!
masuk stadium bawak askar?
macam bangang!
#propaganza
zamir ni gak jadi pengapit apek kawen aritu.
fan xperlu lebih2 nak gaduh.enjoy the game
Cuba lastik komando tu ngan batu...
Ronalbi ada potensi jadi pengulas.
Boleh tak perlawan melibatkan TRW kita hanya hantar wakil main game 2013 atau PES?
cilaka typo xde roba. *main game FIFA 2013
Bijok idea zack luqman ni..tp nanti ado main pakai chip scara tipu bro..
ketika org ramai memaki hamun safiq rahim..aku terkenang fauzi saari yg menerajui jentera ini sekian lama..
dan aku masih kekal menyokong johor fc..
enjut lebah enjut adalah chant plg seksi kami laungkan utk hero2 kami..
*emosi bai!
patut kelantan amek Dimitri Petratos, amek keita wat menda ntah. haha.
Catat Ulasan