ANDA SEDANG MEMBACA

12

Tok Gajah lesu disontot Gergasi.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. Ahad, Januari 20, 2013
PS3 Gameplay.


Berdepan Tok Gajah yang sedang naik minyak nyata bukan satu tugas sukar kepada pasukan Gergasi merah. Berada di depan seawal minit ketiga perlawanan menerusi gol dari pemain fantastik merah kuning, Amri Yahyah, menunjukkan betapa garangnya pasukan Lembah Klang ini. Lebih manis lagi apabila gol itu disumbat bersahaja melalui celah kangkang penjaga gol Pahang yang nampak tergamam dengan permainan pantas dari Selangor. 'Through Pass' dari K Soley gagal dibaca oleh pertahanan Pahang lalu disambut kemas oleh Amri dan kemudiannya menolak bola sambil memejam mata menghasilkan gol pertama perlawanan.

Selepas gol itu, barisan pertahanan Pahang nampak kucar-kacir dengan serangan bertali arus yang dikemudi oleh Forkey Doe dan Amri seterusnya membuka peluang buat Selangor bermain cantik ke tahap bola sepak tertinggi yang dilihat Pahang seperti kelibat-kelibat menakutkan di padang. Ini memberikan peluang buat S Veenod menghantar gaya PS3 kepada Amri yang berada di depan gol dan seterusnya tenang menolak masuk gaya PS3 juga untuk menghasilkan gol kedua pada minit ke-20. Nyatalah Pahang yang konon-konon digelar Juventus Malaysia bukan tandingan bagi pasukan Selangor. Juventus-lah sangat.

Bosan dengan 'pace' perlawanan yang tidak berubah-ubah, Selangor akhirnya mengendurkan asakan dan bertindak bermain biasa-biasa sahaja bagi mengambil hati Dollah Salleh yang pernah membimbing Selangor menjuarai treble pada 2005. Ketidakpuasan hati pemain Selangor terhadap jurulatih Harimau Malaya, K Rajagopal, diterjemahkan dengan membenarkan Fauzi Roslan menanduk masuk gol pertama Pahang pada minit ke-24. Ini dilakukan kerana rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia khususnya ingin menyingkirkan striker lemau pasukan Johor Darul Takzim, Safee Sali dari menunggang tak tentu hala bersama Harimau Malaya. Mereka melihat Fauzi sebagai calon yang tepat bagi menggantikan Safee kerana ayam tambatan mereka, Amri sudah tidak bernafsu lagi menyarung jersi negara.

Bosan sekali lagi dengan permainan tidak mencabar yang ditonjolkan pasukan Pahang, Selangor kemudian mengambil keputusan untuk melatih penjaga gol barunya dengan tendangan penalti. Irfan Bakti mempunyai pandangan berbeza dengan tendangan penalti itu. Melihatkan bekas pemainnya, Razman Roslan yang bakal mengambil sepakan, Irfan mengenyit sedikit matanya kepada Sharbinee. Isyarat itu kemudian difahami dengan mudah oleh Sharbinee lalu membiarkan sahaja tendangan lemah Razman bergolek masuk ke dalam bagi gol penyamaan pasukan Pahang. Penyokong Pahang yang tidak faham permainan psikologi dari Irfan nyata bergembira dengan gol itu. Ini dibuktikan dengan keghairahan mereka di Twitter dan Facebook.

Pengalaman enam kali bergelar juara liga dan 32 kali menjuarai saingan Piala Malaysia nyata berguna untuk dimegahkan diatas padang. Pemain gantian Selangor, Ramzul Zahini Adenan yang berang melihat permainan lemah pasukan Pahang, bertindak menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-80. Gol itu membuatkan para penyokong Pahang yang berada di stadium pulang ke pangkuan keluarga, dan yang berada di rumah pula offline berinternet. Selangor yang memegang prinsip 'biar kalah takpe, asal jangan kena gol kangkang', membuktikan kejaguhannya dalam bola sepak Malaysia. Pahang pula yang sudahlah kalah, kena kangkang pula tu, ternyata malu dengan tahap permainan mereka yang tidak setanding itu. Ternyata kegembiraan yang dirai pasukan Pahang ketika menewaskan Johor Darul Takzim adalah tidak berasas sama sekali kerana kedua-duanya tidak setanding dengan pasukan handalan, Selangor.

12 Ulasan:

hadio berkata...

kahkahkah. padu! tapi banner atas tu bila nak tukar? kahkahkah!

syj berkata...

gemuk tapi power..tapi jangan gol celah kangkang doiii..leleh pulak 2

Madafakkka™ berkata...

angkuh sungguh post ni. haha
nk tunggu ulasan pahang dari pipi

Ajeossi berkata...

'biar kalah takpe, asal jangan kena gol kangkang' - kahkahkahkah

Unknown berkata...

Percubaan untuk curik fofulariti team JDT & Pahang hampir berjaya.
Baguih3

darthmero berkata...

umph ada power

Zinedine Zaiddin berkata...

Angkuh cam gampang...power power!

mr.muscle berkata...

ini tahik!!!

hantuLongkang berkata...

ini dah bukan tahap pengulas percubaan...ini dah kira 10 kali lagi baik dari 10 himpunan entri abdul sokernet selama dia jadi diktator kat sini :D..

//eloklah abang abdul bertaubat dan bagi hamba Allah ni pulak jadi diktator keh2

Badang berkata...

Pahang?=konek

Unknown berkata...

Ini baru bukan skadar angkuh. Power power....kahkahkah

Obi Yus Kenobi berkata...

Entry yg padu lagi menganjing..syabas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...